TRL RUGBY

TRL RUGBY THIS IS RUGBY!

memaparkan anak anak mudo datang eh dari ngorie sembilan yang berjiwo ragbi .satu kelab gabungan antara sekolah sekolah negeri sembilan iaitu SDAR KGV INTEJ PENDETA ZAABA MRSM KUALA KLAWANG TMS dan BUKIT KEPAYANG.kelab ini secara rasmi nya dibuka oleh ABG RIZAN TRL, ABG WAN,ABG UJANG , ABG AZLEY ,ABG FLY,MECCA ,XENA ,ACID dan CIKGU CIKGU SEKOLAH yg terlibat.Pride always for NS !

Negeri Sembilan melengkapkan pusingan awal Piala Agong 2026 di tempat ke-2 Kumpulan B. Dalam perlawanan terakhir di Stad...
08/06/2026

Negeri Sembilan melengkapkan pusingan awal Piala Agong 2026 di tempat ke-2 Kumpulan B. Dalam perlawanan terakhir di Stadium TUDM Subang, Negeri Sembilan menang tipis 40-39 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Kedua-dua pasukan layak ke peringkat suku akhir. Negeri Sembilan bakal berdepan juara bertahan PDRM, sementara itu ATM akan menghadapi Kelantan.

Negeri Sembilan terpaksa akur dengan kelebihan pasukan tuan rumah, Johor apabila tewas 21-45 dalam perlawanan Piala Agon...
02/06/2026

Negeri Sembilan terpaksa akur dengan kelebihan pasukan tuan rumah, Johor apabila tewas 21-45 dalam perlawanan Piala Agong di Stadium Pasir Gudang. Tanpa beberapa pemain utama, Negeri Sembilan kelihatan sukar untuk menandingi kehebatan pasukan Johor yang mempunyai kualiti dan mantap.

Sebanyak 24 pasukan ternama dari seluruh tanahair berentap di Karnival Ragbi UPSI pada 23 Mei 2026. Kejohanan yang berla...
29/05/2026

Sebanyak 24 pasukan ternama dari seluruh tanahair berentap di Karnival Ragbi UPSI pada 23 Mei 2026. Kejohanan yang berlangsung di padang Universiti Pendidikan Sultan Idris penuh dengan aksi dan drama.

Walaupun mempamerkan semangat juang yang tinggi dalam perlawanan Piala Agong minggu ke-3, Kuala Lumpur terpaksa akur den...
28/05/2026

Walaupun mempamerkan semangat juang yang tinggi dalam perlawanan Piala Agong minggu ke-3, Kuala Lumpur terpaksa akur dengan pengalaman dan kelebihan pasukan Kelantan.

Kelantan menang 24-5 di Padang UPM.

Juara bertahan PDRM menghidupkan kembali semangat mereka apabila menewaskan Kuala Lumpur 47-19 di Padang Pulapol. Walaup...
20/05/2026

Juara bertahan PDRM menghidupkan kembali semangat mereka apabila menewaskan Kuala Lumpur 47-19 di Padang Pulapol. Walaupun tewas, Kuala Lumpur tetap memberi tentangan sengit.

Negeri Sembilan berjaya mencatat kemenangan kedua musim ini apabila berjaya menewaskan Putrajaya 27-22 di KGV Seremban. ...
18/05/2026

Negeri Sembilan berjaya mencatat kemenangan kedua musim ini apabila berjaya menewaskan Putrajaya 27-22 di KGV Seremban. Walaupun terpaksa bermain dengan 14 pemain apabila seorang pemain dilayangkan kad merah pada minit ke-5, Negeri Sembilan menggunakan pengalaman untuk menguasai permainan. Walaupun tewas, Putrajaya mempamerkan corak permainan yang sangat berkualiti.

Minggu ke-2 Piala Agong pastinya lebih menarik dan penuh aksi!
15/05/2026

Minggu ke-2 Piala Agong pastinya lebih menarik dan penuh aksi!

Kuala Lumpur mempamerkan semangat juang yang tinggi ketika berdepan Terengganu dalam perlawanan pembukaan Piala Agong 20...
11/05/2026

Kuala Lumpur mempamerkan semangat juang yang tinggi ketika berdepan Terengganu dalam perlawanan pembukaan Piala Agong 2026. Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila Terengganu mencatat kemenangan tipis 25-24 di Padang Astaka.

Perlawanan akhir IIUM Hexangular Rugby XV’s 2026 menyaksikan pertembungan sengit antara UiTM dan IIUM Mustangs dalam kea...
10/05/2026

Perlawanan akhir IIUM Hexangular Rugby XV’s 2026 menyaksikan pertembungan sengit antara UiTM dan IIUM Mustangs dalam keadaan cuaca yang mencabar.

UiTM Lions muncul juara selepas mendahului 10-5 ketika perlawanan dihentikan pada awal separuh masa kedua akibat hujan lebat berserta ribut petir yang membahayakan keselamatan pemain dan pegawai. Keputusan tersebut kekal sebagai keputusan rasmi, sekali gus menghadiahkan kejuaraan kepada UiTM Lions.

Sejak wisel permulaan, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi fizikal dan berintensiti tinggi. UiTM Lions lebih awal menguasai kawasan permainan menerusi tekanan berterusan di bahagian hadapan serta disiplin pertahanan yang tersusun. Hasilnya, mereka berjaya memperoleh dua try penting untuk mendahului perlawanan.

IIUM Mustangs bagaimanapun tidak mudah mengalah. Bermain di hadapan penyokong sendiri, mereka bangkit memberi tentangan dan berjaya meraih satu try untuk terus mengekori rapat lawan dengan jurang lima mata. Momentum perlawanan dilihat semakin memihak kepada Mustangs sebelum keadaan cuaca bertukar buruk.

Hujan lebat yang disusuli guruh dan kilat memaksa pegawai perlawanan menghentikan aksi demi faktor keselamatan. Setelah keadaan padang dan cuaca tidak menunjukkan tanda pulih, keputusan dibuat untuk menamatkan perlawanan lebih awal.

Walaupun final berakhir dalam situasi yang tidak diingini, kedua-dua pasukan wajar dipuji atas semangat juang tinggi dan disiplin yang dipamerkan sepanjang kejohanan. UiTM Lions meraikan kejayaan bergelar juara berganda, manakala IIUM Mustangs boleh berbangga dengan persembahan kompetitif mereka sehingga ke saat akhir.

IIUM Hexangular Rugby XV’s League 2026Pasukan UPSI Eagles dipaksa bekerja keras untuk menembusi pertahanan UM Blues dala...
10/05/2026

IIUM Hexangular Rugby XV’s League 2026

Pasukan UPSI Eagles dipaksa bekerja keras untuk menembusi pertahanan UM Blues dalam perlawan akhir plate. Pertahanan kental barisan pemain UM Blues yg sentiasa berjaya mematahkan serangan dari UPSI Rugby akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan UM Blues 15 - UPSI Eagles 24... Kedua dua pasukan mempamerkan mutu permainan yg sangat baik dan berkualiti.. Tahniah buat UPSI Eagles.

Address

Padang Ragbi C Upm
Seri Kembangan
43400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TRL RUGBY posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share