Mantapkan Bisnes Bersama ARRUzi.

Mantapkan Bisnes Bersama ARRUzi. Biar perlahan asal tidak berhenti. Usaha itu tangga kejayaan. Jadikanlah diri kita, sebagai salah seorang pembayar zakat yang terbanyak di Malaysia.

21/08/2022

Perkongsian yg sgt baik.3

Setiap perkara yg berlaku ada pengajaran buat kita.Atlet adalah mereka yg berjuang sebaik mungkin utk capai kemenangan.T...
25/10/2019

Setiap perkara yg berlaku ada pengajaran buat kita.

Atlet adalah mereka yg berjuang sebaik mungkin utk capai kemenangan.

Tiada beza antara atlet dan usahawan, kerana keduanya ada sasaran yg hendak di capai...

5 Pengajaran Keusahawan Yg Boleh Di Pelajari Daripada Seorg Atlet.

📌1. Tidak Berputus Asa.
Kegagalan menunjukkan ada kelemahan yg perlu diperbaiki. Bukan utk berhenti.

📌2. Gagal Sekali, Bererti Bukan Gagal Selamanya.
Bila gagal bangkit, dan susun semula strategi.

📌3. Kaji Kelemahan Dan Dengar Nasihat Org Yg Berjaya.
Gagal ada sebabnya, kaji kelemahan dan cari potensi diri. Dptkan tunjuk ajar daripada org yg berpengalaman.

📌4. Berfikiran Positif.
Berfikiran positif bila berhadapan cabaran dan kegagalan. Fikiran Positif akan mendorong kita utk terus usaha.

📌5. Percaya Pada Diri Sendiri.
Percaya pada diri sendiri kerena mereka yg ingin capai kejayaan. Bila ada keyakinan semua halangan boleh diatasi...

Semoga pengajaran ini menjadi dorongan pada kita yg dan masuk dlm dunia perniagaan atau yg baru nak menceburi perniagaan.....

Strategi Bisnes Howard Schultz, CEO Starbucks 1. Siapa yang tidak kenal Starbucks? Starbucks merupakan outlet kopi terbe...
20/10/2019

Strategi Bisnes Howard Schultz,
CEO Starbucks

1. Siapa yang tidak kenal Starbucks? Starbucks merupakan outlet kopi terbesar dan paling popular di kalangan masyarakat kota di Malaysia. Starbucks mempunyai outlet di hampir semua negara maju di dunia. Semua ini bermula daripada sebuah kedai kopi di Seattle pada tahun 1971.

Dengan lebih dari 21,000 outlet di hampir 65 negara, Starbucks merupakan salah satu perniagaan dari Amerika Syarikat yang merekodkan pertumbuhan paling cepat. Perusahaan ini menunjukkan peningkatan yang cukup signifikan. Dari hanya 425 outlet pada tahun 1994, ia berkembang dengan 19,767 outlet pada tahun 2013.

Apakah rahsia dan strategi pemasaran Howard Schultz yang mampu membawa Starbucks menjadi brand yang sangat berjaya di seluruh dunia? Mari kita lihat:

1. Howard mempunyai misi untuk Starbucks

Starbucks mempunyai pernyataan misi yang ringkas: Memberi inspirasi dan memupuk semangat kemanusiaan – satu orang, satu cawan dan satu kawasan, satu persatu (to inspire and nurture the human spirit – one person, one cup and one neighborhood at a time)

Pernyataan misi ini bukan kata-kata indah semata-mata, kerana Starbucks telah beroperasi selama lebih 4 dekad. Starbucks menjadi tempat yang ditujui mereka yang ingin beristirehat dan lari dari kesibukan kehidupan harian. Starbucks sangat sesuai sebagai tempat berkumpul rakan sekerja, temujanji perniagaan dan sesuai juga digunakan sebagai venue pertemuan.

Starbucks sentiasa memberikan yang terbaik, tidak kira usia, profesyen atau lokasi para pelanggannya. Starbuck boleh menjadi tempat bersantai, bekerja dan juga bersosial.

2. Mereka selalu menanyakan sesuatu kepada pelanggan

Jika anda pernah menunjungi salah satu outlet Starbucks, anda tentu perasan yang para pelanggan sentiasa disapa dengan mesra oleh para pelayannya. Mereka akan selalu bertanya “Apa yang anda cari?”. Ini adalah salah satu teknik mudah dan efektif yang dipraktikkan oleh Starbucks dalam melayani para pelanggan. Ini merupakan satu daripada contoh teknik yang harus diikuti oleh semua perniagaan.

Jika anda tahu apa yang dikehendaki oleh pelanggan anda, anda dapat membantu mencari penyelesaian dan mendorong kepada keputusan pelanggan.

3. Starbucks memahami pelanggan dan pekerja mereka

Jika anda sering mengunjungi outlet Starbucks tertentu, anda tentu menyedari bahawa barista kegemaran anda akan menyapa anda. Sentuhan kecil seperti ini sangat penting kerana ini merupakan satu cara untuk untuk memberikan pelanggan pengalaman positif dan peribadi. Ini membuatkan para pelanggan merasa lebih selesa. Bukan itu sahaja, para pekerja juga harus saling mengenali dan melayan baik antara satu sama lain.

4. Yang jelas mereka sentiasa inovatif

Starbucks merupakan syarikat yang sentiasa inovatif dan melakukan yang terbaik. Contohnya, mereka menyediakan perkhidmatan Wi-Fi percuma sejak tahun 2010. Ini timbul daripada kesedaran Starbucks bahawa para pelanggannya s**a menghabiskan banyak masa di outlet Starbucks. Selain itu, Starbucks turut menyedari bahawa ada pelanggan mereka yang ingin menikmati produk–produknya di rumah. Oleh itu mereka juga memiliki cara untuk menyediakan pilihan kopi untuk dinikmati para pelanggan di rumah (Starbucks Coffee at Home). Mereka juga menjadi syarikat pertama yang menggunakan aplikasi iPhone mobile untuk memproses pembayaran produk offline.

Daripada conton-contoh ini kita dapat lihat betapa pentingnya bagi sesebuah perniagaan untuk sentiasa berubah demi memenuhi kehendak para pelanggan.

5. Melatih perkerja untuk bertanggungjawab

Sekiranya pesanan anda silap diproses di Starbucks, para pekerjanya akan cepat bertanggungjawab atas kesilapan tersebut. Mereke telah dilatih untuk memberikan pengalaman yang terbaik kepada setiap pelanggan.

Starbucks menyedari bahawa setiap pekerja akan melakukan kesalahan. Tetapi para pekerja perlu bertindakbalas atau menjawab secara profesional, tepat pada waktunya dan membetulkan kesilapan.

6. Melakukan perkara yang tidak dibuat oleh perniagaan lain

Anda mungkin menemui Starbucks di setiap mall di Malaysia. Ini merupakan salah satu strategi Starbucks. Starbucks memilih tempat yang mempunyai laluan trafik, lokasi yang kompetitif atau mengikut demografi. Starbucks ditemui di hampir semua tempat di dunia. Cara pemasaran mereka mungkin kelihatan tidak berapa fokus, tetapi cara ini juga telah membantu peniagaan ini mendominasi pasaran.

Mereka melakukan perkara yang tidak dilakukan oleh syarikat lain. Mereka mengambil risiko, tetapi ternyata cara ini merupakan kelebihan Starbucks.

7. Tidak melupakan media sosial

Media sosial memainkan peranan penting dalam pemasaran dalam hampir semua bentuk perniagaan. Media sosial memang penting dalam masyarakat sekarang, dan dengan mudah sesiapapun dapat menggunakannya untuk tujuan perniagaan. Tetapi siapa yang boleh nampak sempurna dalam media sosial? Cara Starbucks menggunakan Instagram untuk menceritakan kisah mereka, adalah contoh kejayan penggunaan media sosial.

Jaringan sosial berasaskan gambar telah digunakan dalam perniagaan, bukan sekadar untuk menampilkan produk, tapi juga untuk menonjolkan jenama dengan gambar-gambar yang dimuat naik oleh para pelanggan. Penggunaan media sosial amatlah penting, tetapi apa yang lebih penting adalah kesesuaian pilihan platform media sosial dengan jenama perniagaan anda. Penglibatan para pelanggan juga perlu diambil kira.

8. Setiap perkara diberi perhatian

Fikirkan tentang hal–hal kecil, telitikan setial hal. Kenapa? Kerana semua hal adalah penting

Apabila seorang akauntan memberitahu syarikat bahawa mereka boleh membuat penjimatan wang dengan menggantikan penggunaan tisu tandas 2 lapis dengan tisu tandas 1 lapis, idea itu ditolak. Starbucks merasakan bahawa penggunaan tisu tandas 1 lapis tidak sesuai dengan imej jenama mereka sebagai “kemewahan yang mampu dimiliki”. Mereka meneliti setiap rancangan, pelaksanaan dan hasilnya.

9. Memilih usahasama yang tepat

Selama bertahun–tahun Starbucks telah mewujudkan usahasama dengan perniagaan lain untuk membantu memajukan perniagaannya. Contohnya, Starbucks bekerjasama dengan Barnes & Noble pada tahun 1993, untuk memasarkan produknya di kedai buku nasional tersebut.

Antara kerjasama terbarunya adalah dengan Apple. Sejak tahun 2006, Starbucks dan Apple telah bekerjasama untuk mewujudkan pengalaman kedai kopi yang lebih baik kepada pelanggan. Kerjasama ini membolehkan pelanggan membeli lagu melalui iTunes apabila mengunjungi Starbucks.

10. Konsisten

Konsistensi adalah salah satu cara terbaik untuk mendapat pelanggan setia. Jika anda sentiasa memberikan layanan pelanggan yang unggul, dengan kualiti produk atau perkhidmatan yang terbaik, orang akan selalu mengharapkan yang terbaik daripada perniagaan anda. Starbucks telah menunjukkan contoh terbaik dengan menawarkan produk dan perkhidmatan yang konsisten.

11. Menyesuaikan perniagaan mengikut lokasi

Selain menyediakan produk dan perkhidmatan yang konsisten, Starbucks juga mempunyai penting iaitu kebolehan menyesuaikan perniagaan dengan lokasinya. Mereka mampu mengadaptasi mengikut lokasi atau negara di mana ia bertapak. Sehingga para pelanggan turut selesa dengan kehadiran mereka.

12. Starbucks mempunyai pemimpin yang tabah

Sudah tentu s**ar dipercayai bahawa Starbucks, sebuah rangkaian kedai kopi terkenal di dunia, pernah mengalami kesulitan pada tahun 2007. Sebagai CEO, Howard Schultz berkata bahawa perniagaan ini telah hilang arahnya. “Mengejar keuntungan telah menjadi tujuan perniagaan ini, tetapi ini bukan tujuan sebenar Starbucks … Starbucks wujud untuk memberi layanan yang melebihi jangkaan pelanggan kita”.

Schultz mengumpulkan 10,000 para pengurus dalam konferens selama 4 hari di New Orleans yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada mereka dan mencabar para pekerjanya untuk bertanggungjawab secara peribadi atas segala perkara di kedai mereka. Hasilnya? Pada tahun 2013 semua pengurus mengumumkan bahawa Starbucks telah mencapai keuntungan rekod. Ini membuktikan bahawa mempunyai pemimpin yang tepat untuk mengarahkan pas**an merupakan faktor yang penting dalam setiap perniagaan.

BENGKEL TULIS BUKU SENDIRI, SIRI KE- 2 BERSAMA COACH JASNITARIKH : 26 - 27/10/2019 JANGKAMASA : 2 Hari TEMPAT : Richkey ...
17/10/2019

BENGKEL TULIS BUKU SENDIRI, SIRI KE- 2 BERSAMA COACH JASNI

TARIKH : 26 - 27/10/2019
JANGKAMASA : 2 Hari
TEMPAT : Richkey Creative Training Center, 20_1, Jalan Bangi Avenue 1/8, Taman Bangi Avenue, Kajang Selangor.

Fee : RM400.00
Bank : Maybank
No. Akaun :556141-018335
Nama : Jee In House Marketing

1. Berguru dengan mentor yang arif adalah satu usaha yang diwajibkan.

2. Menulis itu tidak lama sebenarnya bila kita jelas dan bahan-bahan sudah cukup terkumpul."

3.Penulisan adalah gabungan dua unsur iaitu unsur seni dan unsur bisnes. Kedua-duanya adalah sinergi dan saling berkait rapat.

4.Buku yang baik tidak akan memberikan manafaat kepada para pembaca jika diterbitkan dgn tidak dirancang pengedarannya dengan baik.

5.Begitu juga jika mempunyai pas**an penerbitan dan pengedaran buku yang baik tetapi tidak mempunyai produk buku berkualiti.

6. Bengkel yang wajib disertai oleh anda apabila anda ingin melihat penulisan dan penerbitan buku secara sinergi.

7. Apabila anda menyertai program ini, anda akan didedahkan mengenai apakah mitos-mitos dan faktor penghalang kepada seorang penulis. Di sini anda akan memecahkan belenggu yang bermain di minda kebanyakan penulis.

8. Bukan itu sahaja, anda akan didedahkan kaedah untuk melindungi hakcipta anda.

Hubungi urusetia program: Mohammad Haji Musa http://wasap.my/+60196144410

Team MBA atau Mantapkan bisness bersama Arruzi telah membawa seorang coach menulis buku dan 3 orang dari trainer untuk m...
17/10/2019

Team MBA atau Mantapkan bisness bersama Arruzi telah membawa seorang coach menulis buku dan 3 orang dari trainer untuk memperkuatkan team coaching kami.

Alhamdulillah.. semua program telah pun berjalan dengan baik dan teratur. Sesiapa yg inginkan ilmu tentang menulis buku sendiri ataupun ingin Mantapkan bisness masing2 , bolehlah like page kami...



*DAPATKAN GERAN DAN KETAHUI TEKNIK INOVASI BAGI MENDAPATKAN GERAN*Mereka telah berjaya mendapatkan geran dan membangunka...
06/10/2019

*DAPATKAN GERAN DAN KETAHUI TEKNIK INOVASI BAGI MENDAPATKAN GERAN*
Mereka telah berjaya mendapatkan geran dan membangunkan inovasi yang hebat hasil dari program ini. Dulu tak tahu dimana ada geran dan macamana nak dapatkan geran tapi sekarang dah tahu. Dulu tak tahu macamana nak ber'inovasi tapi sekarang dah tahu. Dulu tak tahu teknik nak menyampaikan idea bisnes dengan baik sekarang dah tahu. Bagi yang masih tak tahu, ini adalah program bimbingan untuk anda.

Note: Nasihat Coach Megat, kalau nak berjaya *TUNJUKKAN KESUNGGUHAN DAN BUKAN BERI ALASAN*

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=120569026006167&id=116248929771510

INNOVATION, GRANT & PITCHING- ZON TENGAH (KUALA LUMPUR SIRI 4)
Walaupun program bimbingan 'Innovation, Grant & Pitching (IGP)' sudah masuk siri yang ke 9 dan kali yang ke empat diadakan di Kuala Lumpur tetapi masih ramai lagi usahawan yang tidak tahu teknik sebenar bagi mendapatkan geran dan ramai juga yang langsung tidak tahu dimana adanya geran bagi membantu mengembangkan atau memulakan perniagaan.

Saya juga telah menerima terlalu banyak pertanyaan diWhatsApp dan Facebook yang bertanyakan tentang geran dan sebenarnya amatlah mustahil bagi saya untuk menjawab semua soalan ini kerana untuk mendapatkan geran usahawan perlu memahami kaitan tentang beberapa perkara seperti objektif geran, impak geran, prasyarat geran, inovasi produk dan perniagaan yang dinilai dan ilmu pitching yang betul bagi menyampaikan idea dengan tepat dan berkesan.

Program bimbingan ini juga tidak boleh mengambil ramai peserta didalam satu sesi bagi memastikan usahawan yang hadir keprogram ini betul-betul faham dan mendapat impak yang sepatutnya. Saya sertakan butiran program seperti dibawah. Hanya 20 orang peserta sahaja akan dibimbing didalam satu sesi.

Peserta yang telah menghadiri program IGP ini kemudiannya akan dimasukkan kedalam WhatsApp group alumni IGP bagi terus dibimbing secara online dan berjemaah dengan sahabat-sahabat usahawan untuk perkongsian tips inovasi, geran-geran baru yang ada dan mendengar sendiri kejayaan-kejayaan sahabat usahawan yang telah menerima dana hasil dari program ini.

INNOVATION, GRANT & PITCHING SIRI-9
TARIKH: 12-13/10/2019 | JANGKAMASA : 2 Hari
TEMPAT:IKRAM Bdr Tun Razak , No 18 – 2, Jalan Dwitasik 2, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Kuala Lumpur. GPS Google Maps : http://bit.ly/petaibtr

PERKONGSIAN HEBAT:
1. Jenis-jenis geran yang boleh dipohon.
2. Inovasi dan kesesuaian dengan geran
3. Stage-Gate & Innovation Readiness Model bagi menilai inovasi.
4. Teknik membangunkan inovasi (Model Harvard University)
5. Strategi 'pitching' & pembangunan slide berimpak tinggi
6. Hands-on pitching ('drilling and grooming' session).

TENTATIF PROGRAM
HARI 1 :
09.00-10.00: Pendaftaran
10.00-12.30: Sumber Geran & Teknik Mendapatkan Geran
02.30-04.30: Teknik Mewujudkan Inovasi.
04.30-06.00: Hands-On Pitching

HARI 2 :
09.00-10.00: Pitching - The Bang
10.00-12.30: Slide Makeover
02.00-04.00:Segmen Khas. Geran Penulisan bagi Penulis Buku. RM50K
04.00-04.30: Q&A

DAFTAR
Yuran: RM400 | Bank: Maybank
Syarikat: Jee In House Marketing | Akaun: 556141018335
Hubungi Urusetia: Dato' Muhammad b Hj Musa: http://wasap.my/+60196144410





20/09/2019

Rahsia Menulis Buku 2 Hari dan Geran Penulis RM 50,000.00

Program : Rahsia Menulis Buku 2 Hari dan Geran Penulis RM 50,000.00
Penceramah : Bro Jasni ( Pengalaman lebih 5 tahun )
Tarikh : 5 - 6 / 10 / 2019 | Sabtu dan Ahad
Masa :
Hari Pertama : 9.00 pagi – 10.00 malam
Hari Kedua : 9.00 pagi – 5.00 petang
*Daftar* : http://bit.ly/rmbuku2hari *< ---- Sila KLIK*
Tempat : IKRAM Bdr Tun Razak , No 18 – 2, Jalan Dwitasik 2, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Kuala Lumpur.
*GPS Google Maps* : http://bit.ly/petaibtr *< ----- Sila KLIK*
Yuran : RM 400.00
Terhad : 20 orang sahaja

Kelebihan sertai :-
1. Membongkar Rahsia mendapat Geran Menulis sehingga RM 50,000.00
2. Teknik Rahsia menulis buku mudah dari Idea.
3. Membongkar Rahsia Mesin Dana untuk dunia dan akhirat.
4. Gaya Pro membina mencipta buku yang smart, padu dan menarik.
5. Tips Rahsia menaikan kredibiliti dengan penulisan dan lain – lain lagi

Pembayaran :-
Bank : Maybank
No Akaun : 556141018335
Nama Akaun : Syarikat Jee In House Marketing

Bukti Pembayaran maklumkan kepada urusetia:-
Encik Mohammad b Hj Musa
http://wasap.my/60196144410 *< ----- Sila KLIK*

Daftar Sekarang

Daftar Grops Whatsapp :-
http://bit.ly/rmbuku2hari *< ---- Sila KLIK*

*Sila SHARE*

Bengkel Pocket Filmmaker 2 bersama Bro Ba’amProgram : Bengkel Pocket Filmmaker 2 bersama Bro Ba’amPenceramah : Bro Ba’am...
16/09/2019

Bengkel Pocket Filmmaker 2 bersama Bro Ba’am

Program : Bengkel Pocket Filmmaker 2 bersama Bro Ba’am
Penceramah : Bro Ba’am ( Pengalaman lebih 5 tahun )
Tarikh : 21 / 9 / 2019
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
*Daftar* : http://tiny.cc/Bengkelpoketfilm *< ---- Sila KLIK*
Tempat : *Shah Alam, Selangor*.
*GPS Google Maps* : http://bit.ly/petaibtr *< ----- Sila KLIK*
Yuran : ~RM 700~ *RM 200.00*
Terhad : *20 orang sahaja*

Kelebihan sertai :-
1. Gaya Pro Penerbitan dan merancang produksi.
2. Teknik Rahsia membuat Storyboard.
3. Hands-on Location Hunt.
4. Gaya Memikat rakaman video.
5. Praktikal membuat editing serta exporting gaya smart dan lain – lain lagi

Pembayaran :-
Bank : Maybank
No Akaun : 556141018335
Nama Akaun : Syarikat Jee In House Marketing

*Bukti Pembayaran* maklumkan kepada urusetia:-
Encik Mohammad b Hj Musa
http://wasap.my/60196144410 *< ----- Sila KLIK*

*Daftar Sekarang*

Daftar Grops Whatsapp :-
http://tiny.cc/Bengkelpoketfilm *< ---- Sila KLIK*

*Sila SHARE*



Hasil dari kejayaan program INNOVATION, GRANT & PITCHING (IGP) satu lagi program GERAN akan dijayakan bertujuan membantu...
07/09/2019

Hasil dari kejayaan program INNOVATION, GRANT & PITCHING (IGP) satu lagi program GERAN akan dijayakan bertujuan membantu usahawan, trainer dan sesiapa sahaja yang berminat untuk menulis buku sendiri. Dapatkan geran penulis bernilai RM50K dan Bro Jasni akan tunjukkan caranya.

*Rahsia Menulis Buku 2 Hari dan Geran Penulis RM 50,000*

Program : *Rahsia Menulis Buku 2 Hari dan Geran Penulis RM 50,000*
Penceramah : *Bro Jasni* ( Pengalaman lebih 5 tahun )
Tarikh : *14 - 15 / 9 / 2019 | Sabtu dan Ahad*
Masa :
*Hari Pertama* : 9.00 pagi – 10.00 malam
*Hari Kedua* : 9.00 pagi – 5.00 petang
*Daftar* : http://bit.ly/rmbuku2hari *< ---- Sila KLIK*
Tempat : *IKRAM Bdr Tun Razak* , No 18 – 2, Jalan Dwitasik 2, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Kuala Lumpur.
*GPS Google Maps* : http://bit.ly/petaibtr *< ----- Sila KLIK*
Yuran : *RM 400.00* ( Asal Rm1000.00 )
Terhad : *20 orang sahaja*

*Kelebihan* sertai :-
1. *Membongkar Rahsia* mendapat *Geran Menulis sehingga RM 50,000*.
2. *Teknik Rahsia* menulis buku mudah dari Idea.
3. *Membongkar Rahsia Mesin Dana* untuk dunia dan akhirat.
4. *Gaya Pro* membina mencipta buku yang smart, padu dan menarik.
5. *Tips Rahsia menaikan kredibiliti dengan penulisan* dan lain – lain lagi

*Pembayaran* :-
Bank : Maybank
No Akaun : 556141018335
Nama Akaun : Syarikat Jee In House Marketing

*Bukti Pembayaran* maklumkan kepada urusetia:-
Encik Mohammad b Hj Musa
http://wasap.my/60196144410 *< ----- Sila KLIK*

*Daftar Sekarang*

Daftar Grops Whatsapp :-
http://bit.ly/rmbuku2hari *< ---- Sila KLIK*

*Sila SHARE*

10 Feb 2019Bermula dari perjumpaan program MARA pada 9/2/2019, tercetuslah idea untuk membuat program bimbingan usahawan...
31/08/2019

10 Feb 2019
Bermula dari perjumpaan program MARA pada 9/2/2019, tercetuslah idea untuk membuat program bimbingan usahawan. 10/2/2019 keputusan dibuat bagi perlaksanaan program bimbingan usahawan dgn nama From Zero to Hero.

12 Mei 2019.Program2 coaching clinic bersama coach Megat, dibuat setiap bulan di Teknologi Park Malaysia.. Dalam program...
30/08/2019

12 Mei 2019.

Program2 coaching clinic bersama coach Megat, dibuat setiap bulan di Teknologi Park Malaysia..

Dalam program ini, para usahawan sentiasa didedahkan tentang perkara2 baru berkaitan strategi dan innovasi.

Address

Petaling Jaya
47830

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mantapkan Bisnes Bersama ARRUzi. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mantapkan Bisnes Bersama ARRUzi.:

Share