15/11/2022
Habbatus Sauda - Nama lain black cumin. Atau jintan hitam.
Apa yang bagusnya pasal Habbatus Sauda ni?
Ramai tak tahu yang buatkan ia bagus sebab ada Thymoquinone(TQ).
Nak beli kena tengok dulu berapa banyak TQ ni ada. Kalau tak ada atau kurang dari 30mg atau sekurang kurangnya 3%, carilah yang lain.
Kalau tidak kita tak dapat impak sihat yang kita nak tu.
Selain TQ dalam Habbatus Sauda juga ada dithymoquinone, thymo hydroquinone (THQ), omega fatty acids dan thymol.
Thymoquinone adalah powerful anti oksida - bersifat anti kanser, anti bakterial, anti mutagenik dan anti radang.
Banyak sangat kajian pasal Habbatus Sauda (HS) ni:
Orang yang ambil 2000mg-3000mg sehari lebih cepat kurus berbanding yang tidak ambil.
Bersifat anti jangkitan. Cegah benda benda berjangkit seperti Gram-negative, Gram-positive bacteria, viruses, parasites, Schistosoma dan fungi.
Bantu suburkan orang lelaki. Dengan kuatkan pergerakan sperma dan tingkatkan jumlahnya.
Bantu sihatkan jantung. TQ turunkan kolesterol jahat, total cholesterol dan tekanan darah.
Kajian juga dapati TQ berkesan dalam rawatan arthritis, fibromyalgia, IBS, colitis, peritonitis, alergik dan asthma.
Kalau nak hilang kedut kena ambil HS yang ada TQ. Kajian sebut TQ hilangkan kedut pada wajah dengan lembabkan kulit jauh ke dalam.
Juga, jadikan kulit lebih fleksibel dan glowing.
Kajian lain p**a dapati TQ dalam HS dapat rawat acne, eczema, kulit kering dan psoriasis.
Antara lain TQ juga bantu keluarkan sisa dan toksin dengan cara melalui urin. Bantu kurang perut berangin dan bantu keluarkan angin dari perut.
Journal of Endocrinology & Metabolism sebut bagus untuk diabetes. TQ baiki turunkan gula dalam darah tanpa kesan sampingan.
TQ dalam HS juga berkesan lawan sel kanser pada pesakit kanser kolon, pankreas, dan prostate.
Rugilah kalau tak guna sepenuhnya nutrisi yang ditawarkan Habbatus Sauda.