Umarvellous.com

Umarvellous.com Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Umarvellous.com, Marketing Agency, 7-4, Jalan 14/22, Petaling Jaya.

Kenapa Milo Gagal Teruk di India, Tapi Berjaya di Malaysia?Tahun 1996, Milo masuk market India.Besar-besaran. TV, billbo...
30/07/2025

Kenapa Milo Gagal Teruk di India, Tapi Berjaya di Malaysia?

Tahun 1996, Milo masuk market India.
Besar-besaran. TV, billboard, ready to drink product.

2009 kalah teruk. Angkat kaki.

2019 Milo masuk semula. Tapi kali ni.. bukan main-main.

Apa punca gagal dulu? Dan kenapa berani sangat nak cuba lagi?

Dan kenapa Milo jadi budaya rakyat Malaysia, tapi gagal jadi budaya rakyat India?


Kegagalan Pertama (1996–2009)

Milo masuk India dengan penuh yakin.
Iklan merata.
Stok penuh rak.
Keyakinan tinggi langit.

Tapi apa jadi?

Gagal. Satu India tak hairan.

Kenapa?

Sebab waktu tu…
Horlicks dah jadi pilihan utama
Bournvita dah conquer market
Milo? Masuk jadi orang ketiga.. yang orang tak peduli.

2009 Nestlé surrender. Tarik diri.


Kenapa Milo gagal Round 1?

❌ Pasaran dah tepu.. Horlicks pegang 36% market share
❌ Silap baca budaya.. India s**a “minuman untuk otak” tapi Milo jual “minuman tenaga”
❌ Saluran jualan lemah.. Tak menembusi kedai-kedai kecil
❌ Terlalu jual produk.. Tak bina hubungan emosi

13 tahun cuba. Tapi tak tembus juga.


Tapi kat Malaysia? Lain macam.

Milo bukan sekadar minuman.

Milo jadi kenangan. Milo jadi budaya.

👉🏻 Van Milo masuk sekolah.. semua budak tunggu
👉🏻 Sukan sekolah.. menang dapat Milo
👉🏻 Budaya hadiah.. Milo = reward
👉🏻 Dari atok sampai cucu.. semua kenal Milo

Ini bukan marketing biasa. Ini infiltration budaya.

90% market share.
Milo = Malaysia.


Milo Kembali ke India (2019)

Lepas 10 tahun hilang dari radar…

Milo masuk semula. Tapi dengan strategi baru:

👉🏻 Sponsor pas**an cricket IPL (Chennai Super Kings)
👉🏻 Branding semula: “Activ-GO” untuk gaya hidup aktif
👉🏻 Target anak muda yang ingat Milo masa kecik dulu
👉🏻 Fokus digital, bukan lagi iklan TV semata-mata


Perbandingan Strategi:

🇲🇾 Malaysia (1950an–2000an):
✅ Mula dari bawah
✅ Masuk sekolah, masuk kampung
✅ Bina memori, bukan sekadar jual

🇮🇳 India Round 1 (1996–2009):
❌ Terlalu fokus iklan
❌ Lawan head to head dengan Horlicks
❌ Tak ada soul

🇮🇳 India Round 2 (2019–sekarang):
✅ Masuk ikut cricket & lifestyle
✅ Bina semula memori
✅ Branding lebih matang


Apa kita boleh belajar?

👉🏻 Timing penting. Masuk market awal tak semestinya menang.
👉🏻 Budaya lebih kuat dari ciri produk.
👉🏻 Gagal dulu tak bermakna selamanya gagal.
👉🏻 Setiap negara perlukan cerita berbeza, walaupun produk sama.


Milo dah buktikan boleh jadi budaya di Malaysia.

India Round 1.. epic fail.

India Round 2? Kita tengok. Masih awal. Tapi nampak promising.

Marketing bukan sprint. Ia marathon.

Dan Milo tengah lari pusingan kedua!

Umar Taib

Jangan Tunggu Jatuh Baru Nak BelajarRamai orang mula berubah.. lepas jatuh.Bila bisnes runtuh, baru belajar urus duit.Bi...
29/07/2025

Jangan Tunggu Jatuh Baru Nak Belajar

Ramai orang mula berubah.. lepas jatuh.

Bila bisnes runtuh, baru belajar urus duit.
Bila team lari, baru belajar leadership.
Bila akaun bank kosong, baru cari Allah.

Tapi kenapa kita perlu tunggu sampai rebah baru nak sedar?

Kenapa perlu tunggu sakit baru nak hargai sihat?

Kenapa perlu tunggu hilang baru nak belajar menghargai?


Saya bukan nak pandang rendah pada orang yang pernah jatuh. Saya pun pernah.

Dan saya tahu jatuh tu memang mengajar banyak benda.

Tapi saya tertanya juga…

Kalau kita boleh nampak awan gelap awal-awal, kenapa kita tunggu sampai ribut datang baru nak cari tempat berlindung?

Kita tahu sales makin slow.. tapi tak ubah strategi.
Kita tahu komitmen makin berat.. tapi tambah lagi hutang.
Kita tahu hati makin jauh dari Tuhan.. tapi tetap tangguh taubat.

Sampai satu hari, semua meletup serentak.

Dan masa tu, baru kita sedar.. banyak benda kita dah tahu lama dah.
Tapi kita buat-buat tak nampak.


Kita selalu cerita pasal bangkit.

Tapi saya rasa kita kurang cerita pasal berhenti sebelum jatuh.
Pasal refleksi sebelum hancur.
Pasal belajar dari kisah orang lain sebelum kisah tu jadi hidup kita sendiri.

Ada orang bangkit lepas rugi juta-juta.

Tapi ada orang bijak yang belajar dari kisah tu dan ubah haluan sebelum jadi mangsa kedua.


Kisah-kisah jatuh bangun ni bukan sekadar untuk kagum.

Ia adalah amaran awal.

Petunjuk untuk kita audit hidup sekarang.

Jangan jadi orang yang tengok rumah orang terbakar.. tapi masih main api di dapur sendiri.


Kalau hari ni kita masih ada cukup untuk makan.
Ada team yang masih percaya.
Ada keluarga yang sihat.
Ada peluang untuk belajar.

Gunakan hari ni untuk berubah sebelum rebah.

Belajarlah bukan kerana kita sedang jatuh.

Tapi kerana kita tak nak jatuh.

Sebab orang yang berjaya bukan yang tahu bangkit je.

Tapi yang tahu bila nak berhenti.
Bila nak undur.
Bila nak ubah sebelum terlambat.

Dan itu bagi saya, lebih kuat dari bangkit selepas jatuh.

Umar Taib

Bagaimana makanan biasa, boleh dapat permintaan luar biasa?Dulu, pizza bukan makanan istimewa.Ia makanan murah. Makanan ...
29/07/2025

Bagaimana makanan biasa, boleh dapat permintaan luar biasa?

Dulu, pizza bukan makanan istimewa.

Ia makanan murah. Makanan cepat siap.
Sumbat dalam mulut lama boleh kenyang.
Pekerja kilang, imigran Itali, budak bujang.. itu pelanggan utama.

Tapi sekarang?

Pizza jadi simbol budaya.
Simbol keluarga.
Simbol party.
Simbol “weekend cheat meal”.

Macam mana makanan murahan boleh jadi ikon global?


Asal pizza dari Naples, Itali.
Pizza ialah makanan rakyat marhaen.

Doh murah + sos tomato + keju

Itu je.
Orang kaya Itali pandang rendah.

Tapi bila ramai orang Itali berhijrah ke Amerika, mereka bawa sekali resepi pizza.


Masuk ke Amerika, mula dari bawah.

Pizza mula muncul di kedai kecil sekitar New York & Chicago.
Kecil, murah, dibungkus dalam kotak kertas.

Makanan orang miskin.
Cepat, kenyang, tak glamor.

Tapi semua berubah bila satu benda berlaku.


Masuknya fast food + iklan besar-besaran.

Tahun 60an dan 70an…
Syarikat macam Pizza Hut dan Domino’s mula buat iklan gila-gila.

➜ Mereka posisikan pizza sebagai makanan untuk keluarga.
➜ Boleh kongsi ramai-ramai.
➜ Boleh order delivery, sambil tengok TV.
➜ Sesuai untuk party, weekend, lepak.


Marketing mereka genius:
➜ 30 minutes delivery or it’s free
➜ Buy 1 free 1
➜ Cheesy crust, personal pan, extra toppings

Mereka bukan jual pizza.
Mereka jual moment.


Fast forward hari ni…

Pizza dah jadi global.
Dari Tokyo ke Shah Alam, semua kenal pizza.

Tiap kali ada gathering, pizza muncul.
Tiap kali birthday office, pizza sampai.

Dulu makanan kilang. Sekarang makanan celebration.


Apa pengajaran marketing?

✅ Produk murah boleh jadi premium, kalau kita ubah naratif.
✅ Jangan jual bahan mentah. Jual cerita dan situasi.
✅ Lagi kuat kaitan emosi, lagi tinggi nilai dalam kepala pelanggan.

Pizza tak berubah. Tapi cara orang tengok pizza dah berubah.

Itulah kuasa positioning.

Umar Taib
Gambar hiasan disumbangkan oleh Uwais Umar si hantu pizza. 😂

Dulu takde siapa minum jus oren waktu pagi.Orang makan nasi lemak, minum kopi O, teh tarik ikat tepi.Air oren? Takde dal...
28/07/2025

Dulu takde siapa minum jus oren waktu pagi.

Orang makan nasi lemak, minum kopi O, teh tarik ikat tepi.

Air oren? Takde dalam senarai.

Tapi ada satu strategi marketing licik yang berjaya ubah semua ni.


Ceritanya bermula jauh kat Amerika.

Tahun 1900an, petani sana pening kepala. Terlalu banyak buah oren.
Tak habis jual. Banyak yang busuk.

Syarikat-syarikat besar fikir…

“Kalau kita tak boleh jual buah, kita jual air buah!”

Lahirlah jus oren.


Tapi ada masalah.
Orang tak tahu bila nak minum jus oren.
Takde budaya. Takde timing. Takde keperluan.

Jadi mereka cipta satu cerita…

“Jus oren bagus untuk sarapan.”

Mereka upah doktor, buat iklan dalam radio, suratkhabar, TV.

“Vitamin C bagus untuk imun badan.”

“Minum jus oren setiap pagi untuk elak demam.”

Slow-slow, rakyat Amerika percaya.


Bila iklan cukup lama, cukup konsisten.. akhirnya jadi tabiat.

Budaya baru lahir.
Sarapan mesti ada jus oren.

Takde siapa tanya dah, “Eh perlu ke?”

Sebab otak dah set.. pagi = jus oren


Hari ini, kalau kita pergi hotel atau buffet sarapan.. kat Malaysia pun ada jus oren.

Dah jadi simbol “pagi yang sihat”.
Padahal semua tu asalnya.. hanya cerita iklan.


Kadang produk kita tak perlu harga murah.
Tak perlu viral. Tak perlu diskaun gila-gila.

Yang penting, kita cipta makna.
Cipta habit. Cipta timing.

Kalau pelanggan dah percaya, dia sendiri akan rasa perlu beli.

Sudah anda belajar? Sila komennn. 😆

Umar Taib

Address

7-4, Jalan 14/22
Petaling Jaya
46100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Umarvellous.com posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Umarvellous.com:

Share