22/03/2021
SELAMAT MENYAMBUT HARI AIR SEDUNIA ( WORLD WATER DAY )
-------------------------------------------------------------------------
Masih tidak terlambat untuk kami memperingati peristiwa di mana Wujudnya Air bagi kepentingan Manusia dan alam sekitar pada generasi sekarang.
Air merupakan Kepentingan Sumber Utama dalam aktiviti seharian manusia . Sebagai Contoh, manusia menggunakan Air untuk memasak , mandi , membasuh pakaian, minum dan sebagainya .
Tahukah anda, Tubuh manusia terdiri daripada 55% sehingga 78% air mengikut ukuran badan dan ia juga merupakan mekanisme kawalan bagi tubuh badan manusia supaya berfungsi dengan baik,
Dalam sektor pertanian, air juga memain peranan penting kepada para petani untuk membersihkan, dan menyiram tanaman mereka, supaya tanaman mereka lebih segar dan berkembang , tanpa Air, tanaman akan layu dan kering sehingga akan menjejaskan pendapat para petani yg mungkin "kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang " .
Sehubungan dengan itu, sudah terang lagi bersuluh , "Air" merupakan bahan sumber Utama yg sangat penting kepada manusia dan sumber alam, tanpa Air, Hidup manusia tidak akan sempurna.
Jadi berjimat cermatlah menggunakan air, dan jangan bazir Air .