Sandakan Viral Kini

Sandakan Viral Kini Local social media platform for news, stories & advertising based in Sandakan, Sabah. We promote local highlights, viral content & business ads.
(1)

DM us to collaborate or advertise!

๐Ÿ”ฅ ROCKTIMATUM FEST 2026 ๐Ÿ”ฅSandakan, are you ready?!SEARCH | SIL KHANNAZ | THE TIMES | TEBABO | TUNI SUNDATANG | RENEWAR |...
12/06/2026

๐Ÿ”ฅ ROCKTIMATUM FEST 2026 ๐Ÿ”ฅ

Sandakan, are you ready?!

SEARCH | SIL KHANNAZ | THE TIMES | TEBABO | TUNI SUNDATANG | RENEWAR | THE ATLUS

๐Ÿ“ Dewan Tiong Hua Sandakan
๐Ÿ“… 3 Oktober 2026

๐ŸŽŸ๏ธ Early Bird RM68 sehingga 30 Jun 2026!

Presale RM88
Door RM108

Scan QR Code pada poster untuk pembelian tiket.

Ticket admin : +60146609262

This is ROCKTIMATUM! ๐Ÿค˜๐Ÿ”ฅ

KAAMATAN๐Ÿš—๐ŸŒพ Perjalanan yang bermakna, sambutan yang lebih meriah!Sempena Pesta Kaamatan, Maxim telah membawakan perjalana...
09/06/2026

KAAMATAN

๐Ÿš—๐ŸŒพ Perjalanan yang bermakna, sambutan yang lebih meriah!

Sempena Pesta Kaamatan, Maxim telah membawakan perjalanan percuma dan poskad edisi terhad hasil karya artis tempatan sebagai penghargaan kepada budaya dan warisan Sabah.

๐ŸŽจ Mengetengahkan bakat kreatif artis Sabah

๐Ÿš— Memudahkan perjalanan ke lokasi sambutan Kaamatan

๐Ÿ’Œ Menghubungkan komuniti melalui seni, budaya dan semangat perayaan

Menurut Pengarah Maxim E-hailing Malaysia, Mohd Hazwan Musley, "Kaamatan merupakan sambutan yang berakar kuat dalam identiti dan semangat komuniti Sabah. Melalui kempen ini, kami berharap dapat meraikan perayaan ini bersama masyarakat Sabah sambil menyokong dan mengiktiraf bakat seni tempatan."

โค๏ธ Terima kasih kepada semua yang telah menjadi sebahagian daripada kempen ini. Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan!

Macam lama sudah Sandakan tidak disinggahi Search Kiddin kan? ๐Ÿ˜ฌBulan Oktober ini, kalau betul Search Kiddin kembali meng...
04/06/2026

Macam lama sudah Sandakan tidak disinggahi Search Kiddin kan? ๐Ÿ˜ฌ

Bulan Oktober ini, kalau betul Search Kiddin kembali menggegarkan Sandakan, masih ramai lagi ka geng-geng lama dan peminat rock Sandakan yang akan turun support?

Kalau Search Kiddin naik pentas nanti, lagu apa paling wajib dorang bawa?

02/06/2026

๐Ÿ—๐Ÿ”ฅ CRAVING AYAM GORENG KOREAN STYLE? ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ—

Singgah ke FyreUp Chicken dan nikmati ayam goreng Korean style yang rangup di luar, juicy di dalam serta penuh dengan pilihan rasa yang pasti memikat selera!

โœ… Freshly Fried Everyday
โœ… Lebih Banyak Pilihan Rasa
โœ… Sesuai Untuk Seisi Keluarga & Rakan-Rakan

๐Ÿ“ Lokasi:
Bandar Kim Fung Batu 4,
Block B Lot 1, Ground Floor,
Sandakan, Sabah

๐Ÿ•’ Waktu Operasi:
Isnin โ€“ Jumaat: 10:30 AM โ€“ 8:00 PM
Sabtu: 10:30 AM โ€“ 9:00 PM
Ahad: 10:30 AM โ€“ 8:00 PM

๐Ÿ”ฅ FyreUp Chicken โ€“ More Taste, More Choice!

Jom datang dan rasai sendiri keenakan ayam goreng Korean style yang sedang menjadi pilihan ramai di Sandakan!

PPM Sandakan Bersatu Buat Laporan Polis, Bantah Hantaran Didakwa Cemar Nama TYT SabahSANDAKAN: Empat Pemimpin Pembanguna...
30/05/2026

PPM Sandakan Bersatu Buat Laporan Polis, Bantah Hantaran Didakwa Cemar Nama TYT Sabah

SANDAKAN: Empat Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) kawasan Sandakan hari ini tampil membuat laporan polis berhubung satu hantaran di media sosial yang didakwa mengandungi unsur fitnah, hasutan serta kenyataan berniat jahat terhadap Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman.

Menurut mereka, hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Facebook dikenali sebagai "Aqubahni Acp" pada 28 Mei lalu sekitar jam 9 pagi itu dipercayai mengandungi kandungan berbentuk provokasi yang boleh mengelirukan masyarakat serta mencetuskan persepsi negatif terhadap institusi Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Mereka mendakwa hantaran tersebut turut memaparkan beberapa gambar TYT Sabah berserta kenyataan yang berpotensi menjejaskan imej, maruah dan reputasi beliau sebagai Ketua Negeri Sabah.

Selain itu, hantaran berkenaan juga dikatakan mengungkit pelbagai isu dan dakwaan lama yang telah melalui proses perundangan, dengan tujuan dipercayai untuk membangkitkan sentimen kebencian, mencetuskan salah faham dalam kalangan rakyat serta menghasut masyarakat terhadap institusi negeri.

PPM terbabit menyifatkan tindakan sedemikian sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh memberi kesan negatif terhadap keharmonian masyarakat sekiranya penyebaran maklumat yang tidak sahih dibiarkan berleluasa di media sosial.

Menurut mereka, kebebasan bersuara tidak seharusnya disalahgunakan untuk menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan reputasi individu atau institusi yang dihormati oleh rakyat Sabah.

Sehubungan itu, laporan polis dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh serta mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Dalam masa sama, tujuh Pemimpin Pembangunan Masyarakat Sandakan turut menyeru orang ramai agar menggunakan media sosial secara berhemah, tidak mudah mempercayai atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, serta sentiasa menghormati institusi Yang di-Pertua Negeri Sabah demi mengekalkan keamanan, perpaduan dan kestabilan negeri.

Mereka turut menegaskan bahawa sebarang perbezaan pandangan hendaklah disuarakan secara matang dan bertanggungjawab tanpa melibatkan penyebaran fitnah, hasutan atau kandungan yang boleh menggugat keharmonian masyarakat.

LEBIH 10 JAM TERPUTUS, ADUN TURUN PANTAU PEMULIHAN KABEL TERBAKAR DI CECILYSANDAKAN - Ahli Dewan Undangan Negeri Karamun...
29/05/2026

LEBIH 10 JAM TERPUTUS, ADUN TURUN PANTAU PEMULIHAN KABEL TERBAKAR DI CECILY

SANDAKAN - Ahli Dewan Undangan Negeri Karamunting, Alex Wong telah turun padang bagi memantau kerja-kerja penyambungan semula kabel elektrik di Jalan Cecily yang terbakar sehingga menyebabkan gangguan bekalan elektrik lebih 10 jam kepada penduduk sekitar.

Beliau berkata, sebaik menerima aduan pada pagi 28 Mei, beliau terus menghubungi pihak Sabah Electricity (SESB) tanpa melengahkan masa bagi memastikan tindakan segera dapat diambil.

Menurut beliau, kerja-kerja pembaikan telah dimulakan pada malam hari yang sama dengan menggunakan kabel baharu yang lebih selamat bagi mempercepatkan proses pemulihan bekalan elektrik kepada penduduk terjejas.

โ€œSebaik menerima aduan, saya terus menghubungi pihak SESB untuk tindakan segera. Alhamdulillah, dalam tempoh kurang daripada sehari, bekalan elektrik berjaya dipulihkan seperti biasa selepas gangguan lebih 10 jam,โ€ katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa beberapa cadangan penambahbaikan akan dikemukakan termasuk pemasangan tiang elektrik baharu bagi memastikan laluan kabel lebih selamat pada masa hadapan, selain kerja-kerja pemangkasan pokok yang berisiko mengganggu sistem bekalan.

โ€œIni adalah komitmen berterusan saya di DUN Karamunting untuk memastikan setiap permasalahan rakyat dapat ditangani dengan segera demi keselesaan dan keselamatan bersama,โ€ tambah beliau.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa fokusnya bukan hanya tertumpu kepada isu bekalan elektrik semata-mata, tetapi merangkumi pelbagai permasalahan rakyat di DUN Karamunting yang akan terus diberi perhatian secara berterusan demi kesejahteraan dan kebajikan seluruh penduduk.

29/05/2026

๐ŸŒŠ ORANG SANDAKAN, SUDAH READY KA MAU TRY WATER EXPERIENCE PALING SYOK NI?! ๐Ÿ˜๐Ÿ”ฅ

Jom lepak, chill sama family & kawan-kawan di HR Aquasports Kompleks Sukan Sandakan ๐Ÿšฃโ€โ™‚๏ธ๐ŸŒด
Macam-macam aktiviti air kamu boleh try! Dari santai kayuh sampai adventure atas air ๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จโœจ

๐Ÿ’ฆ Kayak
๐Ÿ’ฆ Paddle Boat
๐Ÿ’ฆ Water Tricycle
๐Ÿ’ฆ Single Water Bike
๐Ÿ’ฆ Double Water Bike

Semua memang ngam untuk:
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘ง Family time
๐Ÿ‘ซ Couple healing
๐Ÿ˜Ž Lepak hujung minggu
๐Ÿ“ธ OOTD & content padu

๐Ÿฆบ Jaket keselamatan disediakan
๐ŸŒฟ Suasana nyaman & relaxing
๐Ÿ”ฅ Memang ngam untuk semua umur!

Kalau bosan asyik jalan mallโ€ฆ nah ini dia port baru untuk enjoy alam sambil bikin memori ๐Ÿ˜

๐Ÿ“ HR Aquasports โ€” Kompleks Sukan Sandakan
โ€œRelax โ€ข Explore โ€ข Enjoyโ€ ๐ŸŒŠโœจ

28/05/2026

Sekolah Diceroboh, Van Jenazah Hampir Jadi Sasaran

SANDAKAN: Seorang lelaki dipercayai menceroboh sebuah sekolah di kawasan Bandar Labuk Jaya, di sini, dalam kejadian baru-baru ini.

Suspek dilaporkan cuba memasuki bilik guru di sekolah berkenaan, namun gagal selepas hanya sempat memecahkan tombol pintu tanpa berjaya masuk ke dalam bilik tersebut.

Selepas itu, suspek turut mengambil kunci sebuah van jenazah yang diparkir di hadapan premis terbabit sebelum cuba menghidupkan kenderaan tersebut.

Bagaimanapun, percubaan tersebut juga gagal.

Dalam pada itu, pemilik premis meluahkan rasa kesal terhadap kejadian berkenaan.

โ€œDisuruh sekolah, mencuri p**a di sekolah. Van jenazah dalam tu pun dia mahu bongkar, tiada apa-apa pun di dalam tu, kesian. Kenapa tidak bawa lari sekali kerandanya?โ€ katanya.

Kejadian berkenaan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pihak berkaitan susulan tindakan suspek yang dianggap berani dan tidak bertanggungjawab.

28/05/2026

๐ŸŒพ Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan! โœจ

Jangan lupa singgah dan join Promosi Kaamatan Spin & Win Celcomdigi Sandakan ๐ŸŽ๐Ÿ”ฅ

Pelbagai hadiah menarik menanti anda ๐Ÿ˜Ž
Mari datang ramai-ramai!

๐ŸŽ‰ ๐’๐Ž๐…๐“ ๐Ž๐๐„๐๐ˆ๐๐† ๐‹๐„๐„๐˜๐€ ๐†๐Ž ๐‚๐€๐‘๐๐„๐“ ๐’๐๐€ ๐ŸŽ‰Alhamdulillah , akhirnya tiba juga hari yang ditunggu-tunggu ! ๐ŸคฉLeeya Go Carpet Spa ...
26/05/2026

๐ŸŽ‰ ๐’๐Ž๐…๐“ ๐Ž๐๐„๐๐ˆ๐๐† ๐‹๐„๐„๐˜๐€ ๐†๐Ž ๐‚๐€๐‘๐๐„๐“ ๐’๐๐€ ๐ŸŽ‰

Alhamdulillah , akhirnya tiba juga hari yang ditunggu-tunggu ! ๐Ÿคฉ
Leeya Go Carpet Spa kini rasmi dibuka untuk anda semua di Bandar Letat Jaya, Sandakan ๐Ÿงผโœจ

Karpet bau hapak? Banyak habuk? Kesan kotoran degil?
Biar team kami bantu bersihkan dengan teknik deep cleaning & carpet shampoo yang lebih puas hati ๐Ÿ’ฏ

๐ŸŽ PROMO PEMBUKAAN ๐ŸŽ
๐Ÿ’™ Pelanggan baru โ€“ Voucher 20%
๐Ÿ’™ Pelanggan sedia ada โ€“ Voucher 30%
๐Ÿ’™ FREE cucian sejadah
๐Ÿ’™ FREE baby stroller & carseat

๐Ÿ“ Tingkat Bawah Lot 6, Blok P, Bandar Letat Jaya
๐Ÿ“†Tarikh Pembukaan : 01 JUN 2026
๐Ÿ•˜ Masa beroperasi : 9 pagi โ€“ 6 petang

Terima kasih atas sokongan semua ๐Ÿซถ
Jom ramai-ramai support local business Sandakan ๐Ÿ™

โœจ ๐Š๐š๐ซ๐ฉ๐ž๐ญ ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ก, ๐ซ๐ฎ๐ฆ๐š๐ก ๐ฉ๐ฎ๐ง ๐ซ๐š๐ฌ๐š ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐š๐ง โœจ

๐Ÿ“Leeya Go Carpet Spa ( google map )
https://maps.app.goo.gl/3Z2kAk6s14Ha5jkc8?g_st=ic

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi :
๐Ÿ“ฒ www.wasap.my/60143722774
๐Ÿ“ฒ www.wasap.my/0168668433

Address

Sandakan
90000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sandakan Viral Kini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sandakan Viral Kini:

Share