Anak-anak Muar

Anak-anak Muar Menyediakan berita dan informasi berkaitan hal ehwal semasa, pelancongan, hiburan dan sejarah di dal

πŸ—ΊοΈ APABILA PETA LAMA MENCERITAKAN SEJARAH MUARPernahkah kita terfikir bahawa sebuah peta lama berusia puluhan tahun bole...
06/09/2026

πŸ—ΊοΈ APABILA PETA LAMA MENCERITAKAN SEJARAH MUAR

Pernahkah kita terfikir bahawa sebuah peta lama berusia puluhan tahun boleh mendedahkan kewujudan sesuatu yang masih dapat kita lihat sehingga hari ini?

Inilah antara penelitian menarik yang diketengahkan oleh Shahrul Azzim Abd Aziz atau lebih dikenali sebagai Encik Kartografi, seorang pengkaji yang giat menelusuri sejarah tempatan melalui naskhah-naskhah kartografi lama.

Kali ini, penelitian beliau membawa kita ke sekitar Jalan Petri, Bandar Maharani, khususnya di kawasan Masjid Jamek Sultan Ibrahim.

πŸ•Œ Masjid Jamek Sultan Ibrahim telah dirasmikan pada 28 Februari 1930 oleh Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim yang ketika itu bergelar Tunku Mahkota Johor, bersama Menteri Besar Johor, Dato’ Mustafa bin Dato’ Jaafar.

Namun, apa yang menarik perhatian Encik Kartografi bukan sekadar bangunan masjid tersebut.

Dalam sebuah naskhah kartografi lama bertajuk:

β€œMuar (Bandar Maharani) – Plan of Port (From F.M.S. Survey dated 1934)”

yang diterbitkan oleh War Office pada tahun 1945, terdapat lakaran sebuah masjid di Jalan Petri yang turut menunjukkan sebuah bulatan berwarna biru cair.

Menurut penelitian beliau, simbol tersebut merujuk kepada kolam mengambil wuduk yang menjadi sebahagian daripada fasiliti Masjid Jamek Sultan Ibrahim.

Dan yang lebih menarik…

πŸ’§ Kolam wuduk tersebut masih wujud sehingga hari ini.

Ini bermakna, kewujudan satu elemen fizikal di sekitar Masjid Jamek Sultan Ibrahim bukan sahaja dapat diperhatikan pada masa kini, malah telah direkodkan dalam pemetaan terdahulu.

Melalui perbandingan antara naskhah kartografi lama dengan keadaan di tapak, dapat dilihat adanya satu kesinambungan sejarah dan fizikal yang menghubungkan Muar masa lalu dengan Muar hari ini.

Kadangkala, sejarah tidak hanya tersimpan dalam buku.

Ia mungkin tersembunyi dalam sekeping peta lama. πŸ—ΊοΈ

Usaha seperti ini amat menarik kerana ia membantu kita melihat semula wajah Muar pada suatu ketika dahulu β€” termasuk lokasi, bangunan dan elemen kecil yang mungkin selama ini kita lalui tanpa menyedari nilai sejarahnya.

πŸ“œ Penulisan & analisis:
Shahrul Azzim Abd Aziz
Encik Kartografi
CRO ECRC Malaysia

πŸ“ Lokasi: Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Jalan Petri, Muar

πŸ—ΊοΈ Sumber naskhah kartografi & imej satelit:
β€’ National Library of Australia
β€’ Google Earth

Terima kasih kepada Encik Kartografi atas usaha mendokumentasikan dan menelusuri sejarah Muar melalui naskhah kartografi lama.

Bagi warga Muar, penemuan seperti ini mengingatkan kita bahawa setiap sudut Bandar Maharani mempunyai cerita yang tersendiri.

🌫️ IPU 745 β€” MUAR PERNAH MELALUI JEREBU YANG SANGAT TERUKKalau ada yang mengatakan Muar pernah mencatat bacaan IPU hampi...
05/09/2026

🌫️ IPU 745 β€” MUAR PERNAH MELALUI JEREBU YANG SANGAT TERUK

Kalau ada yang mengatakan Muar pernah mencatat bacaan IPU hampir 800, ia bukan cerita yang direka.

πŸ“ Muar, Johor
πŸ“… 23 Jun 2013

Pada hari itu, Muar mencatat bacaan IPU 746 pada jam 7.00 pagi β€” angka yang sehingga hari ini menjadi antara catatan jerebu paling ekstrem yang pernah dialami Muar.

Ramai yang mengingatinya sebagai IPU 745, dan angka tersebut memang sering disebut dalam catatan serta laporan mengenai tragedi jerebu Muar.

Lebih mengejutkan, bacaan IPU di Muar telah melebihi 500 sejak malam 22 Jun 2013.

Akibat keadaan yang amat serius itu, Kerajaan Malaysia mengisytiharkan darurat bencana jerebu bagi seluruh daerah Muar dan Ledang pada 23 Jun 2013.

🚨 Bayangkan IPU 746.

Sebagai perbandingan, pada ketika itu:

🟒 0–50 β€” Baik
🟑 51–100 β€” Sederhana
🟠 101–200 β€” Tidak sihat
πŸ”΄ 201–300 β€” Sangat tidak sihat
🟣 300 ke atas β€” Berbahaya

Maksudnya, bacaan Muar ketika itu bukan sekadar "jerebu teruk".

Ia sudah berada jauh di luar skala bahaya biasa.

━━━━━━━━━━━━━━

🌫️ APA YANG BERLAKU PADA WAKTU ITU?

Pada 20 Jun 2013, bacaan IPU Muar telah mencapai 383, iaitu tahap berbahaya.

Kemudian keadaan bertambah buruk.

Pada 23 Jun, bacaan Muar dilaporkan mencapai 619 pada jam 11 pagi, manakala rekod awal pagi menunjukkan bacaan sekitar 746–762, bergantung kepada waktu dan rekod laporan yang dirujuk.

Keadaan begitu serius sehingga Muar dan Ledang diletakkan di bawah status darurat bencana jerebu.

Darurat tersebut kemudiannya ditarik balik pada 24 Jun selepas bacaan IPU Muar turun ke bawah 200.

━━━━━━━━━━━━━━

🌏 BUKAN SEKADAR SEJARAH

Jerebu bukan sesuatu yang asing bagi Muar.

Kejadian jerebu teruk boleh berlaku akibat gabungan faktor seperti kebakaran hutan dan tanah gambut, pembakaran terbuka, asap industri serta pencemaran daripada kenderaan. Dalam episod jerebu merentas sempadan, asap daripada kebakaran di Sumatera juga boleh dibawa angin ke Semenanjung Malaysia.

Sebab itu apabila keadaan udara Muar mula kelihatan berkabus, matahari kelihatan kemerah-merahan atau bau asap mula terasa...

Jangan ambil mudah.

Sejarah sudah menunjukkan bahawa Muar pernah sampai ke tahap IPU lebih 700.

━━━━━━━━━━━━━━

πŸ“Œ MUAR HARI INI

Untuk bacaan IPU semasa, orang ramai disarankan menyemak APIMS – Jabatan Alam Sekitar kerana bacaan berubah mengikut masa dan keadaan cuaca.

Dan kalau suatu hari nanti bacaan Muar mula meningkat dengan mendadak, mungkin kita patut ingat kembali satu angka:

745

Satu angka yang pernah menjadi sebahagian daripada sejarah hitam Muar.

Semoga tidak berulang lagi. 🀲

🌫️ Jaga udara kita. Jangan lakukan pembakaran terbuka.

β€” Anak-anak Muar Official










Minta dijauhkanlah suasana jerebu macam 7 tahun lepasKredit: Berita Harian Online
02/09/2026

Minta dijauhkanlah suasana jerebu macam 7 tahun lepas

Kredit: Berita Harian Online

Innalillahi Wainna Ilaihi Rooji'un. Semalam lebih kurang pukul 11 malam. Aku baring, scroll telefon. Bosan. Entah kenapa...
01/09/2026

Innalillahi Wainna Ilaihi Rooji'un. Semalam lebih kurang pukul 11 malam. Aku baring, scroll telefon. Bosan. Entah kenapa aku tekan Shopee Live. Tak pernah-pernah aku buka benda ni.

Malam tadi p**a jadi.

Scroll punya scroll, jari aku berhenti dekat satu live.

View dia dua orang.

Seorang abang tengah jual muruku.

Setup dia simple gila. Meja lipat. Plastik muruku. Lampu pun malap-malap. Nama dia Apis.

Aku pun masuk la live dia. Bukan sebab nak beli. Saja nak borak. Kesian member live sorang-sorang.

Lelaki kan, nampak sunyi, kita temankan. Biar ada suara.

Aku buat lawak sikit. Nak bagi dia gelak.
Dia senyum, tapi mata dia penat.

Aku tanya

β€œAbang selalu live ke?”

Dia jawab

β€œSetiap malam lepas Isyak.”

Aku tanya lagi

β€œKenapa rajin sangat live malam-malam ni?”

Dan dekat situ, aku rasa menyesal p**a aku tanya dia. Dari aku nak gelak terus emosi aku berubah

Dia cerita pasal hidup dia. Pasal keluarga dia.
Pasal dia asnaf. Siap tunjuk surat dari jabatan agama.

Dia cerita pasal satu fasa hidup dia jaga ibu yang sakit. Isteri dia p**a jaga ayah dia yang dementia.

Maksudnya dua-dua tak boleh kerja normal.

Anak-anak?

Tiga orang anak perempuan. Ikut berniaga sana sini. Tak rasa sekolah macam anak kita rasa.

Dia cakap simpanan dah habis. Hidup diorang sekarang, hari ni cari, hari ni makan. Dia berniaga kat kaki lima.

Kadang depan Pertama kompleks. Kadang area Sogo.

Jual apa yang ada.

Muruku. Serunding. Kurma. Kekacang.
Harga semua bawah RM10.

Waktu dia tengah cerita tu, suara dia lain macam. Dan bila dia tunduk sikit, aku nampak air mata jatuh.

Dia cepat-cepat lap. Tapi aku dah nampak. Siot betul lah jatuh aku punya ego kelakian aku

Aku tak tunggu lama. Aku tekan beli 5 muruku.

Bila bunyi β€œting” masuk, terus muka dia berubah. Senyum dia keluar. Betul-betul senyum.

Tapi wei, yang paling buat aku terdiam, bukan kisah susah dia.

Aku paling respek bini dia.

Zaman sekarang senang cari pasangan masa senang. Susah cari pasangan masa susah.

Mana kau nak cari isteri yang sanggup duduk tepi jalan, teman suami berniaga, jaga ayah yang hilang ingatan, sambil besarkan tiga orang anak kecil.

Dan untuk dia sebagai lelaki, aku angkat tangan.

Bukan semua orang sanggup ubah hidup dia semata-mata sebab tanggungjawab. Bukan semua orang sanggup kecilkan dunia dia sebab orang lain.

Nabi ο·Ί ada cakap, sebaik-baik manusia adalah yang paling baik pada keluarganya.

Malam tu aku rasa, dia bukan tengah jual muruku.

Dia tengah buat ibadah.

Wei

Kalau hari ni kau rasa kau dah usaha gila-gila, tapi hasil macam tak sampai

Ingat benda ni.

Kat luar sana ada satu keluarga asnaf, yang tiap-tiap hari bentang meja kat kaki lima. Bawa isteri. Bawa anak.

Tak ada gaji.

Tak ada cuti.

Tak ada siapa tepuk tangan.

Tapi diorang tak berhenti. Kalau kita penat sebab kerja, diorang penat sebab hidup.

Kalau kita stress sebab jualan slow, diorang bentang meja walaupun tahu mungkin malam tu kosong.

Kalau kita rasa Allah lambat bagi, diorang masih sebut harga sambil simpan harap pada langit.

Allah sendiri janji

β€œSesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan.”

Cuma kadang-kadang kemudahan tu bukan dalam bentuk duit. Tapi dalam bentuk hati yang tak pernah putus asa.

Bila aku tutup live malam tu, aku bukan rasa kasihan pada dia.

Aku rasa malu pada diri.

Malu sebab banyak nikmat aku anggap biasa.
Malu sebab aku selalu kata aku dah cukup usaha.

Sedangkan kat luar sana ada orang yang usaha dia tak pernah ada OFF.

Wei

Kalau malam ni kau tidur atas tilam, mak ayah kau ada atau pernah kau rasa kasih dia,
anak-anak kau lena, dan pasangan kau ada dekat sebelah

Demi Allah, kau bukan orang biasa. kau orang yang sangat-sangat kaya.

Sebelum kau pejam mata malam ni, cuba cakap sikit dalam hati

β€œYa Allah, terima kasih. Ampunkan aku, sebab selama ni aku lebih banyak mengeluh daripada bersyukur.”

Bila aku tutup Shopee Live malam tu, aku tak terus letak telefon.

Aku baring, skrin gelap. Tapi dada aku tak.

Entah kenapa, muka anak-anak dia tak keluar dari kepala aku. Tiga budak perempuan kecil, yang umur dia sepatutnya bangun pagi pakai baju sekolah, bukan bangun pasang meja lipat.

Aku terbayang anak aku sendiri. Tidur atas tilam.

Kipas pusing.

Perut kenyang.

Esok pagi bangun, ada beg sekolah.

Dan tiba-tiba dada aku rasa sempit. Sebab kat luar sana, ada ayah yang tak boleh janji apa-apa pada anak dia,
selain,

β€œEsok kita cuba lagi.”

Aku teringat muka dia bila dia lap air mata. Cara dia cepat-cepat senyum lepas tu, macam lelaki yang minta maaf sebab hampir runtuh depan orang.

Wei, ada jenis penat yang tidur pun tak hilang. Penat orang jaga orang.

Penat orang berharap.

Dia live tiap-tiap malam lepas Isyak. Bukan sebab dia rajin sangat. Tapi sebab malam je masa yang dia ada untuk minta pada dunia.

Dan kita

Kadang-kadang rasa Allah lambat bagi. Padahal kita minta dalam keadaan kenyang.

Dalam keadaan selamat.

Dalam keadaan ada tempat nak balik.

Dia minta, dalam keadaan tangan kosong, dengan tiga pasang mata kecil yang bergantung pada dia.

Aku rasa sebak bila teringat isteri dia. Sebab bukan semua perempuan kuat untuk hidup yang tak ada β€œcuti dari susah”.

Tak ada weekend.

Tak ada honeymoon.

Tak ada β€œnanti bila senang”.

Yang ada cuma

β€œtak apa, aku ada.”

Dan aku rasa lebih sebak bila teringat diri aku sendiri. Berapa banyak nikmat yang aku dah pijak tanpa sedar.

Berapa banyak doa orang susah yang mungkin Allah makbulkan, dengan beri aku hidup yang aku selalu anggap biasa.

Wei

Kalau malam ni kau boleh peluk anak kau, atau telefon mak ayah kau dan dia jawab, atau kau baring dengan perut kenyang tanpa fikir esok ada makan ke tak

Jangan terus tidur.

Sebut nama Allah perlahan. Dan cakap dalam hati,

β€œYa Allah, aku minta maaf. Selama ni aku terlalu bising mengadu, sampai aku tak dengar betapa banyaknya nikmat yang sedang menjerit dalam hidup aku.”

Malam tu aku tidur dengan satu doa yang aku jarang sebut.

β€œYa Allah, jangan jadikan aku orang yang hanya kenal nikmat lepas Kau uji aku kehilangannya.”

Sebab kadang-kadang, cerita orang lain bukan untuk kita kasihan.

Tapi untuk Allah selamatkan hati kita.

(Kredit Penulisan : FB Khairul Johari)

PERHATIAN : Mohon support jualan amal Abg Asnaf (Apis) dalam posting ini. Setiap sumbangan anda sangat bermakna. Link Shopee dan maklumat bank ada di ruangan komen ya.


πŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H12 Rabiulawal mengingatkan kita kepada kelahiran insan paling mulia, junjungan besar Nabi Mu...
24/08/2026

πŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

12 Rabiulawal mengingatkan kita kepada kelahiran insan paling mulia, junjungan besar Nabi Muhammad ο·Ί, yang diutuskan sebagai rahmat kepada seluruh alam.

Baginda ο·Ί bukan sahaja contoh terbaik dalam ibadah, malah menjadi teladan dalam kehidupan bermasyarakat β€” melalui akhlak yang mulia, sifat amanah, kasih sayang, kesabaran, keadilan dan kebijaksanaan.

Sebagai anak-anak Muar, marilah kita jadikan kecintaan kepada Rasulullah ο·Ί sebagai dorongan untuk membina keluarga dan masyarakat yang lebih baik. Perkukuhkan silaturahim, hormati sesama jiran, bantu mereka yang memerlukan dan semarakkan nilai kasih sayang dalam komuniti kita.

Semoga Maulidur Rasul kali ini menjadi ruang untuk kita lebih mengenali, mencintai dan menghayati sunnah serta akhlak Rasulullah ο·Ί dalam kehidupan seharian.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ο·Ί, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

πŸŒ™ Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H
πŸ“… 25 Ogos 2026 | 12 Rabiulawal 1448H

πŸ’™ Cinta Rasul, Eratkan Ukhuwah, Kukuhkan Perpaduan.

24/08/2026

DULU & SEKARANG: MEDAN SELERA JALAN ABDUL RAHMAN, MUAR 🍜❀️

Kalau orang Muar sebut Medan Selera Jalan Abdul Rahman, mungkin generasi sekarang melihatnya sebagai salah satu tempat makan yang biasa kita kunjungi.

Tapi tahukah anak-anak Muar, medan selera ini sebenarnya ada kaitan rapat dengan satu lagi lokasi yang cukup sinonim dengan kenangan orang Muar?

Medan Selera Tanjung Emas.

Dahulu, deretan gerai di kawasan Dataran Tanjung Emas menjadi antara lokasi orang Muar dan pelancong mencari makanan tempatan β€” termasuk mee bandung, asam pedas dan pelbagai juadah yang menjadi identiti Muar.

Ramai yang pernah membesar di Muar tentu masih teringat suasana makan di Tanjung Emas. Duduk bersama keluarga, menikmati makanan sambil melihat suasana taman dan Sungai Muar. Malah rekod lama menunjukkan kawasan Dataran Tanjung Emas memang telah lama menjadi lokasi tumpuan orang ramai dan pelbagai aktiviti masyarakat.

JADI, KENAPA MEDAN SELERA BARU DIBINA?

Medan Selera Jalan Abdul Rahman bukan sekadar dibina untuk menambah tempat makan.

Ia diwujudkan sebagai lokasi baharu bagi memindahkan peniaga dari Medan Selera Tanjung Emas.

Majlis Perbandaran Muar sendiri kini menyenaraikan:

β€œMedan Selera Tanjung Emas (berpindah ke Medan Selera Jalan Abdul Rahman)”.

Projek pembinaan medan selera baharu ini mempunyai nilai tender sekitar RM3.95 juta, dengan tempoh pembinaan 96 minggu.

Pada Oktober 2024 p**a, peniaga telah menerima surat tawaran gerai di lokasi baharu dan sedang melalui proses pemasangan meter elektrik serta bekalan air.

Manakala kawasan gerai lama di Dataran Tanjung Emas dicadangkan untuk diubah menjadi tempat letak kereta.

DARI TANJUNG EMAS β†’ JALAN ABDUL RAHMAN

Jadi, kalau suatu hari nanti anak-anak kita bertanya:

Β«β€œDulu orang Muar makan di mana sebelum ada Medan Selera Jalan Abdul Rahman?”»

Jawapannya ialah antara lokasi yang paling penting dalam kisah ini:

Medan Selera Tanjung Emas. ❀️

Tempat berubah, gerai berubah, peniaga berpindah...

Tetapi rasa makanan dan kenangan orang Muar tetap menjadi sebahagian daripada sejarah bandar ini.

Menarik juga untuk kita fikirkan β€” berapa ramai orang Muar yang masih ingat gerai mana yang menjadi kegemaran keluarga masing-masing di Medan Selera Tanjung Emas dulu?

πŸ‘‡ Cuba tulis di ruangan komen.

Gerai apa yang paling korang rindu?

24/08/2026

🏟️ SEJARAH TMIYC MUAR β€” RUANG ANAK MUDA YANG MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA MUAR

Kalau sebut TMIYC, pasti ramai anak-anak Muar teringat sebuah tempat yang cukup sinonim dengan aktiviti anak muda.

TMIYC β€” Tunku Mahkota Ismail Youth Centre bukan sekadar sebuah kompleks sukan. Ia diwujudkan sebagai sebahagian daripada usaha menyediakan ruang yang lebih tersusun untuk golongan belia Muar berkumpul, bersukan, mengembangkan bakat dan menjalankan pelbagai aktiviti.

Idea pembangunan Youth Hub Muar ini merupakan sebahagian daripada perancangan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11). Projek tersebut merangkumi kompleks pelbagai guna dengan kemudahan untuk aktiviti belia dan sukan. Kos keseluruhan projek yang direkodkan adalah lebih RM26 juta.

Antara kemudahan yang dirancang termasuk gelanggang futsal, gimnasium, stadium bola sepak serta kemudahan Youth Hub.

Pada tahun 2022, Dewan Negeri Johor turut merekodkan bahawa projek Kompleks Pelbagai Guna Youth Hub Muar (Tunku Mahkota Ismail Youth Centre) telah diluluskan dan ketika itu sedang dalam pembinaan.

Namun bagi anak-anak Muar, TMIYC bukan hanya tentang angka, projek dan bangunan.

Ia tentang kenangan.

Tempat anak muda berkumpul dengan kawan-kawan.

Tempat berpeluh di gelanggang.

Tempat mengasah bakat.

Tempat pertandingan berlangsung.

Tempat persahabatan tercipta.

Dan mungkin bagi sesetengah orang, tempat yang menjadi sebahagian daripada zaman muda yang tidak akan dapat diulang kembali.

Setiap bandar mempunyai tempat yang menjadi saksi perjalanan generasinya.

Untuk Muar, TMIYC adalah antara ruang yang menyimpan cerita anak-anak mudanya. ❀️

Hari ini mungkin kita melihatnya sebagai sebuah kompleks.

Tetapi 10, 20 atau 30 tahun akan datang, mungkin ada yang berkata:

Β«β€œDulu zaman muda aku, selalu lepak dan bersukan dekat TMIYC...”»

Dan ketika itulah sebuah bangunan berubah menjadi kenangan sejarah sebuah generasi.

πŸ“ TMIYC β€” Tunku Mahkota Ismail Youth Centre, Muar

Anak-anak Muar yang pernah melalui zaman di TMIYC, apa kenangan anda di sana? πŸ‘‡

Kongsikan di ruangan komen. Mungkin cerita anda p**a menjadi kenangan yang akan dibaca oleh generasi anak-anak Muar akan datang.

π’πˆπ€π‘π€π πŒπ„πƒπˆπ€ πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŒπ”π€π‘ , 07 Ogos 2026 (Jumaat) – Siaran Media YDH ACP RAIZ MUKHLIZ BIN AZMAN AZIZ, Ketua P...
07/08/2026

π’πˆπ€π‘π€π πŒπ„πƒπˆπ€ πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŒπ”π€π‘

, 07 Ogos 2026 (Jumaat) – Siaran Media YDH ACP RAIZ MUKHLIZ BIN AZMAN AZIZ, Ketua Polis Daerah Muar berkaitan lelaki warga emas ditemui meninggal duniadi Jalan Meriam, Muar.

06/08/2026

🚨 PERINGATAN PENTING KEPADA SEMUA AHLI ANAK-ANAK MUAR OFFICIAL 🚨

Sejak kebelakangan ini semakin banyak kes penipuan (scam) berlaku melalui media sosial. Oleh itu, kami ingin mengingatkan semua ahli supaya sentiasa berhati-hati sebelum membuat sebarang urusan jual beli atau pembayaran.

⚠️ Antara modus operandi scam yang sering berlaku:

β€’ Pembelian barang secara online yang memerlukan bayaran penuh, tetapi barang tidak pernah dihantar.
β€’ Rumah sewa yang meminta deposit sebelum rumah dilihat atau tanpa perjanjian yang sah.
β€’ Jual beli kereta atau motosikal dengan harga terlalu murah untuk menarik perhatian mangsa.
β€’ Penjual menggunakan akaun Facebook palsu atau akaun yang baru diwujudkan.
β€’ Penipu menggunakan gambar barang milik orang lain.
β€’ Menyamar sebagai ejen hartanah, ejen kereta atau wakil syarikat.
β€’ Meminta bayaran "booking", "processing fee", "deposit" atau "caj penghantaran" secara tergesa-gesa.
β€’ Menghantar pautan (link) palsu yang meminta anda memasukkan maklumat bank, kad atau OTP.
β€’ Menyamar sebagai pembeli dan menghantar resit pindahan wang palsu.
β€’ Meminta bayaran melalui akaun bank atas nama individu lain yang tidak berkaitan.
β€’ Tawaran kerja sambilan yang memerlukan bayaran pendahuluan.
β€’ Skim pelaburan atau keuntungan luar biasa dalam masa singkat.
β€’ Penjualan tiket konsert, pakej percutian atau tempahan hotel palsu.
β€’ Penjualan haiwan peliharaan yang meminta deposit tetapi haiwan tidak wujud.
β€’ Penjualan telefon, komputer, perabot atau barangan elektrik yang sebenarnya tidak dimiliki penjual.
β€’ Menyamar sebagai pihak bank, kurier, polis, mahkamah atau agensi kerajaan.
β€’ Menggunakan akaun WhatsApp yang telah digodam untuk meminjam wang daripada kenalan.

βœ… Langkah berjaga-jaga sebelum membuat pembayaran:

1. Semak profil penjual atau pembeli terlebih dahulu.
2. Berurusan secara bersemuka jika boleh.
3. Lihat dan periksa barang sebelum membuat bayaran.
4. Jangan mudah percaya dengan harga yang terlalu murah.
5. Jangan dedahkan nombor TAC, OTP, PIN atau kata laluan kepada sesiapa.
6. Jangan klik pautan yang mencurigakan.
7. Gunakan kaedah pembayaran yang mempunyai rekod transaksi.
8. Simpan semua bukti perbualan, resit dan maklumat transaksi.
9. Jika menyewa rumah, pastikan rumah benar-benar wujud dan berjumpa dengan pemilik atau ejen yang sah.
10. Semak nombor akaun bank dan nombor telefon melalui pangkalan data scam yang dipercayai sebelum membuat bayaran.
11. Jangan terburu-buru walaupun penjual mendesak kononnya ramai pembeli lain sedang menunggu.

❗ Jika anda telah menjadi mangsa scam:

β€’ Hubungi bank anda dengan segera untuk cuba membekukan transaksi.
β€’ Buat laporan kepada National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 secepat mungkin jika transaksi masih baru.
β€’ Buat laporan polis.
β€’ Laporkan akaun Facebook, nombor telefon dan akaun bank scammer.
β€’ Simpan semua bukti seperti resit, perbualan, nombor akaun dan tangkap layar (screenshot).
β€’ Maklumkan kepada ahli keluarga atau rakan supaya mereka tidak menjadi mangsa scammer yang sama.

πŸ“’ PENAFIAN

Segala urusan jual beli, sewaan, tempahan, perkhidmatan, pelaburan, sumbangan atau apa-apa transaksi yang dibuat melalui kump**an Anak-anak Muar Official adalah di bawah tanggungjawab pihak yang berurusan sendiri.

Admin dan moderator TIDAK bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, penipuan, salah faham, pertikaian atau apa-apa masalah yang timbul hasil daripada urusan antara ahli.

Sila lakukan semakan dan penilaian sendiri sebelum membuat sebarang pembayaran atau transaksi.

Terima kasih atas kerjasama semua. Semoga kita sama-sama membantu menjadikan komuniti ini lebih selamat daripada jenayah scam.

28/07/2026

Kejadian malam tdi jam 4 pagi... Kes curi van di Taman Jasa, Pantai Layang... Mohon semua berhatiΒ²

Address

Muar

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anak-anak Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share