20/10/2022
Pelbagai aktiviti yang menarik yang telah dianjurkan di sekitar Program Latihan Keusahawan Pemasaran Digital Polycc Melaka dan Negeri Sembilan antara hasil daripada live dan videografiProgram ini merupakan program anjuran Kolej Komuniti Rembau sebagai Pengerusi Keusahawan Polycc Melaka dan Negeri Sembilan.
Seramai 99 orang pelajar, 6 orang trainer dan 5 orang urusetia bersama-sama 4 hari 3 malam.
Pelajar-pelajar ini terdiri daripada alumni dan pelajar politeknik dan kolej kommuniti.
Program telah bermula dari 18 Oktober sehingga 21 Oktober 2022.
Lokasi program bertempat dia Kaizen Hotel, Pulau Melaka. Pemandangan yang cantik dan aman dapat memberi pelajar untuk menjadi lebih bermotivasi dalam pembelajaran meraka di dalam program tersebut.
Program ini bertujuan untuk melahirkan insan-insan yang berjaya atau yang sedang menuju ke kejayaan tetapi memerlukan petunjuk, inilah program untuk mereka. Selain itu, kemahiran-kemahiran baru dapat dipelajari seperti dari reka logo tersendiri, reka poster untuk produk dan sebagainya.