Nation Times

Nation Times Media lokal, liputan spesifik & berpengaruh |

NATION TIMES RESOURCES
NO. PENDAFTARAN: 202303210075 (003522679-V)

Jalan Mendap Simpang Sukau, laluan alternatif dibuka.
26/05/2026

Jalan Mendap Simpang Sukau, laluan alternatif dibuka.

27/04/2026

"Sayu hati lihat keluarga mangsa kebakaran"

SANDAKAN - PENGERUSI Khidmat Malaysia, Datuk Ahmad Marzuk Shaary meluahkan rasa sebak dan sayu apabila melihat sendiri keadaan keluarga mangsa kebakaran besar di Kampung Bahagia. Batu Sapi di sini masih berteduh di lapan buah pusat penempatan sementara (PPS).

Menurut beliau, suasana di PPS dan kawasan kebakaran amat menyayat hati apabila ramai mangsa, termasquk warga emas, wanita serta kanak-kanak masih bergelut meneruskan kehidupan dalam serba kekurangan selepas kehilangan rumah dan harta benda dalam sekelip mata.

“Sayu hati melihat keluarga mangsa kebakaran ni.

"Ada yang masih termenung mengenangkan rumah yang musnah, ada anak-anak kecil yang masih keliru dengan apa yang berlaku dan ramai yang masih mengharapkan bantuan untuk meneruskan hidup.

“Mangsa-mangsa di sini masih lagi memerlukan sokongan berterusan daripada semua pihak.

"Bantuan yang kami bawa hari ini bukanlah penamat, malah akan disusuli dengan siri bantuan yang akan datang,” katanya ketika melawat serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran di PPS, semalam.

Beliau berkata, tragedi yang menimpa penduduk Kampung Bahagia bukan sahaja memusnahkan tempat tinggal, malah meninggalkan kesan emosi mendalam kepada keluarga yang terjejas.

Dalam misi kemanusiaan itu, Khidmat Malaysia berkolaborasi bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) bagi meringankan beban mangsa kebakaran.

Antara yang hadir adalah Sahar Abdul Majid, Mohd Johari Ismail dan Norsah Bongsu.

Turut bersama dalam program itu adalah Nisa Sabah, Sabah Relief, Untukmu Sandakan, Batu Sapi Prihatin dan Sandakan Prihatin.

Program siri kedua itu memberi manfaat kepada lebih 385 ketua isi rumah yang ditempatkan di PPS.

Sementara itu, mangsa kebakaran turut menzahirkan rasa syukur serta merakamkan penghargaan atas keprihatinan Khidmat Malaysia dan NGO yang sejak hari pertama tragedi terus hadir menghulurkan bantuan.

Pada 19 April lalu, kebakaran besar melanda Kampung Bahagia membabitkan kira-kira 1,200 kediaman musnah, sekali gus menyebabkan lebih 9,000 penduduk hilang tempat berlindung.

Nation Times

21/04/2026

SELAMAT DATANG
PMX

Antara hikmah buat mangsa kebakaran Kg Bahagia, Batu Sapi.

20/04/2026

- KERAJAAN Negeri Sabah beri bantuan RM2,000 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR) membabitkan jumlah mangsa keseluruhan 9,007 orang tanpa mengira status kerakyatan mereka sebagai bukti keprihatinan kerajaan.

Nation Times

19/04/2026



EMPAT Pusat Penempatan Sementara dibuka di PPR Batu Sapi, SMK Batu Sapi, SK Bahagia & SK Gas bagi menampung lebih 5,000 mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan.

Kejadian kebakaran yang memusnahkan lebih 1,000 rumah awal pagi Ahad itu merupakan tragedi terburuk sejak penempatan itu dibuka. - Nation Times

07/03/2026

“Tiada toleransi tindakan ganas penjual rokok haram” - Walter Kenson

SANDAKAN - Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) mengecam sekeras-kerasnya tindakan ganas sekumpulan penjual rokok haram yang bertindak menyerang penguatkuasa dalam satu operasi penguatkuasaan di Batu 8, Sibuga Jaya, kelmarin.

Presiden MPS, Walter Kenson menegaskan tindakan sedemikian sama sekali tidak boleh diterima kerana bukan sahaja melanggar undang-undang, malah mengancam keselamatan pegawai penguatkuasa yang sedang menjalankan tugas untuk melindungi kepentingan masyarakat.

“Tindakan ini tidak dapat diterima dan tidak akan kita toleransi.

"Penguatkuasa kami hanya menjalankan tugas bagi memastikan undang-undang dipatuhi serta menjaga kesejahteraan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, MPS memandang serius kejadian tersebut dan amat prihatin terhadap keselamatan semua anggota penguatkuasa yang terlibat dalam operasi membanteras kegiatan penjualan rokok haram di daerah ini.

Beliau turut menyatakan sokongan penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sedang menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut, selain memberi jaminan bahawa pihak MPS akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

Dalam masa sama, Walter mengingatkan masyarakat mengenai aktiviti menjual rokok haram merupakan satu kesalahan yang menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan tegas.

Justeru katanya, MPS akan terus memperkukuhkan kerjasama dengan PDRM serta agensi berkaitan dalam usaha memerangi kegiatan haram tersebut demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan penduduk. - NATION TIMES

03/03/2026

UMS rai rakan media, perkukuh jalinan strategik

SANDAKAN - UNIVERSITI Malaysia Sabah (UMS) meraikan rakan media menerusi Majlis Apresiasi dan Iftar Sahabat Media UMS Sandakan sebagai penghargaan terhadap peranan penting mereka dalam membantu menyalurkan maklumat serta pencapaian universiti kepada masyarakat.

Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Mansor berkata, media adalah rakan strategik yang menyumbang secara langsung kepada pembinaan imej dan reputasi universiti terutama dalam mempromosikan penyelidikan serta usaha UMS dalam pembangunan negeri.

“Hubungan baik antara UMS dan media bukan sekadar tugasan liputan, tetapi satu kerjasama strategik untuk memastikan usaha dan kejayaan universiti dapat dikongsi secara meluas.

"Kami amat menghargai sokongan berterusan para wartawan,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Majlis itu dihadiri 16 wartawan daripada pelbagai organisasi media, selain Pengarah Pusat Komunikasi Korporat UMS, Dr Rizal Zamani Idris.

Di majlis tersebut, Kasim turut berkongsi perkembangan penyelidikan UMS termasuk pelbagai inovasi pertanian moden dan teknologi makanan yang sedang dilaksanakan melalui Fakulti Pertanian Lestari.

Beliau menegaskan kerjasama rakan media membantu memastikan mesej dan pencapaian itu sampai kepada masyarakat sekali gus mengukuhkan peranan universiti sebagai pusat kecemerlangan ilmu di Sabah dan Borneo.

Katanya, ulang tahun ke-31 UMS tahun ini menjadi detik penting untuk terus memacu kecemerlangan dan memperluas pengaruh akademik serta penyelidikan universiti selaras dengan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM).

“UMS akan terus melangkah ke hadapan dengan visi yang lebih jelas dan media adalah rakan utama yang akan bersama-sama kami membawa naratif positif ini kepada rakyat,” katanya. - NATION TIMES

08/02/2026

ISTERI Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Hjh Merdiline Hj Albaris yakin lebih ramai wanita akan mendapat manfaat daripada penganjuran Kursus Latihan Pengendalian Makanan selepas ini.

Keyakinan itu disuarakan dihadapan 100 perserta pertama yang menyertai kursus tersebut di sebuah hotel tempatan di sini, pada Adah.

Merdiline melihat sambutan memberangsangkan itu bukti komitmen wanita khususnya usahawan muda dalam membuat persediaan sebelum memulakan perniagaan di bazar sekitar sepanjang bulan Ramadan nanti.

Address

Lot 2 B, Tingkat 1, Blok A, Indah Jaya Shoplot, Taman Indah Jaya
Sandakan
90000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nation Times posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nation Times:

Share