Pelan Pemasaran 1Halaman - 1-Page Marketing Plan

Pelan Pemasaran 1Halaman - 1-Page Marketing Plan Certified Coach/Consultant/Marketer 1-Page Marketing Plan. Pemasaran adalah sangat penting merupakan nadi kepada sesebuah perniagaan.

Namun ramai usahawan tidak mempunyai pelan pemasaran (marketing plan). Ramai yang menggunakan taktik-taktik pemasaran seperti FB, Instagram & TikTok semata-mata nak buat jualan tanpa ada sebarang rancangan atau pelan pemasaran yang mantap. Kita perlu sedar berniaga bukan sekadar mendapat pelanggan untuk membeli servis/produk kita. Itu sebab ramai usahawan hanya menumpukan usaha untuk mencari pelanggan baru untuk buat jualan. Sebenarnya setiap pelanggan melalui satu kitaran atau perjalanan (customer journey) sebelum, semasa dan selepas membeli. Setiap fasa ini ada aktiviti/tugas/proses yang perlu dilakukan. The 1-Page Marketing Plan merupakan satu framework atau kerangka yang memudahkan penyediaan pelan pemasaran. Secara tradisi, pelan pemasaran mengambil masa yang lama, kos yang tinggi dan tebal bermuka surat. Pada tahun 2018, Allan Dib melalui buku bestseller beliau "The 1-Page Marketing Plan : Get New Customers, Make More Money, And Stand Out From The Crowd" telah memperkenalkan satu kanvas mudah untuk membina Marketing Plan (Pelan Pemasaran) dalam 1 halaman saja, yang mudah dirujuk dan diubahsuai dari masa ke semasa. Saya sudah membaca banyak buku pemasaran, tapi mendapati buku & kanvas yang diperkenalkan oleh Allan Dib adalah yang termudah untuk dilaksanakan. Oleh itu pada 2021 saya telah berbelanja puluhan ribu untuk belajar menjadi Coach The 1-Page Marketing Plan bagi membantu usahawan di Malaysia untuk menggunakan kanvas yang Allan telah perkenalkan.

Address

Conezion Residences, Block B, Persiaran IRC 3, IOI Resort City
Putrajaya
62502

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pelan Pemasaran 1Halaman - 1-Page Marketing Plan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pelan Pemasaran 1Halaman - 1-Page Marketing Plan:

Shortcuts

Share