Pusat Sebaran Maklumat Mini NADI Kampung Paya Lebar

Pusat Sebaran Maklumat Mini NADI Kampung Paya Lebar • Menyediakan perkhidmatan computer
• Menyediakan perkhidmatan internet

🚀 Belajar AI Secara Percuma  – Rebut Peluang Masa Depan Anda!Dunia pekerjaan sedang berubah pantas dengan teknologi AI. ...
29/04/2026

🚀 Belajar AI Secara Percuma – Rebut Peluang Masa Depan Anda!
Dunia pekerjaan sedang berubah pantas dengan teknologi AI. Jangan tunggu lagi — kini anda berpeluang belajar kemahiran baharu secara PERCUMA, mudah dan ikut masa anda sendiri.
Program ini direka khas untuk membantu anda meningkatkan ilmu, menambah peluang pendapatan dan bersedia menghadapi masa depan digital.
✨ Apa Yang Anda Akan Dapat?
✔️ Belajar AI asas dengan cara yang mudah difahami
✔️ Cuba sendiri alat AI yang boleh digunakan dalam kerja & bisnes
✔️ Belajar secara fleksibel – bila-bila masa, di mana sahaja
✔️ Tingkatkan keyakinan diri dengan kemahiran masa depan
✔️ Terima sijil yang diiktiraf oleh Google.org
💯 100% PERCUMA
⚡ Tempat adalah terhad!
Hari ini belajar, esok buka lebih banyak peluang.
Jangan sekadar ikut perubahan — jadilah antara yang memimpin perubahan.
👉 Daftar sekarang: avpn.pepperlabs.my

29/04/2026
MAKLUMAN !!!NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA MINI NADI KAMPUNG PAYA LEBAR SEMPENA CUTI MINGGUAN PETUGAS DAN CUTI HARI PEKERJA.S...
29/04/2026

MAKLUMAN !!!

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA MINI NADI KAMPUNG PAYA LEBAR SEMPENA CUTI MINGGUAN PETUGAS DAN CUTI HARI PEKERJA.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI NOMBOR DI BAWAH :
011-6296 6040 / 011-37992197 (EN.RIDWAN)

29/04/2026

Peningkatan kes buli siber, pengantunan kanak-kanak (child grooming) dan penyebaran kandungan memudaratkan telah mencetuskan desakan agar akses media sosial ditangguhkan kepada individu berusia bawah 16 tahun.

Pakar psikologi dan aktivis kebajikan kanak-kanak menyifatkan risiko berkenaan bukan lagi insiden terpencil, sebaliknya menjadi corak membimbangkan yang menunjukkan mekanisme perlindungan sedia ada gagal menandingi kepesatan operasi platform digital.

Pengasas Yayasan Chow Kit Hartini Zainudin berkata kelemahan perlindungan dan kurangnya kebertanggungjawaban menyebabkan kanak-kanak, khususnya daripada golongan rentan terdedah kepada risiko lebih tinggi ketika melayari Internet.

Berita penuh -- https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2545839



29/04/2026
*MAKLUMAN: PENGUMUMAN PERUBAHAN NAMA PROGRAM DAN JADUAL AKTIVITI SEPANJANG BULAN MEI 2026*Assalamualaikum dan salam seja...
29/04/2026

*MAKLUMAN: PENGUMUMAN PERUBAHAN NAMA PROGRAM DAN JADUAL AKTIVITI SEPANJANG BULAN MEI 2026*
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
*Pengumuman Penting: Perubahan Nama Program*
Mulai bulan Mei 2026, program *DILEA Tuisyen Rakyat* secara rasmi telah bertukar nama kepada *NADI Tuisyen Rakyat* . Semua komunikasi, bahan pembelajaran, dan saluran rasmi akan menggunakan nama baharu ini.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Maklumat Program Bulan Mei 2026*
Berikut adalah maklumat terkini mengenai program NADI Tuisyen Rakyat bagi _Guidance Tuition, Open Tuition, Video on Demand (VOD) – Revision Video_ , dan _English Proficiency_ yang akan dijalankan sepanjang bulan Mei 2026:
1. Sesi _Guidance Tuition_
Tingkatan 4: Sesi kelas dijalankan pada hari Ahad – Jumaat mengikut zon yang ditetapkan.
Tingkatan 5: Sesi kelas dijalankan pada hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad mengikut zon yang ditetapkan.
2. Sesi _Open Tuition_
Sesi pagi: 9.15 pagi – 10.15 pagi (untuk Tingkatan 1 & 2 sahaja)
Sesi petang: 3.30 petang – 4.30 petang (untuk Tingkatan 1–6)
mengikut jadual yang telah ditetapkan.
3. _Video on Demand (VOD) – Revision Video_
Rakaman penuh bagi sesi _Guidance Tuition, Open Tuition_ , dan Webinar Pembelajaran juga diteruskan mengikut jadual yang disediakan. Rakaman video pembelajaran boleh ditonton pada tarikh yang ditetapkan mengikut jadual.
4. _English Proficiency_
Program ini diteruskan bagi bulan Mei 2026. Pelajar dikehendaki melengkapkan Lesson 30 hingga Lesson 31 mengikut jadual yang telah ditetapkan. Program ini terbuka untuk peserta Tingkatan 4 dan 5 dari _Guidance Tuition_ sahaja.
Gambar logo program dan jadual program sepanjang bulan Mei dilampirkan di bawah.
Setiap jadual kelas tertakluk kepada perubahan semasa dan sekiranya ada, akan dimaklumkan kembali.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui saluran berikut:
Telegram (ALL NADI): https://t.me/+pqrz-x8nfbplYmU1
WhatsApp (NADI Support): http://linktr.ee/dilea.support
Kerjasama dan keprihatinan anda dalam memastikan penyampaian maklumat ini kepada peserta amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.

29/04/2026

Tak pasti? Jangan klik! 🚫

Elak pautan mencurigakan dan jangan dedahkan maklumat peribadi tanpa semakan.

Lindungi diri daripada penipuan siber 🔒💻




29/04/2026
📢✨ PENDAFTARAN VIDEO ON DEMAND – REVISION VIDEO SESI 38 KINI DIBUKA!📢✨ PENDAFTARAN VIDEO ON DEMAND – REVISION VIDEO SESI...
24/04/2026

📢✨ PENDAFTARAN VIDEO ON DEMAND – REVISION VIDEO SESI 38 KINI DIBUKA!

📢✨ PENDAFTARAN VIDEO ON DEMAND – REVISION VIDEO SESI 38 KINI DIBUKA!

✅ Video on Demand – Revision Video khas untuk anda !
📅 Tarikh : 20-25 April 2026
⏰ Waktu: Fleksibel – ikut jadual anda sendiri!

🎥 Akses rakaman kelas dan boleh ulang tayang sepuas hati!

Rakaman yang tersedia:

Rakaman Guidance Tuition
Rakaman Open Tuition
Rakaman Webinar Pendidikan

📢✨ PENDAFTARAN VIDEO ON DEMAND - REVISION VIDEO SESI 35 KINI DIBUKA!✅ Video on Demand - Revision Video khas untuk anda !...
04/04/2026

📢✨ PENDAFTARAN VIDEO ON DEMAND - REVISION VIDEO SESI 35 KINI DIBUKA!

✅ Video on Demand - Revision Video khas untuk anda !
📅 Tarikh : 1-5 April 2026
⏰ Waktu: Fleksibel – ikut jadual anda sendiri!

🎥 Akses rakaman kelas dan boleh ulang tayang sepuas hati!

Rakaman yang tersedia:

* Rakaman Guidance Tuition
* Rakaman Open Tuition
* Rakaman Webinar Pendidikan

Langkah Penyertaan:
1. Kunjungi NADI terdekat
2. Login ke LMS DILEA
3. Masuk ke course Revision Video
4. Tonton rakaman video
5. Tanda penyertaan pada bahagian 'kehadiran'

📌 Jangan lepaskan peluang!

Daftar sekarang & ulangkaji dengan lebih mudah

01/04/2026

Polis Diraja Malaysia (PDRM) ingin menegaskan bahawa video tular yang memaparkan maklumat pengambilan anggota baru di media sosial adalah PALSU dan TIDAK BENAR. Pihak PDRM tidak pernah mengeluarkan sebarang pengumuman pengambilan melalui saluran pihak ketiga atau individu yang tidak dikenali.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dan berhenti menyebarkan kandungan tersebut bagi mengelakkan kekeliruan. Sebarang maklumat rasmi mengenai pengambilan jawatan dalam PDRM hanya akan diumumkan melalui:

Portal Rasmi Sistem e-Pengambilan PDRM
Facebook Rasmi: Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia
Telegram Rasmi : Unit Pengambilan PDRM
Instagram Rasmi : unitpengambilanpdrm

11/03/2026

Prihatin atau Toksik? Bedah Siasat Psikologi "Makcik Bawang"

"Bila nak kahwin?"
"Kenapa belum ada anak?"
"Kerja situ je?"
"Kenapa nampak makin berisi?"

Tuan-tuan, Puan-puan, netizen sekalian. Pernah tak korang balik dari kenduri, raya, atau 'family gathering' dengan senyuman kelat di muka, tapi hati rasa penat gila?

Bukan sebab penat berborak, tapi sebab mental 'koyak' kena hadap soalan-soalan maut macam kat atas ni.

Ini Realiti Pahit yang ramai orang 'butakan' mata: Bukan semua soalan itu prihatin. Ada yang sebenarnya senjata tajam yang sedang melukakan hati orang lain

Mereka yang bertanya ni selalunya 'pakej' sekali dengan senyuman sinis, gelak tawa, atau alasan "eh, bergurau je pun, takkan koyak?".

Tapi mereka tak nampak atau buat-buat tak nampak ada hati yang terus diam seribu bahasa. Ada luka lama yang kembali berdarah hanya kerana satu soalan yang mereka anggap "biasa"

Kenapa ada spesis manusia yang s**a sangat 'mengecilkan' hidup orang lain ni?

Dari sudut psikologi, ini puncanya:

1️⃣ Rasa Ingin Tahu Tanpa Sempadan
Ada orang rasa teruja bila dapat tahu hal peribadi orang lain. Bila hidup sendiri 'kosong' takde 'content', cerita orang jadi hiburan murah.

Mengorek hal orang buat dia rasa lebih 'hidup' dan penting dalam 'group chat'.

2️⃣ Buta Sempadan Emosi (Lack of Boundaries)
Membesar dalam budaya "semua benda boleh tanya". Tak pernah diajar hormat ruang peribadi.

Mereka tak sedar, tak semua perkara boleh buat modal sembang kencang.

3️⃣ Nafsu Membanding (Social Comparison)

Soalan bukan sebab sayang, tapi nak 'check' sama ada hidup orang lain lebih gagal, lebih lambat, atau lebih susah.

Tujuannya? Nak bagi hati sendiri rasa 'lega' dan superior dengan hidup sendiri yang 'kononnya' lebih baik.

belajarlah satu benda
Ambil berat TIDAK SAMA dengan menyibuk. Prihatin TIDAK PERLU memalukan. Dan matang itu bukan pada umur, tapi pada keupayaan menjaga hati orang lain.

Hormatilah perasaan orang

Address

Balairaya Kampung Paya Lebar, Mini NADI Kampung Paya Lebar
Muar
836000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sebaran Maklumat Mini NADI Kampung Paya Lebar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Sebaran Maklumat Mini NADI Kampung Paya Lebar:

Share