10/07/2021
Grab Food Rider 'tumbang' langgar Babi.
Semalam balik kerja, ternampak disebarang jalan yang sangat gelap ada sebuah kereta berhenti. Kelihatan seorang wanita keluar dari kereta dan juga 'frontliner hijau' yang terbaring dibahu jalan. Kelihatan baru sahaja berlaku kecelakaan.
Saya segera membuat pusingan U dan terus menghala ke arah kecelakaan tersebut. Semasa tiba ke tempat tersebut, telah dilihat beberapa biji buah motorsikal dari geng Grab dan Panda berhenti memberi pertolongan.
Rupa-rupanya seorang penghantar makanan telah accident akibat melanggar babi hutan yang sangat besar!
Wanita yang berada berhampiran memaklumkan bahawa beliau telah melanggar seekor babi hutan melintas dan babi hutan tersebut mati ditengah jalan.
Malangnya, 'frontliner hijau' yang turut berada dibelakang kenderaan tersebut yang juga sedang dalam proses penghantaran order ke pelanggan telah tercampak lebih dari 50 meter apabila terlanggar babi hutan yang telah terdampar ditengah jalan. Keadaan jalan sangat gelap kerana lampu jalan yanh tidak berfungsi.
Dikatakan penghantar makanan ini jatuh ditengah jalan dan sempat berguling ke bahu jalan. Wanita yang melanggar babi hutan tersebut turut memberhentikan kenderaan dan memaklumkan penghantar makanan itu pengsan beberapa minit selepas berguling ke bahu jalan.
Beberapa food rider yang tiba telah berhenti dan memberi bantuan agar mangsa tersebut sedar dan dalam keadaan baik.
Alhamdulillah, food rider yang dikenali sebagai Along ini sedar dan sempat menghubungi rakan beliau untuk datang ke tempat kecelakaan untuk membantu membawa pulang motor (sedikit rosak).
Kereta ponda polis yang melalui jalan tersebut telah memberi bantuan cahaya dan lampu amaran yang lebih jelas untuk memberi amaran kepada kenderaan lain. Ambulans tiba dan Along selamat dibawa ke Hospital Putrajaya.
Babi hutan telah dialihkan ke bahu jalan dengan bantuan dua orang lelaki dewasa. Sangat besar dan berat.
Kesimpulannya, Food Rider juga mempertaruhkan keselamatan mereka untuk mencari rezeki dan memudahkan kita semua membeli makanan. Sikap brotherhood sesama geng Food Rider sangat hebat apabila begitu ramai tiba memberi bantuan.
Terima kasih juga kepada PDRM dan pasukan perubatan yang memberi bantuan. Wanita yang melanggar babi hutan tersebut juga bagus kerana berhenti dan memberi bantuan awal, tidak meneruskan perjalanan kerana keadaan jalan yang sangat gelap.
Kepada Food Rider dan penunggang motpr diluar sana, berhati-hati dijalan raya dan semoga anda dimurahkan rezeki ✌