Iklan Percuma

Iklan Percuma Kepada anda yang ingin beriklan dalam group dipersilakan. Percuma sahaja cuma jaga tatasusila dan adab masing-masing.

Jemput seberapa banyak kawan2 masuk dalam group ini untuk memeriahkan lagi.

Ikan Siakap Viral Langkawi... 🥶Terpanggil untuk menceritakan pengalaman peribadi.. Untuk Kes Kak Ani, di restoran yang s...
08/11/2021

Ikan Siakap Viral Langkawi... 🥶
Terpanggil untuk menceritakan pengalaman peribadi..
Untuk Kes Kak Ani, di restoran yang sama...
Kak Ani order macam biasa siakap 3 rasa satu....udang masak pedas.. etc...
Dan Kak Ani tidak diberitahu berapa KG ikan siakap yang akan diberikan...
Kak Ani sedia maklum makan di restoran terapung mesti mahal... dalam kiraan kak ani, mungkin lebih kurang RM600 - RM700 untuk kak ani dan anak-anak ...
Tapi, kami diberikan ikan siakap 4.98kg... 🥶 dan total bill RM1660...
Kak Ani makan bersama suami, mak dan anak2 kak ani yang masih kecil....
Bukan tidak mampu, cuma rasa teraniaya...
Ramai yang terkena sebab Peniaga tidak inform dan tunjukkan dulu ikan...
Ada sebuah keluarga di belakang kak ani waktu tu, kumpul2 duit dari mak dan adik beradik... kesian... 🥺 nampak sedih dan terkejut..
Semoga peniaga lebih telus selepas ini...inform customer kemungkinan harga...
dan Kak Ani pun ambil pengajaran, selepas ni, sebagai pelanggan yang bijak, tanya betul-betul harga dan timbang dahulu di depan mata.... ❤

credit: Rohani Osman

Catatan Duha.23 tahun baginda diutus menjadi Rasul, ertinya sudah lengkap ajaran baginda SAW daripada urusan peribadi hi...
20/10/2021

Catatan Duha.
23 tahun baginda diutus menjadi Rasul, ertinya sudah lengkap ajaran baginda SAW daripada urusan peribadi hingga kepada kenegaraan.
Idris Hj Ahmad
13 Rabiul Awal 1443 / 20 Oktober 2021 (Rabu)

Catatan Duha.

23 tahun baginda diutus menjadi Rasul, ertinya sudah lengkap ajaran baginda SAW daripada urusan peribadi hingga kepada kenegaraan.

Idris Hj Ahmad
13 Rabiul Awal 1443 / 20 Oktober 2021 (Rabu)

Ada yang bertugas sebagai pegawai di industri Kewangan Islam hatta CEO; namun rumah, kereta atau simpananya menggunakan ...
08/10/2021

Ada yang bertugas sebagai pegawai di industri Kewangan Islam hatta CEO; namun rumah, kereta atau simpananya menggunakan produk konvensional. Baginya ilmu kewangan Islamnya hanyalah untuk cari duit, bukan untuk kehidupannya. Jika dapat tawaran lebih lumayan ke konvensional, tanpa teragak dia pergi.

Ada yang menjual produk memutih kulit atau membaiki kulit wajah; namun dirinya sendiri sentiasa memakai makeup sewaktu gambar dan di luar. Baginya barang jualan hanyalah untuk cari duit untuk dibeli orang 'terpedaya', bukan benar-benar berkesan kerana diri sendiri masih terpaksa bergantung dengan 'contengan makeup'.

Ada ilmuan agama, berceramah, mengajar, jadi imam dan memberi pengisian menginsafkan; namun diri sendiri bahasanya buruk, kerap maki hamun, akhlak mcm topeng di luar baik, di rumah atau di luar ceramah dia berwatak lain, sombong, memukul isteri dll. Itulah, ilmu agama tidak semestinya mampu jadikan seseorang itu berakhlak, kerana itu banyak kecaman Allah terhadap orang berilmu tetapi tidak diamalkan.

Ada motivator syarikat, ceramah hebat dan membangun semangat pendengar; namun di syarikatnya, para pekerjanya sendiri tidak hormat kepadanya kerana dia tidak amalkan ilmu dalam ceramahnya di pejabatnya sendiri.

Inilah antara jerangkap Iblis..Kerana itu, kita perlu terus menghayati bacaan fatihah dalam solat kita. "Ihdina al-Sirotal mustaqim" ertinya "Hidayahkan kami berada sentiasa di atas jalan yang lurus (yang diredhai Allah)". Sama ada di hadapan manusia atau di belakang mereka.

Credit: Dr. Zaharuddin Abd Rahman

19/07/2021

Masihkah kau ingat?

Azizulhasni Awang, seorang pelumba basikal negara. Digelar 'The Pocket Rocketman' kerana kekuatan pecutan yang dimiliki walaupun dengan saiz fizikal yang kecil jika dibandingkan dengan pelumba lain. Jolokan itu diberi sekitar tahun 2008, semasa Olimpik Beijing.

Beliau berjaya mendapatkan pingat gangsa pada edisi Sukan Olimpik di Brazil tahun 2016. Satu kejayaan yang besar buat negara Malaysia.

Menebus kekecewaan beliau pada 2016, beliau memenangi pingat emas dalam Kejohanan Basikal Trek Dunia 2017 di Hong Kong, menewaskan Fabian Puerta dari Colombia dan Tomas Babek dari Republik Czech

Beliau meneruskan lagi kegemilangan dengan meraih pingat Emas dalam acara keirin lelaki pada temasya Piala Dunia Trek di Cambridge, New Zealand pada tahun 2019. Pada kali ini beliau berjaya menewaskan bekas Juara Dunia, Shane Perkins dari Rusia, dan Matthew Glaetzer dari Australia.

Sekalung tahniah AKS ucapkan kepada Jaguh Pelumba Basikal Negara Azizulhasni Awang yang dikurniakan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) yang membawa gelaran Dato'.

Diharapkan Dato' dapat meneruskan pencapaian gemilang dengan membawa pulang pingat emas buat pertama kalinya untuk negara Malaysia bagi sukan lumba basikal di Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan berlangsung pada Ogos nanti.

"Selamat berjuang Dato' "

Itali hampakan England di Wembley, muncul juara Euro 2020ITALI mengesahkan status mereka sebagai jaguh Eropah apabila me...
12/07/2021

Itali hampakan England di Wembley, muncul juara Euro 2020

ITALI mengesahkan status mereka sebagai jaguh Eropah apabila menundukkan England 3-2 menerusi penentuan penalti selepas aksi sebenar berakhir seri 1-1 dalam perlawanan akhir Euro 2020 di Wembley pada awal-SINARHARIAN 7/12/2021, 6:04:00 AM

Address

Malacca City

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Iklan Percuma posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share