06/07/2024
Sukacita jom kita saling berpesan bahawa tahun baru hijrah, 1hb Muharram 1446H akan tiba esok dengan masuknya waktu Maghrib pada hari Sabtu 6 Julai 2024. In Syaa Allah..
Bersempena dengan tibanya tahun baru hijrah, diingatkan tentang amalan-amalan berikut:
(1) Berpuasa sunnat pada hari terakhir bulan Zulhijjah (Sabtu 6 Julai).
(2) Membaca doa akhir tahun pada hujung waktu Asar (Sabtu 6 Julai).
(3) Membaca doa awal tahun setelah solat Maghrib (Sabtu 6 Julai).
(4) Berpuasa sunnat pada hari pertama bulan Muharram (Ahad 7 Julai).
(5) Berpuasa sunnat Hari Tasu'a pada 9hb Muharram (Isnin 15 Julai).
(6) Berpuasa sunnat Hari 'Asyura pada 10hb Muharram (Selasa 16 Julai).
Jika kita tidak mampu melakukan semua, janganlah kita tinggalkan semua.
Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita. Aamiin.. Allahumma Aamiin🤲🏻