16/06/2026
Petang ini merupakan detik-detik terakhir tahun 1447 Hijrah. Alhamdulillah, Allah SWT masih memanjangkan usia kita, mengurniakan kesempatan untuk terus beramal soleh, mendekatkan diri kepada-Nya serta memohon keampunan atas segala dosa, kelalaian dan kekurangan yang telah berlalu sepanjang tahun ini.
Para ulama Ahli Sunnah wal Jamaah telah mengajarkan beberapa doa dan amalan yang dianjurkan pada penghujung tahun. Dengan izin Allah SWT, amalan-amalan ini menjadi sebab kepada keampunan dosa dan diterimanya taubat seorang hamba, sehingga disebut dalam sebahagian athar bahawa syaitan akan berkeluh kesah kerana segala penat lelahnya menggoda anak Adam sepanjang tahun ini menjadi sia-sia dengan Keampunan Allah.
Kita juga diajarkan untuk menyambut tahun baharu Hijrah dengan doa dan amalan yang diwariskan oleh para ulama solehin, sebagai tanda pengharapan kepada Allah agar dikurniakan Pemeliharaan daripada fitnah, maksiat dan musibah, serta dihimpunkan segala bentuk Kebaikan, Rahmat dan Keberkatan sepanjang tahun yang akan datang.
Bagi para Ikhwan yang ingin mendapatkan kitab yang menghimpunkan doa-doa dan amalan akhir tahun serta awal tahun ini boleh dapatkan di Zawiyah Rembau agar dapat diamalkan dan dimanfaatkan bersama.
Semoga Allah menutup lembaran tahun 1447H kita dengan Keampunan, Rahmat dan KeredaanNya. Semoga tahun 1448H yang bakal menjelang menjadi tahun yang dipenuhi Keberkatan, Ketaatan, Kesihatan, Rezeki yang halal lagi baik, serta Kejayaan di Dunia dan Akhirat.
ุงูููู
ุงุฎุชู
ููุง ูุฐุง ุงูุนุงู
ุจุฎูุฑุ ูุงูุชุญ ููุง ุงูุนุงู
ุงูุฌุฏูุฏ ุจุงูุจุฑูุฉ ูุงูุชูููู ูุงููุจูู.