Berita PASIR PUTEH

Berita PASIR PUTEH advertising and business page

Gege gegok bungo reflesia jupo di selising..kiro abih pakat mari laa duk pakat kelih..
20/02/2021

Gege gegok bungo reflesia jupo di selising..kiro abih pakat mari laa duk pakat kelih..

Gambar berwarna dari Marikh.Gambar 1: Gambar resolusi tinggi pertama dari Perayau Perseverence menggunakan Hazard Camera...
20/02/2021

Gambar berwarna dari Marikh.

Gambar 1: Gambar resolusi tinggi pertama dari Perayau Perseverence menggunakan Hazard Camera (Hazcams) selepas perayau melepasi malam pertama di Marikh.

Gambar 2 : Menunjukkan 1 daripada 6 tayar rover versi upgrade daripada perayau Curiosity. Diameter tayar rover ni 20.7 inch diperbuat daripada Titanium. Ada yang nak cadangkan sport Rim lawa tak?

Gambar 3 : Gambar yang diambil oleh Decent Stage ketika menurunkan perayau di permukaan Marikh. Ketika kren menurunkan perayau, ia mesti berada pada ketinggian 20 meter untuk mengelakkan habuk dan tanah Marikh berterbangan dan merosakkan perayau.

Gambar 4: Gambar ini diambil oleh Mars Reconnaissance Orbiter (MRO) menggunakan camera High Resolution Imaging Experiment (HiRISE) yang mengorbit Marikh, menunjukkan payung terjun terbuka ketika 7 minutes of terror itu berlaku.

HiRISE dianggarkan berada kira-kira 700 kilometers dari dan bergerak selaju 3 kilometers per saat ketika imej ini diambil. Kelihatan disebelah kiri adalah delta hasil daripada sungai purba di kawah Jazero.

Kredit NASA/JPL

Rumah Ada Bunyi Guli Jatuh & Perabot Diseret ?Normal org melayu akan kata itu toyol s**a main guli atau gangguan jin.  B...
19/07/2020

Rumah Ada Bunyi Guli Jatuh & Perabot Diseret ?

Normal org melayu akan kata itu toyol s**a main guli atau gangguan jin. Bro salah bro. Okay sains dan fizik ada jawapan nya.

Bukan gangguan jin mahupun makhluk halus.

Fenomena bunyi guli jatuh dan perabot diseret kerap kali dikaitkan dengan misteri gangguan jin dan makhluk halus

Perkara ini bukanlah suatu yang baru bahkan sudah wujud sejak dulu lagi terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di kediaman pangsapuri.

Kononnya apabila kita terdengar bunyi guli jatuh atau perabot diseret bermakna rumah kita turut didiami makhluk halus ataupun kita sedang diganggu jin.

Namun begitu, terdapat jawapan saintifik mengapa fenomena ini berlaku dan ianya dipanggil Water Hammer

Fenomena bunyi guli jatuh atau perabot diseret itu sebenarnya terhasil daripada pergerakan air yang terhenti secara tiba-tiba apabila injap air ditutup dan seterusnya meyebabkan air yang mengalir di dalam batang paip akan menghentak dinding paip tersebut.

Bunyi tersebut bergerak lebih laju di dalam pepejal berbanding udara menyebabkan terhasilnya bunyi seolah-olah guli terjatuh di atas lantai.

Jangan biarkan hidup kita diselubungi karut marut Melayu!

Oleh Ashiqin Rosselly

Address

Bandar Pasir Puteh
Pasir Puteh
16800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Berita PASIR PUTEH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share