Azniza Zaini Perunding Imej Akademik

Azniza Zaini Perunding Imej Akademik Kursus Imej Profesional, Pengacaraan Majlis dan Suara Latar (voice over talent)

05/01/2025

Ketibaan VIP - momen emcee umum semua tetamu untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM.

Program Jerayawara Naib Canselor UiTM Bersama Warga UiTM Kampus Raub pada 3 Januari 2025 yang lalu.

Alhamdulillah selesai tugasan hari ini sebagai pengacara majlis untuk Majlis Hi-Tea & Penganugerahan Majlis Pemerkasaan ...
23/12/2024

Alhamdulillah selesai tugasan hari ini sebagai pengacara majlis untuk Majlis Hi-Tea & Penganugerahan Majlis Pemerkasaan Perniagaan Malaysia (MPPM) 2024. Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri, Kementerian Kerja Raya di World Trade Centre,KL.

Salah seorang kenalan saya turut menerima penganugerahan Is. (Industry Specialist/Pakar Industri) dari MPPM di majlis tersebut. Tahniah Is.Jamil bin Bakri💐💐💐

Terima kasih pihak MPPM atas kepercayaan menggunakan khidmat saya sebagai pengacara majlis hari ini.

Selesai menunaikan tanggungjawab sebagai emcee di Majlis Pembukaan Karnival Malaysia Pertiwiku sempena Bulan Kemerdekaan...
19/08/2024

Selesai menunaikan tanggungjawab sebagai emcee di Majlis Pembukaan Karnival Malaysia Pertiwiku sempena Bulan Kemerdekaan di UiTM Kampus Raub pada 16 Ogos 2024 yang lalu.

29/06/2024

Program Kepimpinan IKON UiTM Cawangan Pahang
28 Jun 2024

Terima kasih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Bahagian HEP, UiTM Cawangan Pahang kerana sudi menjemput saya berkongsi ilmu tentang “Grooming for Professional Media” kepada sekumpulan pelajar Dewan Eksekutif Mahasiswa (DEM) dari kampus Jengka dan Raub.

Secara asasnya, pelajar didedahkan kepada persediaan menjaga penampilan, kekemasan dan kebersihan diri agar dapat tampil lebih profesional apabila berurusan dengan komuniti di luar UiTM. Perkongsian selama 2 jam malam tadi berjaya memberikan reaksi “Ahaa” dan “Oooo” di antara mereka. Menunjukkan banyak ilmu baru yang mereka pelajari.

Semoga ilmu yang dikongsikan kepada mereka malam tadi dapat menambahbaik penampilan dan imej profesional mereka kelak dan dimanfaatkan sepenuhnya.

Sebuah inisiatif yang baik dari MPP dan HEP. Tahniah!👍🏻


16/05/2024

Selamat Hari Guru buat semua pendidik🌹🌹🌹

“Takut atau Anxiety?”“Make sure kita gembira baru kita boleh gembirakan orang lain.”“Self-care amat penting. Cari masa u...
13/05/2024

“Takut atau Anxiety?”

“Make sure kita gembira baru kita boleh gembirakan orang lain.”

“Self-care amat penting. Cari masa untuk ‘Me-Time’.”

“Utamakan diri kita baru kita boleh jaga orang lain.”

“Both negative and positive feelings are important. Don’t ignore your own feelings. Jangan downgrade masalah dan feelings kita sendiri.”

“Yang boleh diagnose diri kita ada anxiety hanyalah psychiatrist sahaja.”

Itu antara tips yang saya perolehi dari webinar pagi ini. Dan banyak lagi perkongsian menarik daripada Puan Penceramah hari ini.

Nampak ketara bahawa isu kesihatan mental amat penting sekarang ini bukan sahaja di kalangan pelajar tetapi di kalangan staf juga.

Semoga bermanfaat buat semua dan sayangilah diri kita sendiri🩷🩷🩷

Assalamualaikum dan selamat pagi!Salam Jumaat!Biasanya hari Jumaat kawan-kawan buat apa?Pagi ini mood saya nak ke librar...
10/05/2024

Assalamualaikum dan selamat pagi!

Salam Jumaat!

Biasanya hari Jumaat kawan-kawan buat apa?

Pagi ini mood saya nak ke library..nak baca buku..tapi nak pilih baca buku apa pun pening juga..banyak sangat pilihan yang best-best…

Saya paling s**a lepak di library UiTM ni sebab selesa dan paling penting ada aircond😆

09/05/2024

“The most important thing is to enjoy your life—to be happy—it’s all that matters.” —Steve Jobs

Pada usia pertengahan 40an ini, saya sudah mula kecilkan circle saya, banyak spend time bersama keluarga, create moment indah dan cuba menggembirakan mereka. Begitu juga dengan orang sekeliling.

Sekarang ni siapa-siapa yang s**a cari masalah dengan saya, saya block je. Saya jarakkan diri. Saya ambil pendekatan untuk banyakkan aktiviti keagamaan dan cari ilmu baru supaya tidak fikirkan tentang orang lain. What matters more is my family. Bagi saya, lebih baik saya fokus pada perkara yang boleh menggembirakan hati saya kerana kita juga berhak bahagia.

Maaf jika ada yang tidak bersetuju dengan pandangan saya tetapi inilah fasa kehidupan yang saya lalui sekarang ini.

Gembirakan diri sendiri dan gembirakan orang lain. Spread love everywhere you go. Let no one ever come without leaving happier🩷🩷🩷

Alhamdulillah..syukur Ya Allah! Berita gembira pada hari pertama tahun baru 2024. Terima kasih FBM! Terima kasih Dr Mohd...
01/01/2024

Alhamdulillah..syukur Ya Allah!
Berita gembira pada hari pertama tahun baru 2024.

Terima kasih FBM! Terima kasih Dr Mohd Iqbal my SV atas tunjuk ajar dan bimbingan.

Tolong doakan saya agar dipermudahkan urusan saya seterusnya dalam pengajian yang agak mencabar ini. Semoga dikuatkan hati ini dan semangat untuk terus berjuang. Aamiin.

Perkongsian ilmu dan pengalaman yang ada dengan pelajar UiTM Raub hari Sabtu ini. Terbuka kepada semua pelajar kampus.  ...
02/11/2023

Perkongsian ilmu dan pengalaman yang ada dengan pelajar UiTM Raub hari Sabtu ini.

Terbuka kepada semua pelajar kampus.

Sedikit perkongsian malam ini.Bismillah
31/10/2023

Sedikit perkongsian malam ini.
Bismillah

Walaupun tak menang banyak anugerah seperti kawan-kawan lain, kita simpan sini saja la buat pembakar semangat untuk tahu...
30/10/2023

Walaupun tak menang banyak anugerah seperti kawan-kawan lain, kita simpan sini saja la buat pembakar semangat untuk tahun-tahun akan datang. Alhamdulillah syukur.

Tahniah juga buat rakan-rakan dan semua pemenang APBest 2023! Moga terus sukses!

Address

Jalan Tras
Raub
27600

Opening Hours

Monday 09:00 - 00:00
Tuesday 09:00 - 00:00
Wednesday 09:00 - 00:00
Thursday 09:00 - 00:00
Friday 09:00 - 00:00
Saturday 09:00 - 00:00
Sunday 09:00 - 00:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Azniza Zaini Perunding Imej Akademik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Azniza Zaini Perunding Imej Akademik:

Share