20/06/2026
Nak Buat Landing Page atau Bisnes Website?
Ini Cara Mudah Untuk Pilih Yang Sesuai Untuk Bisnes Anda.
Jawapannya bergantung pada apa yang anda nak capai.
Pilih Landing Page jika:
- Anda nak promosikan satu produk atau perkhidmatan sahaja
- Anda nak kumpul leads atau kenalan pelanggan
- Anda nak jalankan kempen iklan yang fokus
- Anda baru nak mulakan bisnes dan belum ada bajet besar
Landing page ni simple, fokus, dan direka khas untuk satu tujuan. Pelanggan masuk, baca, dan terus ambil tindakan. Tidak ada gangguan lain.
Pilih Bisnes Website jika:
- Bisnes anda ada pelbagai produk atau perkhidmatan
- Anda nak bina kredibiliti dan imej jenama yang lebih profesional
- Pelanggan perlu tahu lebih banyak tentang syarikat anda sebelum buat keputusan
- Anda nak pelanggan boleh hubungi, baca blog, atau semak portfolio anda
Website memberi gambaran penuh tentang bisnes anda. Ia seperti kedai fizikal yang lengkap - pelanggan boleh jelajah sesuka hati.
Kalau anda baru bermula dan bajet terhad - mulakan dengan landing page dulu. Bila bisnes dah stabil dan berkembang, baru bina website yang lengkap.
Tidak perlu buat dua-dua sekaligus. Yang penting, pilih yang betul-betul sesuai dengan tujuan bisnes anda sekarang.