Akademi Memasak Cikgu Fyza

Akademi Memasak Cikgu Fyza Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Akademi Memasak Cikgu Fyza, Advertising/Marketing, Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Putrajaya.

18/11/2021
KASWI PANDAN 💚🥰-1 1/2 cawan tepung gandum-1/2 cawan tepung ubi-1 sudu besar tepung beras-1 cawan gula-2 1/2 cawan santan...
13/11/2021

KASWI PANDAN 💚🥰

-1 1/2 cawan tepung gandum
-1/2 cawan tepung ubi
-1 sudu besar tepung beras
-1 cawan gula
-2 1/2 cawan santan (kalau guna santan kotak kecil tambahkan air untuk
cukup kan 2 1/2 cawan santan)
-1 cawan air pandan (dikisar bersama 2 helai daun pandan)
-1 sudu besar air kapur (ambil yang jernih)
-1/2 sudu kecil garam
-sy tambah 1 sudu kecil esen pandan

**kelapa parut digaul bersama sedikit garam

*satukan tepung gandum, tepung ubi, tepung beras, gula, garam & santan..gaul sebati, masukkan air kapur (nak blend pun boleh)
*tuang adunan ke dalam loyang yang disapu dgn minyak.

STEAM selama 30 minit.
*tunggu sejuk baru potong

Cheese Tart Kembong MagnumShell tart:250gm butter suhu bilik1/2 cawan gula ising500gm tepung gandum1bji kunng telurSedik...
13/11/2021

Cheese Tart Kembong Magnum
Shell tart:
250gm butter suhu bilik
1/2 cawan gula ising
500gm tepung gandum
1bji kunng telur
Sedikit esen vanilla
1sb air sejuk

1. Mix butter dan gula ising hingga sebati. Guna spatula pun boleh
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla, gaul sebati
3. Masukkan tepung dan air sejuk dari peti ais, uli hingga menjadi doh
4. Terap atau bentuk doh dalam acuan shell tart berukuran 4.5cm, cucuk dasar doh dengan garfu
5. Bakar pada suhu 120°c api atas bawah 20-25minit atau higga masak. SUHU BEGATUNG PADA OVEN.

Bahagian topping:
Cheese
300g cream cheese
60g -80g gula castor di blend
2 sb kuning telur
1sb butter /majerin
1 sk esen vanila
-Pukul cream cheese sampai sebati masukkan esen vanila, kuning telur dan butter tadi pukul sekejap. Kemudian masukkan gula sedikit-sedikit pukul sebati semua dan siap.

Bahan lain : Topping Magnum
Choc dark compound beryls
Cocoa butter 2 sb kalau tak ada 'shortening' pun boleh
Kacang cincang almond bakar dulu sekejap

Cara2 :
1. Masukkan filling nutella atau coklat chips dalam shell. Lepas itu, piping cream cheese membukit.
2. Bakar 170° selama 5minit. Dah siap. Ketepikan.
3. Cairkan beryls +cocoa butter, double boil
4. Celup permukaan cheese tart tadi dalam choc yang dah panas dan cair ni. Pastu terus tabur kacang tepi-tepi. Buat cepat masa choc masih panas kerana kalau sudah beku tidak akan melekat. Siap susun dan masukkan dalam chiller baru susun dalam bekas.

Selamat mencuba!

Kredit - Resepi Masakan

Resepi Kek Pisang Periuk Noxxa Sukatan CawanBahan untuk resepi kek pisang periuk noxxa gebu :Bahan A : Blend    Empat bi...
13/11/2021

Resepi Kek Pisang Periuk Noxxa Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi kek pisang periuk noxxa gebu :
Bahan A : Blend
Empat biji pisang
Satu cawan minyak masak
Satu cawan gula
Tiga biji telur
Sedikit esen perasa pisang
Bahan B : Ayak
Dua cawan tepung gandum
Satu sudu teh soda bikarbonat
Satu sudu teh baking powder

Cara membuat kek pisang noxxa :
Blend semua bahan A
Ayak semua bahan B
Kemudian, satukan bahan yang kita kisar dan bahan ayak tadi.
Kacau kasi rata dan sebati

Step akhir, steam selama setengah jam. Siap untuk dihidangkan bagi santapan ahli keluarga ataupun tetamu yang berkunjung ke rumah. Cara buat kek pisang periuk noxxa mudah je kan, selamat mencuba semua
cc kak.aze

Resepi Creampuff Gebu Bhn2:400g air175g marjerin1sb gula200g tepung gandum4bj telurCara2:-Masukkan air, gula & marjerin ...
13/11/2021

Resepi Creampuff Gebu
Bhn2:
400g air
175g marjerin
1sb gula
200g tepung gandum
4bj telur
Cara2:
-Masukkan air, gula & marjerin ke dlm periuk (sy guna kuali senang nak kacau). Masakkan atas api smpi mendidih. Guna api besar pun boleh.
- bila dah mendidih masukkan tepung gandum dan terus kacau smpi la jd adunan yg tak melekat kt kuali. Tepung tu ayak la dlu kalu rajin nt sng dia nak sebati. Sy malas ayak terus tuang je😆
- lepas tu tutup api dan terus masukkan adunan tu dlm mangkuk mixer. Angkat je kuali tu atas mangkuk mixer nt dia bergolek sndiri terjun lam mangkuk😂😂. Sy putar low speed dlm 10mnt bg wap panas keluar.
- bila adunan dah suam2 masukkan telur sebiji2 dan putar high speed dlm 5minit. Dah nmpk sebati ttup mixer. (If xde mixer boleh buat manual kacau guna senduk kayu je tp lenguh la ckit tgn😁)
- sementara tu panaskan oven suhu 220c api atas bwh.
- masukkan adunan td dlm piping beg. Guna la nozel bunga kalu nak bercorak atau bulat biasa pun boleh xde hal. Then paipkan atas tray. Jarak2 kan ckit sb nt dia nk membesarkan bdn msg2😅. Tray tu sapu dlu marjerin sb xnk bg melekat nt. Sy mmg malas nk sapu2 ni leceh😂 Lapik baking paper je sng. B4 bakar semburkan air kt atas creampuff yg kite dah paipkan tu. Then bakar la dlm masa 25mnt lbh krg. Dah nmpk warna perang2 gold kira dah masak la tu. Kuarkan dr oven then biar dia sejuk
- kalu xmelepet puff tu mksdnya jd la tu. Dlm dia mesti jd kosong. Biasa dlu buat yg xjd tu bila melepet dlm jd padat mcm cekodok plak gayanya😆
1 adunan ni boleh dpt dlm 40-45 bj bergantung pd size.
Inti dlm dia plak boleh pelbagaikan. Kalu nak sng guna instant custard je. Tp sy jrg guna instant tu slalu buat sndiri filingnya. Pelbagaikan mcm2 krim cth mcm krim nutella, karamel, green tea, original custard, krim custard, choc b*k lg la boleh pelbagaikan. Sy bg dlu yg basic original custard ye.
400ml susu segar (sy guna low fat)
800ml air
200g gula
150g tepung kastard
1sb esen vanilla
Sedikit garam
- masukkan semua bahan dlm periuk kacau atas api smpi jd pekat berkilat. Tggu sejuk baru paipkan dlm puff.
Selamat mencuba semua🤗
kredit:empunya resepi

Resepi Japanese Cotton Cheese Cake🌷Bahan A🌷150g krim cheese 🌷50g buttercup🌷100g susu cair🌷Masukkan dlm bekas semua bahan...
13/11/2021

Resepi Japanese Cotton Cheese Cake

🌷Bahan A
🌷150g krim cheese
🌷50g buttercup
🌷100g susu cair

🌷Masukkan dlm bekas semua bahan tu dan masak atas api yg sederhana
🌷Kacau sampai x berketul. Tutup api. Ketepikan.

🌷Bahan B🌷
🌷6 biji putih telor
🌷100g gula castor
🌷1/2 sudu kecil krim of tar tar

🌷Putar tiga2 bahan ni sampai jadi meringue atau bertanduk.
🌷Yg ni penting. Kalau putih telor x bertanduk kek akan bantat.. Bahan C
🌷6 biji kuning telur
🌷100g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
🌷Masukkan semua bahan C kedlm mangkuk. Kacau. Guna senduk je.
🌷Masukkan p**a bahan A kedlm bahan C. Kacau lagi.

🌷Kemudian masukkan adunan putih telor tadi. Boh skit2 kacau secara kaup balik Saja.
🌷Masuk dlm loyang dan bakar dlm oven secara double boil. Suhu 180 selama 1 jam

🌷 Liena Cydan🌷

Kuih kegemaran. Kulit dia yg sedap tuuu 🤤🤤🤤Senang je nk buat..kisar semua bhn dan bakar.wangii satu rumah. 2cwn tepung g...
13/11/2021

Kuih kegemaran. Kulit dia yg sedap tuuu 🤤🤤🤤

Senang je nk buat..kisar semua bhn dan bakar.wangii satu rumah.


2cwn tepung gandum
2cwn pati santan
1cwn air pandan
3\4 cwn gula @ klu s**a manis 1 cwn
1 sudu teh garam
4biji telur
2 sudu makan butter
sedikit bijan
sedikit pewarna
cara2..blend smua bahan diatas kecuali bijan,tapis..oleskan loyang dgn butter,tuang adunan kemudian tabur bijan.bakar suhu 170 api atas bwh selama 1jam arau hingga masak..selamat mncuba.

Kredit resepi:Noor Baini Bakar
Airtangan dan pic:Eniza M Salim

MOCHITO INDULGENCEbahan2 5bijik telur1cawan gule halus(200-220g)1sb ovalatesedikit emolco coklatmix smpai gebusementara ...
13/11/2021

MOCHITO INDULGENCE

bahan2
5bijik telur
1cawan gule halus(200-220g)
1sb ovalate
sedikit emolco coklat

mix smpai gebu

sementara tu ayak
2 cawan tepung gandum(220g)
1sk baking powder,
1/2 sk soda bikarbonat
sedikit garam halus
1cawan serbuk koko

ok bahan yg di mix td dah kembang kan..so masuk kan 1 cawan susu pekat (265g)xnak manis kurg kan sket,dan 1 cawan minyak masak(200g)
ok slow kan mixer dan masuk kan tepung dan 1/2 cawan air panas (100g) beselang dan last kacau sebati

masuk kan dalam bekas loyang 7 atau 8 dapat 2 loyang kukus 40-45 mnt api besar.
so ade masa sementara tunggu kek sejuk
kite buat cream die duluan...
tp boleh buat awal ganace die ni

500g coklat blok beryls dark compound nak plus milk dan dark pn boleh
1/2 liter / 1/2 kotak whipping dairy jenama xkisah
2sb butter

masukkan dalam pengukus atau oven
dah lembut coklat ambik whisk kacau je done rehat kan die sekurg2 nye smpai die jd agak pekat sket bile bia di suhu bilik

Bahan Black Mousse
1 sudu teh gelatin
2 sb air panas
125 cream cheese lembut
3 sb susu pekat
1 /2 cawan coklat nutella
emolco coklat 1 sk
1 1/2 cawan whipping cream vivo sejuk2(non dairy)

Cara2 :
1.Larutkan gelatin bersama air,biarkan 5 minit.
2.cheese dgn susu pekat putar sebati
3.Campurkan nutella dan emolco coklat dan gelatin,gaul sebati.
4.Putar whipping cream hingga lembut.
5.Tuang campuran coklat dalam whipping cream td gaul sebati ok siap

Bahan white mousse Ganache
1 cawan coklat putih
1 cawan whipping cream non dairy
1 sb gelatin
2 sb air panas

Cara2 :
1.Cairkan coklat putih cara double boiler atau sampai lembut
2.Putar whipping cream hingga lembut dan kental
3.Tuang coklat putih dan gelatin dalam whipping cream,gaul sebati siap...

Cara Melapis
1.Ambil 1 keping kek tuang sedikit white mousse,ratakan.
2.Lapiskan 1 keping kek lagi tuang p**a black mousse,ratakan.
3.Ulang langkah yg sama ikut berapa lapisan korg nak sampai kek siap.
4.Bila dah siap masuk peti bg setting 1 jam dulu baru tuang ganace pada seluruh badan kek.
5.Akhir hias ikut kemahiran korg
6.Simpan dalam peti sejuk 15minit.

Credit To Owner

Nak share resepi kek simple tapi sedap. Guna 2bahan je yg utama. Bakar Guna Periuk Noxxa je. 1. Coklat Beryls2. Telur 4b...
13/11/2021

Nak share resepi kek simple tapi sedap. Guna 2bahan je yg utama. Bakar Guna Periuk Noxxa je.

1. Coklat Beryls
2. Telur 4biji

Cara nak buat :
1. Cairkan coklat & biarkan suam sedikit.
2. Asingkan telur kuning & putih.
3. Pukul telur putih sampai kembang gebu fluffy gitu..
4. Masukkan kuning telur dalam coklat yg dah dicairkan tadi. Kacau rata.
5. Masukkan telur putih yg dah siap pukul.
Masukkan separuh2 dan kaup balik.
Jangan terlalu kuat nanti kek tak gebu.
6. Masukkan dalam periuk Noxxa. Set function cake selama 60minit.
Pastikan tombol atas adalah pada penanda steam.

Lepas dah masak keluarkan inner pot dari periuk. Biarkan kek sejuk sedikit baru keluarkan ke dalam bekas/pinggan.

Tambahan :
Nutella & kacang almond utk topping. Takdak pun xpe.

Sapukan nutella & tabur kacang almond (dh siap goreng) dan hasilnya tadaaaa😍😍

*Nota : jenis coklat yg digunakan akan mempengaruhi rasa kek sama ada sedap atau tak. guna beryl's sbb nak kek rasa coklat rich.

Selamat mencuba kawan2. Serius sedappp!

Credit To Owner

PUDING KARAMEL LAPIS KEK MILO MOISTBahan Lapisan Pertama (SOS KARAMEL) :3-4 sudu makan gula (masak dlm kuali hingga cair...
13/11/2021

PUDING KARAMEL LAPIS KEK MILO MOIST

Bahan Lapisan Pertama (SOS KARAMEL) :
3-4 sudu makan gula (masak dlm kuali hingga cair dan keperangan, kemudian tuang terus dlm loyang@bekas)

Bahan Lapisan Kedua (PUDING) :
3 biji telur
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1 penutup esen vanilla (kacau rata semua bahan tapi jangan sampai berbuih, tapis)

Bahan Lapisan Ketiga (KEK MILO MOIST) :
1/2 cawan milo
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan minyak masak
(Satukan semua bahan, kacau rata dan tapis)

1. Ambil loyang/bekas yg telah diisi sos karamel. Tuang bahan bancuhan puding dan kukus sampai masak.

2. Kemudian bila puding sudah masak, lorek-lorekkan permukaan atas puding dengan garfu supaya kek milo dan puding melekat elok.

3. Lapiskan dengan bancuhan kek milo kemudian kukus lagi hingga masak.

4. Bila kek masak, simpan dalam peti sejuk untuk sejukkannya, sedia utk dihidang.

5. Jika buat untuk keluarga yg ramai, gandakan s**atan.

Selamat mencuba.

Credit To Owner

KARIPAP PUSING..Doh A :300 gram tepung gandum1/4 cawan minyak, panaskan dgn 2 sudu majerin1/2 sudu teh garam125 ml air a...
13/11/2021

KARIPAP PUSING..

Doh A :
300 gram tepung gandum
1/4 cawan minyak, panaskan dgn 2 sudu majerin
1/2 sudu teh garam
125 ml air ais

Doh B :
150 gram tepung beras
125 gram marjerin
inti karipap :
300 gm daging kisar
300 gm kentang (dadu)
1 labu bwg besar (dadu)
*3 ulas bwg putih
*3 ulas bwg merah
*1 inci halia
1 pack rempah kari (25 gm)
daun sup & daun bawang

tumbuk bhn *. Tumis hingga naik bau. Masukkan rempah. Masukkan bhn lain. Tambah air sikit. Masak hingga kentang & daging empuk. last masukkan daun sup & daun bawang. Garam utk rasa.

13/11/2021

Address

Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Putrajaya
62000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Memasak Cikgu Fyza posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share