08/08/2021
Dato Azizulhasni Awang membawa pulang pingat perak demi nama negara, DEMI MALAYSIA!
Alhamdulillah. Terima kasih Jijoe atas kesungguhan Jijoe dalam lap terakhir acara keirin sebentar tadi. Walaupun kita tidak ada rezeki pingat emas pada temasya sukan Olimpik kali ini, pingat perak Jijoe ini tidak ternilai harganya.
From the bottom of our hearts, we thank you Jijoe.
Dengan aksi Jijoe sebentar tadi, maka berakhirlah misi Kontinjen Malaysia di Olimpik .
Atlet kita telah bertarung bukan sahaja dalam acara sukan masing-masing, tetapi mereka terpaksa menempuh pelbagai cabaran dalam pandemik ini. Saya pasti pengalaman ini merupakan sesuatu yang tidak dapat diperolehi di Olimpik seterusnya.
Dan saya amat bangga Jijoe yang mampu menempuh kesemua cabaran itu untuk membawa pulang pingat kedua buat Malaysia. Terima kasih Jijoe!
π·Kredit: Kamarul Akhir (KA)