KUD Perlis Berhad

KUD Perlis Berhad Akaun rasmi untuk Koperasi Usahawan Digital Perlis Berhad (Pra Pendaftaran)

10/08/2026

Hi orang perlis, kami nak tunjuk kat hampa jalan ke ofis KUD perlis ni. Jom!

Tenang dalam Gelora!Kami bawakan pakar dalam psikologi untuk membantu menerangkan kepada kita bagaimana kita boleh kekal...
09/07/2026

Tenang dalam Gelora!
Kami bawakan pakar dalam psikologi untuk membantu menerangkan kepada kita bagaimana kita boleh kekal tenang walaupun sedang berada dalam kekusutan
Mahal ilmu ni!
,
Bagi yang nak belajar lebih lanjut, jom join kelas ni ya, banyak manfaat akan dapat!
Daftar disini - https://digitalperlis.com/upskill/r.php?ref=DIGITALPERLIS&produk=9

COFFEE AND BEAUTYSiapa peminat coffee? Kami nak ajak sertai bengkel buat skincare dengan kopiPelajari teknik menghasilka...
07/07/2026

COFFEE AND BEAUTY
Siapa peminat coffee?
Kami nak ajak sertai bengkel buat skincare dengan kopi
Pelajari teknik menghasilkan Eye Serum, Body Butter & Coffee Scrub berasaskan kopi dalam bengkel praktikal selama 3 jam bersama fasilitator berpengalaman
Jom belajar buat Eye Serum, Body Butter & Scrub berasaskan kopi sepuasnya dalam masa 3 jam sahaja
Dapatkan tiket disini - https://digitalperlis.com/upskill/kelas/coffee-and-beauty (Masukkan kupon DIGITALPERLIS untuk dapatkan penjimatan)

SPEED NETWORKING SESSION!Khas untuk 10 usawahawan di Utara, siapa mahu bernetworking dengan para usahawan, jom sertai ac...
07/07/2026

SPEED NETWORKING SESSION!
Khas untuk 10 usawahawan di Utara, siapa mahu bernetworking dengan para usahawan, jom sertai acara julung kalinya diadakan ini di Perlis
Format adalah speed networking - anda akan berpeluang berkenalan dengan 9 orang usahawan lain dalam format yang berstruktu
Misi kami adalah hasilkan kerjasama setelah acara networking ini, jom sertai sekarang
Boleh dapatkan tiket disini - https://digitalperlis.com/upskill/r.php?ref=DIGITALPERLIS&produk=1

KUD Perlis Berhad menyertai Hari Koperasi Negara 2026 yang tahun ini diadakan di Pulai PinangTahun ini, HKN2026 selama 3...
04/07/2026

KUD Perlis Berhad menyertai Hari Koperasi Negara 2026 yang tahun ini diadakan di Pulai Pinang
Tahun ini, HKN2026 selama 3 hari dengan mengumpulkan 10 ribu pengunjung
Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang 3 hari ini
Terima kasih menjemput kami kesini!

KUD Perlis Berhad baru saja menyewa bangunan ini untuk dijadikan pusat perkasakan literasi digital bagi rakyat Perlis Jo...
02/07/2026

KUD Perlis Berhad baru saja menyewa bangunan ini untuk dijadikan pusat perkasakan literasi digital bagi rakyat Perlis
Jom sama sama kita jayakan misi ini ya
Ada 2 program tengah running sekarang
- Upskill Perlis
- Launch @ Perlis
Jom pakat daftar!

3 ALK dari Koperasi Usahawan Digital Perlis Berhad telah menghadiri sesi pematuhan koperasi baruAcara 2 hari ini berlang...
05/06/2026

3 ALK dari Koperasi Usahawan Digital Perlis Berhad telah menghadiri sesi pematuhan koperasi baru
Acara 2 hari ini berlangsung di Kangar dengan tenaga pengajar dari Institut Koperasi Malaysia Zon Utara
Terima kasih kepada SKM Perlis keraja menganjurkan acara ini

Raja Perlis titah mahu MB kekal hingga akhir penggal[PERLIS]: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah a...
03/06/2026

Raja Perlis titah mahu MB kekal hingga akhir penggal

[PERLIS]: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah agar Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah diberikan ruang untuk terus memimpin negeri ini sehingga ke akhir penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 tanpa sebarang kacau-ganggu yang merencatkan segala perancangan telah dirangka.

Baginda juga mengingatkan setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk meletakkan keutamaan rakyat berbanding kepentingan peribadi.

Titah baginda, sidang DUN sewajarnya dimanfaatkan sebagai platform terbaik untuk menjana idea-idea baharu, bernas dan konstruktif ke arah memajukan Perlis serta memperkukuh kesejahteraan rakyat secara berterusan dan bukan sebagai medan bercakaran atau bertikam lidah.

“Beta ingin mengingatkan ahli-ahli yang berhormat sekalian bahawa kerajaan ini adalah kerajaan beta.

“Justeru, beta berharap Menteri Besar diberikan ruang untuk terus memimpin sehingga ke akhir penggal DUN Ke-15 tanpa sebarang kacau-ganggu yang akan merencatkan segala perancangan dirangka.

“Berhujah dan berbahaslah dengan penuh kebijaksanaan tanpa terpengaruh dengan desakan emosi. Sentiasalah beringat bahawa generasi muda sedang memerhatikan setiap gelagat ahli-ahli yang berhormat sekalian,” titah baginda sempena perasmian penggal persidangan keempat DUN Perlis ke-15 di Kompleks Seri Putra, di sini, hari ini.

Berangkat sama, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Baginda seterusnya menyeru ADUN untuk memberikan kerjasama erat dan berterusan kepada Menteri Besar dalam memastikan kelancaran pentadbiran serta keberkesanan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.

“Segala perbezaan pandangan dan pertelagahan perlu diselesaikan dengan penuh berhemah dan harmoni. Kestabilan politik merupakan satu kriteria sangat penting yang akan memberi kesan kepada keyakinan pelabur untuk melabur di negeri ini.

“Justeru beta menyeru, ahli-ahli yang berhormat sekalian mengenepikan ego masing-masing dan mengutamakan kepentingan rakyat dan negeri beta,” titah baginda.

Baginda turut menitahkan semua pihak terus berganding bahu, memperkukuhkan perpaduan dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah serta iltizam demi kemajuan negeri ini.

“Beta berdoa semoga negeri Perlis dan seluruh rakyat jelata sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT serta terus menikmati keamanan dan kemakmuran yang berkekalan,” titah baginda.

Address

No 61 Jalan Kangar
Perlis
01000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KUD Perlis Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share