07/08/2021
VISA UMRAH 🆚 VISA PELANCONG ARAB SAUDI🇸🇦
🔆 KEGUNAAN VISA
🔸 VISA UMRAH - Kebiasannya perjalanan hanya terhad sekitar Makkah, Madinah, Taif dan Jeddah sahaja.
🔹 VISA PELANCONG - Boleh menjelajah ke seluruh Arab Saudi termasuk Makkah & Madinah juga untuk Umrah.
🔆 TEMPOH VISA
🔸VISA UMRAH - Hanya 30 hari sahaja tempoh untuk berada di Arab Saudi.
🔹VISA PELANCONG - 90 hari dalam masa 1 tahun. Kalau dah tinggal di Arab Saudi selama 90 hari, tahun hadapan baru boleh daftar lagi Visa Pelancong.
🔆 PERLAKSANAAN UMRAH ATAU HAJI.
🔸VISA UMRAH - Hanya boleh daftar pada musim Umrah sahaja. Pada bulan-bulan Haji, visa Umrah ditutup.
🔹VISA PELANCONG - Boleh melaksanakan Umrah pada bila-bila masa dalam tempoh visa kita masih valid (dengan slot permit dari apps EATMARNA).
Berkenaan Haji p**a, tidak layak bagi pemegang Visa Pelancong untuk daftar permit atau pakej Haji dan melaksanakan Haji walaupun dia berada di Makkah dalam tempoh visanya masih berbaki.
🔆HARGA VISA
🔸 VISA UMRAH - Kos untuk Visa Umrah Norma Baru yang terkini dari Malaysia atau Singapura belum dikeluarkan lagi. Pasti ada penambahan dari kos sebelum ini setelah kenaikan VAT 15%.
🔹 VISA PELANCONG - Menurut perkongsian dari seorang kenalan yang telah cuba daftar Visa Pelancong pada 1 Ogos 2021 yang lalu, jumlah kos untuk Visa Pelancong adalah = SAR534.98
(🇲🇾RM602 / 🇸🇬SGD193). Kos merangkumi harga visa, insuran, VAT 15%, dan harga transaksi.
🔆 CARA PENDAFTARAN
🔸VISA UMRAH - Perlu berdaftar dengan mana-mana syarikat travel agensi negara kita yang telah berdaftar dengan muassasah syarikat Umrah di bawah Kementerian Haji & Umrah Arab Saudi.
P/S: Umrah D.I.Y sepertinya tidak valid dalam masa tempoh pandemik ini.
🔹VISA PELANCONG - Boleh daftar sendiri secara online melalui website https://visa.visitsaudi.com/
🔆 SYARAT-SYARAT YANG DITETAPKAN UNTUK MEMASUKI ARAB SAUDI🇸🇦:
1️⃣ Pemohon mesti lengkap 2 dos vaksin yang diiktikaf oleh negara Arab Saudi iaitu Pfizer, AstraZeneca, Moderna dan 1 dos Johnson-Johnson.
2️⃣Sekiranya anda mengambil selain dari vaksin yang diiktiraf, jangan risau, anda masih boleh apply kedua-dua Visa ini. Tetapi, perlu mengambil 1 lagi dos tambahan dari 4 vaksin yang