Popia Crunchie

Popia Crunchie Menjual POPIA NESTUM dan POPIA CHEESE yang ranggup dengan harga paling berpatutan. Makan sekali pasti nak lagi!

Untuk sebaramg tempahan, boleh hubungi 018-2984508

Assalammualaikum and hi to popia lovers!! Memandangkan kita dah nak ke penghujung tahun, Popia Crunchie ada buat promoti...
21/11/2019

Assalammualaikum and hi to popia lovers!! Memandangkan kita dah nak ke penghujung tahun, Popia Crunchie ada buat promotion iaitu pembelian setiap popia akan dapat 20% diskaun!! Pasti akan menyesal kalau lepaskan peluang ni. Jadi, tunggu apa lagi? Boleh ws ke 018-2984508 untuk sebarang tempahan sebab order dah tak banyak!!

Hi semua!! Petang-2 macam ni mesti ada yang rasa lapar tiba-tiba tapi malas nk keluar beli makanan kan? Lagi-lagi pelaja...
20/11/2019

Hi semua!! Petang-2 macam ni mesti ada yang rasa lapar tiba-tiba tapi malas nk keluar beli makanan kan? Lagi-lagi pelajar universiti yang sekarang tengah sibuk siapkan assignment memandangkan minggu ni dah start kena submit assignment kan? Mesti malaas nak turun beli makanan and kadang-2 tu sampai tunggu malam baru beli makanan!

Tapi tak elok juga kalau tk makan dari pagi, jadi korang boleh la jamah keropok atau biskut yang ada dekat bilik tu tapi kalau makan popia crunchie waktu petang sambil buat assignment, NIKMAT SUNGGUH!!!

Jadi, memandangkan kita di penghujung tahun, Popia Crunchie telah menawarkan 20% diskaun untuk semua jenis popia!!! Apa tunggu lagi? Rebutkan peluang ni sekarang!! Korang boleh ws ke 018-2984508 untuk sebarang tempahan!! Mana yang takde stok boleh pre-order sekarang. Promosi ni sehingga 31/12/2019 SAHAJA!

Cara-cara membuat popia nestum.Asyik makan popia cheese dan popia cheesy spicy je sampai rasa muak sebab makan benda yan...
09/11/2019

Cara-cara membuat popia nestum.

Asyik makan popia cheese dan popia cheesy spicy je sampai rasa muak sebab makan benda yang ber-cheese. Haaaa, untuk kalini saya akan cakap macam mana nak buat popia nestum. Boleh bagi isi sekeluarga makan lebih-lebih lagi untuk anak-anak kerana kebiasaanya anak-anak yang s**a makan makanan yang manis.

Bahan-bahan:
- 1 paket kulit popia
- 1 1/2 cawan Nestum original
- 1/2 cawan susu tepung ATAU serbuk horlicks
- 1/2 cawan gula kastor
- Tepung gandum untuk lekatkan kulit (bancuh tepung tu dengan sedikit air sebagai gam popia)
- Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuat:
1. Ambil sekeping kulit popia dan gulung menggunakan chopstick/straw (sapukan bancuhan tepung gandum tadi di hujung kulit popia sebagai gam)
2. Gunting kulit popia yang siap digulung tadi (serong)
3. Goreng kulit popia tersebut dengan api yang sederhana sehingga kekuningan
4. Toskan minyak dan ulang langkah ke-3 sehingga kulit popia habis
5. Blend nestum dan horlick sehingga halus secara berasingan.
6. Letakkan nestum dan horlicks yang sudah diblend serta gula kastor ke dalam bekas dan gaulkan.
7. Letakkan kulit popia yang digoreng ke dalam bekas adunan dan gaulkan sehingga adunan tersebut salut kulit popia.
8. Masukkan ke dalam bekas kering dan sedia untuk dinikmati!

Senangkan? Jangan lupa untuk like dan follow page Popia Crunchie di facebook untuk maklumat dan tips lebih lanjut mengenai popia!

Cara-cara membuat Popia Cheesy spicy.Sebelum ni saya ada post cara-cara untuk membuat popia cheese. Haaa untuk harini sa...
09/11/2019

Cara-cara membuat Popia Cheesy spicy.

Sebelum ni saya ada post cara-cara untuk membuat popia cheese. Haaa untuk harini saya akan kongsikan bagaimana nak buat popia cheesy spicy p**a. Cara pembuatannya lebih kurang mcm popia cheese cuma ada tambahan bahan. Jadi, mana yang s**a makan makanan yang pedas, anda semua boleh cuba buat popia cheesy spicy. Pasti tak menyesal!!

Bahan-bahan:
- 1 paket kulit popia (tak kisah jenama apa tapi saya lagi s**a jenama kg sebab tak mudah koyak)
- Serbuk cheeese
- Sedikit gula kastor
- Sedikit serbuk cili
-Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuat:
1. Potong kulit popia supaya ia menjadi bentuk kecil bersegi empat.
2. Panaskan minyak.
3. Goreng kulit popia yang sudah dipotong dengan api sederhana sehingga kekuningan.
4. Angkat dan toskan minyak.
5. Kemudian sambung goreng lebihan kulit popia sehingga habis.
6. Sejukkan seketika dan ambil sebahagian kulit popia yang telah digoreng dan masukkan dalam bekas. Gaulkan bersama serbuk cheese, gula kastor dan serbuk cili.
7. Goncang atau gaul supaya semuanya disaluti dengan serbuk cheese.
8. Simpan dalam balang yang kering dan nikmatinya setiap hari.

Mudahkan? Jangan lupa like dan follow page Popia Crunchie di facebook untuk maklumat lebih lanjut!

Cara-cara Membuat Popia CheeseNak beli popia cheese tapi rasa tak berbaloi sebab adik-beradik ramai? Nak buat sendiri ta...
09/11/2019

Cara-cara Membuat Popia Cheese

Nak beli popia cheese tapi rasa tak berbaloi sebab adik-beradik ramai? Nak buat sendiri tapi tak tahu macam mana?
Haaa meh singgah sini sebab saya nak bagitahu cara-cara buat popia cheese dengan mudah!!

Bahan-bahan:
- 1 paket kulit popia
- Serbuk cheese secukupnya (terp**ang banyak mana nak letak)
- Sedikit gula kastor
- Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuat:
1. Potong kulit popia supaya jadi bentuk kecil bersegi empat.
2. Panaskan minyak.
3. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga kekuningan.
4. Angkat dan toskan minyak.
5. Kemudian sambung goreng lagi hingga habis.
6. Sejukkan seketika dan ambil sebahagian kulit popia tersebut dan masukkan ke dalam bekas. Setelah itu, gaul bersama serbuk cheese dan gula kastor.
7. Goncang atau gaul supaya semuanya bersalut dengan serbuk cheese itu.
8. Simpan dalam balang dan nikmatinya setiap hari.

Like dan follow page Popia Crunchie untuk iinfo yang lebih lanjut!

Salah satu feedback customer yang sudah cuba popia cheese dan lepas ni dia nak repeat order popia nestum p**a!! 😱😱 Apa t...
09/11/2019

Salah satu feedback customer yang sudah cuba popia cheese dan lepas ni dia nak repeat order popia nestum p**a!! 😱😱 Apa tunggu lagi? Cepat ws ke 018-2984508 untuk sebarang tempahan sebab stok dah tak banyak!! Tak beli pasti menyesal!

7 KEBAIKAN CILI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN ANDACili sangat digemari oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Buktinya, cili ...
30/10/2019

7 KEBAIKAN CILI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN ANDA

Cili sangat digemari oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Buktinya, cili adalah antara sayuran yang paling tinggi diimport masuk ke Malaysia. Terdapat 7 kebaikan cili dalam kehidupan seharian kita. Antaranya:

1. Menurunkan Kadar Gula Darah
Pengambilan cili dalam kehidupan seharian boleh memberikan kesan yang sangat positif pada orang-orang yang mempunyai berat badan berlebihan atau mengalami kencing manis. Berdasarkan data yang dikumpulkan, paras gula dalam darah berkurang sehingga 60% selepas makan cili.

2. Meningkatkan Kesihatan Jantung dan Mencegah Strok
Cili memberikan kesan dramatik pada kesihatan anda dengan membantu untuk meningkatkan peredaran darah dan juga bertindak untuk melindungi diri daripada strok

3. Cili Sebagai Bahan Penahan Sakit
Dengan pengambilan cili dalam diet pemakanan, ini akan membuatkan otak kita melepaskan endorfin, iaitu hormon yang bertindak untuk menghilangkan rasa sakit yang dialami oleh tubuh badan. Ianya mengandungi neuropeptide di mana pengambilannya boleh mengurangkan rasa sakit dan keradangan terutamanya kepada pesakit rheumatoid dan arthritis.

4. Bertindak Sebagai Terapi Dan Penenang
Erdorphin yang dikeluarkan oleh otak akan memberikan rasa nikmat apabila dimakan membuatkan kita seolah-olah ketagih untuk makannya lagi walaupun ianya pedas.

5. Bertindak Sebagai Antibodi Semulajadi
Capsaicin juga mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan anti-radang. Cili akan melancarkan peredaran darah dan membawa darah segar ke tempat jangkitan dan darah segar (sel-sel putih dan leukosit dalam darah) tadi akan melawan jangkitan tersebut.

6. Bertindak Sebagai Antioksidan
Cili mempunyai vitamin C dan vitamin A yang mengandungi beta-karoten yang merupakan antioksidan yang kuat. Antioksidan akan memusnahkan bahan radikal bebas. Biasanya, radikal bebas boleh bergerak di dalam badan dan menyebabkan sejumlah besar kerosakan kepada sel-sel dan boleh merosakkan saraf dan saluran darah.

7. Membantu Membakar Lemak
Capsaicin juga sebatian termogenik dan meningkatkan kadar metabolisme yang membantu dalam proses pembakaran lemak. Kajian menunjukkan bahawa dengan pengambilan cili dalam kehidupan boleh meningkatkan kadar metabolisme anda sehingga 23% selama kira-kira 3 jam.

Disebabkan cili mempunyai banyak khasiat, popia cheesy spicy yang disaluti dengan serbuk cheese dan serbuk cili boleh dibuat atau didapati daripada Popia Crunchie.

Jangan lupa like page Popia Crunchie di facebook!

7 SEBAB MENGAPA BIJIRIN OAT SANGAT BAIK UNTUK KESIHATAN.Ramai yang tahu bahawa bijirin oat memberikan banyak khasiat ter...
30/10/2019

7 SEBAB MENGAPA BIJIRIN OAT SANGAT BAIK UNTUK KESIHATAN.

Ramai yang tahu bahawa bijirin oat memberikan banyak khasiat terhadap diri dan tumbesaran kita tetapi tidak ramai yang mengamalkan pemakanan bijirin oat dalam rutin seharian mereka. Justeru, ini adalah 7 sebab mengapa bijirin oat sangat baik diambil dalam pemakanan kita.

1. Sesuai Untuk Sarapan
Ia merupakan makanan terbaik untuk sarapan pagi yang berkhasiat. Tiada yang lebih mengujakan anda setiap pagi melainkan dengan sarapan yang berkhasiat dan menyedapkan. Oat juga mampu mengurangkan paras kolestrol dan tekanan darah tinggi.

2. Rasa Kenyang Yang Lama
Oat juga boleh memberikan perut berasa kenyang dalam masa yang lama. Menurut Panduan Diet Malaysia 2010, separuh daripada pengambilan bijirin penuh harian terdiri daripada bijirin penuh, iaitu 2-4 saiz sajian sehari. Jadi jika anda berasa mengantuk dan hilang tumpuan terhadap sesuatu kerja yang memerlukan berfikir seperti belajar, anda disarankan untuk mengambil oat sebagai makanan yang mampu memberikan anda tenaga dan khasiat yang anda perlukan.

3. Makanan Yang Mengenyangkan Sehingga Tengahari
Oat adalah salah satu makanan yang tinggi kandungan serat, Oleh itu, oat berikan anda jawapan untuk kurus dengan mudah kerana apabila anda makan oat untuk sarapan pagi, anda akan berasa kenyang untuk jangka masa yang panjang.

4. Mempunyai Serat Yang Baik
Ia mengandungi serat yang membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan serta mencegah masalah ketidakselesaan perut seperti sembelit dan buasir.

5. Mempunyai Pelbagai Khasiat
Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai. Sebab itu, rama orang mula mengamalkan cara kurus dengan pengambilan oat.

6. Mengurangkan Kadar Kolestrol
Salah satu komponen penting di dalam oat adalah Beta-Glukan yang mampu mengurangkan kadar kolestrol di dalam badan, Ia terdiri daripada serat yang mudah larut di dalam saluran pemakanan dan menghasilkan lapisan seakan-akan agar-agar yang bertindak mengumpulkan kolestrol berlebihan bersama-sama bahan seakan-akan kolestrol.

7. Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
Oat dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung. Satu kajian saintifik terbaru mendapati kadar kolestrol berkurang dengan pengambilan oat di dalam sajian harian.

Ramai rakyat Malaysia tidak rajin untuk mengamalkan pemakanan bijirin oat dalam sajian harian mereka. Jadi, popia nestum juga boleh memberikan khasiat kepada anda dengan rasa horlicks dan sedikit rasa manis.

Jangan lupa like page Popia Crunchie di facebook untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai popia!

5 KHASIAT KEJU UNTUK KESIHATAN ANDARasa sedap keju ataupun cheese memang tidak dapat disangkal dan sering menjadi penamb...
29/10/2019

5 KHASIAT KEJU UNTUK KESIHATAN ANDA

Rasa sedap keju ataupun cheese memang tidak dapat disangkal dan sering menjadi penambah perisa dalam makanan harian kita. Walaupun ramai menganggap bahawa keju memberikan kesan yang buruk untuk kita semua jika diambil secara berlebihan tetapi tidak ramai orang yang tahu bahawa keju juga memberikan sedikit sebanyak khasiat buat diri kita jika kita ambik dalam kuantiti yang sedikit.

Tahukah anda makanan ini kaya dengan kandungan vitamin A, vitamin B12, vitamin C, kalsium, seng, fosfor, zat besi dan kalium. Terdapat 5 khasiat keju untuk kesihatan anda seperti:

1. Mencegah Kanser
Keju mengandungi bahan yang dipanggil Conjugated
Linoleic Acid yang dapat membantu tubuh anda mencegah kanser. Vitamin B dalam keju juga membantu tubuh kita daripada diserang penyakit.

2. Menguatkan Tulang
Keju adalah sumber terbaik untuk mendapatkan kalsium yang penting untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat serta mencegah osteoporosis. Di samping itu, vitamin B dalam keju juga membantu badan anda menyerap dan menyalurkan kalsium kepada tulang.

3. Mencegah Kerosakan Gigi
Kasein yang terdapat dalam keju membantu melindungi enamel gigi dengan membentuk penapis yang nipis pada permukaan gigi untuk menghalangnya daripada rosak.

4. Mengekalkan Kesihatan Mata
Keju juga mengandungi vitamin A yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan penglihatan yang normal dan mengelakkan rabun.

5. Menambahkan Berat Badan
Keju juga kaya dengan protein, kalsium dan lemak dimana ia merupakan salah satu cara sihat untuk anda menambahkan otot, lemak, berat dan kepadatan tulang.

Nak tahu kasiat keju dengan lebih lanjut?

Jangan lupa like page Popia Crunchie di facebook untuk mengetahui khasiat keju lebih lanjut!

Address

No 72, Jalan Desa 2/9, Bandar Country Homes
Rawang
48000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Popia Crunchie posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share