AnehBetul.Com

AnehBetul.Com > Selamat datang ke AnehBetul.com – destinasi video pendek paling pelik, misteri, dan fakta aneh dari seluruh dunia. Suka benda pelik tapi menarik? Follow kami!

04/06/2025
04/06/2025

Suspek Kelar Isteri Meraung, Laung Takbir Ketika Prosedur Reman

Artikel di ruang komen

Hari ini 13 tahun yang lalu, bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.Revolusi Mesir ...
02/06/2025

Hari ini 13 tahun yang lalu, bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Revolusi Mesir yang meletus pada 25 Januari 2011 membawa kepada penggulingan Hosni pada bulan berikutnya selepas 30 tahun memerintah. Namun pemberontakan selama 18 hari itu turut menyaksikan sekitar 850 orang awam maut.

Ia akibat pertempuran penunjuk perasaan dengan anggota polis yang lengkap bersenjata & Hosni didakwa bertanggungjawab atas kematian mereka. Bersama dakwaan korupsi, Hosni & keluarganya dilarang meninggalkan negara & diletakkan bawah tahanan rumah.

Hosni mendapat perintah untuk dibicarakan pada Mei 2011 & perbicaraan ke atas beliau, 2 anaknya Ala’a & Gamal, bekas Menteri Dalam Negeri, Habib el-Adly & 6 bekas pegawai tertinggi polis dimulakan pada 3 Ogos 2011 di mahkamah jenayah Akademi Polis, Kaherah.

Selepas lebih 8 bulan perbicaraan, Hosni bersama el-Adly dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan ‘tidak bertindak untuk menghentikan pembunuhan orang awam oleh pihak polis.’ Namun mereka dibebaskan daripada pertuduhan korupsi.

2 anaknya & 6 pegawai tertinggi polis terbabit p**a dibebaskan daripada pertuduhan terlibat dalam pembunuhan itu kerana kekurangan bukti. Keputusan mahkamah itu mencetuskan kemarahan orang ramai lalu ribuan berhimpun menuntut pembalasan yang lebih adil.

Selepas hukuman dijatuhkan, Hosni yang terbaring di atas katil ekoran kesihatannya semakin merosot akibat pelbagai jenis kanser dibawa menaiki helikopter ke hospital Penjara Tora di pinggir Kaherah. Beliau dibebaskan pada Ogos 2013 untuk dibicarakan semula.

Hosni dipindahkan semula ke hospital tentera Kaherah & ketika menunggu perbicaraan semula pertuduhan pembunuhan pemprotes, Hosni dihukum penjara 3 tahun atas kesalahan korupsi pada Mei 2014. Ia disusuli satu lagi perbicaraan semula pertuduhan korupsi.

Sekali lagi beliau didapati bersalah & dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun pada Mei 2015. Namun Hosni kekal di hospital tentera itu kerana masalah kesihatannya yang semakin memburuk, hinggalah beliau meninggal dunia pada 25 Februari 2020 di usia 91 tahun.

Sumber: The Guardian, Reuters

Baru keluar "penjara", terus trending! 😮‍💨Akaun lama kena banned, keluar reman je terus buka akaun baru… BOOM! Ramai yan...
29/05/2025

Baru keluar "penjara", terus trending! 😮‍💨
Akaun lama kena banned, keluar reman je terus buka akaun baru… BOOM! Ramai yang follow balik macam tak pernah jadi apa-apa. 🔥

CEO batu ni memang lain macam aura dia 😭
Nak kata dibenci, makin ramai p**a sokong.

Manusia ni pelik-pelik, AnehBetul.com lagi pelik!

AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈ Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Kota Setar, Pokok Sena, Yan...
29/05/2025

AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda) • Johor (Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) • Sabah: Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Kudat (Pitas) sehingga 4:00 petang; Khamis, 29 Mei 2025.
⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Dikeluarkan pada: 12:50 tengah hari, 29 Mei 2025

AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda) • Johor (Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) • Sabah: Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Kudat (Pitas) sehingga 4:00 petang; Khamis, 29 Mei 2025.

⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada: 12:50 tengah hari, 29 Mei 2025




🌌 Fakta Aneh Tapi Benar: Di Angkasa, Anda Tidak Boleh Sendawa!Bayangkan ini: Anda berada dalam sut angkasa lepas, terapu...
29/05/2025

🌌 Fakta Aneh Tapi Benar: Di Angkasa, Anda Tidak Boleh Sendawa!

Bayangkan ini: Anda berada dalam sut angkasa lepas, terapung di Stesen Angkasa Antarabangsa. Tiba-tiba terasa seperti mahu sendawa selepas minum jus strawberi tanpa graviti. Tapi... tiada apa yang berlaku. Kenapa?

🧠 Jawapannya Terletak Pada Graviti!

Di Bumi, bila anda minum minuman berkarbonat atau makan terlalu cepat, udara masuk ke dalam perut bersama makanan. Bila udara ini naik semula, ia keluar sebagai sendawa — dengan bantuan graviti yang memisahkan gas dari cecair dalam perut anda.

Tapi di ruang angkasa, graviti hampir tiada. Ini bermaksud gas tidak dapat naik ke atas seperti biasa, kerana tiada "atas" atau "bawah". Gas dan cecair bercampur, terapung bersama dalam perut anda.

🤢 Apa Yang Berlaku Jika Cuba Sendawa?

Dalam keadaan mikrograviti, jika anda cuba sendawa, anda mungkin muntah sekali — kerana cecair dalam perut tidak dapat diasingkan daripada gas. Proses ini dipanggil "wet burp" (sendawa basah) dan astronaut sangat tidak s**a mengalaminya.

👨‍🚀 Apa Yang Astronaut Lakukan?

Disebabkan itu, makanan dan minuman di angkasa biasanya tidak berkarbonat dan diformulasikan khas supaya tidak menghasilkan gas berlebihan. Contohnya:

Tiada minuman bergas di dalam Stesen Angkasa Antarabangsa.

Makanan dimampatkan dalam tiub dan beg yang mengurangkan pembentukan gas.

---

🌠 Menakjubkan, Kan?

Apa yang mudah dan biasa di Bumi — seperti sendawa — menjadi cabaran pelik di angkasa. Ini menunjukkan betapa unik dan ekstremnya hidup sebagai astronaut, dan bagaimana badan manusia benar-benar bergantung kepada graviti dalam banyak cara yang kita tak sedari!

---

S**a fakta macam ni?
Jangan lupa follow AnehBetul.com untuk lagi banyak fakta pelik & menarik dari seluruh galaksi! 🌍🚀

28/05/2025

Kejadian mencuri pakaian dalam😡😡😡

27/05/2025

Katanya kes r@g ut 😡😡😡,kejadian berlaku di Rawang

Address

Pinang George Town

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AnehBetul.Com posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share