25/03/2025
Pada masa kini, wang petroleum Terengganu tidak disalurkan sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri, sebaliknya Kerajaan Negeri perlu mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kewangan (M*F). Untuk membayar gaji, menjalankan program, melaksanakan projek pembangunan, malah memberikan bonus kepada kakitangan sekalipun, semuanya perlu melalui permohonan. Namun, tidak semua permohonan diluluskanβada yang mendapat kelulusan penuh, ada yang hanya sebahagian, ada yang dikenakan syarat, dan ada yang langsung tidak diluluskan. Ringkasnya, penyaluran wang petroleum kini bergantung kepada permohonan atau by claim.
Secara mudah, wang petroleum milik Terengganu memang ada, tetapi dikawal oleh M*F. Jika Kerajaan Negeri ingin menggunakannya, permohonan perlu dibuatβnamun, tiada jaminan permohonan tersebut akan diluluskan.
Lebih jelas lagi, sepatutnya wang hasil petroleum Terengganu disalurkan terus oleh Petronas ke dalam akaun Kerajaan Negeri, iaitu sebanyak 5% daripada hasil kasar (gross product) sebanyak dua kali setahun, sebagaimana yang termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974. Namun, hak ini kini diambil alih oleh M*F, yang kemudian mengenakan pelbagai syarat sebelum wang tersebut boleh diperoleh semula oleh Kerajaan Negeri.