Mpu1013- Kumpulan Tulip UUM

Mpu1013- Kumpulan Tulip UUM Penyalahgunaan Dadah

NAMA : QANITAH BINTI SH*THMATRIKS 289200Pusat pemulihan Penagihan Narkotik Cure and Care (PUSPEN Sukarela).Pusat pemulih...
16/12/2022

NAMA : QANITAH BINTI SH*TH
MATRIKS 289200

Pusat pemulihan Penagihan Narkotik Cure and Care (PUSPEN Sukarela).

Pusat pemulihan Penagihan Narkotik Cure and Care (PUSPEN Sukarela) merupakan satu fasiliti yang menawarkan program rawatan dan pemulihan terhadap mana-mana individu yang telah disahkan sebagai penagih dadah oleh mana-mana Pegawai Perubatan Berdaftar.

Individu yang telah disahkan sebagai penagih dadahakan disyorkan menjalani rawatan dan pemulihan di PUSPEN sama ada secara sukarela di bawah seksyen 8(3)(a) Akta Penagih Dadah (R&P) 1983 ATAU melalui perintah mahkamah di bawah seksyen 6(1)(a)Akta Penagih Dadah (R&P) 1983.

Pusat pemulihan ini dijalankan secara open access service dan bersifat sukarela. Mana-mana individu yang ingin mendapatkan rawatan boleh hadir terus secara walk-in ke PUSPEN Sukarela yang telah disenaraikan atau boleh hadir ke mana-mana Pejabat AADK Daerah berhampiran untuk mendapatkan maklumat awal berhubung proses kemasukan ke PUSPEN Sukarela.

Program rawatan dan pemulihan yang disedikan di Puspen adalah :

• Detoksifikasi perubatan
• Pembentukan fizikal dan displin
• Pemulihan psikologi dan mental
• Sivik dan tatanegara
• Latihan kemahiran dan vokasional
• Agama dan spiritual
• Sosial dan rekreasi
• Integrasi masyarakat

NAMA : QANITAH BINTI SH*THMATRIKS : 289200"PEMULIHAN DADAH ADALAH PROSES PEMULIHAN SEPANJANG HAYAT"Pemulihan penagihan d...
16/12/2022

NAMA : QANITAH BINTI SH*TH
MATRIKS : 289200

"PEMULIHAN DADAH ADALAH PROSES PEMULIHAN SEPANJANG HAYAT"

Pemulihan penagihan dadah memerlukan usaha sepanjang hayat kerana penagihan dadah adalah satu penyakit kronik yang mudah berulang (chronic relapsing disease)dan berpanjangan.

Ini bermakna, penagih dadah akan kekal sebagai individu yang menyalahgunakan dadah pada masa yang panjang, di mana individu tersebut bergantung dengan dadah unutk hidup.

Namun, individu yang terlibat dalam penagihan dadah ini boleh dipulihkan dan mampu berhenti dari menyalahgunakkan dadah dengan bantuan dan dorongan orang sekeliling.

HENTIKAN STIGMA. MEREKA PERLUKAN SOKONGAN SEMUA PIHAK

JENIS DADAH OPIAT DI KALANGAN REMAJANama: Noor Idayu binti ParedinNo. Matrik: 289158Kursus: Ijazah Sarjana Muda Pengurus...
15/12/2022

JENIS DADAH OPIAT DI KALANGAN REMAJA

Nama: Noor Idayu binti Paredin
No. Matrik: 289158
Kursus: Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam

Opiat atau narkotik merupakan ubat penahan sakit yang berkesan. Ia adalah sejenis bahan kimia asli yang terdapat dalam otak yang memberi kesan ‘perasaan yang nyaman/bahagia’. Jenis dadah ini merangsang perasaan dan melahirkan keadaan yang nyaman serta tenteram. Pergantungan dan penagihan akan terjadi jika ia kerap digunakan. Jika dadah ini tidak dapat diperoleh, seseorang itu akan mula menunjukkan tanda-tanda gian.

Jenis-jenis dadah dalam kump**an ini termasuk:

He**in
Candu
Morfin
Codeine
Fentanyl

Dadah ini boleh ditelan, dihisap atau disuntik.

BANTUAN DAN RAWATAN BAGI PENAGIHAN DADAHNama : Normala binti khalidNo matrik : 289380Bantuan yang boleh diperolehi bagi ...
13/12/2022

BANTUAN DAN RAWATAN BAGI PENAGIHAN DADAH

Nama : Normala binti khalid
No matrik : 289380

Bantuan yang boleh diperolehi bagi mereka yang terlibat dengan penagihan dadah adalah dengan berbincang bersama dengan :-
*Ibu bapa
*Guru
*Guru kaunseling
*Kawan atau sahabat yang dipercayai
*Ahli keluarga
*Kaunselor atau pembimbing rakan sebaya
*Pegawai kebajikan masyarakat

Jenis rawatan daripada bantuan pihak profesional terbahagi kepada 3 iaitu;

1)Kaunseling
2)Detoksifikasi
3)Pemulihan

Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) melalui Bahagian Rawatan Pemulihan (BRPP) menyediakan rawatan dan pemulihan dadah seiring dengan dasar AADK. Iaitu menyediakan rawatan dan pemulihan holistik, menerima penagih dadah sebagai pesakit dan mengembalikan penagih dadah sebagai individu yang berfungsi untuk diri, keluarga dan masyarakat.

1)Pemulihan didalam Institusi dan komuniti.
2)Perlaksanaan Program Psikososial.
3)Rawatan perubatan.
4)Latihan kemahiran dan kerjaya.
5)Pendekatan kerohanian dan keagamaan.

Pertubuhan Penawar Warisan Selangor dan Kuala Lumpur (PENAWAR) merawat penagih dadah menggunakan rawatan dan pemulihan berteraskan islam sejak lebih 20 tahun lalu. Pertubuhan ini juga memberi bantuan kepada yang terlibat dengan memberi latihan dan pendidikan kerjaya. Mendedahkan mereka kepada aktiviti ekonomi yang menjana pendapatan seperti berniaga, pertanian, kursus menjadi mutawif dan pemandu pelancong untuk kembara berunsur islam.

Namun, terdapat juga pusat - pusat pemulihan dadah persendirian yang lain di seluruh negara dapat membantu mereka yang terlibat didalam kegiatan penagihan dadah untuk memulihkan diri mereka. Sokongan daripada keluarga dan masyarakat sangat penting untuk membantu penagih membebaskan diri dari cengkaman dadah.

APA ITU DADAHNama : Normala binti KhalidNo Matrik : 289380DADAH merupakan bahan yang boleh mengubah fungsi tubuh badan. ...
13/12/2022

APA ITU DADAH

Nama : Normala binti Khalid
No Matrik : 289380

DADAH merupakan bahan yang boleh mengubah fungsi tubuh badan. Sebagai contohnya antibiotik dan penahan sakit selalunya diambil atas nasihat doktor. Sesetengah dadah psychoactive mengubah emosi dan status minda anda.

Dadah atau bahan tersebut termasuk:
- Alkohol dan tembakau
- ubat tidur
- G***a
- Gam
- Ekstasi
- L*D
- He**in

Jenis dadah yang biasa disalahgunakan;
* Kump**an Narkotik:
- Candu atau O***m
- Morfin atau Morphine
- He**in
- Kodein atau Codeine

* Perangsang atau Stimulants
- Ekstasi
- Amfitamin atau Amphetamin
- Kokain

* Hallucinogens
- L*D
- P*P atau angel dust

* Inhalants
- Aerosol
- Gam

* Ma*****na atau Cannabis
- Grass
- G***a
- Hashish

HUKUMAN BAGI PENYALAHGUNAAN DADAH DI MALAYSIANama :MUHAMAD RAFIE BIN KAMARUZZAMANNo Matrik : 289121kursus :Ijazah Sarjan...
08/12/2022

HUKUMAN BAGI PENYALAHGUNAAN DADAH DI MALAYSIA

Nama :MUHAMAD RAFIE BIN KAMARUZZAMAN
No Matrik : 289121
kursus :Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam

Akta ini ialah salah satu akta-akta Malaysia yang memberi peruntukan hukuman mati yang diperkenalkan dalam pindaan 1983.[1] Hukuman mati dalam akta ini diperuntukkan dalam Seksyen 39B - Pengedaran Dadah Berbahaya, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori seperti di bawah:

(1) Tiada seorang pun boleh, bagi pihak dirinya atau bagi pihak mana-mana orang lain, sama ada atau tidak orang lain itu berada di Malaysia -

(a) mengedarkan dadah berbahaya; atau

(b) menawar untuk mengedarkan dadah berbahaya; atau

(c) melakukan atau menawar atau melakukan sesuatu perbuatan sebagai persediaan untuk atau bagi maksud pengedaran dadah berbahaya.

(2) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini dan jika disabitkan hendaklah dijatuhi hukuman mati.

Selain itu, Seksyen 37 (da) juga menyenaraikan j***m pemilikan dadah-dadah lazim yang akan dianggap sebagai pengedaran dadah sekiranya pesalah memiliki sejumlah dadah bertepatan dengan j***m yang ditetapkan.

Pada 2017, satu pindaan telah dilakukan pada Akta Dadah Berbahaya dengan memasukkan subfasal baharu, Seksyen 39B (2A) yang memberikan hukuman alternatif kepada kesalahan pengedaran dadah, dengan memberikan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan sekurang-kurangnya 15 kali, dengan syarat:[2]

tiada bukti penjualan atau pembelian;
tiada penglibatan agent provocateur (pihak yang mendorong seseorang melakukan jenayah); atau,
penglibatan pesalah terhad kepada penghantaran atau pengangkutan dadah; dan,
pesalah telah membantu pihak berkuasa dalam mengekang aktiviti pengedaran dadah di dalam atau luar Malaysia.

HIDUP BAHAGIA TANPA DADAHNama : MUKHALIEJAH BINTI MOHD YUNOSNo Matrik : 289149Nama : NORMALA BINTI KHALIDNo Matrik : 289...
24/11/2022

HIDUP BAHAGIA TANPA DADAH

Nama : MUKHALIEJAH BINTI MOHD YUNOS
No Matrik : 289149
Nama : NORMALA BINTI KHALID
No Matrik : 289380
kursus :Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam

DADAH sememangnya tidak asing lagi dikalangan anggota masyarakat sehingga masalah penyalahgunaan dadah dikalangan belia giat dibicarakan oleh masyarakat dan pihak yang berkuasa. Pada hakikatnya, boleh sahaja memudaratkan kesihatan fizikal, malahan kesihatan mental seseorang individu jika disalahgunakan tanpa preskripsi pakar perubatan. Seseorang boleh bertindak secara tidak rasional seperti keganasan yang memuncak serta hilang pertimbangan. Contoh dadah adalah seperti He**in, Morfin, Kokain dan sebagainya. Oleh yang demikian, pihak kerajaan mengharamkan individu menyalahgunakan dadah. Tegasnya, sesiapa yang didapati mengedar dadah akan dihukum gantung sampai mati.

Penyalahgunaan dadah merupakan pengundang pelbagai gejala sosial yang tidak mempunyai hala tuju dan matlamat yang jelas pada masa depan disebabkan oleh keruntuhan akhlak dan hilang kawalan diri sehingga ada yang sanggup membakar rumah keluarganya kerana berang, apabila gagal memperolehi wang daripada ibunya. Hal ini boleh merosakkan kehidupan penagih dadah, malah ianya boleh merosakkan institusi kekeluargaan, masyarakat dan negara.

Dalam Islam, dadah juga diharamkan berdasarkan kepada keterangan nas-nas (Al-Qur'an dan Hadis) kerana ia termasuk dalam pengertian umum benda-benda yang memabukkan, menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama iaitu memabukkan atau membawa kebinasaan terhadap individu dan masyarakat. Ini dapat dibayangkan melalui firman Allah surah Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud: ''Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan..''

Golongan belia haruslah sedar bahawa dadah sangat berbahaya kerana boleh merosakkan akhlak mereka seterusnya memusnahkan masa depan mereka. Justeru belia seringkali diingatkan agar menjauhi diri daripada dadah. Katakan 'TIDAK' pada dadah. Jika tidak, nilai pembangunan yang dinikmati kini akan tiada nilainya, kerana pewaris yang meneruskan legasi tersebut telah tiada.

Kesimp**annya, sebagai golongan belia yang matang, seharusnya membuat persiapan yang terbaik dan jitu sepenuhnya kepada negara serta menerapkan semangat kental ke dalam jiwa mereka. Negara menaruh harapan yang tinggi terhadap belia kerana mereka merupakan aset penting yang perlu dijaga untuk mengerakkan dan memacu negara ke arah kemajuan dan pembangunan negara. Ingatlah 'Negara Maju Tanpa Dadah'.

JENIS-JENIS DADAH NAMA: NOOR IDAYU BINTI PAREDINNO.MATRIK: 289158KURSUS: Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam Dadah ada p...
22/11/2022

JENIS-JENIS DADAH
NAMA: NOOR IDAYU BINTI PAREDIN
NO.MATRIK: 289158
KURSUS: Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam

Dadah ada pelbagai jenis. Ada yang digunakan bagi tujuan perubatan. Namun demikian, segelintir masyarakat kini menyalahgunakan dadah bagi tujuan yang salah. Hal ini memberikan kesan yang buruk terhadap masyarakat kita dan juga negara.

Bahan-bahan dadah (spt g***a, he¬roin, ma*****na, dsb) yg merosakkan atau membinasakan orang yg menggunakannya secara terus akan merosakkan kesihatan, mem¬bawa maut, dan sebagainya.

Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:
1. Opiat – He**in, morfin, candu dan kodein. Opioid sintetik p**a seperti methadone dan fentanyl
2. Kanabis – G***a dan hashish
3. Depresan atau penekan – Dadah jenis sedatif, hipnotik, barbiturat dan bukan barbiturat serta tranquilizer
4. Stimulan atau perangsang – Dadah jenis amfetamin, ekstasi dan kokain
5. Halusinogen – Lyseregic acid diethylamide (L*D), meskalin, psilosibin dan disosiatif
6. Dadah Rekaan – Satu kump**an analog kepada bahan kimia yang telah terbukti mempunyai kesan farmakologi

Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut seperti gam dan petrol, alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya.

MODUS OPERANDI DADAH DIBAWA MASUK KE MALAYSIANama: Nuru Khairunnisa Minos AbdullahNo. Matrik: 289192Kursus: Ijazah Sarja...
22/11/2022

MODUS OPERANDI DADAH DIBAWA MASUK KE MALAYSIA

Nama: Nuru Khairunnisa Minos Abdullah
No. Matrik: 289192
Kursus: Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam

Masalah dadah ini bukan saja dihadapi oleh Malaysia tetapi sudah menjadi masalah global. Rangkaian pengedarannya sangat licik dan sofisikated dan menyeluruh ke serata dunia. Malaysia dikatakan menjadi salah satu pusat transit pengedaran dadah ini yang mana turut diedarkan di seluruh dunia. Malaysia merupakan sasaran oleh sindiket antarabangsa sebagai pusat untuk mengeluarkan beberapa dadah jenis sintetik, Amphetamine jenis rangsangan (ATS) seperti Syabu dan Ekstasi yang dikatakan lebih berbahaya daripada He**in. Apa yang membimbangkan, makmal memproses dan mengeluarkan dadah peransang mudah diwujudkan dimana-mana sahaja dan ia sentiasa bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa. Menurut bekas Ketua Pengarah JKDM, Dato' Hamzah Abdullah setakat ini Malaysia antara negara yang dikesan menjadi transit kepada sindiket berkenaan untuk menjalankan 43 penyeludupan dadah ATS, antaranya menggunakan khidmat kurier (Reduan, 2006).

Penyeludupan dadah oleh warga asing bukan sahaja menjadi masalah kepada pihak berkuasa Malaysia malah di Thailand menurut Chakrid (2005) menyatakan warga asing terutama dari Eropah dan Timur Tengah menjadi dalang utama
pengedaran Kokain di pusat-pusat hiburan di Thailand. Ini adalah disebabkan warga asing ini telah menguasai kawasan rekreasi yang aktif dengan pusat-pusat hiburan di sana. Walaupun banyak tangkapan dan rampasan dibuat oleh pihak berkuasa Thailand namun ia tetap meningkat kerana pasaran dadah kokain di pusat hiburan seperti di Phuket, Pattaya dan Patpong adalah tinggi (Chakrid,2005).

Penyeludup dadah terutama dari Asia Barat dan India, kini menggunaan taktik baru menyeludup Syabu ke negara ini dengan merendam dadah itu dalam air untuk dijadikan cecair pekat seperti kanji dan ditampal pada pakaian sebelum dikeringkan. Baju tersebut kemudiannya dipakai ketika memasuki negara ini dan selepas berjaya melepasi pemeriksaan, ia direndam untuk mendapatkan semula dadah sebelum diedarkan kepada sindiket pengedaran tempatan. Taktik itu dikesan di KLIA oleh pegawai JKDM (Fahmi, 2010). Menurut Datuk Nor Rashid Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, sindiket penyeludupan dadah warga Iran menggunaan taktik baru dalam kegiatan penyeludupan dadah jenis Syabu ke Malaysia iaitu dengan cara menyembunyikan dadah dalam kotak bijirin. Taktik ini terbongkar ekoran 44 daripada pihak polis berjaya menahan dua lelaki warga Iran di balai ketibaan LTAB Bayan Lepas, Pulau Pinang bersama rampasan Syabu sebanyak 27.8kg bernilai RM 5.6juta (Aziz, 2011).

Sementara itu, terdapat satu lagi kes yang dikesan oleh PDRM di mana sindiket dadah tempatan dan antarabangsa menggunakan kediaman mewah sebagai tempat untuk memproses dadah sintetik seperti Syabu, Estacy, Ketamin dan Ephadrine. Kegiatan ini berjaya dibongkarkan apabila polis berjaya menahan 2 wanita warga China bersama 10 lelaki tempatan di Pulau Pinang dengan nilai rampasan dadah sebanyak RM 10.53juta (Ibrahim, 2011).

Satu lagi kes yang menarik ialah apabila Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JDRM)merampas dadah jenis Ketamin seberat 169 kilogram yang bernilai RM 3.04juta yang disembunyikan dalam kontena di Pelabuhan Klang dan KLIA. Menurut Ketua Pengarah JDRM, Datuk Seri Ibrahim Jaapar pemeriksaan kontena tersebut mengandungi 250 kotak 'POOJA' (serbuk yang digunakan penganut Hindu untuk sembahyang) serta 150 guni kacang putih dan 50 guni makanan lain, beliau
berkata;

“Modus operandi sindiket menggunakan alamat palsu dan sindiket akan cuba mengeluarkan kontena tanpa pengetahuan pihak kastam dengan istilah 'kontena terbang' dan ini melibatkan
sindiket penyeludupan yang terancang”.

PENGENALAN APA ITU DADAH DI MALAYSIA.Nama : MUKHALIEJAH BINTI MOHD YUNOSNo Matrik : 289149Nama : NORMALA BINTI KHALIDNo ...
22/11/2022

PENGENALAN APA ITU DADAH DI MALAYSIA.

Nama : MUKHALIEJAH BINTI MOHD YUNOS
No Matrik : 289149
Nama : NORMALA BINTI KHALID
No Matrik : 289380
kursus :Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam

Definisi Dadah
Menurut buku-buku dan sumber yang diperolehi serta pandangan para ilmiah, dadah boleh dijelaskan dalam beberapa maksud. Antaranya adalah seperti yang berikut:

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Selain itu, dadah juga bermaksud bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubasuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan- tujuan tertentu.Secara umumnya, dadah bermaksud sebarang bahan kimia yang psikoaktif, samada berbentuk asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.

Dadah adalah bahan yang menyebabkan perubahan dalam fisiologi atau psikologi organisma semasa diambil.Dadah biasanya dibezakan dari makanan dan bahan yang memberikan sokongan nutrisi. Penggunaan dadah boleh melalui penyedutan, suntikan, merokok, pengingesan, penyerapan melalui tampalan pada kulit, supositori, atau melarutkannya di bawah lidah.

Dalam farmakologi, dadah adalah bahan kimia, biasanya struktur yang diketahui, yang, apabila diberikan kepada organisma hidup, menghasilkan kesan biologi.Dadah farmasi, juga disebut ubat, adalah bahan kimia yang digunakan untuk merawat, menyembuhkan, mencegah, atau mendiagnosis penyakit atau untuk mempromosikan kesejahteraan.Secara tradisional dadah-dadah diperoleh melalui pengekstrakan dari tanaman perubatan, tetapi baru-baru ini juga melalui sintesis organik.Dadah farmaseutikal boleh digunakan untuk jangka masa yang terhad, atau secara berkala untuk gangguan kronik.

Dadah farmaseutikal sering diklasifikasikan ke dalam kelas dadah - kump**an dadah berkaitan yang mempunyai struktur kimia yang serupa, mekanisme tindakan yang sama (mengikat sasaran biologi yang sama), cara tindakan yang berkaitan, dan yang digunakan untuk merawat penyakit yang sama.Sistem Pengelasan Anatomi Bahan Kimia Terapeutik (ATC), sistem klasifikasi dadah yang paling banyak digunakan, memberikan dadah kod ATC unik, yang merupakan kod alfanumerik yang merujuk kepada kelas ubat tertentu dalam sistem ATC. Sistem klasifikasi utama yang lain adalah Sistem Pengelasan Biofarmaseutik. Sistem ini mengelaskan dadah mengikut kelarutan dan kebolehtelapan atau sifat penyerapannya.

Dadah psikoaktif adalah bahan kimia yang mempengaruhi fungsi sistem saraf pusat, mengubah persepsi, mood atau kesedaran.Dadah ini dibahagikan kepada kump**an yang berbeza seperti: perangsang, depresan, antidepresan, agen antiresah, antipsikotik, dan halusinogen. Dadah psikoaktif ini telah terbukti berguna dalam merawat pelbagai keadaan perubatan termasuk gangguan mental di seluruh dunia. Dadah yang paling banyak digunakan di dunia termasuk kafein, nikotin dan alkohol, yang juga dianggap sebagai dadah rekreasi, kerana ia digunakan untuk kesenangan dan bukan untuk tujuan perubatan.Semua dadah boleh mempunyai kesan sampingan yang berpotensi.Penyalahgunaan beberapa dadah psikoaktif boleh menyebabkan ketagihan psikologi atau fizikal.Penggunaan perangsang yang berlebihan dapat mendorong psikosis perangsang. Banyak dadah rekreasi haram dan perjanjian antarabangsa seperti Konvensyen Tunggal mengenai Dadah Narkotik wujud untuk tujuan larangannya.

Poster Rasmi Kump**an Tulip 🥰KETAGIHAN MEMBAWA PADAH
21/11/2022

Poster Rasmi Kump**an Tulip 🥰

KETAGIHAN MEMBAWA PADAH



VIDEO Rasmi Kump**an Tulip 🥰Dadah: Kisah Mia dan Adam Full Video.
16/11/2022

VIDEO Rasmi Kump**an Tulip 🥰

Dadah: Kisah Mia dan Adam Full Video.



Mesti ramai yang biasa tengok iklan ni kat TV? Tapi selalunya, iklan ni sekejap sangat. Nih die full movie untuk iklan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Address

Wilayah Persekutuan
Putrajaya
62200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mpu1013- Kumpulan Tulip UUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mpu1013- Kumpulan Tulip UUM:

Share