16/08/2021
📌Cukupkah Pengambilan Sayur & Buah Anda❓❓
Pengambilan sayur dan buah yang mencukupi dapat membekalkan pelbagai vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Nutrien ini sangat penting bagi membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh💪 tapiiii..berapa banyak yang perlu kita ambil setiap hari?
Piramid Makanan Malaysia 2020 menyarankan pengambilan sekurang-kurangnya 3 sajian sayur dan 2 sajian buah SETIAP HARI. Jadi, marilah kita cukupkan saranan pengambilan kita.