Boikot Apa Hari Ini

Masih ingat masa Cristiano Ronaldo tolak botol Coca-Cola masa sidang media Euro 2020 dulu?Dia cuma alihkan dua botol Cok...
26/10/2025

Masih ingat masa Cristiano Ronaldo tolak botol Coca-Cola masa sidang media Euro 2020 dulu?

Dia cuma alihkan dua botol Coke, angkat air kosong sambil cakap “Agua!”
Sebab air kosong jauh lebih sihat.
Tetapi kesannya, saham Coca-Cola jatuh sampai 1.6%.
Nilai pasaran hilang hampir $5 bilion.

Hanya sebab satu gerakan kecil daripada seorang manusia, dunia terus bagi reaksi.

Baru-baru ni, Elon Musk juga buat perkara yang sama.
Dia ajak 190 juta pengikutnya cancel Netflix sebab tak setuju dengan satu siri animasi yang ada watak transgender.

Kesannya, saham Netflix jatuh lebih 5%, rugi sekitar $17 bilion nilai pasaran.

Nampak kan?
Bila orang berpengaruh bersuara, pasaran pun boleh goyah.
Tetapi tahu tak siapa yang lagi berkuasa sebenarnya?
Kita semua.
Bila jutaan orang biasa macam kita sepakat bertindak, kesannya boleh jauh lebih besar daripada mana-mana selebriti.

Ambil contoh KEDAI KOPI STRBCK.
Sejak serangan kejam ISRL ke atas GZ bermula Oktober 2023, kempen boikot STRBCK meletup di seluruh dunia; dari Timur Tengah, Turki, Malaysia, sampai ke Eropah.

Walaupun STRBCK tak ada cawangan di ISRL, dah tutup sejak tahun 2003, orang ramai tetap boikot kerana dianggap berpihak kepada ISRL, terutamanya selepas tindakan undang-undang ke atas Workers United dalam posting mereka di media sosial yang terang-terangan menyokong PLSTN, menurut laporan Tasnim News Agency.
STRBCK juga pro-Elgibiti.
STRBCK India pernah hasilkan iklan ketara menyokong komuniti ini pada tahun 2023.
Ditambah dengan anggapan pro-ISRL.
Maka gerakan boikot ke-atasnya berlaku.

Dan hasilnya?
Menurut beberapa laporan media:
Nilai pasarannya jatuh $USD 11 billion (~RM52 bilion), kira-kira 9.4% susut.
Jualan merosot teruk di pasaran utama termasuk Malaysia dan Timur Tengah.
Jualan menjunam 36%, daripada RM747 juta (2024) kepada RM477 juta (2025).
Kerugian di Malaysia sahaja rekod RM292 juta bagi tahun kewangan berakhir Jun 2025.
Ada banyak cawangan tutup, depan mata kita, daripada 408 cawangan (Jun 2024) kepada 320 (Jun 2025),
Penurunan lebih 20% dalam setahun.
Masuk tahun 2025, STRBCK global terpaksa umumkan pelan penstrukturan bernilai USD 1 bilion, termasuk penutupan 100 kedai di Amerika Utara dan pengurangan kira-kira 900 pekerja pejabat.

Mesejnya jelas:
Bukan hanya Ronaldo,
Bukan hanya Elon Musk,
tetapi setiap kita semua juga mampu gegarkan dunia.

Setiap kali kita pilih untuk..
tidak beli,
tidak sokong,
atau tidak diam....
Itu ialah satu bentuk kuasa.

Kuasa yang boleh ubah polisi syarikat,
hentikan pelaburan zalim,
dan tunjuk pada dunia bahawa kemanusiaan lebih penting daripada keuntungan.

Jadi lain kali bila orang kata,
“Alaa… boikot ni tak ke mana pun,”
ingatkan mereka,
kerugian $USD 11bilion dilaporkan itu datang daripada tindakan “kecil” orang biasa macam kita.

MANA ADA BOIKOT KALAU TAK KAWTIM

Boikot Apa Hari Ini | Boikot Apa Hari Ini ?!! | Otak Terlondeh Ke Lutut | Politahik Today | Politahik Apa Hari Ini !? | DeMoCrAcY is DeMoCrAzY | Rantaian Konspirasi Iblis, Dajjal, Demokrasi, Undi - Kluster Ahli Neraka

24/09/2025

Bangsa penjajah genocide amerika menggunakan anjing mereka Is'hell untuk membaham P disupport oleh negara individu bangsa ❌ boycott

31/08/2025

Retorik alam Melayu untuk 24 jam, 365 hari seterusnya yang kosong jihad kecuali segelintir terpilih dibersihkan dari sifat kafir, kufur, fasik, munafik, teguh beral-quran, bertauhid, berakal yang benar.

🧠 Otak Terlondeh Ke Lutut 🦵

Boikot Apa Hari Ini | Boikot Apa Hari Ini ?!! | Proklamasi Perangi Ekonomi Haram | Rantaian Konspirasi Iblis, Dajjal, Demokrasi, Undi - Kluster Ahli Neraka | Politahik Today | Politahik Apa Hari Ini !?

Boikot Apa Hari Ini Boikot Apa Hari Ini ?!! Otak Terlondeh Ke Lutut
27/08/2025

Boikot Apa Hari Ini
Boikot Apa Hari Ini ?!!
Otak Terlondeh Ke Lutut

04/11/2023

Malam ni order berlambak-lambak.. Alhamdulillah rezeki rider dan vendor.

Salam bos..daftar app misi..senang customer nak order..

Owner dan Customer..klik 👇

https://misirakyat.com/palestin?join=bmfstation

BOIKOT XIONIS, PRODUK, KETURUNAN, JENAMA, RANTAIAN, KLUSTER, VIRUS

Boikot Apa Hari Ini ?!!
Boikot Apa Hari Ini ⁉

31/10/2023
16/11/2022
14/08/2022

Boikot Apa Hari Ini ?!!
Tolong boikot artis yang masih di kuda di tunggang di jalan kesesatan iblis syaitan..kalau tak mau..tolong beritahu kebenaran pada anak-anak syurga anda..kerana mereka ada Nabi untuk diletakkan dalam hati, diri mereka yang kasih dan sayangkan mereka lebih dari ibubapa mereka sendiri..tolong

Kes telah berlarutan di MRSM Kuantan Rasmi dari bulan Jun 2022 sehingga ke hari ini. Kami masih tidak nampak penyelesaia...
12/08/2022

Kes telah berlarutan di MRSM Kuantan Rasmi dari bulan Jun 2022 sehingga ke hari ini. Kami masih tidak nampak penyelesaian malah kes semakin menjadi-jadi dan bertambah serius yang mana anak kami dan beberapa pelajar lain berterusan menjadi mangsa perbuatan khianat dan gangsterism. Sebagai ibubapa kami tidak boleh berdiam diri. Berikut adalah kronologi kes-kes yang berlaku di MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUANTAN.

17 Jun 2022 (Jumaat)
Uniform sekolah anak saya berwarna biru dijumpai di ampaian telah diconteng bersama-sama sehelai baju batik sekolah pelajar senior di dalam blok asrama puteri yang sama. Anak saya telah membuat aduan kepada pelajar senior Form 5 dan roll call diadakan untuk mencari pelaku tersebut tetapi tidak berjaya.

19 Jun 2022 (Ahad)
Uniform kuning anak saya berwarna kuning dijumpai di ampaian telah digunting di bahagian lengan. Anak saya telah menelefon dan maklumkan berkenaan kes berkenaan dan memberitahu pelajar senior sedang cuba menyiasat sendiri terlebih dahulu untuk mencari pelaku sebelum memaklumkan kepada warden.

20 Jun 2022 (Isnin)
Saya menelefon Ketua Warden untuk follow up kes tersebut malangnya Ketua Warden terkejut dan tidak mengetahui perkara tersebut. Setelah disemak, pelajar senior mengakui mereka cuba menyelesaikan sendiri kes tersebut. (Soalan: Adakah ini prosedur MRSM untuk kes-kes serius seperti ini membiarkan pelajar senior handle sendiri tanpa memaklumkan kepada warden???)

22 Jun 2022 (Rabu)
Saya call Ketua Warden untuk follow kes di atas dan dimaklumkan mereka masih tidak dapat mencari pelaku.

26 Jun 2022 (Ahad) - pagi
Sehelai lagi uniform biru sekolah anak saya telah dijumpai diconteng selepas dia mengangkat baju di ampaian. Perkara sama juga berlaku kepada rakan sebilik anak saya yang mana baju PJ nya telah diconteng.

26 Jun 2022 (Ahad) - petang
Anak saya terjumpa dinding tandas telah diconteng dan terus memaklumkan kepada pelajar senior. Pelajar senior seterusnya memaklumkan kepada warden.

26 Jun 2022 (Ahad) – malam
Anak saya telah dipanggil oleh 5 orang warden dan mereka menekan anak saya dan dipaksa mengaku bahawa semua baju diconteng, digunting dan contengan di dinding tandas dilakukan oleh anak saya. Sedangkan anak saya adalah salah seorang MANGSA dan telah melaporkan semua kejadian kepada senior dengan segera apabila kejadian tersebut berlaku kepadanya. Sebaliknya, pihak maktab mengambil ringan aduan anak saya dan tiada kenyataan bertulis diambil oleh pihak maktab apabila menerima aduan-aduan tersebut. Pihak maktab dan warden buntu tidak dapat mencari pelaku sehingga menekan anak saya sebagai pelaku.

3 Julai 2022 (Ahad) – pagi
Rakan sebilik anak saya terjumpa selipar disusun di hadapan pintu bilik mereka dan pintu tandas telah diconteng. Mereka sebilik telah mengambil gambar dan memaklumkan kepada senior berkenaan perkara tersebut.

14 Julai 2022 (Khamis)
Saya menelefon Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar (TPPP) untuk bertanyakan perkembangan kes-kes tersebut. Sebaliknya TPPP maklumkan anak saya telah dirujuk kepada kaunselor sekolah dan mengalami anxiety dan mempunyai stress level yang sangat tinggi berdasarkan perbualan anak saya bersama-sama kaunselor. TPPP juga menyatakan anak saya perlu dirujuk kepada pakar psikiatri untuk rawatan lanjut. (Soalan: Atas kapasiti dan kepakaran apakah pihak maktab terus declare anak saya ada anxiety dan depression?)

15 Julai 2022 (Jumaat)
Saya telah mengambil anak p**ang ke rumah dan dia telah menceritakan dia dipaksa mengaku oleh warden untuk semua kejadian tersebut.

17 Julai 2022 (Ahad)
Saya telah membawa anak berjumpa pakar psikiatri kanak-kanak untuk kami benar2 memastikan tahap kesihatan mentalnya. Berdasarkan klinikal interview, doktor menyatakan anak saya sihat walafiat dan tiada ciri-ciri anxiety, depression dan stress seperti yang digambarkan oleh TPPP. Doktor juga mencadangkan agar anak saya menjalani ujian-ujian tertentu untuk mengesahkan tahap kesihatan mentalnya. Doktor juga mengambil kenyataan anak saya berdasarkan cerita anak saya atas apa yang terjadi di sekolah. Segala yang diceritakan oleh anak saya kepada doktor adalah konsisten sama seperti yang diceritakan kepada kami.

19 Julai 2022 (Selasa)
Anak saya telah menjalani semua ujian-ujian yang dicadangkan oleh pakar psikologi kanak-kanak dan keputusannya ialah anak saya PERFECTLY FINE, SIHAT WALAFIAT!!! Berdasarkan keputusan tersebut, kami, suami isteri mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pihak Pengetua, Pengurusan maktab dan warden untuk mendapat penjelasan dan mengetahui perkembangan kes-kes conteng baju dan gunting baju anak kami.

22 Julai 2022 (Jumaat) - petang
Kami telah berjumpa dengan Tuan Pengetua, Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar, Ketua Warden, Kaunselor dan seorang lagi warden. Daripada perjumpaan tersebut, Pengetua mengakui memang ada kesilapan dari pihak maktab dalam menjalankan sisasatan berhubung kes-kes tersebut sehingga anak kami dipersalahkan sedangkan anak kami adalah MANGSA. Kenyataan daripada Pengetua, TPPP, warden dan Kaunselor juga tidak konsisten.

22 Julai 2022 – malam
Kami telah membuat laporan polis terhadap pihak maktab keatas kes-kes yang berlaku melibatkan anak kami setelah tidak mendapat jalan penyelesaian semasa pertemuan dengan pihak pengurusan maktab. Kami juga telah failkan aduan di dalam SISPAA di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

25 Julai 2022 (Isnin)
Kami telah memfailkan aduan di SISPAA di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar memandangkan MARA adalah di bawah KPLB.

5 Ogos 2022 (Jumaat)
Kami menerima maklumbalas dari pihak MARA dan ianya sangat mengecewakan kerana siasatan BERAT SEBELAH hanya kepada warden maktab. Anak saya tidak dipanggil untuk memberi keterangan. Maklum balas MARA juga berbeza dengan kenyataan Pengetua yang mana MARA menyatakan pihak maktab telah mengikut prosedur yang betul tetapi Pengetua mengakui kesilapan dipihak maktab ketika siasatan dijalankan.

7 Ogos 2022 (Ahad) - Pagi
5 helai t-shirt aktiviti maktab berwarna biru telah dijumpai oleh pelajar seniors di ampaian telah digunting melibatkan 4 orang pelajar termasuk baju anak kami. Pihak warden telah mengambil kenyataan bertulis daripada pelajar-pelajar terlibat.

8 Ogos 2022 (Isnin) - Pagi
5 helai uniforms sekolah berwarna kuning telah digunting membabitkan anak kami dan 4 orang rakan sebiliknya termasuk sehelai tudung sekolah berwarna putih kepunyaan anak kami yang telah digunting. Sekali lagi pelajar-pelajar terbabit telah dipanggil memberi kenyataan bertulis kepada warden berhubung kejadian tersebut. Anak saya menelefon dan maklumkan kejadian tersebut. Saya telah maklumkan kepada IO yang mengambil report kami berhubung 2 kejadian tersebut. Pihak polis telah datang ke maktab dan menemubual warden serta anak saya dan rakan sebiliknya. Pihak polis juga mengarahkan pihak maktab membawa anak saya ke balai untuk diambil keterangan berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh kami pada 22 Julai 2022 yang lalu. Bayangkan anak kami yang belum pun sampai usia 14tahun terpaksa memberi keterangan di balai selama 2jam setengah. Ni semua disebabkan tindakan pihak maktab yang lembab dan sambil lewa sehingga kami terpaksa membuat laporan polis. Kami telah mengambil anak kami p**ang ke rumah untuk direhatkan pada hari yang sama. Pada sebelah malam, kami dimaklumkan oleh salah seorang parent Form3, anaknya telah terjumpa nota berbaur ugutan di dalam biliknya di asrama. Bilik anaknya itu berhadapan dengan bilik anak kami. Nota-nota tersebut ada ditujukan kepada anak kami, El. Kami terus maklumkan kepada Ketua Warden, Pengetua, TPPP, Exco-exco Muafakat dan IO yang mengendalikan kes anak kami. IO nasihatkan untuk pihak sekolah membuat laporan polis.

11 Ogos 2022 (Khamis)
Kami menghantar anak kami p**ang semula ke maktab untuk menghadiri kelas seperti biasa.

12 Ogos 2022 (Jumaat)
Anak kami menelefon pada jam lebih kurang 6.50 pagi dan memaklumkan rambut dia dan 2 orang rakan biliknya telah digunting pendek ketika mereka tidur malam tadi. Anak kami dan pelajar terlibat terus memaklumkan kepada senior dan senior seterusnya maklumkan kepada warden. Dalam masa yang sama, kami maklumkan kepada IO yang mengendalikan kes kami. Seperti kes terdahulu, IO menasihatkan agar pihak maktab membuat laporan polis di balai.

Sehingga saat ini, kami masih menunggu update dari pihak maktab dan pihak polis.

Pihak MRSMKu begitu lembab dalam mengambil tindakan dan menyiasat perkara ini. Sikap acuh tak acuh pihak Pengurusan MRSMKu tidak boleh diterima sama sekali!

Kes-kes masih berulang dan sehingga hari ini telah melibatkan body contact. Adakah pihak MRSMKu nak tunggu sehingga ada kehilangan nyawa baru nak bertindak?!

PIhak MARA juga lambat dalam memberikan response dan lambat bertindak walaupun aduan telah dibuat! Pengetua, TPPP, YDP Muafakat, NYDP Muafakat dan sebahagian EXCO Muafakat MRSM Kuantan lambat bertindak dan mengambil sambal lewa kes-kes yang berlaku di dalam maktab ini. Mungkin kesemua mereka menunggu sehingga ada kematian baru nak bertindak!

Kami menuntut pihak MRSM Kuantan mencari pelaku tersebut SEGERA dan mengenakan tindakan keras ke atasnya. Kami juga mahu perkara ini diselesaikan dengan SEGERA memandangkan ia telah melibatkan body contact dan ianya bukan lagi kes gangsterism atau perbuatan khianat tetapi kes JENAYAH yang semakin menjadi-jadi di dalam MRSM Kuantan. Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika pihak maktab dan MARA masih lambat bertindak.

Sekian, terima kasih.

Khairul Hamzah























Boikot Apa Hari Ini ?!! ⁉

Cukup Sebagai PelajaranFoto sebelah kanan adalah "Joseph Estes" berasal dari Amerika.Dia seorang pendeta fanatik Kristen...
18/07/2022

Cukup Sebagai Pelajaran

Foto sebelah kanan adalah "Joseph Estes" berasal dari Amerika.

Dia seorang pendeta fanatik Kristen yg anti Islam dan mengolok² umat Islam,

Menganggap bahawa umat Islam "menyembah kotak hitam di padang pasir".

Foto yang sebelah kiri adalah Abdullah Al-Qasimi berasal dari Negeri Al-Haramain (Saudi Arabia).

Dia memulai kariernya sebagai seorang Da'i (yang hebat).

Dia menulis sebuah buku yg berjudul As-Shiraa' bainal Islam wal Watsaniyyah (Perseteruan antara Islam & Paganisme).
Buku ini mendapat respon yg sangat bagus.
Di kalangan Ahlul Ilmi sampai² ketika itu ada salah seorang Imam Masjidil Haram yg memujinya dengan sebuah qasidah (syair).

Bahkan Syeikh Shaleh Al-Munajjid hafidzahullaahu menyebutkan bahawa ada di antara ulama yg berkata:
"Al-Qasimi telah membayar mahar Syurga dengan buku ini".

Namun, tiba-tiba Abdullah Al-Qasimi berbalik 180 derajat. Setelah terpikat pada seorang gadis di Beirut. Dan jadilah ia membela ide orang-orang ateis yg menyesatkan dan ia pun menulis buku yg berjudul "Yakdzibuuna likai yaroullaahaa jamillaan" (Mereka berdusta untuk melihat Allah yang Maha indah)
Dan buku "Haadzihi hiyal aglaal" (Inilah belenggu).

Kemudian ia pun menyampaikan secara terang-terangan bahawa ia adalah seorang ateis dan mengingkari adanya ALLAH, lalu ia pun binasa pada tahun 1996.

Dalam tempoh yg sama, Joseph Estes dan anggota keluarganya memeluk Islam di tangan seorang Muslim Mesir kenalannya.

Joseph Estes memutuskan untuk menjadi seorang Da'i yg mendakwahkan Islam di Amerika setelah dia mengubah namanya menjadi Yusuf Estes. Ratusan orang memeluk Islam melalui dakwahnya. Maha Suci Allah Yang Maha membolak-balikan hati.

"Awal bukanlah segalanya, yg menjadi penentu adalah akhir dari amalan kita".

Semoga ALLAH mengurniakan ISTIQOMAH dan HUSNUL KHOTIMAH untuk kita semua.
Aamiin Yaa Robbal Alamiin....

Boikot Apa Hari Ini ⁉

ABE MITHALIShinzō Abe berjaya mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Liberal Democratic Party (LDP) di Dewan Perwakilan (Hou...
08/07/2022

ABE MITHALI

Shinzō Abe berjaya mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Liberal Democratic Party (LDP) di Dewan Perwakilan (House of Representative) Jepun.

Ini bermakna Abe diberi mandat 4 tahun lagi untuk menerajui kerajaan Jepun.

Jika tiada aral lintang, Abe bakal menjadi PM Jepun yang paling lama berkuasa (2012-2021) dengan memerintah selama 3,192 hari, mengatasi tempoh pemerintahan Eisaku Satō (1964-1972) iaitu 2,798 hari dan Shigeru Yoshida (1946-47; 1948-1954) yang memerintah selama 2,616 hari.

Tindakan Abe membubar parlimen dan memanggil pilihanraya kali ini sebenarnya bersifat "gamble". Sejak Julai 2017, kedudukan Abe dalam bahaya.

Beliau dipersalahkan atas kekalahan LDP dalam pilihanraya tempatan Tokyo di tangan Yuriko Koike. Kadar "approval rating" terhadap Abe menjunam ke 29%.

Sejarah 2007 bakal berulang, di mana Abe yang pertama kali menjawat PM masa itu terpaksa meletak jawatan akibat kekalahan LDP dalam pilihanraya dewan House of Councillors yang menyebabkan "approval rating" Abe menjunam ke 29%.

Abe yang berumur 52 tahun ketika itu merupakan PM termuda dalam sejarah Jepun. Abe ketika itu terlalu muda dan mentah. Abe tak mampu bertahan dengan desakan dalaman parti dan beliau memilih untuk melepaskan jawatan kepada Yasuo Fukuda dan Tarō Asō yang telah lama mengintai jawatan Abe.

Seperti yang dikatakan oleh Machiavelli, kejayaan politik bergantung pada "fortuna" (fortune / chance) dan "virtù" (skill). 6 tahun selepas Abe membawa diri jauh daripada teras kuasa LDP, LDP berada dalam keadaan lemah. Politik Jepun dalam tenat, dalam masa 6 tahun tiada seorang PM pun mampu kekal lebih daripada setahun.

Abe mengubah imejnya yang lemah lembut dan kembali sebagai "strongman" yang boleh "make Japan great again" melalui "Abenomics". Akhirnya beliau diberi peluang kedua sebagai PM pada Disember 2012.

Dan untuk kali ini, Abe juga berjaya "seize the moment" dan "turn disadvantage into advantage" dengan mencabar balik Yuriko. Kini Abe berjaya mencatat rekod kemenangan, maka senyaplah semua musuh-musuh Abe dalam LDP. Tiada lagi alasan untuk menggulingkan presiden.

Sebenarnya Abe nak jadi PM lama-lama bukan sebab gila kuasa semata-mata.

Abe adalah seorang anak mithali, beliau menjadi PM sebenarnya adalah untuk menunaikan hasrat ayahnya, Shintaro Abe.

Shintaro Abe merupakan salah seorang ahli LDP yang terkemuka semasa 1980-an, namun Shintaro tak berjaya menjadi PM kerana ditewaskan oleh rakan seperjuangannya, Noboru Takesh*ta dalam pemilihan presiden LDP tahun 1987.

Ketika itu, Shinzō Abe merupakan pembantu kepada ayahnya. Beliau menangis kuat setelah mengetahui keputusan tersebut dan menganggap Takesh*ta telah mengkhianati ayahnya.

Hari ini, salah seorang pencabar Abe ialah Nukaga Fukushiro, anak murid kepada Takesh*ta. Jadi secara simboliknya, Abe sedang membalas dendam bagi pihak ayahnya.

Abe umpama daimyō (warlord) di zaman Sengoku yang berusaha mempertahankan hak dan kehormatan keluarganya.

Selain itu, Abe juga merupakan seorang cucu mithali. Abe dijangka akan memanfaatkan 4 tahun yang akan datang untuk terus mendesak agenda pemindaan Perlembagaan Jepun yang melarang Jepun untuk memiliki tentera sendiri.

Abe ingin menunaikan hasrat atuknya, Nobusuke Kishi (岸信介) yang ingin melihat Jepun kembali menjadi sebuah negara yang mampu mempertahankan diri.

Perlembagaan Jepun tahun 1947 yang diperkenalkan selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua (WW2) menyatakan dalam Perkara 9 bahawa "the Japanese people forever renounce war as a sovereign right of the nation" (日本国民は「国権の発動たる戦争・・・永久にこれを放棄する」).

Itu sebabnya Jepun tidak memiliki tentera atau "gun" (軍), yang ada hanya Self-Defense Forces (SDF) atau "Jieitai" (自衛隊).

Tujuan Perkara 9 diperkenalkan adalah agar Amerika memikul tanggungjawab pertahanan Jepun, sementara itu Jepun hanya perlu berfokus kepada soal pembangunan untuk memajukan ekonomi Jepun yang hancur akibat perang. Dasar ini di disokong oleh PM ketika itu, Shigeru Yoshida dan dikenali sebagai Doktrin Yoshida.

Kishi mencabar Doktrin Yoshida. Semasa Kishi menjadi PM (1957-1960), Kishi menandatangani perjanjian Treaty of Mutual Cooperation and Security atau "Anpo" (安保) dengan Amerika Syarikat.

Disebabkan perjanjian pakatan ketenteraan merupakan satu "mutual defense commitment", jadi pemeteraian perjanjian ini sebenarnya adalah langkah pertama agar Jepun kembali memiliki tentera (rearm). Dasar Kishi ini sangat kontroversial dan Kishi meletak jawatan akibat bantahan orang ramai terhadap Anpo.

Ideologi Kishi diwarisi oleh ahli LDP yang melihat diri sebagai "Kishi-ha" (岸派), seperti Takeo Fukuda, Shintaro Abe (menantu Kishi), Junichiro Koizumi dan Shinzō Abe sendiri.

Koizumi mengguna anti-terrorism sebagai alasan untuk menghantar SDF ke Iraq dan Afghanistan, di luar lingkungan kawasan wilayah Jepun. Abe p**a mengguna ancaman China sebagai alasan.

Tahun 2007, hanya 67% rakyat Jepun saja yang berpandangan negatif terhadap China; pada tahun 2013, peratus tersebut meningkat kepada 93%.

Dan tentunya China sangsi dengan niat Abe. China mendakwa bahawa Abe cuba menghidupkan kembali militarisme Jepun semasa zaman WW2, dengan mengungkit fakta bahawa atuk kepada Abe iaitu Kishi adalah seorang "class A war criminal".

Dengan majoriti 2/3 yang ada, Abe mampu mencapai cita-citanya. Cuma, Abe bakal menghadapi tentangan daripada sebahagian besar rakyat yang mempertahankan Perkara 9.

Adakah "fortuna" akan menyebelahi Abe kali ini agar beliau tidak mengulangi nasib Kishi? Dan apakah "virtù" yang Abe ada untuk mengubah persepsi rakyat?

Dalam 4 tahun yang akan datang, Abe bakal menjadi "game changer" di Asia Timur.

gambar kiri: Abe menziarahi kubur Kishi.

gambar kanan: Kishi menandatangani Anpo, disaksikan oleh Presiden Amerika, Dwight Eisenhower.

Kredit : Ayman Rashdan Wong

Address

Rawang
48000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Boikot Apa Hari Ini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share