14/10/2022
Dalam Movie Laal Sigh Chadda yang dilakonkan dan diarah oleh Amir Khan
Dari sudut bisnes
Apa yg kita boleh belajar....
✅ Nak mulakan bisnes mudah. Terutama bab operasi. Tapi Sales dan Marketing memerlukan idea yg unik untuk jana lebih keuntungan
✅ Tak pandai pun boleh kaya. Kalau rajin dan tak mengalah usaha
✅ Hire mereka yang bijak untuk melengkapi kita.
Kita tak pandai marketing. Hire mereka yg hebat dalam marketing
Kita tak pandai management, hire mereka yg hebat dalam management.
Ramai boss silap, mereka s**a hire orang yg lebih bodoh dari mereka sendiri.
✅ Bisnes tak boleh melekat pada diri sendiri. Kena cepat2 delegate supaya boleh terus berkembang
✅ Cash yg ada sepatutnya dilaburkan dan dikembangkan lagi. Seperti Laal apabila bisnes pakaian dalamnya maju, beliau laburkan lagi pada ladang lembu, tanah pertanian, dan bina hospital
✅ Nak jadi kaya tiada jalan mudah melainkan buat duit haram. Laal berjaya jadi jutawan dengan jalan s**ar berbanding Rupaa yang masih tak kaya2 walau banyak jalan pintas dan haram yg dilakukan.
✅ Walau dah kaya, stay humble dan low profile. Semua penumpang dalam keretaapi tak percaya Laal adalah pemilik Rupa Cooperation. Kerana kasut buruknya, baju biasanya, dan gaya beliau bercakap. Lifestyle ni bagus kerana dalam bisnes kita tak sentiasa diatas. Dan sekali kita dah upgrade lifestyle, amat s**ar untuk diturunkan semula.
✅ Kerja dulu, kumpul modal dan duit. Baru terjun dalam bidang bisnes. Ni langkah yg paling selamat dan rendah risiko
Banyak lagi sebenarnya pengajaran kita boleh ambil
Cuma ni dari sudut bisnes
Dan ni hanya apa yg saya perasan sahaja
Semoga bermanfaat