Kiblat Rumah Selangor

Kiblat Rumah Selangor Assalamualaikum warahmatullah

Perkhidmatan penentuan kiblat di rumah kediaman. Bayaran RM70 untuk satu rumah.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Doa Ketika Sakit عَنْ عُثْمَانَ بْنِ أَبِي الْعَاصِ الثَّقَفِيِّ أَ...
17/09/2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Doa Ketika Sakit

عَنْ عُثْمَانَ بْنِ أَبِي الْعَاصِ الثَّقَفِيِّ أَنَّهُ شَكَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَجَعًا يَجِدُهُ فِي جَسَدِهِ مُنْذُ أَسْلَمَ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِي تَأَلَّمَ مِنْ جَسَدِكَ وَقُلْ بِاسْمِ اللَّهِ ثَلَاثًا وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

Daripada Usman bin Abi Al 'Ash Ats Tsaqafi bahawa dia mengadukan kepada Rasulullah SAW kesakitan yang dirasai pada tubuhnya sejak ia masuk Islam. Maka Rasulullah SAW bersabda kepadanya: "Letakkan tanganmu pada bahagian tubuhmu yang sakit, kemudian ucapkan Bismillah tiga kali, sesudah itu baca tujuh kali: Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya dari penyakit yang aku deritai dan yang aku khuatiri. (HR Muslim No 4082 Dar Ihya Kutub Arabiyyah) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap penyakit yang menimpa seseorang perlu diusahakan pengubatannya

2. Rasulullah SAW mengajar kita berdoa memohon kesembuhan dari penyakit.

3. Seseorang boleh melakukan ruqyah syar‘iyyah kepada dirinya sendiri tanpa bergantung kepada individu tertentu.

4. Antara sunnah kepada orang yang sakit ialah meletakkan tangan di bahagian yang sakit sambil membaca:

a. Bismillah 3 kali
b. Doa pelindung 7 kali

أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

“Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya dari penyakit yang aku deritai dan yang aku khuatiri”.

5. Islam mengajar kita berlindung daripada penyakit yang sedang dialami serta keburukan atau perkembangan penyakit yang dikhuatiri.

6. Ruqyah yang paling selamat ialah ruqyah yang berasaskan al-Quran dan doa-doa sahih daripada Rasulullah SAW, bukan jampi yang tidak diketahui maknanya.

7. Berdoa tidak menafikan usaha mendapatkan rawatan perubatan yang sesuai.

8. Hadis ini mendidik seorang Muslim supaya ketika sakit, bukan sahaja tubuh mendapatkan rawatan, bahkan hati turut dihubungkan dengan Allah SWT.

Moga kita dapat mengamalkan doa ini apabila sakit

05hb Rabiulakhir 1448H
17hb September 2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Doa Untuk Pesakit Yang Diziarahi عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْ...
15/09/2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Doa Untuk Pesakit Yang Diziarahi

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَتَى مَرِيضًا أَوْ أُتِيَ بِهِ قَالَ أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ اشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

Daripada Aisyah RA bahawa apabila Rasulullah SAW menziarahi orang sakit atau ada orang yang sakit datang kepada baginda, baginda akan berdoa: “Hilangkanlah penyakit wahai Tuhan sekalian manusia, Sembuhkanlah kerana Engkaulah Yang Maha Menyembuhkan, tidak ada yang dapat menyembuhkan melainkan kesembuhan dari-Mu, iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan sedikit pun penyakit" (HR Bukhari No 5351 Dar Ibn Kathir) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Menziarahi orang sakit merupakan sunnah Rasulullah SAW dan sebahagian daripada hak persaudaraan sesama Muslim.

2. Apabila kita menziarahi orang sakit atau dibawa kepada kita orang yang sedang sakit, sunat kita membacakan doa sebagai bentuk empati dan pengharapan. Antara doa yang dibacakan kepada pesakit :

أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ اشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
(“Hilangkanlah penyakit wahai Tuhan sekalian manusia, Sembuhkanlah kerana Engkaulah Yang Maha Menyembuhkan, tidak ada yang dapat menyembuhkan melainkan kesembuhan dari-Mu, iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan sedikit pun penyakit")

3. Allah SWT ialah al-Shafi, Yang Maha Menyembuhkan. Kesembuhan hakiki datang daripada-Nya.

4. Islam mengajar keseimbangan antara doa, rawatan dan tawakal. Berdoa tidak bermaksud meninggalkan ikhtiar perubatan.

5. Hadis ini merupakan antara dalil bagi keharusan ruqyah syar‘iyyah menggunakan doa yang diajar Rasulullah SAW.

6. Mendoakan orang sakit ialah manifestasi rahmah dan ukhuwah Islamiah. Kita tidak sekadar bersimpati, tetapi membawa keperluannya kepada Allah melalui doa.

7. Antara adab ketika menziarahi orang sakit ialah dengan memberikan kata-kata yang menenangkan, mendoakan kesembuhan dan menimbulkan harapan kepada rahmat Allah. Nabi SAW juga mengajar doa:

لَا بَأْسَ طَهُورٌ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

“Tidak mengapa, semoga penyakit ini menjadi penyuci (dosa), insya-Allah.” (HR Bukhari no: 5656)

Marilah kita menziarahi sahabat handai, kenalan dan saudara mara yang sakit dan mendoakan mereka.

04hb Rabiulakhir 1448H
16hb September 2026

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته *Doa Mohon Perlindungan Semasa Tahiyat Akhir* عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْ...
15/09/2026

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

*Doa Mohon Perlindungan Semasa Tahiyat Akhir*

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَعَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ ثُمَّ يَدْعُو لِنَفْسِهِ بِمَا بَدَا لَهُ

_*Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Jika salah seorang di antara kalian selesai bertasyahud (membaca tahayat akhir semasa solat), maka mintalah perlindungan pada Allah dari empat perkara iaitu dari siksaan neraka Jahannam, siksaan azab kubur, fitnah semasa hidup dan fitnah semasa kematian dan dari kejahatan Al-Masih Ad Dajjal, kemudian hendaklah ia berdoa untuk dirinya sendiri dengan doa apa sahaja yang ia inginkan.”*_ (HR Nasai No: 1293) Status: Hadis Sahih

*Pengajaran:*

1. Kita disuruh berdoa agar dijauhi dari azab dan ujian semasa hidup, kejahatan dajjal, di saat kematian, azab kubur serta azab neraka dan semoga selamat di dunia dan juga di akhirat

2. Antara tempat yang disunatkan berdoa ialah semasa selesai bacaan tahiyat akhir dan sebelum memberi salam.

3. Antara lafaz doa semasa selesai bacaan tahiyat akhir:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْعُو وَيَقُولُ :

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW berdoa:

*Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari siksa kubur dan dari siksa api neraka dan dari fitnah kehidupan dan kematian dan dari fitnah Al Masih Dajjal.* (HR Bukhari No: 1288 Dar Ibn Kathir) Status: Hadis Sahih

4. Selepas membaca doa yang diajar Nabi SAW, seseorang boleh menambahkan doa kebaikan yang diperlukan sebelum memberi salam antaranya:

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

*“Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami daripada azab neraka.”*

5. Islam mendidik kita supaya memikirkan keselamatan secara menyeluruh, keselamatan di dunia, saat kematian, alam barzakh dan akhirat.

Ayuh kita amalkan doa ini agar sentiasa terhindar dari fitnah semasa hidup, fitnah dajjal, fitnah ketika mati, siksa kubur serta siksa neraka jahanam.

03hb Rabiulakhir 1448H
15hb September 2026M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُDoakan Keampunan Buat Saudara Muslim Yang Meninggal Dunia عَنْ عُثْم...
14/09/2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Doakan Keampunan Buat Saudara Muslim Yang Meninggal Dunia

عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا فَرَغَ مِنْ دَفْنِ الْمَيِّتِ وَقَفَ عَلَيْهِ فَقَالَ اسْتَغْفِرُوا لِأَخِيكُمْ وَسَلُوا لَهُ بِالتَّثْبِيتِ فَإِنَّهُ الْآنَ يُسْأَلُ

Daripada Utsman bin 'Affan RA, ia berkata: Nabi SAW apabila selesai dari mengebumikan jenazah, baginda berdiri di sisi kubur tersebut dan bersabda: "Mohonkanlah ampunan untuk saudara kamu, dan mohonkanlah keteguhan untuknya, kerana sesungguhnya sekarang ia sedang ditanya." (HR Abu Daud No: 3221) Status Hadis Sahih.

Pengajaran:

1. Disunatkan mendoakan si mati selepas selesai pengebumian.

2. Antara doa yang sangat diperlukan oleh si mati daripada orang yang masih hidup ialah permohonan keampunan kepada Allah.

3. Satu daripada tanda ukhuwah dan mencintai saudara Mukmin yang lain ialah saling mendoakan keampunan buat mereka. Rasulullah SAW bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

اسْتَغْفِرُوا لِأَخِيكُمْ

"Mintakanlah ampunan untuk saudara kalian" (HR Muslim No: 1581 Dar Ihya Kutub Arabiyyah)

4. Antara doa yang boleh kita ucapkan untuk jenazah (jika lelaki):

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ، اللَّهُمَّ ثَبِّتْهُ عِنْدَ السُّؤَالِ

“Ya Allah, ampunilah dia dan rahmatilah dia. Ya Allah, teguhkanlah dia ketika menghadapi pertanyaan.”

5. Kita juga disunatkan memohon supaya Allah memberikan keteguhan iman kepada si mati ketika menghadapi pertanyaan Malaikat di alam barzakh.

6. Kematian tidak memutuskan ukhuwah Islamiah. Nabi SAW masih menyebut orang yang telah meninggal sebagai “saudara kamu.”

7. Orang hidup masih boleh memberikan manfaat kepada orang yang telah meninggal dunia melalui doa dan istighfar.

8. Selepas pengebumian, lebih utama kita menyibukkan diri dengan mendoakan si mati daripada perbualan yang tidak berkaitan.

Hadis ini mengingatkan bahawa setiap manusia akhirnya akan melalui saat yang sama. Hari ini kita berdiri mendoakan seseorang di sisi kuburnya; suatu hari nanti orang lain p**a akan berdiri di sisi kubur kita.

02hb Rabiulakhir 1448H
14hb September 2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ *Doa Jauhi Empat Perkara* عَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ، أَنَّ النَّبِي...
12/09/2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

*Doa Jauhi Empat Perkara*

عَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ: "اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لَا يُسْتَجَابُ لَهَا"

_*Daripada Zayd bin Arqam, bahawa Nabi SAW selalu berdoa: Ya Allah, sesungguhnya saya memohon perlindungan dengan-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, daripada hati yang tidak khusyuk, daripada jiwa yang tidak berasa puas, dan daripada doa yang tidak diperkenankan.*_ (HR Muslim: No 2722) Status: Hadis Sahih.

*Pengajaran:*

1. Seorang Muslim perlu memperbanyakkan doa untuk memperoleh kebaikan

2. Antara doa yang diajar oleh Rasulullah SAW ialah memohon agar dijauhi dari empat perkara:

a. Ilmu yang tidak bermanfaat
b. Hati yang tidak khusyuk
c. Jiwa yang tidak pernah puas
d. Doa yang tidak diperkenankan

3. Kita hendaklah mencari ilmu yang bermanfaat, ilmu yang menghasilkan amal dan rasa takut kepada Allah. Semakin tinggi ilmu seseorang, sewajarnya semakin baik akhlak dan ketakwaannya.

4. Khusyuk hati perlu dipelihara. Hati yang khusyuk ialah hati yang tunduk, lembut dan takut kepada Allah. Ia mudah menerima nasihat, tersentuh apabila membaca al-Quran dan menyedari kebesaran Allah. Hati yang tidak khusyuk boleh mendengar ayat Allah dan nasihat berkali-kali tetapi tidak memberi kesan kepada dirinya. Hati yang keras merupakan penyakit rohani yang serius.

5. Jiwa yang tidak pernah puas akhirnya mudah melahirkan tamak, hasad, persaingan tidak sihat dan kecintaan berlebihan terhadap dunia. Sifat tamak perlu dilawan dengan qanaah dan syukur. Kekayaan sebenar bukan banyaknya harta, tetapi rasa cukup dalam jiwa.

6. Kita perlu menjaga sebab-sebab penerimaan doa, termasuk keikhlasan, halal dalam kehidupan dan kesungguhan kembali kepada Allah.

7. Hadis ini mengajar bahawa seorang Mukmin perlu sentiasa melakukan muhasabah terhadap ilmu, hati, nafsu dan doanya.

8. Marilah kita perbanyakkan doa agar sentiasa memiliki ilmu bermanfaat, hati yang khusyuk, jiwa yang puas dan doa yang diperkenankan.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ،
وَمِنْ دَعْوَةٍ لَا يُسْتَجَابُ لَهَا

01hb Rabiulakhir 1448H
13hb September 2026M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُEnggan Berdoa Dimurkai Allah عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُو...
11/09/2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Enggan Berdoa Dimurkai Allah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَمْ يَدْعُ اللَّهَ سُبْحَانَهُ غَضِبَ عَلَيْهِ

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang tidak berdoa kepada Allah, maka Allah akan murka kepadanya." (HR Ibn Majah No: 3827 Maktabah Ilmiyyah) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Berdoa kepada Allah adalah ibadah dan manifestasi kehambaan kepada Allah.

2. Allah SWT menyukai hamba yang berdoa dan meminta kepada-Nya.

3. Keengganan meminta dan berdoa kepada Allah menunjukkan sifat kesombongan.

4. Doa menunjukkan pengakuan bahawa manusia faqir dan sentiasa berhajat kepada Allah.

5. Doa memperlihatkan kemuncak ketundukan dan kebergantungan seorang hamba kepada Allah. Orang yang meminta mengakui kelemahan dirinya dan kekuasaan Tuhannya.

6. Seorang mukmin hendaklah berdoa dengan tawaduk, yakin dan bersangka baik kepada Allah.

7. Allah murka kepada mereka yang sengaja tidak berdoa.

8. Jangan hanya berdoa kerana kita mempunyai masalah. Berdoalah kerana kita sentiasa mempunyai Tuhan yang Maha Mendengar, sedangkan kita sentiasa merupakan hamba yang berhajat kepada-Nya.

30hb Rabiulawal 1448H
12hb September 2026M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Allah Mengabulkan Doa Hamba عَنْ سَلْمَانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللّ...
11/09/2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Allah Mengabulkan Doa Hamba

عَنْ سَلْمَانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ رَبَّكُمْ تَبَارَكَ وَتَعَالَى حَيِيٌّ كَرِيمٌ يَسْتَحْيِي مِنْ عَبْدِهِ إِذَا رَفَعَ يَدَيْهِ إِلَيْهِ أَنْ يَرُدَّهُمَا صِفْرًا

Daripada Salman al-Farisi RA, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Tuhan kamu mempunyai sifat Maha Pemalu dan Maha Mulia. Allah malu sekiranya hambanya mengangkat tangan berdoa kepada-Nya lalu Dia membiarkan hambanya p**ang dengan kekosongan.” (HR Abu Daud No:1488 Maktabah Asriyyah) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Allah SWT bersifat Maha Pemurah dan Maha Mengasihani hamba-Nya.

2. Setiap Muslim dituntut sentiasa berdoa kepada Allah dalam apa jua keadaan.

3. Allah akan sentiasa mengabulkan setiap doa dan permohonan hambaNya

4. Allah tidak akan menghampakan permintaan dan permohonan hambaNya

Firman Allah :

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur (enggan) beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina. (Surah Ghafir : 60)

5. Mengangkat kedua tangan merupakan antara adab dan Sunnah ketika berdoa. Menadah tangan menggambarkan kefakiran, kerendahan dan kebergantungan seorang hamba kepada Allah.

6. Mengangkat tangan hendaklah disertai dengan kehadiran hati, keikhlasan, tawaduk dan keyakinan kepada Allah.

7. Jangan berputus asa atau tergesa-gesa apabila doa belum kelihatan diperkenankan.

8. Ayuh kita sentiasa berdoa kepada Allah, jangan sekali-kali kita menjadi orang yang sombong kerana tidak mahu berdoa.

29hb Rabiulawal 1448H
11hb September 2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ *Yakin Doa Diperkenan* عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَسُو...
10/09/2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

*Yakin Doa Diperkenan*

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْقُلُوبُ أَوْعِيَةٌ وَبَعْضُهَا أَوْعَى مِنْ بَعْضٍ فَإِذَا سَأَلْتُمْ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ أَيُّهَا النَّاسُ فَاسْأَلُوهُ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالْإِجَابَةِ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَجِيبُ لِعَبْدٍ دَعَاهُ عَنْ ظَهْرِ قَلْبٍ غَافِلٍ

_*Daripada Abdullah bin 'Amru RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Hati itu adalah ibarat sebuah bejana (bekas), dan sebahagiannya lebih mampu menampung daripada sebahagian yang lain. Maka apabila kamu memohon kepada Allah 'azza wajalla, wahai manusia, maka mohonlah kepada-Nya dengan keyakinan bahawa permohonan itu akan diperkenankan. Sesungguhnya Allah tidak akan mengabulkan doa seorang hamba yang berdoa kepada-Nya dari hati yang lalai."*_ (HR Ahmad No 6617 Dar Ihya Turath Arabiy) Status: Hadis Hasan

*Pengajaran:*

1. Hati merupakan pusat penting dalam ibadah dan doa.

2. Orang yang berdoa, perlu memiliki keyakinan bahawa doanya akan diperkenankan.

3. Doa hendaklah disertai kehadiran hati. Ibn Qayyim mengumpamakan doa seperti senjata. Keberkesanan senjata bukan bergantung kepada senjata semata-mata, tetapi juga kepada kekuatan orang yang menggunakannya serta ketiadaan penghalang.

4. Allah tidak mengabulkan doa dari pemilik hati yang tidak yakin serta lalai

5. Apabila berdoa, bersungguh-sungguhlah berdoa dan yakin bahawa doa kita akan diperkenankan Allah.

6. Al-Mubarakfuri ketika menghuraikan hadis ini mengaitkannya dengan keyakinan terhadap kemurahan Allah serta tidak berdoa dalam keadaan ragu terhadap kekuasaan dan kemurahan-Nya.

7. Memahami makna doa membantu membina khusyuk dan penghayatan.

28hb Rabiulawal 1448H
10hb September 2026M

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته *Orang Yang Dikabulkan Doa* عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَس...
09/09/2026

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

*Orang Yang Dikabulkan Doa*

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَسْتَجِيبَ اللَّهُ لَهُ عِنْدَ الشَّدَائِدِ وَالْكَرْبِ فَلْيُكْثِرْ الدُّعَاءَ فِي الرَّخَاءِ

_*Daripada Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang s**a agar Allah memperkenankan doanya ketika menghadapi kesusahan dan kesempitan, maka hendaknya dia memperbanyakkan berdoa ketika berada dalam keadaan senang dan lapang."*_ (HR Tirmizi No: 3382 Dar Kutub Ilmiyyah) Status: Hadis Sahih

*Pengajaran:*

1. Doa hendaklah menjadi amalan sepanjang masa, bukan hanya ketika ditimpa musibah.

2. Seorang mukmin hendaklah memperbanyakkan doa ketika sihat, senang, aman dan lapang.

3. Hubungan yang kukuh dengan Allah ketika senang menjadi antara sebab mendapat pertolongan Allah ketika kesusahan.

4. Allah mengabulkan doa seseorang yang berdoa ketika ia berada dalam kesusahan dan kesempitan hasil dari amalannya yang sentiasa berdoa ketika lapang.

5. Al-Mubarakfuri ketika menghuraikan hadis ini dalam Tuhfat al-Ahwadhi menjelaskan bahawa memperbanyakkan doa ketika lapang merupakan antara sebab doa diperkenankan ketika kesusahan. Hal ini kerana ia menunjukkan keikhlasan dan kesinambungan hubungan seseorang dengan Allah.

6. Orang beriman bukanlah orang yang hanya mencari Allah ketika hidup menjadi s**ar, tetapi orang yang sentiasa bersama Allah ketika susah mahupun senang.

27hb Rabiulawal 1448H
09hb September 2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ *Tiga Golongan Mustajab Doa* عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُ...
08/09/2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

*Tiga Golongan Mustajab Doa*

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ يُسْتَجَابُ لَهُنَّ لَا شَكَّ فِيهِنَّ دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ

_*Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Tiga jenis doa yang akan diperkenankan dan tidak ada keraguan padanya, iaitu; doa orang yang di zalimi, doa orang yang sedang musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya."*_ (Ibn Majah No: 3862 Maktabah Ilmiyyah) Status: Hadis Hasan

*Pengajaran:*

1. Berdoa adalah ibadah.

2. Ada tiga kelompok manusia yang jika ia berdoa, doanya mustajab dan dimakbulkan:

*a. Doa orang yang dizalimi.* Ibn Hajar ketika mensyarahkan hadis ini menjelaskan bahawa doa orang yang dizalimi mendapat perhatian khusus kerana dia berada dalam keadaan terdesak, lemah dan menyerahkan urusannya kepada Allah.

*b. Doa orang yang bermusafir.* Imam Munawi ketika mensyarahkan hadis mengaitkan kelebihan doa musafir dengan keadaan seseorang yang jauh daripada keselesaan biasa dan lebih merasakan keperluannya kepada perlindungan Allah.

*c. Doa kedua ibu bapa untuk anaknya.* Ibu bapa mempunyai hubungan yang sangat istimewa dengan anak. Doa mereka lahir daripada kasih sayang, pengorbanan dan keikhlasan.

3. Jangan memandang rendah orang yang dizalimi kerana mungkin dia tidak mempunyai kuasa di dunia, tetapi doanya sampai kepada Allah tanpa hijab.

4. Orang yang bermusafir dianjurkan memperbanyakkan doa, bukan membiarkan waktu perjalanan berlalu tanpa zikir kepada Allah.

5. Bagi ibu bapa perbanyakkanlah berdoa kebaikan untuk anak-anak. Elakkan dari mengeluarkan perkataan dan kalimah buruk untuk anak. Mungkin juga ia akan menjadi doa dan dimustajabkan.

6. Doa yang lahir daripada hati yang benar-benar merasakan kebergantungan kepada Allah mempunyai kedudukan yang sangat besar.

7. Ingatlah pesanan ini:

Jangan menzalimi kerana orang yang dizalimi mempunyai doa.
Jangan sia-siakan perjalanan, kerana musafir mempunyai doa.
Jangan sia-siakan amanah keibubapaan, kerana ibu bapa mempunyai doa.

26hb Rabiulawal 1448H
08hb September 2026M

Address

Petaling Jaya
47000

Telephone

+601113006280

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kiblat Rumah Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share