07/04/2025
Salam takziah buat keluarga Allahyarham Dato’ Haji Ikhwan Salim.
Kami di Mind Flux amat berdukacita dengan pemergian insan yang menjadi tunjang utama dalam perjalanan kami selama ini. Allahyarham bukan sahaja seorang pemimpin, malah guru yang banyak memberi tunjuk ajar, membuka jalan dan membimbing kami dengan penuh ikhlas.
Kehilangannya amat dirasai, namun segala jasa dan pengorbanan beliau akan terus kami kenang dan jadikan panduan.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.