04/11/2017
Berguru,tunduk dan belajar.
Hari ini, apabila tidak mengajar Saya akan mencari guru untuk memperkemaskan lagi pembangunan team dan syarikat.
Banyak perkara yang dikongsikan,ini antara 3 pesanan buat orang bisnes.
1. Orang yang s**a kecam dan kaki kecam,tidak sudah-sudah kerjanya adalah mengecam orang lainz Jenis mereka ini,memang s**a cari salah orang.
Tapi cukup pantang kalau orang cari salah mereka,habis melenting. Mereka sahaja yang betul,orang lain semua salah.
Orang jenis ini susah nak kaya,emosi mereka koyak dan tidak boleh bertahan lama.
Guru pesan,kalau ada orang bisnes jenis ini elakkan berpatner dengan mereka. Sebab dalam bisnes,buat silap dan salah itu biasa.
Mudah berpecah jika kita berpatner dengan orang jenis ini. Elak selagi boleh elak.
2. Dunia bisnes tidak kejam dengan perubahan. Dengan gst,dengan cukai, dengan kecepatan teknologi.
Kita yang kejam dengan diri,tidak mahu belajar dan tidak mahu berubah dengan cepat.
Kita tidak boleh ubah masa,kita kena belajar dengan perubahan masa. Ia tidak tinggal,tapi ia tidak tunggu kita.
Orang yang berjaya,bukan sebab mereka hebat. Tapi hanya kerana mereka alert dengan perubahan semasa.
Salahkan orang lain dan bagi alasan memang mudah, perbaiki diri. Upgrade ilmu dan bertindak cepat.
3. Bisnes itu mudah bila ada team yang betul,bisnes jadi penat bila kita mahu kaya seorang diri.
Kalau dapat team yang tidak berkualiti atau biasa-biasa,salahkan diri kenapa pilih mereka bawa masuk dalam syarikat.
Kalau lihat ada orang bisnes yang meroyan tentang staf,tentang team mereka. Kita sudah tahu tahap mereka membangunkan bisnes.
Bukan salah pekerja itu,salah owner kenapa tidak cari ilmu tentang pembangunan manusia. Kalau team tidak berkualiti,buang dan cari baru.
Susah nak cari baru? Belajar ilmu penuhkan bank resume syarikat.
Duit banyak,bisnes hebat. Kalau team tidak betul,ujian seksa jiwanya lagi hebat berbanding ketika tiada duit.
Dah hahis baca,tekan button share. Boleh komen dibawah dan mention rakan bisnes anda.
Tidak sabar nak jumpa peserta 1,000orang pada 19nov ini. Persediaan dunia bisnes 2018.
Ps: Mai jumpa guru,dia tidak mahu diambil gambar. Duduk belakang tabir sahaja. Wisdom yang kita mahu cari.
Anak muda,
Tunduk dan belajar,
4 Nov 2017
Banting,Selangor.
Kredit to Abdul basit