01/06/2026
Terima kasih Harian Metro dan Penulis Redzuan kerana berkongsi kisah perjalanan kami hari ini.
Dari dulu sehingga sekarang, banyak kali HotspotPrinting diberi peluang untuk berkongsi cerita, cabaran dan pengalaman dalam dunia perniagaan. Bagi kami, setiap liputan ini bukan sekadar penghargaan, tetapi satu peringatan bahawa setiap pencapaian datang daripada proses yang panjang.
Apa yang kami ada hari ini bukan berlaku dalam sehari. Ia terbina daripada kesilapan yang pernah dilakukan, pengalaman yang mengajar, kebaikan insan sekeliling, serta usaha yang berterusan tanpa mengenal penat.
Alhamdulillah, hari ini HotspotPrinting mempunyai pelanggan tetap dan ejen yang setia bersama kami. Namun, kami tidak pernah melupakan cara kami bermula dahulu.
Sehingga hari ini, kami masih turun padang, masih berjumpa prospek baharu, masih memperkenalkan servis kami secara bersemuka dengan pelanggan adalah aset paling berharga dalam perniagaan.
Kami tidak pernah mahu terlalu selesa dengan apa yang ada hari ini. Dunia perniagaan sentiasa berubah, dan kami percaya setiap hari adalah peluang untuk belajar, memperbaiki diri dan memperbaharui perniagaan lebih baik.
Terima kasih kepada semua pelanggan, ejen, staf, supplier dan sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong perjalanan HotspotPrinting sejak hari pertama.
Perjalanan masih jauh. Kami masih belajar. Kami masih berusaha.
Link Penuh= https://www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2026/06/1364474/hinaan-supplier-tak-hakis-semangat
Penulis HM = https://www.facebook.com/share/1BYYEhXMjf/?mibextid=wwXIfr
Biarpun media sosial berpengaruh dalam mempromosikan perniagaan, masih ada individu yang memilih pendekatan turun padang bagi melakukan jualan langsung.