Funnel Matter

Funnel Matter Follow FUNNELMATTER rapat-rapat untuk tips dan teknik yang paling berkesan dalam pemasaran internet.

29/01/2024

Tengah research nak run ads utk 1 client ni. Tiba2 teringat cerita 2023 haritu.

Ada kawan haritu ajak jumpa. Sembang punya sembang, masuk la bab bisnes. Dia cerita la pasal kos iklan dia naik.

Katanya dah cuba macam-macam teknik iklan yang dia belajar dari sifu2.

Lepas tu aku minta dia tunjuk iklan dia.

Tengok sekali je dah tahu kenapa.

Dia buat bisnes renovation rumah. Iklan dia semua direct & hard sell.

Aku ingat semua dah tahu cara nak buat iklan. Rupanya tak, masih ramai yang tak betul even basic part.

Bayangkan orang nak spend puluh ribu, ratus ribu, tengok iklan beli la... beli la... kami paling murah...

Memang la kos melambung. Sebab iklan tak ada tarikan.

Simple tweak je aku suggest kat dia. Instead of tunjuk video lawa2, tunjuk video pekerja pecahkan rumah bahagian yang nak reno tu.

Lepas tu baru edit masukkkan hasil lepas siap.

Hasil dia memang meletup. Sebab orang biasa tak selalu dapat tengok proses tu.

Dan content macamni memang lebih menarik di sosial media.

Berbanding dengan iklan pakej reno 2024, promosi kitchen kabinet, bla, bla, blaa...

Lepas dia buat macamtu, memang nampak beza kos iklan lama dan baru.

Sebab apa, sosial media ni adalah tempat orang lepak. Bagi Content yang orang nak tengok.

Dan cuba cari angle yang lain dari apa yg orang lain buat.

So kesimpulannya, cuba buat lain dari orang lain & tolong la jangan jadi bosan sangat.

Kaveat, kena usaha sikit la buat content.

Zaman sekarang ni, nak run iklan, tengok youtube pon dah boleh buat sendiri. Tapi belum tentu boleh buat iklan berkesan.

28/01/2024

Ada slot kosong untuk develop salespage dan traffic ads. Sebab in between another projek, sapa yang nak sekarang kita nego je harga.

Normal price salespage RM1500 ++, run google ads RM1500++.

Sapa yang berminat boleh PM or whatsapp. Kita kira sampai jadi.

Tapi limited time ya, sampai projek sambung semula. Sementara ada free ni je.

Klik sini bit.ly/funnelmatter

16/01/2024

Spend duit beribu-ribu upah developer buat website company paling hebat, habis masa berminggu, kadang berbulan. Lepas siap, pelik kenapa tak bertambah pon sales?

Aku dah jumpa ramai owner bisnes macamni. Bazir ribu-ribu sebab tak tahu dan confuse apa beza website corporate, salespage & landing page. Dan paling penting tak faham macamna proses naikkan sales guna web properties ni.

Jom aku ceritakan secara basic berdasarkan pengalaman aku lebih dari 12 tahun buat benda ni.

Sebelum mula kena kenal pasti level mana bisnes anda. Nak achieve apa dengan marketing activity ni? Nak branding ke, nak word of mouth ke, nak leads ke…

Tapi berdasarkan pengalaman aku, rata-rata yang ada masalah ni semua nak kalau boleh buat harini, esok sales mencanak. Betul tak?

So aku xnak cerita strategi bisnes besar yang dah 20 tahun, bisnes yang sales dah beratus ribu sebulan, or bisnes yang dah ada fanbase.

Aku nak cerita strategi yang aku dah guna banyak kali untuk bisnes kecil yang baru nak naik, yang ada produk/servis yang padu tapi belum cecah potensi sebenar.

Kalau anda rasa bisnes anda dalam kategori ni, teruskan baca.

Kita fokus online strategi saja dulu. Sebab ni yang paling mudah, cost effective dan result paling cepat.

Firstly, kena tahu apa beza 3 jenis website yang aku bagitahu tadi.

Corporate website: website untuk tunjuk segala maklumat syarikat, portfolio, lesen, asset dan bertujuan untuk kredibiliti syarikat.

Landing page: simple web page guna untuk capture detail prospek untuk tujuan nurturing dari cold ke hot prospect.

Sales page: single page website untuk introduce produk & persuade prospect untuk terus beli produk anda.

Jadi, untuk naikkan sales sepantas hari esok, sales page la yang paling berkesan. Tapi bukan nak kata ni yang paling bagus ya.

Sebab aku pernah buat untuk client hanya guna landing page dapat naikkan sales dari kurang sejuta setahun ke 12 juta setahun.

Jadi kalau nak result cepat untuk naikkan sales, strategi sales page adalah yang paling cepat & kos efektif untuk anda buat.

Tapi ingat, sales page pon ada strategi dia. Bukan main buat & launch je tau. Best salespage flow, apa elemen yang kena ada, copywriting, design, dan lain-lain.

Next time aku akan cerita pulak macamna nak launch salespage ni.

Tapi in essence, buat untuk result yang pantas, buat salespage yang BERKUALITI, tarik traffik dan terus close sales. Ni formula paling simple yang ramai tahu tapi tak faham macamana nak buat.

Tak kira la anda bisnes apa sekalipun, jual bundle ke, jual kek, jual rumah or bina rumah sekalipun. Strategi ni memang PROVEN.

Tapi yang paling penting kena ada produk & OFFER yang menarik. Sebab ni adalah kunci kepada kejayaan kempen marketing anda.

Next time aku akan cerita pulak macamna nak launch salespage ni. Macamna nak buat supaya kos iklan kita dapat cover, means sentiasa positif & kos iklan tak meletup-letup.

P/S: Kalau ada apa2 soalan boleh DM ya.

JANGAN run Google Ads kalau belum buat ni!1. Keyword Research:Guna Google Keyword Planner, Ubersuggest, atau SEMrush. Al...
20/10/2023

JANGAN run Google Ads kalau belum buat ni!

1. Keyword Research:
Guna Google Keyword Planner, Ubersuggest, atau SEMrush. Alat-alat ni macam detektif untuk cari keyword yang tepat, dia boleh bagitahu kita apa orang cari dan seberapa kerap.

2. Keyword Utama:
Fikir simple. Apa produk atau perkhidmatan yang korang tawarkan? Tulis kata kunci utama yang berkaitan dengan tujuan korang.

3. Cari Kata Kunci Berkaitan:
Ni macam cari kawan untuk kata kunci utama kita. Gali lagi dalam, cari perkataan-perkataan lain yang orang mungkin guna dalam carian mereka.

4. Kata Kunci 'Long Tail':
Long tail ni macam cerita panjang. Cuba fikir pasal frasa-frasa panjang yang orang mungkin taip. Kadang-kadang, ini lagi berkesan sebab kurang pesaing.

5. Tengok Apa Pesaing Buat:
Buka & tengok website pesaing. Apa diaorang tumpukan? Apa kata kunci yang diaorang guna? Boleh jadi idea menarik untuk kita juga.

6. Tapis Keyword:
Cari yang relevan. Jangan terlalu obses dengan kata kunci yang sangat popular sampai susah nak lawan. Pilih yang balance, cari yang ada sambutan tapi taklah terlalu banyak orang bersaing.

7. Conversion Tracking:
Set up conversion tracking dan fokus pada kata kunci yang bawa orang buat pembelian atau tindakan yang kita nak diorang buat. Kata kunci ni adalah emas!

8. Negative Keyword:
Jangan lupa yang negatif juga penting. Sama macam ada kawan tak diundang, ada kata kunci yang kita tak nak kena sebut. Tapi jangan silap setting, nanti iklan tak jalan langsung.

9. Monitor:
Pantau prestasi kata kunci selepas kempen bermula. Apa yang berubah dalam carian orang? Sentiasa update senarai kata kunci kita supaya iklan kita sentiasa relevan.

So, keyword research ni macam main teka-teki kata, kita cuba jumpa perkataan yang orang lain akan taip bila mereka cari produk atau perkhidmatan kita. Santai je, jangan stress! 😄

Kalau nak team Funnel Matter runkan Google ads anda, PM kami.
- sales RM12 juta setahun untuk client semua hasil leads panas yang kami supply.

19/10/2023

"SIAPA NAK TAHU RAHSIA UNTUK DAPATKAN 100 PELANGGAN PERTAMA MELALUI INTERNET - ANDA BOLEH PRAKTIKKAN HARI INI JUGA!"
---------------------------
"101 unit terjual lepas follow cara yang terbukti berkesan."

Strategi Ini Adalah Berdasarkan Pengalaman Sebenar Bagaimana Menghasilkan Jualan Pantas Dalam Tempoh Kurang 7 Hari!

Klik butang untuk teruskan membaca.

3 LANGKAH PRAKTIKAL BAGAIMANA DAPATKAN 100 PELANGGAN MELALUI INTERNET!-----------------------Hari ini saya nak kongsikan...
07/02/2019

3 LANGKAH PRAKTIKAL BAGAIMANA DAPATKAN 100 PELANGGAN MELALUI INTERNET!
-----------------------
Hari ini saya nak kongsikan bagaimana strategi mudah untuk anda menjual produk anda kepada 100 pelanggan pertama anda.

Strategi ini adalah based on pengalaman saya menjual beberapa produk sendiri & juga produk affiliate.

Alhamdulillah, setiap kali menggunakan strategi ini saya berjaya hasilkan jualan yang lebih lumayan. Anda juga bebas untuk mengubah suai strategi ini mengikut kesesuaian produk yang anda promosikan.

Klik untuk teruskan membaca.

Ketahui Strategi Praktikal Untuk Dapatkan 100 Pelanggan Melalui Internet Dengan Cara Yang Lebih Mudah & Santai!

WANITA INI HASILKAN RM10,929.00 DENGAN KAEDAH PERCUMA DI FACEBOOK!----------------------------Ok, anda mesti fikir yang ...
07/02/2019

WANITA INI HASILKAN RM10,929.00 DENGAN KAEDAH PERCUMA DI FACEBOOK!
----------------------------
Ok, anda mesti fikir yang Bisnes Affiliate ini untuk yang pakar IT sahaja.

Sebenarnya jika dibuat dengan kaedah yang betul, tidak kiralah apa pun status anda, anda boleh menghasilkan jualan dengan Bisnes Affiliate ini.

Tidak kira walaupun anda berumur 50 tahun atau Suri rumah yang buta IT tetap boleh menghasilkan pendapatan lumayan.

Sebagai contoh Puan Salena yang telah menghasilkan jualan melebihi RM10k.

Beliau fokus menggunakan FB profile sahaja untuk promosikan produk affiliate.

Klik butang untuk teruskan membaca,

Ok, anda mesti fikir yang Bisnes Affiliate ini untuk yang pakar IT sahaja. Sebenarnya jika dibuat dengan kaedah yang betul, tidak kiralah apa pun status anda, anda boleh menghasilkan jualan dengan Bisnes Affiliate ini. Tidak kira walaupun anda berumur 50 tahun atau Suri rumah yang buta IT tetap bole...

BAGAIMANA LELAKI INI BERJAYA BAYAR HUTANG KAD KREDIT LEBIH RM10,000 DALAM 3 MINGGU!-----------------------------Dalam ar...
07/02/2019

BAGAIMANA LELAKI INI BERJAYA BAYAR HUTANG KAD KREDIT LEBIH RM10,000 DALAM 3 MINGGU!
-----------------------------
Dalam artikel ini, saya terpanggil untuk kongsikan satu kisah kenalan saya.

Baru-baru ini beliau ada kongsikan bagaimana beliau berjaya bayar hutang kad kredit lebih RM10,000 dalam tempoh 3 minggu dengan hanya bisnes di internet.

Kisah ini mungkin boleh jadi iktibar dan memberikan motivasi dan jalan keluar pada orang lain. Namun begitu, artikel kali ini agak panjang sikit, kerana saya ambil direct daripada beliau.

Klik butang untuk teruskan membaca...

Dalam artikel ini, saya terpanggil untuk kongsikan satu kisah kenalan saya. Baru-baru ini beliau ada kongsikan bagaimana beliau berjaya bayar hutang kad kredit lebih RM10,000 dalam tempoh 3 minggu dengan hanya bisnes di internet. Kisah ini mungkin boleh jadi iktibar dan memberikan motivasi dan jalan...

WEBSITE ANDA DI 1st PAGE GOOGLE DALAM 3 BULAN!------------------------------------------------Kalau anda ada bisnes dan ...
01/09/2016

WEBSITE ANDA DI 1st PAGE GOOGLE DALAM 3 BULAN!
------------------------------------------------

Kalau anda ada bisnes dan dah upah orang buat website, tapi masih tak ranking di Google, TOLONG BACA SAMPAI HABIS!
Kami di funnelmatter nak membantu anda.
Insyaallah kalau anda praktikkan teknik yang diterangkan di bawah website anda boleh berada di 1st page Google search.
Anda mesti sangat frust, kedai (website) dah buka, dah decorate cantik-cantik tapi tak ada pelanggan masuk.
Sebenarnya sangat banyak faktor nak rank di 1st page Google. Tapi antara faktor terbesar adalah ON PAGE SEO.
Kami tak boleh janji website anda PASTI berada di 1st page, tapi kami pernah melakukannya.
TERUSKAN MEMBACA..
Ok, kita terus ke cara untuk buat ON PAGE SEO.
White Hat style!
ADA 13 FAKTOR UTAMA DALAM ON PAGE SEO
1. PASTIKAN URL ANDA MESRA SEO
URL mestilah ringkas dan padat dengan keyword.
Elakkan URL yang serabut seperti funnelmatter.com/pkj12345=ad
2. LETAKKAN KEYWORD DI PERMULAAN TAJUK UTAMA
Contoh keyword KURUS;
kurang baik -> 10 tips tradisional turun-temurun untuk KURUS.
sangat baik -> KURUS dengan ikuti 10 tips turun-temurun ini.
3. PASTIKAN TAJUK UTAMA MENGGUNAKAN H1 TAG
Jangan sebab nak cantik atau pun apa sebab sekalipun menukar tajuk utama kepada H2 atau H3 dan paragraph tag.
4. LETAKKAN KEYWORD DI 100 PERKATAAN PERTAMA
Ini menunjukan kepada Google yang website anda adalah bertepatan dengan tajuk utama.
5. MASUKKAN MEDIA SEPERTI VIDEO, IMEJ ATAU DIAGRAM
Media seperti di atas dapat membantu ranking dengan membuatkan pengunjung website anda untuk kekal lebih lama di website anda.
Kurangkan BOUNCE RATE dan tambah TIME ON SITE.
6. GUNAKAN INBOUND LINK
Inbound Link adalah link ke page di dalam website anda.
Contoh keyword KURUS,
Salah satu cara mudah untuk kurus adalah melakukan SENAMAN 1 MINIT setiap hari......
-->link keyword SENAMAN 1 MINIT ke page artikel berkenaan senaman 1 minit tersebut.
7. GUNAKAN OUTBOUND LINK
Outbound Link adalah link ke website di luar website anda.
Contoh keyword KURUS;
Salah satu cara untuk KURUS dengan cepat adalah dengan mengikuti diet ATKINS seperti yang pernah dilakukan oleh selebriti seperti .........
-->link keyword ATKINS ke website https://www.atkins.com (link ke website yang berautoriti lebih baik).
8. WEBSITE LOAD DENGAN PANTAS
Website yang lambat untuk load berpotensi untuk dirank sangat rendah oleh Google.
Gunakan CDN, kompres imej dan berpindah ke hosting yang lebih pantas.
Pastikan website anda loading tidak lebih dari 4 saat.
9. LETAKKAN 'TAMBAHAN' DALAM TAJUK UTAMA
Tambahan seperti '2016, 'terbaik' dan lain-lain bertujuan untuk rank bagi LONG TAIL KEYWORD di Google.
10. GUNAKAN SOCIAL SHARING BUTTONS
Social media populariti adalah salah satu metriks yang Google ambil berat dalam ranking website.
Plugin seperti Monarch, Social Warfare dan SumoMe Share adalah antara yang terbaik.
11. POST ARTIKEL YANG PANJANG DAN PADAT
Artikel yang panjang dan padat dengan keyword sangat membantu untuk ranking.
Selain padat dengan keyword, artikel yang panjang juga membantu mengurangkan BOUNCE RATE dan juga menaikkan TIME ON SITE setiap pengunjung.
12. KURANGKAN BOUNCE RATE
BOUNCE RATE adalah apabila berapa cepat pengunjung meninggalkan website anda.
Apabila BOUNCE RATE anda tinggi, Google beranggapan website anda mempunyai konten yang tidak berkualiti.
Untuk mengurangkan BOUNCE RATE, tulis konten yang berkualiti, tambah kan INBOUND LINK dan pastikan website anda tidak serabut mata memandang.
13. TAMBAHKAN LSI LEYWORD
LATENT SEMANTIC INDEXING KEYWORD ialah keyword yang berkaitan dengan KEYWORD utama anda.
Contoh LSI keyword untuk KURUS;
->RAMPING
->TURUN BERAT BADAN
->MENU DIET
Cara paling mudah untuk kenalpasti LSI keyword adalah lihat pada "search related to 'keyword'...." di bawah sekali page Google
TAHNIAH kerana baca sampai habis!
Ok, sampai sini dulu.
Pastikan anda praktikkan ilmu ni ye.
P/s: Kalau rasa bermanfaat LIKE, SHARE dan KOMEN la ye supaya kami di FUNNELMATTER lebih bersemangat untuk menulis banyak lagi tips untuk anda.

Selamat Datang ke page rasmi Kalau anda orang bisnes, tak kisahlah online ke, offline ke, onshore ke atau offshore sekal...
01/09/2016

Selamat Datang ke page rasmi
Kalau anda orang bisnes, tak kisahlah online ke, offline ke, onshore ke atau offshore sekalipun, anda patut follow kami.
Kami akan kongsikan banyak tips dan teknik untuk menambahkan jualan dan membesarkan bisnes anda.
STAY TUNED!

==========================REPLY KOMEN DALAM 5 SAAT==========================PENIAGA ONLINE WAJIB KOMEN..WAJIB BACA..Haii...
30/08/2016

==========================
REPLY KOMEN DALAM 5 SAAT
==========================
PENIAGA ONLINE WAJIB KOMEN..WAJIB BACA..
Haiii..
Hari ni kami nak BERKONGSI manfaat satu software yang sangat sangat POWERFUL pernah kami guna. Memang terbaik & bukan macam software-software biasa yang ada dalam pasaran.
Software ni lebi dikenali sebagai AUTO REPLY SUPER ADVANCE.
Kenapa nama dia Super Advance? Korang try la komen PM. Tengok apa jadi ;) .
Nak komen "Pm" "berminat" atau "saya nak" pun boleh, just gunakan bahasa yang selalu prospek anda guna. :)
==================
CUSTOMER GILA PM
==================
Sebagai peniaga online..Pernah tak korang alami situasi macam ni?
Korang tulis copywriting (ayat jualan) penuh emosi, cuba keluarkan segala mak bapak 7 keturunan ilmu yang korang dah belajar dari macam-macam sifu, letak CTA besar-besar "SILA PM @ WHATSAPP KAMI JIKA NAK TAHU LEBIH DETAIL", tapi last-last ramai je yang still tak faham bahasa minta korang PM... HahaHa
Lawak tak?
Camne korang rasa? Mesti rasa nak hiris-hiris je kan? 😂
Rileks Rileks...
============================
DORANG NI BUKAN NAK BELI PUN
============================
Kalau ikutkan hati memang kita tak nak layan orang-orang camni, bukan serius pun nak beli.. comfirm saja-saja tanya, joybuyer ni...
Ehhh... J*p jap..Sebaiknya korang jangan buat CONCLUSION terlalu awal.
Tau tak mostly orang yang biasa komen Pm Pm ni dah ada rasa minat nak tau produk/servis kita? Memang dah ada hati nak beli. Cuma tak cukup kuat lagi la. Masih 50-50% camtu ;) Oh ye ke? Iyeeeee... Korang cuma perlu terangkan lagi sikit value produk korang ke dia secara lebih PERSONAL. Supaya dia bertambah yakin nak beli. Caranya korang kena SEND MESEJ & BERBUAL-BUAL dengan dia. :)
Tapi nak reply semua komen then nak layan mesej-mesej tu satu per satu larat ke admin?
=================================
TAK BERBALOI LAYAN PM BERJAM-JAM
=================================
Jawapannya memang TAK LARAT. Sebab dulu pun admin pernah rasa apa yang korang rasa sekarang, admin tau camne penat dia bila nak layan beratus-ratus komen ni. Yang pertama, admin rasa otak jadi SANGAT LETIH, kerja jadi TAK FOKUS sebab semua kena layan, mana tak nya lepas reply komen kena layan mesej. Pastu kena reply komen & pm lain pulak. Nak layan satu customer tu pun dah ambil masa 15-30 minit. Bukan senang.
Jadi admin fikir tak berbaloi jika admin duduk depan laptop/handphone berjam-jam tapi belum tentu orang tu nak beli. Betul tak? Dah la ada yang komen 'Pm' tengah-tengah malam, time orang tengah tidur kot, mana la boleh nak reply. 😂
==============================
LAMBAT REPLY HILANG NAFSU BELI
==============================
Korang kena faham, satu minit je korang lambat reply komen dari dorang, nafsu untuk membeli tu akan berkurang. Semakin lama semakin susah nak close sale. Inilah PUNCANYA!
Dah korang komen time admin tengah tidur , nak buat macam mana? kan?
Habis tu tak kan nak jaga 24jam??
Sepatutnya macam tu lah.. Tapi memang tak logik, betul tak? Kita pun ada kerja lain nak buat. 😢
====================================
UPAH PEKERJA YANG BOLEH JAGA 24 JAM
====================================
Oleh itu kami datang nak BANTU selesaikan masalah anda.
Macam mana caranya?
Gunakan software AUTO REPLY SUPER ADVANCE. Pembantu yang boleh jaga kesemua page anda selama 24 JAM Tanpa Rehat! Software ini akan berkerja untuk anda walaupun anda tengah tido. Tak pernah curi tulang tau. 😁
================================
GOLDEN VALUE YANG KORANG DAPAT
================================
Dengan menggunakan Software AUTO REPLY SUPER ADVANCE:
Bakal menjadikan bisnes korang 99% berjalan secara AUTOMATIK !!
Semua komen & pm bakal customer akan dijawab TANPA TERKECUALI. Berkerja 24/JAM Tanpa Rehat dan yang paling penting sekali..Dia tolong CLOSE SALE untuk korang sekali. Korang hanya perlu spend masa dalam 15 minit untuk setting, lepas tu ROBOT yang akan berkerja untuk korang.
Serius, bila guna benda ni korang akan dapat JIMAT BANYAK GILA MASA korang yang dulu diguna untuk layan prospek. Lagi, menjimatkan TENAGA sebab tak perlu nak duduk depan laptop berjam-jam untuk balas komen & mesej dari prospek. Semua robot yang akan uruskan. Takde dah nak STRESS-STRESS lagi. Sales pun BOOM! :)
Tengok apa kata mereka..
"Saya dah tak payah susah-susah nak check satu-satu komen kat page dan PM setiap orang yang komen. Cuma amik masa ckit x sampai 15 minit nak setting ayat kat software ni, tunggu wassap masuk ja..coz dah reply auto komen terus ke inbox..senang nak tapis prospek yang betul-betul minat nak beli" -Abdul Malek

"Alhamdulillah..Perisisan AUTO REPLY ini berguna untuk bisnes saya. Memang berbaloi-baloi memilikinya. Dah tak perlu nak pm orang yang komen satu per satu. Run iklan tengah-tengah malam pun tak risau sebab sistem ni akan pm terus mereka yang komen. Saya dan team bisnes jimat masa berjam-jam dari melayan pm benda yang sama kepada bakal pelanggan. Amat sarankan semua usahawan online yang menggunakan Fb Page sebagai medium pemasaran untuk memiliki perisian ini" -AKADEMI IM

"Alhamdulillah, software AUTO REPLY ni memang best. Macam ada 'pembantu peribadi' tolong jawapkan pm. Software ni banyak bantu jimatkan masa dan tingkatkan sales. Sebelum ni banyak komen Pm pelanggan yang berminat nak beli produk tapi kami tak reply sebab terlalu ramai dan tak sempat jadi kami hanya tumpukan pada pelanggan yang whatsapp sahaja."- Rahman Baco, Pharmacist.

"Saya dapat close sale RM140,000 dalam masa 10 minit selepas menggunakan AUTOPM" -Tengku Mohd Rosli
Ok la. Tak nak cerita panjang lagi
Korang try la komen kat bawah. ;)

-->Komen PM atau SAYA NAK atau BERMINAT
-->Komen PM atau SAYA NAK atau BERMINAT
-->Komen PM atau SAYA NAK atau BERMINAT

Address

Kota Damansara
Petaling Jaya
47810

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Funnel Matter posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share