Katil Lipat Baby TRB

Katil Lipat Baby TRB Katil lipat baby no 1 di Malaysia . Mudah alih, mudah lipat, jimat ruang bilik hot selling seluruh M

05/09/2022

beg combo lengkap baby brand TRB

tak perlu pening kepala untuk susun atur check up baby, berjalan dengan baby lepas nie.

dalam pakej combo beg nie, kami dah sedia kan item yang wajib ada untuk bersama2 dengan baby bila pergi kk, berjalan , teman bershoping dll tau..

πŸ’“ thermos ( bole isi air panas dan sejuk tahan 8jam )
πŸ’“ baby carrier ( senang isi key kereta, wallet juga tau, paling best selesa buat baby sepanjang penggunaan )
πŸ’“ beg travel baby , ( bole tukar lampin kelebihan utama beg ni )

details utk pakej combo nie. ualls bole click link di bawah πŸ₯°

www.wasap.my/60197785851/ComboBegTravel

"Eloklah tu banyak jalan... kena bentan nanti bukan hang saja pantang lama... suami hang sekali kena 'pantang' " - tok b...
01/06/2022

"Eloklah tu banyak jalan... kena bentan nanti bukan hang saja pantang lama... suami hang sekali kena 'pantang' " - tok bidan.
Ramai ibu ibu yang rasa ada aura 'ultraman' s**a buat ni....
"Shud be no problem lah... saye ni dah biasa buat keja keja rumah walaupun pantang... small matter"
4 jam kemudian....
Dijumpai pengsan & badan sejuk semacam...
Tulah dia bentan (bahasa orang kampung) & bahasa doktor kita panggil komplikasi selepas kelahiran.
Kenapa boleh bentan?
Kita yang baru bersalin ni dah banyak keluarkan darah & sedang keluarkan banyak lagi darah kotor.. sometimes ada yang memancut mancut darah tu...
Tenaga dah banyak habis... tapi still kena bagi tenaga (susu ibu) untuk anak... Dalam tengah lemah, buat p**a kerja kerja rumah, siap masak & kemas kemas rumah, ditambah p**ak terlanggar benda keras.
Sebab tu orang tua tua pesan, jangan jalan banyak. Diorng takut kita terlanggar benda keras. Ibu jari tu! jaga elok elok. kalau langgar objek keras, boleh turun darah & pitam.
Akibat dia, badan akan terasa sejuk macam nak pitam.
Pesan orang tua tu ada sebab. Dia berpesan sebab badan kita tak sembuh sepenuhnya lagi. Ingat, kalau sekali bentan, kita susah nak sembuh cepat, ada yang ambik masa untuk sembuh sampai berbulan.
Yang paling kesian suami.... dahlah 46 hari 'berpantang' sebab wife tak suci... ni kena tambah 'pantang' lagi sebab wife bentan.
πŸ“ŒAda banyak jenis bentan.
1. Bentan urat pinggang - Usually terjadi kepada mereka yang bersalin ikut tingkap (caesar). Bagi wanita yang bersalin cara ni kena sangat carefull, pantang dengan elok. Maknanya, masa nak bangun, duduk semua kena slow slow. Jangan gelojoh.
2.Bentan urat peranakan(urat rahim) - Sebab nilah orang tua tua kata jangan buat keja berat & angkat berat masa pantang. Dok diam diam. Kalau tiba tiba masa buat kerja terjatuh macam mana? Ia bukan saja membuatkan anda terpaksa pantang lama... tapi suami pun kena 'pantang' juga.....
3. Bentan urat - bentan ni femes. Ada wanita yang terselamat daripada terkena bentan ni walaupun buat kerja rumah a-z. Tapi kena ingat, sekali kena bentan ni, nak bangun pun susah. Badan akan jadi sangat lemah, bisa bisa urat & sendi badan. Kadang menggigil kesejukan walaupun cuaca panas.
πŸ“ŒCara elak bentan :
1. Banyakkan rehat, jangan angkat benda berat. sebenarnya mandikan anak pun kita tak digalakkan buat selagi lemah. Minta ibu atau suami mandikan anak. InsyaAllah Allah akan mudahkan. Jangan risau 😊
2. Jaga kebersihan. Kerap tukar pad. 'wap' miss v menggunakan garam & kunyit.
3. Jaga makan - Ni penting.
- Pantang makan sayur kekacang, kobis & terung.
- Pantang makan bergatal (kerang & udang)
- Pantang makan ikan berbisa (ikan pari, ikan terubuk, ikan keli)
- Pantang makan & mencium mangga, jering & petai. Ibu berpantang boleh alami pening berpanjangan sebab ini.
- Pantang minum air sejuk.
4. Pantang 'bersama' suami selagi tak bersih dari nifas. (pantang 44 hari, 60 hari, 100 hari)
Walaupun orang lain 'kutuk' adat adat berpantang apatah lagi cara kampung, kita sebagai perempuan kena betul betul jaga part ni kalau kita betul betul nak nampak cantik sampai ke tua 😊 insyaAllah...
Percayalah wahai ibu ibu hebat, kita buat baik dengan kurniaan Allah, insyaAllah Allah akan mudahkan. Masa pantang pun kita kena menyusu kan... kalau kita sihat anak kita pun kenyang.
Semoga kita terus menjadi ibu hebat buat amanah Allah - anak. 😊
Hmmm ada yang pernah bentan tak.. orang moden tak percaya pantang2, bentan semua ni ..
πŸ“ŒNi NAK SHARE petua sket nak elakkan bentan cara tradisional
1. sapu minyak panas di seluruh badan
2. pakai baju panas
3. berstokin sepanjang masa
4.pastikan berselimut ketika tidur
5. bertungku.. jangan malas ehhh hihihi

FOLIC ACID a.k.a ASID FOLIKGeledah bilik terjumpa  folic acid ni. Yang lama punya ni masa ttc kat Iman dulu. Hehe Masa t...
31/05/2022

FOLIC ACID a.k.a ASID FOLIK

Geledah bilik terjumpa folic acid ni. Yang lama punya ni masa ttc kat Iman dulu. Hehe Masa tu baru educated pasai FOLIC ACID ni then cecepat la pi beli kat farmasi masa tu.

Punyalah penting folic acid ni rupanya kat orang yang IKHTIAR HAMIL. Alahai fatin rasa masa tu. "Awat la aku tak tau awai-awai." Masa tu baru kahwin. Dan rupanya lagi elok kalau ambil folic acid ni dari sebelum kahwin.

Kenapa? Sebab nak bagi badan tu bersedia untuk mengandung nanti. Fungsi folic acid ni dia baiki tisu rosak dan hasilkan sel-sel tisu baru. Pastu pentingnya dia ni untuk hasilkan sel darah merah dalam badan. Sebab tu bila kita period. Lagi lah disyorkan ambil folic acid ni. Dia tambah darah kita yang banyak keluar tu.

Lagi ? Bila kita amalkan folic acid ni. Kita dah KURANGKAN RISIKO KEGUGURAN , MEMBANTU TUMBESARAN JANIN DENGAN SEMPURNA terutamanya pada SARAF TUNJANG.

Haaa penting kan? Thats why lah kita kena ambil folic acid ni seawal 3-6 bulan sebelum merancang nak hamil.

Teringat dulu masa kat kolej. Masa dah dapat tau mengandung tu time tulah folic acid ni habis. Kalut la pi cari benda makan hat kaya folic acid. Pi makan biskut oat lah , roti lah apa lah. Siap baca ingredient dia lagi haha. Tengok ada vitamain B ja hah kira dia dah la tu.

Sebab folic acid ni dari vitamin B kalau tak silap fatin.

🎈So hampa yang ikhtiar hamil tu jangan lupa ambil folic acid hari-hari tau. WAJIB sehari sebiji.

NOTA KAKI : Folic acid brand apa pun tak kisah asalkan folic acid okay. Boleh dapatkan kat farmasi dengan harga serendah RM1 @ RM2 sepapan.

* Suami pun boleh makan jugak tau. Untuk hasilkan sperma yang lebih sihat dan lebih berkualiti.

* Dah dapat tahu hamil teruskan makan folic acid sampai 3 bulan usia kandungan pastu boleh stop lepas dapat vitamin dari kk.

Sekian saja karangan Fatin hari ni.

Moga bermanfaat buat semua pembaca.

Fatin izinkan kalau nak 'share' untuk manfaat sahabat lain 😊

Next? You.

In shaa Allah.

Kredit : Fatin Nabilah

31/05/2022

Hari ni order customer menderu deru ya masukπŸ˜‡πŸ˜‡

Penangan musim gaji, harini team kita akan sebaik mungkin siapkan semua order korang yaπŸ˜‡

Terima kasih percayakan brand TRB❀️

31/05/2022

STROLLER CARSEAT V2 TRB
Hitam itu menawan kan. Dengan reka bentuk stroller yang exclusive memang cantik sangat 😍😍 yang penting anak pun selesa duduk dalam stroller πŸ₯°πŸ₯°

Mommy yang tengah cari stroller untuk si manja wajib beli Stroller Carseat V2 TRB.

KENAPA STROLLER CARSEAT V2 TRB?

βœ… Beri keselesaan kepada si manja
βœ… Mudah bawa untuk travel
βœ… Jimat ruang simpan dalam kereta
βœ… Stroller boleh digunakan sehingga 5 tahun

Kita ada 2 warna :
⚫ Blackout Version
πŸ”΄ Red Velvet

Berminat ? Boleh whatsapp nombor dibawah πŸ‘‡πŸ»
http://www.wasap.my/60197785851/StrollerCarseatV2TRB
http://www.wasap.my/60197785851/StrollerCarseatV2TRB
http://www.wasap.my/60197785851/StrollerCarseatV2TRB

Carseat BABY TRB Buat Bakal Mummy Yang Tak Lama Lagi Melahirkan Permata Tersayang.. Pastikan Anda Melindungi Baby Anda D...
30/05/2022

Carseat BABY TRB

Buat Bakal Mummy Yang Tak Lama Lagi Melahirkan Permata Tersayang.. Pastikan Anda Melindungi Baby Anda Dgn Carseat TRB.

Boleh Dijadikan
βœ… Hand Carry Baby
βœ… Carseat Kereta
βœ… Baby Rocker

3 Warna Exclusive
Dark Blue
Red Velvet
Deep Grey

Jom dapatkan Promo Terkini..!!
Klik sini skrg >>
http://wasap.my/60197785851/CarseatBabyTRB

Peringatan Untuk IbuBapa πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡Jangan lakukan ini kepada anak-anak kita! Jangan ditarik atau diangkat dari tangannya! Meski...
30/05/2022

Peringatan Untuk IbuBapa πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Jangan lakukan ini kepada anak-anak kita! Jangan ditarik atau diangkat dari tangannya! Meskipun sudah usia 1 tahun, tulangnya TIDAK sekuat orang dewasa.

Sumber Info Via Healthy.pregnancy

30/05/2022

Ready & Limited STOK!!

4 IN 1 FEATURES

βœ… FRONT & BACK FACING
βœ… BABY HAND CARRIER
βœ… FOLDABLE
βœ… INCAR CARSEAT

STROLLER PREMIUM TRB βœ…

STROLLER ni BOLEH dijadikan InCar Carseat juga.

Berminat? Tekan link dibawah

http://www.wasap.my/60197785851/StrollerPremium

Minggu lepas saya sakit bengkak susu. Sakitnya ya Allah tak boleh bawa bincang, sampai demam-demam dibuatnya. Saya panik...
29/05/2022

Minggu lepas saya sakit bengkak susu. Sakitnya ya Allah tak boleh bawa bincang, sampai demam-demam dibuatnya. Saya panik juga, takut sejarah lama berulang lagi.

Oktober 2018 saya pernah warded sebab bengkak susu. Sebelum tu dari hari pertama saya demam panas, saya rujuk klinik kerajaan untuk dapatkan rawatan. Dah on antibiotik tapi masih lagi demam panas dan bengkak susu tak surut-surut. Masa ni segala macam petua saya dah buat tapi sakitnya... Tak boleh nak cakap. Memang semua tak jalan.

Atas saranan suami, hari keempat kami ke KPJ Kajang. Doktor cuba dulu cucuk bahagian bengkak guna picagari dengan harapan nanah bengkak susu boleh terus disedut tapi sayang, masa tu memang dah bengkak macam batu. Mengalir air mata masa doktor cucuk, Allah jelah tahu azab sakitnya macam mana.

Doktor ambil keputusan saya kena masuk wad. Hari kelima dan keenam saya kena drip antibiotic jenis kuat sikit. Bayangkan, masa ni nak solat duduk pun sakit. Demam panas, seram sejuk, mengeletar, tak boleh nak buat apa. Lepas dah beberapa hari macam tak ada perubahan, akhirnya saya ditolak masuk ke bilik bedah.

Kalau orang kata sakit operate tu sakit, saya nak bagitahu yang sakit cuci luka pembedahan tu jauhh lagi sakit. Luka operate tak dijahit sebab doktor nak daging tumbuh, naik sendiri. 38 hari lamanya saya kena cuci luka hari-hari. Masa ni saya dah mula happy sikit sebab kulit dah mula bercantum tapi siapa sangka.. Mimpi ngeri berulang lagi.

Disember 2018 saya sakit bengkak susu sekali lagi di tempat yang sama! Kali ni saya tak nak tunggu lama macam kes pertama.

Hari saya sakit tu juga saya ajak Tuan Akmal bawa saya ke KPJ Kajang. Mujur saya cepat sikit sebab doc dah nak on leave pergi vacation seminggu lamanya. Pukul 4 petang jumpa doktor, pukul 6 petang warded, pukul 8 malam operate. Kali ni saya masuk wad kejap je. Sebelum discharge pihak hospital akan bekalkan barang-barang cuci luka.

Macam biasa, saya perlu sambung rutin cuci luka hari-hari dekat klinik kerajaan sampai hari je 75 (sambung balik dari hari ke 38 yang lepas.) Nasib baik dekat Putrajaya ni klinik kerajaan Presint 9 buka Sabtu dan Ahad, jadi kami dah jimat banyak kos nak ke klinik swasta.

Sini saya nak bagi kesimp**an sikit kenapa saya bengkak susu sampai kena operate ;

1. Saya hanya menyus**an anak guna sebelah susu saja.
2. Sebabkan saya suri rumah, saya tak pernah pam susu (sebab tak ada reason nak simpan susu.)
3. Saya ingatkan kalau susu tak pernah bengkak sebab tak ada susu. Sebenarnya ini mindset yang salah. Susu keluar sama banyak dari susu kiri dan kanan.
4. Kena kerap bersihkan mulut anak. Kalau mulut tak bersih, susu boleh kena jangkitan kuman.
5. Jangan ambil enteng bab bengkak susu, gali ilmu penyusuan. Jangan jadi seperti saya, cegah sebelum kena.

Ingat ibu-ibu, mesti kosongkan dua-dua belah susu lepas sus**an anak. Mimpi ngeri woih bengkak susu ni!

29/05/2022

πŸ‘‰πŸ» SWING LEAF AUTO TRB PALING EKSKLUSIF πŸ‘ˆπŸ»
βœ… Anak asyik mengempeng?
βœ… Menangis letak bawah?
βœ… Ibu stress tak boleh buat kerja?
JANGAN RISAU! KITA ADA SOLUTION UNTUK MAMA PAPA 😍😍
🌸 Boleh guna dari NB
🌸 Ada lagu untuk si manja
🌸 Ada Remote, boleh adjust lagu
🌸 Ada timer
🌸 Selesa dan eksklusif
🌸 Sangat tahan lasak
🌸 Ada USB
🌸 Ada Kelambu

Sapa cepat dia dapat! Sebarang pertanyaan boleh whatsapp http://www.wasap.my/60197785851/SwingLeafTRB


Rajin rajinlah angkat bibir baby tu. Kalau nampak bengkak tu maknanya gigi dah nak tumbuh. Kalau baby breastfeed, time n...
28/05/2022

Rajin rajinlah angkat bibir baby tu. Kalau nampak bengkak tu maknanya gigi dah nak tumbuh. Kalau baby breastfeed, time ni la dia duk buat geram kat mak dia. 🀭

Kadang kadang baby boleh demam. Sebab gusi tu nak pecah kan. Nak keluar gigi baru. Kadang ade baby meleleh2 air liur time ni.

Kalau baby tak selesa sangat mak ayah boleh bagi baby gigit kain yg celup ngn air sejuk. Bila gusi sejuk, kurang sakit tu.

Semua ni adalah normal. Anak mak dah naik satu fasa lain dalam hidup dia. Ada aksesori baru dalam mulut dia. Boleh jadi membantu dia makan dan bercakap nanti atau senjata untuk serang mak ayah kakak abang🀣

Cara penjagaan dia senang ja. Setiap kali lepas menyusu dan makan, lap je gigi dia depan dan belakang bahagian lelangit tu. Guna kain bersih cth lampin atau sapu tangan. Boleh juga beli silicone finger brush.

Yang penting betulkan tabiat menyusu yg tak betul macam s**a gonggong botol lama2. Tidur dengan botol susu dimulut. Bagi air manis lain dalam botol. Semua ni is a big NO okay.

Selamat menjaga gigi baby mak. All the bestπŸ₯°

Kredit : Ain Md Nor

Address

Trb Marketing
Malacca City
70450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Katil Lipat Baby TRB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share