11/08/2021
Untuk mereka yang sedang dalam start-up, boleh buat 3 Step untuk memulakan perniagaan.
#๐. ๐๐๐ฌ๐ญ๐ข๐ค๐๐ง ๐๐๐ก๐ฎ๐ฅ๐ฎ ๐๐ข๐ฌ๐ง๐ข๐ฌ ๐๐ฉ๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ง๐๐ค ๐๐ฎ๐๐ญ
๐ Ramai yang buat kesilapan disini dengan buat pelbagai bisnis. Ramai diantara kita mempunyai BANYAK idea untuk buat bisnis, tapi tak ramai yang berjaya untuk membuat 1 bisnis yang betul-betul berkesan. Pandangan kita bahawa buat 2 atau 3 bisnis sekaligus, "nanti kita dapat tahu mana yang boleh pergi jauh, baru kita fokus bisnis yg itu". Itu adalah salah. Pastikan buat 1 bisnis yang anda mahir dan yakin. Tak tahu yang mana satu, buat ๐๐๐ ๐๐๐๐โ. Banyakkan membaca ye ๐
#๐. ๐๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ข๐ฌ๐ง๐ข๐ฌ ๐๐ฅ๐๐ง ๐๐ง๐๐
๐ Buat 1 mukasurat je cukup, buat permulaan. Jangan le buat sampai 100 mukasurat, beria masukkan gambar lokasi. Bisnis plan ni hanya untuk anda tahu apa matlamat dan fokus anda. Buat untuk 1 tahun dan 5 tahun akan datang. Bisnis plan ini dapat membantu anda mencapai kejayaan. Tak percaya... buat dulu ye.๐ช
#๐. ๐๐๐๐ญ๐๐ซ ๐ฉ๐๐ซ๐ง๐ข๐๐ ๐๐๐ง ๐๐ง๐๐
๐ INGAT....daftar bisnis anda. Home based atau online based, pastikan daftar. Nama pilih yang mudah untuk disebut, jangan le buat cantuman nama isteri, suami dan anak2, buat yang mudah disebut, diingat dan di komersilkan. โ
Harap maju jaya, dan banyak-banyak le membaca. Dengar idea dan pendapat orang yang berpengalaman, tak perlu ikut, cuma ambil tahu.. itu lebih baik. Ianya akan memberi anda lebih banyak inspirasi. โบ