Mokhtar Ahmad

Mokhtar Ahmad Ex-Political Secretary to To Menteri Besar Negeri Sembilan

14/07/2023

PRN - PERANG "NARATIF"
Gelombang Pru 15
Vs
Kerajaan UG 7 Bulan

Ya… Berita itu Benar!Selepas 25 tahun,… Saya mohon keahlian KeADILan saya N050000532 ditamatkan berkuatkuasa sertamerta ...
02/07/2023

Ya… Berita itu Benar!
Selepas 25 tahun,… Saya mohon keahlian KeADILan saya N050000532 ditamatkan berkuatkuasa sertamerta pada 26 Jun lalu(14.34).

Dua jam kemudian(16.18), saya dimaklumkan keanggotaan saya telah dibatalkan dan data saya akan dibuang dari sistem keanggotaan - tkasih.

mokhtar hj Ahmad
Email: [email protected]

Mantan,
1. Setiausaha Politik Menteri Besar N. Sembilan,
2. Penyelaras Dun N.27 Rantau, Negeri Sembilan,
3. Pengarah Pilihanraya N.20 Labu Pru -14 (2018),
4. Pengarah Operasi PRK Port Dickson (2018),
5. Pengarah Program Tawan Negeri Sembilan
(Jelajah Melayu Bermaruah & Jelajah Felda),
6. Timb Ketua Penerangan PH Negeri Sembilan,
7. Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan,
8. Calon PKR N20 Labu Pru-12 (2008),
9. Setiausaha Pemuda Keadilan Negeri Sembilan,
10. Ketua Pemuda Keadilan Rakyat (AMK) Rasah,
11. Ketua Pemuda Keadilan Nasional (PKN) Rasah,
12. Ketua Ranting Batu 8 Labu,
Siswazah PhD FSSK, UKM

Berkesempatan hadir pada program peluncuran Buku KNOWLEDGE, TRADITION AND CIVILIZATION  , Professor Emeritus Datuk Dr  O...
26/01/2023

Berkesempatan hadir pada program peluncuran Buku KNOWLEDGE, TRADITION AND CIVILIZATION , Professor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar di Institute of Islamic Thought and Civilization ( INTAC ), yang dirasmikan oleh PMX , Dato Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi. Hampir 30 tahun yang lalu saya pernah memiliki beberapa buku tulisan beliau - kupasan yang sangat menarik untuk difahami, imbas kembali dan panduan masa depan.

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-74 buat Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Semoga...
10/08/2021

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-74 buat Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus memimpin perjuangan reformasi di negara ini.

Pelbagai Pandangan telah dilontarkan oleh Negarawan  Ulong ini terhadap Anwar. Terkadang  keliru dan ada masanya menyaki...
22/07/2021

Pelbagai Pandangan telah dilontarkan oleh Negarawan Ulong ini terhadap Anwar. Terkadang keliru dan ada masanya menyakitkan.
Tapi kalau benar apa diungkapkan terbaru, Negarawan Negara ini boleh saja menyokong dan membantu Anwar untuk dipersembahkan namanya sebagai Calon Perdana Menteri melalui sokongan Simple Majoriti ahli2 Parlimen.

The ex-PM said Muhyiddin Yassin threw spanner in the works because he wanted the top job.

https://forms.gle/x91pfTkfkvK7Rsdt6
05/07/2021

https://forms.gle/x91pfTkfkvK7Rsdt6

Salam sejahtera Tuan/Puan yang dihormati, Saya sedang menjalankan tinjauan bertajuk seperti diatas. Sehubungan itu, saya memohon Tuan/Puan untuk memenuhkan dan menandakan maklumat pada soalan yang disediakan dengan ikhlas dan jujur. Semua jawapan dan maklumat digunakan semata-mata untuk tinjauan dan...

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.Saya terima perkhabaran bahawa Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Dungun, Tuan Haji A...
07/06/2021

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

Saya terima perkhabaran bahawa Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Dungun, Tuan Haji Abd Rahman Yusof telah meninggal dunia sebentar tadi.

Saya doakan agar Allah SWT mencucuri rohnya dan menempatkan Allahyarham dalam kalangan golongan yang beriman. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan keluarga beliau dalam mengharungi detik yang sukar ini.

Allahyarham merupakan bekas Ahli Parlimen Kemaman yang memenangi kerusi itu bagi KEADILAN semasa PRU 1999.

AL FATIHAH

Berikutan banjir kilat di Felda Jelai 4 pada pagi Syawal kedua, saya turun menyantuni penduduk yang terjejas petang sema...
16/05/2021

Berikutan banjir kilat di Felda Jelai 4 pada pagi Syawal kedua, saya turun menyantuni penduduk yang terjejas petang semalam.

Bantuan telah dihulurkan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa yang terjejas.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Setiausaha MAINS, Ahmad Husaini Mustafa, Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aisyah, Timbalan JKKR dan Ahli Majlis Tampin yang telah turun membantu mangsa yang terjejas.

Tahun ini kita sekali lagi tidak dapat berpeluang untuk menyambut Aidilfitri di kampung. Namun, keadaan ini tidak mengha...
12/05/2021

Tahun ini kita sekali lagi tidak dapat berpeluang untuk menyambut Aidilfitri di kampung. Namun, keadaan ini tidak menghalang kita untuk memberi ucapan kepada saudara-mara dan rakan-rakan pada Hari Raya Aidilfitri.

Pada kesempatan ini, saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri khusus kepada rakan-rakan dalam Parti Keadilan Rakyat dan rakyat yang beragama Islam di seluruh Malaysia.

Maaf Zahir dan Batin.

MOKHTAR AHMAD

Saya merakamkan ucapan takziah kepada sahabat dan Pengerak Keadilan Labu, Saudara Murugayan Pakirsamy  yang kehilangan i...
11/05/2021

Saya merakamkan ucapan takziah kepada sahabat dan Pengerak Keadilan Labu, Saudara Murugayan Pakirsamy yang kehilangan isteri beliau akibat kanser paru-paru petang semalam.

Saya dan Saudara Kunja sekeluarga mempunyai sejarah panjang berusaha menggerakkan Parti Keadilan Rakyat di Labu dalam menyantuni pengundi-pengundi kaum India di Labu.

Semoga Saudara Kunja dan keluarganya kekal tabah dalam menempuh dugaan ini.

Selamat Hari Pekerja kepada seluruh kelas pekerja di Malaysia. MOKHTAR AHMAD
01/05/2021

Selamat Hari Pekerja kepada seluruh kelas pekerja di Malaysia.

MOKHTAR AHMAD

Address

Seremban

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mokhtar Ahmad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share