Kedai Kasih

Kedai Kasih solusi rumah tangga

05/04/2022

Tips Murah Rezeki
Di bahagian ini, kami akan menceritakan kepada anda beberapa tips murah rezeki yang anda boleh ikuti!
1. Solat Sunat Dhuha
Ini merupakan cara yang sangat bagus kerana ia memberikan limpahan rezeki kepada anda.
Ia adalah solat sunat yang selalu diamalkan oleh ahli perniagaan dalam kalangan orang-orang Islam. Hal ini kerana ia boleh dikatakan solat sunat Dhuha merupakan salah satu kunci dalam menerima rezeki yang berlimpah-ruah.
2. Amalan Sedekah
Mengamalkan amalan sedekah juga merupakan satu cara yang bagus untuk membuka pintu rezeki.
Anda hanya perlu menyumbangkan nilai yang semampunya kerana cara ini baik untuk mengajar kita supaya selalu bersyukur.
Untuk itu, anda perlukan update terkini daripada media sosial dan juga pengumuman berita.
3. Sentiasa berdoa
Anda juga disarankan untuk sentiasa berdoa sebelum dan juga selepas anda melakukan apa-apa aktiviti. Perbuatan ini adalah untuk melindungi anda daripada apa-apa masalah.
Untuk itu, anda tidak semestinya perlu membaca doa yang panjang atau berbahasa Arab. Apa yang penting adalah doa yang anda pinta itu seiringan bersama usaha yang setimpal.
4. Jaga Ibu Bapa
Bagi mereka yang sudah bekerja, anda perlu jaga ibu bapa dengan baik dan sentiasa mendoakan kebaikan mereka.
Salah satu sebabnya adalah ibu bapa merupakan penjaga kita sejak kecil lagi. Oleh itu, anda perlu melayan mereka dengan baik supaya pintu rezeki anda bertambah luas.
Ini boleh dilihat di mana Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.”
Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami
5. Jangan Tinggal Perkara Wajib
Ini adalah cara yang paling mudah namun ramai pada masa kini mengabaikan amalan seperti solat 5 waktu yang diwajibkan ke atas semua umat Islam.
Kejadian ini amat menyedihkan kerana solat 5 waktu merupakan tuntutan wajib daripada Allah kepada umat Islam. Sekiranya umat Islam mengabaikan solat 5 waktu, mereka akan:
Berada dalam kesempitan rezeki
Individu tersebut sentiasa berasa gelisah dan tidak tenang
6. Merapatkan Silaturrahim
Anda juga dinasihatkan untuk merapatkan hubungan dengan manusia lain kerana perkara ini amat dituntut di dalam agama Islam.
Ini kerana anda boleh membantu sesama sendiri dan boleh menambah baik rezeki masing-masing. Kepentingan silaturrahim boleh dilihat di mana Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung pertalian silaturrahim.”
Riwayat al-Bukhari (5986) dan Muslim (2557)
7. Membantu Orang Yang Memerlukan
Selain dari sedekah, anda juga boleh membantu mereka yang memerlukan dari segi tenaga. Anda boleh menyertai NGO atau boleh melakukan perkara ini dengan sendiri.
Kebaikan ini boleh dilihat di mana Rasulullah SAW bersabda:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.”
Riwayat Bukhari
8. Meninggalkan Perkara Dilarang
Ini juga merupakan antara tips yang paling senang untuk diikuti untuk anda murah rezeki. Anda perlu mencuba untuk sentiasa menghindari diri daripada perkara yang boleh membawa dosa.
Anda boleh lihat kepentingan di hadis di mana Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu’allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu ditahan rezekinya disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya”
Hadis Riwayat Ibn Majah dan Ahmad Hadis Hasan
Kesimpulannya, terdapat banyak perkara yang anda boleh melakukan supaya hidup anda sentiasa murah rezeki.

05/04/2022

Assalamualaikum hai

Address

Kampung Seberang Pekan
Pekan
26500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kedai Kasih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share