01/07/2022
Gegak gempita perjuangan pendekar Melayu, Mat Kilau. Jom Expedisi Jejak Mat Kilau 🔥
Berkobar-kobar semangat lepas tonton filem Mat Kilau ni di pawagam. Senah yang biasanya ayu pun, semalam luar biasa sikit, terpencak silat gara-gara terkejut kucing melompat atas meja makan. Bukan calang-calang aura Mat Kilau ni.
Ok kali ni jom explore apa yang menarik di kampung halaman pendekar ini. Jom!!
📍 Air terjun Lata Meraung
Daerah terbesar di Pahang ini mempunyai banyak tarikan alami termasuk air terjun dan gua. Air Terjun Lata Meraung antara yang paling femes di kalangan pengunjung. Mandi-manda di sini sangat refreshing. Gigil weh. Orang kata terapi mandi air sejuk ni bagus. Barulah pendekar!
📍 Taman Warisan Gua Kota Gelanggi
Terdapat lebih 6 gua untuk korang explore di sekitar kompleks Taman Warisan ini; Gua Angin, Gua Batu Sanding, Gua Tongkat, Gua Kelawar, Gua Kota Balai dan Gua Penyu. Kalau korang pernah dengar cerita Sang Kelembai, di sinilah dikatakan mitos itu bermula.
📍 Felda Residence Tekam Plantation
Menginap di resort yang ekslusif dengan suasana nature, barulah jiwa dan badan jadi tenang dan tangkas seperti pendekar. Boleh juga nak explore aktiviti seperti main air, team building, menaiki ATV, Jungle Trekking dan explore gua yang terdapat di sekitar sini. Kalau musim durian, memang kenduri-an di sini.
📍 Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah
Bawa famili korang ke sini. Korang boleh berinteraksi dan mengikuti aktiviti bersama gajah di sini. Pahang memang tidak asing sebagai habitat gajah. Tak hairan cerita zaman dahulu, pendekar dan pahlawan mereka mengggunakan gajah sebagai kenderaan.
📍 Galeri Mat Kilau,
Di sini, korang boleh menghayati kehidupan Mat Kilau dan tokoh lain. Gambar dan barangan lama seperti senjata yang digunakan pahlawan Pahang ada dipamerkan.
🎟RM 2, setiap hari (8 pagi - 5 petang)
Yang Benar,
Senah Berkilau
📸 .tekam.resort