11/02/2019
Rungsing taktahu kat mana dan macam mana nak print dokumen yang boleh menghasilkan nilai berjuta 😵 yang mampu untuk luluskan markah penilaian di kolej 😱 Emmm cikgu suruh photostat bahan rujukan niiiii . Macam mana ni 😭😭😭😭
Jangan risau jangan panik . Ramai yang taktahu kat mana ada dan macam mana caranya kan ❓
Pakar merawat kesengsaraan kekusutan anda ❗❗❗
🙈 OKAYYLAH SINI SAYA NAK CERITA SIKIT PASAL NAK MEMERINT NI OKEHH 🙈
Tak kisahlah anda nak print maklumat tu dari storan yang berbeza (handphone, pendrive, hard disk, komputer), tapi cara print maklumat tu tetap sama.
1. Buka maklumat yang kamu hendak print sama ada daripada memori handphone, pendrive, hard disk atau komputer.
2. Klik Office Button, kemudian akan muncul beberapa arahan asas seperti new, open, save, save as, print, prepare, send, publish, dan close. Disebabkan kita hendak mencetak maklumat itu keluar, maka kita kena pilih arahan Print.
3. Dalam arahan Print ini terdapat 3 cara untuk print iaitu Print, Quick Print, dan Preview Print.
4. Kalau anda pilih Print, anda akan mempunyai kelebihan untuk mengawal data / maklumat yang anda hendak print. Anda boleh menetapkan berapa jumlah salinan (copies) data/maklumat yang anda hendak cetak. Anda juga boleh menetapkan sama ada nak print color / print black white dan juga menetapkan jenis kertas sama ada A4, A3, A5, Letter, 4 x 6 R dan sebagainya.
5. Kalau anda pilih Quick Print, maka data / maklumat yang anda hendak print akan terus dicetak kepada printer yang sedang aktif atau yang sedang disambungkan dengan komputer anda.
6. Manakala, kalau anda pilih Print Preview, maka anda akan dapat melihat bahawa data/maklumat anda akan dipaparkan terlebih dahulu sebelum anda mencetaknya keluar.
7. Dokumen anda akan dipaparkan sebelum dicetak keluar. Di bahagian ini, anda boleh membuat perubahan terhadap maklumat/data anda sekiranya terdapat sebarang kesalahan.
8. Sekirannya anda yakin dengan dokumen yang anda telah buat, anda boleh klik butang print untuk mencetaknya keluar