Infra Holding Sdn Bhd

Infra Holding Sdn Bhd INFRA HOLDING SDN. BHD.
202001017073 (1373393-W) Infra Holding Sdn. Bhd.

Syarikat Pemasaran Digital yang menfokuskan kepada pemasaran dan jualan barangan kelengkapan rumah, peralatan dapur dan perkakasan elektrik. juga mempunyai rangkaian syarikat seperti Klinik, Kilang Farmaseutikal, Agensi Pelancongan dan Agensi Pemasaran Digital.

🇲🇾SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69🇲🇾 Berpaksikan tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, marilah kita terus menyem...
31/08/2026

🇲🇾SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69🇲🇾

Berpaksikan tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, marilah kita terus menyemarakkan semangat perpaduan, menghargai kepelbagaian serta berganding bahu dalam membina Malaysia yang lebih maju, harmoni dan sejahtera.

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia dan menjadi kekuatan untuk melangkah bersama menuju masa depan negara yang lebih gemilang.

Selamat Hari Kebangsaan ke-69, Malaysia! 🇲🇾
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Ikhlas daripada,
Infra Holding Sdn Bhd

🌙✨ Salam Maulidur Rasul 1448H ✨🌙Hari yang penuh makna untuk kita mengenang kelahiran insan agung, Nabi Muhammad SAW. Pem...
24/08/2026

🌙✨ Salam Maulidur Rasul 1448H ✨🌙

Hari yang penuh makna untuk kita mengenang kelahiran insan agung, Nabi Muhammad SAW. Pembawa rahmat, cahaya dan petunjuk buat seluruh umat.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi ruang untuk kita memperbaharui rasa cinta kepada Baginda, memperbanyakkan selawat serta berusaha mencontohi akhlak Rasulullah SAW dalam setiap aspek kehidupan.

Biar cinta kepada Nabi bukan sekadar di bibir, tetapi diterjemahkan melalui adab, tutur kata dan perbuatan kita. 🤍

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Semoga kita tergolong dalam kalangan umat yang mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak. آمين يا رب العالمين 🤲🏻

Ikhlas daripada seluruh warga
Infra Holding Sdn. Bhd.

🌙 Salam Awal Muharam 1448HSemoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan yang lebih baik buat kita se...
16/06/2026

🌙 Salam Awal Muharam 1448H

Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan yang lebih baik buat kita semua. Sama-sama kita perbaharui azam, tingkatkan usaha dan terus melangkah ke hadapan dengan penuh semangat serta keberkatan.

✨ Selamat Menyambut Awal Muharam 1448H ✨



🇲🇾 Daulat TuankuMerafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha M...
31/05/2026

🇲🇾 Daulat Tuanku

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan dengan 15 Zulhijjah 1447H.

Dirgahayu Tuanku!

🌙🐄 Salam Aidiladha 1447HIkhlas daripada seluruh warga Infra Holding Sdn Bhd, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladh...
26/05/2026

🌙🐄 Salam Aidiladha 1447H

Ikhlas daripada seluruh warga Infra Holding Sdn Bhd, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua.
Semoga Aidiladha ini membawa keberkatan, kegembiraan dan mempererat ukhuwah bersama keluarga serta insan tersayang✨

“Satu Pengorbanan, Seribu Keberkatan"

Program NextGen Biz anjuran MARA Negeri Terengganu di UiTM Dungun, Terengganu iaitu pada 11/05/2026 Terima kasih kepada ...
12/05/2026

Program NextGen Biz anjuran MARA Negeri Terengganu di UiTM Dungun, Terengganu iaitu pada 11/05/2026

Terima kasih kepada pihak MARA Terengganu atas peluang dan ruang yang diberikan kepada Infra Holding Sdn. Bhd. untuk turut serta dalam menjayakan program ini.

Program ini mendapat sambutan yang amat luar biasa daripada mahasiswa UiTM Dungun dengan pelbagai aktiviti menarik yang telah dikongsikan sepanjang berlangsungnya program.

Turut diadakan sesi ceramah berkaitan pendigitalan perniagaan yang disampaikan oleh Encik Mohd Khairul Ridzuan, Pengurus Pemasaran Infra Holding Sdn. Bhd., serta jualan produk perfume oleh Team Glominix.

Semoga berpeluang untuk bekerjasama dan bersama lagi pada masa akan datang.

Selamat Hari Pekerja ✨“Pekerja Madani Kesuma Bangsa”Setiap titik peluh, setiap usaha, dan setiap pengorbanan anda membin...
30/04/2026

Selamat Hari Pekerja ✨

“Pekerja Madani Kesuma Bangsa”

Setiap titik peluh, setiap usaha, dan setiap pengorbanan anda membina masa depan yang lebih baik — bukan sahaja untuk syarikat, tetapi untuk negara.

Terima kasih atas dedikasi dan komitmen yang tidak pernah pudar.

1 Mei 2026

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniahSempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sult...
26/04/2026

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah

Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Sultan Terengganu Darul Iman ke-64 pada 26hb April 2026 bersamaan 8 Zulkaedah 1447H.

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, kesejahteraan, dan keberkatan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta seluruhx rakyat Negeri Terengganu.

Daulat Tuanku✨

18/04/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙✨

Maaf zahir dan batin daripada kami di Infra Holding Sdn Bhd 🤍
Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis. Semoga Syawal ini membawa kegembiraan, keberkatan dan mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita

Alhamdulillah 🤲🏻  Sambutan luar biasa semalam di Kuliah Maghrib bersama Ustaz Ariffin Bin Ayob di Masjid Kampung Undang,...
12/04/2026

Alhamdulillah 🤲🏻

Sambutan luar biasa semalam di Kuliah Maghrib bersama Ustaz Ariffin Bin Ayob di Masjid Kampung Undang, Kuala Trg. Terima kasih kpd semua yg hadir.

Semoga setiap langkah ke majlis ilmu ini diberkati dan menjadi asbab kita dijemput ke Baitullah. 🤍


Address

Taman Koperat Perdana, Kelulut
Marang
21600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Infra Holding Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Infra Holding Sdn Bhd:

Shortcuts

Share