Terup 6 Bravo, PSP Unit 6 Terengganu

Terup 6 Bravo, PSP Unit 6 Terengganu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Terup 6 Bravo, PSP Unit 6 Terengganu, Advertising agency, Terup B Unit 6 PSP, Jalan Kuala Berang, Marang.

Tarikh : 15/10/2024 ( Selasa )Lawatan kebajikan kematian ibu kandung anggota Terup 6 BravoLawatan kebajikan Kematian Ibu...
15/10/2024

Tarikh : 15/10/2024 ( Selasa )

Lawatan kebajikan kematian ibu kandung anggota Terup 6 Bravo

Lawatan kebajikan Kematian Ibu kandung Kepada anggota Terup 6 Bravo L/Kpl Muhammad Nazeri Bin Nasir bagi menyampaikan sumbangan khairat kematian dari kelab Unit 6 PSP dan Surau Ar-Raudhah Unit 6 PSP di Kg. Tungku abdul Rahman Kuala Balah Jeli Kelantan.

Semoga Arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh...Aamiin

Tarikh : 12/10/2024 ( Sabtu)Tempat : Kompleks Sukan PSP Unit 6 TerengganuKEJOHANAN BOLA TAMPAR PIALA PEGAWAI PEMERINTAH ...
13/10/2024

Tarikh : 12/10/2024 ( Sabtu)
Tempat : Kompleks Sukan PSP Unit 6 Terengganu

KEJOHANAN BOLA TAMPAR PIALA PEGAWAI PEMERINTAH PSP UNIT 6 TERENGGANU

Terup 6 Bravo telah melakar sejarah kerana telah menjuarai Kejohanan Bola Tampar Piala pegawai Pemerintah PSP Unit 6 Terengganu bagi tahun 2024.

Walaupun sibuk dengan tugasan hakiki dan kekurangan masa untuk menjalani latihan,tapi dengan semangat yang membara,Terup 6 Bravo berjaya mengharungi Kejohanan yang berlangsung selama 3 hari ini sehingga di nobatkan sebagai JUARA.

Syabas dan Tahniah terutamanya kepada pemain-pemain yang mewakili Terup yang diketuai oleh ASP Shaizul Farid Bin Mohamed Said (OC Terup 6 Bravo) serta Ultras Terup 6 Bravo yang begitu bersemangat sehingga Terup 6 Bravo di Nobatkan sebagai JUARA pada edisi kali ini.

Tahniah Terup 6 Bravo !!
Anda adalah Juara yang sejati !!!

Bravo !!!
Bravo !!!
Bravo !!!




Tarikh : 10/10/2024 (Khamis)Tempat : Payang Scout Teluk KetapangDEMONSTRASI PENGURUSAN BENCANA MAJOR INCIDENT RESPONSE E...
10/10/2024

Tarikh : 10/10/2024 (Khamis)
Tempat : Payang Scout Teluk Ketapang

DEMONSTRASI PENGURUSAN BENCANA MAJOR INCIDENT RESPONSE EXERCISE (MIREX)

Bertempat di Padang Kawad Payang Scout Teluk Ketapang Kuala Terengganu,Terup 6 Bravo bersama Water Cannon Krew 6 Bravo dengan kekuatan 2 PKP dan 70 PRP di ketuai oleh ASP. Shaizul Farid Bin Mohamed Said Selaku PP. Terup dan Insp. Mohammad Amirul Bin Zulkifli selaku P/PP Terup dan di bantu oleh SM Azmadi Bin Aziz telah terlibat dengan Demostrasi MIREX 2024.

Demonstrasi ini turut melibatkan IPD Kuala Terengganu dan Agensi luar termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam malaysia.

Alhamdulillah..Program berjalan dengan lancar seperti yang di rencanakan.

Tahniah Terup 6 Bravo dan Water Cannon Krew 6 Bravo...Terbaik 💪🏻

Bravo !!!
Bravo !!!




14 September 2024 - Taman Eko-Rimba Chemerong,Dungun, Terengganu.2 orang runner daripada PSP Unit 6 telah menyertai 'MOU...
15/09/2024

14 September 2024 - Taman Eko-Rimba Chemerong,Dungun, Terengganu.

2 orang runner daripada PSP Unit 6 telah menyertai 'MOUNT BEREMBUN CLIMBATHON CHALLENGE 2024'.

Keputusan perlumbaan :-

1. Kpl Mohamad Nazri Bin Ali
Keputusan : Tempat Ke 4 ( Podium)
Masa : 3 jam 5 minit.
Jarak : 17 km (naik/turun).

2. Kpl Mohd Salmi Bin Yunus.
Keputusan : Berjaya menamatkan pendakian.
Masa : 4 jam 15 minit.
Jarak : 17 km (naik/turun).

Syabas dan tahniah di ucapkan kerana telah berjaya memperolehi podium (tempat ke-4) dan berjaya menamatkan perlumbaan tersebut.

Tahniah !!!
Bravo !!!




Kejohanan Sepak Takraw Piala Pegawai Pemerintah PSP Unit 6 Terengganu 2024.Tarikh : 9-11/9/2024Tempat : Kompleks Sukan P...
13/09/2024

Kejohanan Sepak Takraw Piala Pegawai Pemerintah PSP Unit 6 Terengganu 2024.

Tarikh : 9-11/9/2024
Tempat : Kompleks Sukan PSP Unit 6 Terengganu

Terup 6 Bravo telah menyertai kejohanan sepak takraw Piala Peg.Pem.PSP Unit 6 Terengganu bagi tahun 2024

Penyertaan seramai 2 Peg. Kanan dan 18 anggota bagi menyahut cabaran pada edisi kali ini.

Dengan berkat usaha dan sokongan dari semua anggota Terup 6 Bravo,kita dapat mengharungi cabaran dan berjaya menjadi JOHAN dalam kategori INTER REGU dan menduduki tempat KE 3 dalam kategori BERPASUKAN.

Syabas dan Tahniah kepada semua pemain yang mewakili Terup serta seluruh warga Terup 6 Bravo yang telah memberi sokongan yang berterusan sehingga kita mencapai kejayaan ini.

Usaha lebih yang berterusan akan diadakan bagi menghadapi kejohanan akan datang.

Tahniah !!!
Bravo !!!



Proses Pembinaan Padang Bola Sepak FRU Unit 6 Sedang giat di Jalankan.Pembahagian tugas telah di atur dengan rapi meliba...
29/07/2024

Proses Pembinaan Padang Bola Sepak FRU Unit 6 Sedang giat di Jalankan.

Pembahagian tugas telah di atur dengan rapi melibatkan ketiga-tiga terup dan cawangan bagi merealisasikan kemudahan ini berjaya di laksanakan.

Terup 6 Bravo menggalas amanah ini bagi kemudahan Ganerasi kini dan akan datang agar keinginan yang sudah sekian lama di impikan menjadi realiti.

Kini Pembinaan sudah hampir ke fasa 80% akan siap.

Syabas dan tahniah pada YDH Peg. Pem. FRU Unit 6 Terengganu dan Warga FRU Unit 6 Terengganu keseluruhanya kerana kerja keras anda semua menjadikan impian hampir terlaksana💪🏻

Tahniah !!!



Tarikh : 16/06/2024Aktiviti : Kec. 1 (Sukan Bola Tampar)Terup 6 Bravo menjalani Latihan Sukan Bola Tampar bagi memenuhi ...
16/06/2024

Tarikh : 16/06/2024
Aktiviti : Kec. 1 (Sukan Bola Tampar)

Terup 6 Bravo menjalani Latihan Sukan Bola Tampar bagi memenuhi aktiviti tugas Kec.1

Aktiviti ini selain dari dapat meningkatkan kecergasan ianya juga dapat mengeratkan silaturahim sesama anggota di dalam Terup.

Bravo !!!




Tarikh : 14/06/2024 (Jumaat)Aktiviti : Kec 2 (Fitik Kawasan Tanggungjawab)Terup 6 Bravo menjalani aktiviti Kec. 2 dengan...
14/06/2024

Tarikh : 14/06/2024 (Jumaat)
Aktiviti : Kec 2 (Fitik Kawasan Tanggungjawab)

Terup 6 Bravo menjalani aktiviti Kec. 2 dengan membuat aktiviti Fitik kawasan tanggungjawab,kawasan Taman Perumahan dan hadapan Bangunan Ibu Pejabat.

Halaman bersih barulah semangat nak menjalani tugasan Hakiki,Keluarga dan Anak-Anakpun selesa dengan suasana bersih untuk beriadah petang-petang.

Kawasan Perumahan tanggungjawab bersama,diharap semua memainkan peranan masing-masing bagi menjaga kebersihan kawasan Perumahan kita.

Syabas Terup 6 Bravo !!!




Tarikh : 07/06/2024 (Jumaat)Tempat : Dataran Draw Bridge Kuala Terengganu.Terup 6 Bravo dengan kekuatan 2 Pegawai Kanan ...
07/06/2024

Tarikh : 07/06/2024 (Jumaat)
Tempat : Dataran Draw Bridge Kuala Terengganu.

Terup 6 Bravo dengan kekuatan 2 Pegawai Kanan dan 60 anggota diketuai oleh ASP Shaizul Farid Bin Mohamed Said dan Insp. Mohammad Amirul Bin Zulkifli telah di amanahkan bagi Penugasan KOR/BSM di Pentas Utama Dataran Draw Bridge Sempena Pertandingan Kenderaan Berhias bagi memperingati Ulang Tahun Ke-62 Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu bagi tahun 2024.

Alhamdulillah...Acara berjalan lancar dan meriah serta tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku sepanjang penugasan.

Terima kasih Terup 6 Bravo...Mantap !!!

Bravo !!!




Tarikh : 31/05/2024 (Jumaat)Fitik Kawasan tanggungjawab dan Padang Bola.Terup 6 Bravo tugas Kec.2 buat tugas pembersihan...
31/05/2024

Tarikh : 31/05/2024 (Jumaat)
Fitik Kawasan tanggungjawab dan Padang Bola.

Terup 6 Bravo tugas Kec.2 buat tugas pembersihan kawasan tanggungjawab yang telah diatur oleh Unit.

Selain dari tugas hakiki terup 6 Bravo juga bertangggungjawab memastikan kebersihan kawasan tanggungjawab dalam keadaan sentiasa bersih dan bebas sampah.

Terima kasih Terup 6 Bravo atas kerjasama yang baik..anda memang hebat!!!

Bravo!!!!




Tarikh : 20/05/2024 (Isnin)Aktiviti : Kuliah Dhuha KhasBertempat di Surau Ar-Raudhah Unit 6 PSP Terengganu,Terup dan Wat...
20/05/2024

Tarikh : 20/05/2024 (Isnin)
Aktiviti : Kuliah Dhuha Khas

Bertempat di Surau Ar-Raudhah Unit 6 PSP Terengganu,Terup dan Water Cannon 6 Bravo mengikuti Kuliah Dhuha Khas bagi memenuhi aktiviti Unit pada kali ini.

Aktiviti di mulai dengan Solat Sunat Dhuha dan diteruskan dengan Kuliah Dhuha khas yang bertajuk 'INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA' yang di sampaikan oleh Ustaz Hisyamuddin Bin Adam (BAKA IPK Terengganu)

Alhamdulillah...Majlis Ilmu ini menjadi rutin bulanan bagi setiap cawangan di Unit 6 PSP Terengganu bagi memenuhi jadual yang telah disusun oleh Ustaz Mohd Nizam Bin Zakaria (BAKA UNIT 6 PSP Terengganu).

Terbaik🫰🏻
Bravo !!!



Address

Terup B Unit 6 PSP, Jalan Kuala Berang
Marang
21040

Telephone

+601135844881

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terup 6 Bravo, PSP Unit 6 Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Terup 6 Bravo, PSP Unit 6 Terengganu:

Share