Public Health Malaysia

  • Home
  • Public Health Malaysia

Public Health Malaysia Platform kesihatan awam paling dekat di hati rakyat. Fakta jelas, isu terkini, mesej tepat demi mencegah, melindungi dan mempromosi kesihatan.

Kesihatan adalah hak semua. Dan bersama, kita boleh memastikan ia terpelihara. Apa Itu Public Health? Public Health atau Kesihatan awam merupakan AKAR kepada sistem Kesihatan di Dunia. PUBLIC HEALTH memberi penekanan kepada PERLINDUNGAN ,PENCEGAHAN & PROMOSI kepada cara hidup sikar kepada KOMUNITI

Jika Doktor di hospital memberi khidmat dalam merawat pesakit, doktor PUBLIC HEALTH berperanan untuk MENCEGAH masyarakat agar di hindari dari penyakit dan kecederaan.

18/09/2026

Kita sangka langit gelap sebab jerebu sudah cukup mengecewakan. Rupanya ada perkara yang lebih malap daripada udara yang tercemar.
Apa pun yang sedang kita hadapi, stay strong. Semoga hati terus tabah.

Dia tak sakit dada pun.Sebab itu kadang-kadang orang di sekeliling langsung tak terfikir tentang serangan jantung.Pada w...
18/09/2026

Dia tak sakit dada pun.

Sebab itu kadang-kadang orang di sekeliling langsung tak terfikir tentang serangan jantung.

Pada wanita, serangan jantung masih boleh menyebabkan sakit atau tekanan di dada. Tetapi ada juga yang datang dengan tanda yang lebih mudah disalah anggap sebagai penat, gastrik atau badan tak sedap.

Tiba-tiba sesak nafas.

Peluh sejuk.

Loya atau muntah.

Sakit di rahang, belakang, bahu atau lengan.

Atau rasa terlalu lemah dan pening tanpa sebab yang jelas.

Masalahnya, bila simptom nampak tidak dramatik, kita mudah kata,

“Mungkin penat saja.”

“Mungkin angin.”

“Tunggu kejap tengok macam mana.”

Jangan terlalu lama menunggu jika simptom datang secara tiba-tiba, semakin teruk atau terasa sangat berbeza daripada biasa.

Lebih-lebih lagi jika ada faktor risiko seperti diabetes, darah tinggi, kolesterol tinggi, merokok atau penyakit jantung.

Serangan jantung tak semestinya nampak seperti dalam filem.

Kadang-kadang orang itu masih boleh bercakap.
Masih boleh berjalan.
Masih nampak seperti biasa.

Tetapi jantungnya sedang meminta pertolongan.

Jika disyaki serangan jantung, dapatkan rawatan kecemasan segera.

17/09/2026

Pagi ini, jangan ukur hidup kita dengan pencapaian orang lain. Ada yang sedang berjuang untuk sekadar bangun, mandi dan meneruskan hari. Kalau itu yang mampu kita buat hari ini, jangan kecilkan perjuangan sendiri.

17/09/2026

Malam-malam begini, tiba-tiba teringat semua benda yang kita pura-pura sudah lupa. Nama yang tak lagi disebut.Tempat yang tak lagi dikunjungi.Dan seseorang yang kita kata sudah tak penting, tetapi masih muncul setiap kali malam terlalu sunyi.

17/09/2026

Kita dah cuba yang terbaik untuk hari ini.
Tak semua usaha akan dipuji. Tak semua pengorbanan akan orang nampak. Tak mengapa.
Rehatlah. Cukuplah malam ini, hati sendiri tahu kita sudah mencuba.

NAMPAK BERSIH, TAPI ADA RISIKO TERSEMBUNYIMouth shield plastik kecil bukan jaminan makanan selamat.Terutama bagi peniaga...
17/09/2026

NAMPAK BERSIH, TAPI ADA RISIKO TERSEMBUNYI

Mouth shield plastik kecil bukan jaminan makanan selamat.

Terutama bagi peniaga yang s**a buat live sambil menyediakan makanan.

Sambil potong makanan, bercakap.
Sambil bungkus pesanan, bercakap.
Baca komen, jawab pelanggan, gelak dan terus bercakap.

Semakin banyak bercakap, semakin banyak titisan air liur boleh terhasil.

Titisan dan kelembapan boleh terkumpul di bahagian dalam mouth shield. Lama-kelamaan, ia boleh menjadi berwap, lembap atau mempunyai titisan.

Kemudian tangan digunakan untuk membetulkan mouth shield.

Tangan yang sama menyambung kerja memegang sudu, bekas, pembungkus atau makanan.

Inilah risiko pencemaran silang.

Lebih berisiko jika mouth shield yang sama dipakai berjam-jam, sudah basah, diletakkan merata-rata dan dipakai semula tanpa dibersihkan dengan betul.

Buat live tidak salah.

Tetapi jika banyak bercakap sambil menyediakan makanan, kebersihan perlu diberi perhatian lebih.

Pastikan mouth shield sentiasa bersih dan kering. Basuh tangan selepas menyentuhnya. Elakkan menyentuh muka atau mouth shield ketika mengendalikan makanan.

Pelanggan bukan sekadar mahu makanan yang nampak sedap.

Mereka mahu makanan yang bersih dan selamat.

MyKad baharu dah keluar. Tapi tak semua orang perlu beratur hari ini.Ramai teruja bila nampak MyKad Generasi Baharu mula...
17/09/2026

MyKad baharu dah keluar. Tapi tak semua orang perlu beratur hari ini.

Ramai teruja bila nampak MyKad Generasi Baharu mula diperkenalkan.

Terus ada yang fikir
“Esok juga aku nak pergi tukar.”

Tapi tenang dulu.

Kalau MyKad anda masih elok dan masih sah, tak wajib tukar serta-merta.

Bagi yang memang nak buat gantian, permohonan boleh dibuat melalui Sistem Gantian MyKad JPN.

Waktu operasi sistem
Isnin hingga Jumaat
8.00 pagi hingga 4.30 petang

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
Sistem ditutup

Cara ringkas permohonan

1. Buka portal gantian MyKad JPN
2. Log masuk guna MyDigital ID
3. Pilih cawangan dan buat bayaran
4. Simpan resit
5. Ambil MyKad apabila siap

Tempoh kutipan
• 30 minit di Ibu Pejabat JPN Putrajaya, Ibu Pejabat Negeri dan semua UTC
• 5 hari bekerja di cawangan JPN Semenanjung
• 7 hari bekerja di cawangan JPN Sabah dan Sarawak

Penting
Permohonan online hanya sesuai untuk kes tertentu, dan tidak melibatkan pertukaran gambar atau alamat
Kalau nak tukar gambar, biasanya perlu hadir sendiri ke kaunter.

Kesimpulannya mudah.

MyKad baharu sudah ada.
Tapi jangan panik, jangan FOMO, jangan serbu serentak.

Kalau kad lama masih baik, anda masih boleh guna seperti biasa.
Kalau memang perlu gantian, barulah mohon ikut saluran yang betul.

Tanpa kita sedar, anak-anak sedang belajar cara hidup daripada kita.Bukan melalui nasihat panjang. Tapi daripada apa yan...
17/09/2026

Tanpa kita sedar, anak-anak sedang belajar cara hidup daripada kita.

Bukan melalui nasihat panjang. Tapi daripada apa yang mereka lihat setiap hari.

Kita makan apa.
Kita bergerak atau tidak.
Berapa lama kita menghadap skrin.
Pukul berapa kita tidur.
Apa yang kita minum.
Bagaimana kita mengurus stres.

Tabiat kecil yang berulang di rumah akhirnya menjadi sesuatu yang mereka anggap normal.

Kalau air manis sentiasa ada atas meja, itu normal.
Kalau hujung minggu semuanya dengan telefon, itu normal.
Kalau sayur jarang disentuh, itu normal.
Kalau bersenam hanya bila nak kurus, itu juga normal.

Kita selalu fikir tentang harta apa yang mahu ditinggalkan kepada anak.

Kadang-kadang kita terlupa satu lagi warisan yang jauh lebih awal mereka terima.

Cara hidup kita.

Anak mungkin tak ikut semua nasihat kita.

Tapi mereka sedang memerhati bagaimana kita hidup.

17/09/2026

Tak semua pagi kita bangun dengan semangat. Ada hari, dapat bangun, mandi dan keluar rumah pun sudah satu kemenangan. Tak perlu hebat setiap hari. Yang penting, terus hadir dan jalani hari ini sebaik yang kita mampu.

16/09/2026

Bahaya cuti duduk-duduk rumah ni bukan apa…
Kononnya buka Pinduoduo nak tengok-tengok je.
Tahu-tahu - Payment successful.
Sebulan kemudian parcel sampai, kita sendiri lupa beli apa. 😭

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Public Health Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Public Health Malaysia:

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed Advertising & Marketing Company?

Share