Abadi Dinara

Abadi Dinara Page ini ditubuhkan untuk memaparlkan tips kesihatan yang sempurna buat setiap masyarakat

06/10/2021

Lain Warna, Lain Khasiat

Setiap sayur-sayuran & buah-buahan mempunyai warna yang berbeza dan mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Pelbagaikan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan bagi mendapat kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan. Jangan lupa untuk ambil sayur dan buah dalam hidangan utama anda setiap hari 😉

Kenyalang Nutri-Info: Pusat Maklumat Pemakanan Sarawak





08/09/2021
07/09/2021

Gejala gejala ini selalu berlaku pada wanita dan warga tua. Kita sangka akibat faktor usia, tapi sebenarnya adalah akibat kekurangan vitamin D.

Vitamin D ini sangat mudah diperolehi dari cahaya matahari pagi dan dari sumber makanan tenusu.

Pagi pagi, lakukanlah aktiviti di luar rumah seperti menjemur kain, berkebun di luar rumah, menyapu di halaman, menjirus pokok. Anda akan rasa lebih sihat selepas terkena cahaya matahari pagi = dapat vitamin D percuma.

06/09/2021

Yang Mana Satu Pilihan Anda? 😌

Berat badan mempunyai pengaruh yang besar ke atas kesihatan sepanjang hayat. Secara amnya, mereka yang mempunyai berat badan berlebihan adalah kurang aktif dan lebih berisiko untuk mendapat penyakit seperti diabetes dan tekanan darah tinggi. Oleh itu, kita perlu mengekalkan berat badan yang sihat dalam julat yang disarankan. Amalkan 3 prinsip utama dalam pemilihan makan secara sihat iaitu SEIMBANG, SEDERHANA & PELBAGAI

Ayuh! jangan tunggu lagi. Cepat betindak!!

Nutritionist Perak





03/09/2021

Pemilihan makanan yang tidak bersih dan selamat boleh menjejaskan kesihatan pengguna serta boleh menyebabkan cirit- birit dan keracunan makanan.

Ikuti tip ini bagi menjamin tahap atau mutu makanan yang diambil adalah bersih dan selamat.

Nutritionist Penang





27/08/2021

Tengah minum petang ke tu? Dapat minum teh petang macam ni sedap lah juga lagi-lagi kalau teh yang manis tapi ingat, pastikan anda mengambil gula mengikut saranan iaitu TIDAK MELEBIHI 10 SUDU TEH SEHARI (termasuk gula tersembunyi)..kurang lebih baik!

Pengambilan gula secara berlebihan boleh menjejaskan kesihatan kita kerana kalori berlebihan daripada gula ini ditambah dengan tenaga yang kurang digunakan akan menyebabkan tenaga ditukar menjadi lemak. Dalam jangka masa panjang, ini akan menyebabkan masalah kegemukan.

Oleh itu, hadkan pengambilan kalori yang tidak perlu daripada minuman manis dan gantikan dengan air kosong sahaja. 😊

Nutritionist Sabah







26/08/2021

Dah minum berapa gelas air kosong tu hari ini? 😏 Bagi memastikan kesihatan anda terjaga, jangan lupa untuk minum air kosong mengikut saranan iaitu, 6-8 gelas sehari. Air kosong berperanan penting dalam memastikan badan kita kekal hidrat disamping mengoptimumkan fungsi-fungsi sistem dalaman tubuh kita seperti sistem penghadaman, sistem imuniti, sistem ketahanan badan, pengawalatur dan sistem peredaran darah.

Jadi, jom minum AIR KOSONG dengan cukup setiap hari! 😎

Pusat Maklumat Pemakanan Johor







22/08/2021

Tengah makan nasi lemak ke tuu...

Pastikan
Barulah seimbang..








21/08/2021

Jagung adalah makanan ruji bagi sesetengah negara di dunia dan merupakan bijirin penuh yang mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang penting untuk tubuh badan manusia serta serat yang baik untuk penghadaman. Ia murah, senang didapati dan berkhasiat untuk sekeluarga.

Jom makan bijirin penuh yang baik untuk kesihatan jangka masa panjang. Kesihatan anda bergantung kepada apa yang anda makan 😉








19/08/2021

Bubur adalah antara makanan yang digemari oleh warga emas kerana tekstur lembut makanan tersebut senang untuk dikunyah dan ditelan. Walaubagaimanapun, pemilihan jenis bubur adalah amat penting bagi mengelakkan berlakunya kekurangan nutrisi. Pilih bubur yang lengkap dengan protein dan sayur-sayuran.

Gunakan protein yang segar dan lembut seperti ikan, ayam, telur, kekacang dan tauhu serta sayuran-sayuran berbuah seperti tomato, terung, petola, brokoli dan lain-lain. Makanan ini mudah dimasak dan lembut dan dapat mengurangkan risiko tercekik selain kaya dengan nutrisi. Elakkan/kurangkan penambahan makanan diawet seperti telur masin dan ikan masin ke dalam bubur kerana ianya mempunyai kandungan garam yang tinggi dan boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi.

Nutritionist Penang









Address

No. 27-1, Jalan KNMP 2A, Kompleks Niaga Melaka Perdana, Jalan Tun Hamzah Bukit Katil
Malacca City
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Abadi Dinara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share