NAS Aqiqah Qurban

NAS Aqiqah Qurban MENYEDIAKAN PRODUK MUSLIM YANG MEMBANTU MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DARI SEGI IBADAH, PENDIDIKAN DAN LAIN-

Duit gaji bulan ni boleh siap-siapkan terus untuk buat Qurban. Ibadah setahun sekali ni jangan sampai terlepas.Semoga Al...
24/06/2022

Duit gaji bulan ni boleh siap-siapkan terus untuk buat Qurban. Ibadah setahun sekali ni jangan sampai terlepas.
Semoga Allah ganjarkan dengan sebaik-baik ganjaran asbab kita berusaha untuk melaksanakan ibadah qurban pada tahun ini.
Jangan risau, harga serendah RM 499 bagi seekor kambing, kita dah boleh laksanakan ibadah korban.
Tambah p**a, NAS Aqiqah Qurban laksanakan korban di Tanah Suci Mekah.
Ganjaran ibadah qurban dapat.
Ganjaran berbuat baik di tanah suci berlipat kali ganda dapat.
Ganjaran bagi makan dekat orang miskin pun dapat.
In Shaa Allah, semoga dipermudahkan segala urusan semua untuk Qurban tahun ini.
Semoga bermanfaat.

UMUR KAMBING YANG DIBOLEHKAN UNTUK AKIKAHDaripada spesis kambing yang disenaraikan, umur kambing yang dibolehkan untuk a...
23/06/2022

UMUR KAMBING YANG DIBOLEHKAN UNTUK AKIKAH
Daripada spesis kambing yang disenaraikan, umur kambing yang dibolehkan untuk akikah dibahagikan kepada dua. Kambing biasa dan kambing Biri-biri

Kambing: Tidak kurang daripada dua tahun dan umurnya masuk tahun ketiga.

Kambing Biri-biri: Tidak kurang daripada setahun dan umurnya masuk dua tahun.
Kitab al-Fiqh al-Man (1/563) telah menukilkan: “Umur kambing hendaklah dikorbankan disyaratkan telah masuk tahun ketiga manakala umur biri-biri p**a telah masuk tahun kedua atau telah tanggal gigi hadapannya sekalipun umurnya belum setahun”.
Umur ini adalah daripada hadis daripada Abu Hurairah RA berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

نِعْمَتِ الْأُضْحِيَّةُ الْجَذَعُ مِنْ الضَّأْنِ

Maksudnya: “Biri-biri yang paling baik dibuat qurban ialah yang dalam usia Jaza’”

Riwayat al-Tirmizi: 1499

Maksud Al-Jaza adalah biri-biri yang berusia setahun dan masuk ke dua tahun (al-Siraj al-Munir Syarh al-Jami’ al-Saghir fi Hadis al-Basyir al-Nazir, 4/355).
Daripada nas, hujah dan hadis yang telah dinyatakan di atas, kita boleh membuat kesimp**an bahawa umur kambing yang dibolehkan akikah adalah; genap dua tahun atau sedang masuk tahun kedua.

Manakala umur kambing biri-biri p**a umurnya adalah genap setahun atau sedang masuk tahun kedua.
Ini mungkin kerana kambing biasa dan kambing biri-biri mempunyai kadar pertumbuhan yang berbeza. Di mana kambing biri-biri lebih cepat membesar berbanding kambing kampung atau kambing biasa.
Sekiranya ada yang ingin berakikah lembu atau kerbau umurnya adalah melebihi dua tahun.
Unta p**a melebihi dua tahun.
Haa, dah tahu sekarang? Jangan lupa like comment and share okay!

APA AMALAN SELAIN AQIQAH UNTUK BAYI BARU LAHIR? Selain ibadah aqiqah pada hari ke-7, disunatkan juga mencukur kepala bay...
23/06/2022

APA AMALAN SELAIN AQIQAH UNTUK BAYI BARU LAHIR?
Selain ibadah aqiqah pada hari ke-7, disunatkan juga mencukur kepala bayi.
Jika berkemampuan, anda boleh timbang rambut bayi tersebut dan sedeqahkan emas atau perak mengikut berat rambut tersebut.

Selain itu, anda boleh mengisytiharkan nama bayi tersebut kepada orang ramai dan disunnahkan memberi nama yang baik seperti nama para Nabi, Awliya atau nama dari Asma Allah (Asmaul Husna).
Semoga bermanfaat!

1 EKOR LEMBU AQIQAH BERSAMAAN BERAPA ORANG BAYI?Kiraannya adalah seekor kambing itu bersamaan dengan 1 bahagian lembu.Ka...
23/06/2022

1 EKOR LEMBU AQIQAH BERSAMAAN BERAPA ORANG BAYI?
Kiraannya adalah seekor kambing itu bersamaan dengan 1 bahagian lembu.

Kadar bagi seekor kambing adalah bersamaan dengan 1/7 daripada lembu dan boleh dikongsi bahagian tersebut secara berjemaah.

Ini sesuai dengan apa yang disebutkan al al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah di dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj:

وَكَالشَّاةِ سُبْعُ بَدَنَةٍ أَوْ بَقَرَةٍ، فَلَوْ ذَبَحَ بَدَنَةً أَوْ بَقَرَةً عَنْ سَبْعَةِ أَوْلَادٍ، أَوْ اشْتَرَكَ جَمَاعَةٌ فِيهَا جَازَ، سَوَاءٌ أَرَادُوا كُلُّهُمْ الْعَقِيقَةَ أَوْ بَعْضُهُمْ الْعَقِيقَةَ وَبَعْضُهُمْ اللَّحْمَ

“Dan bagi seekor kambing itu 1/7 (satu bahagian) dari unta dan lembu. Sekiranya disembelih unta atau lembu itu dari 7 orang anak atau dikongsi secara beramai-ramai, ia juga dibolehkan sama ada dengan sembelihan itu kesemua (bahagian) diniatkan untuk aqiqah atau sebahagian untuk aqiqah dan sebahagian lagi hanya untuk mendapatkan daging sahaja.”
Semoga bermanfaat!

APA ITU AQIQAH?Aqiqah oleh masyarakat Melayu Muslim di Malaysia adalah satu ibadah Islam dengan mengorbankan haiwan untu...
23/06/2022

APA ITU AQIQAH?
Aqiqah oleh masyarakat Melayu Muslim di Malaysia adalah satu ibadah Islam dengan mengorbankan haiwan untuk bayi lelaki atau perempuan yang baru lahir.
Ibadah aqiqah disembelih pada hari ke-7 kelahiran bayi.
Sekiranya terlepas pada hari ke-7 kelahiran, maka hendaklah disembelih pada hari ke-14 atau ke-21.
Demikianlah seterusnya tiap-tiap 7 hari berikutnya.
Hal ini berdasarkan pendapat Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari dalam kitab karangannya Sabil Al-Muhtadin. Ibadah aqiqah sesuai dengan hadith riwayat Abu Daud, At Tirmidzi dan Ibnu Majah :

“Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke tujuh (7); dari hari lahirnya- dicukur seluruh rambutnya dan diberikan nama yang membawa maksud yang baik.”
Semoga bermanfaat!

BOLEHKAH MEWAKILKAN PELAKSANAAN KORBAN? Said Sabiq dalam kitabnya “Fiqhus Sunnah”, membolehkan daging korban dipindahkan...
23/06/2022

BOLEHKAH MEWAKILKAN PELAKSANAAN KORBAN?
Said Sabiq dalam kitabnya “Fiqhus Sunnah”, membolehkan daging korban dipindahkan ke negeri lain.

Juga dibolehkan wang dari suatu negara ke negara lain dengan tujuan untuk membeli haiwan korban dan menyembelihkannya di negeri itu.
Said Ahmad bin Zaini Dahlan, M***i Mazhab Syafi’e di Mekah, pernah ditanya orang tentang masalah itu dan juga apakah sama hukumnya dengan aqiqah?

Said Al-Bakri dalam kitabnya “I’anatut Thalibin” memberi jawapan terhadap pertanyaan tersebut, jawabnya ialah sah dan boleh berwakil untuk pembelian korban dan aqiqah dan boleh p**a berwakil untuk menyembelihnya walaupun orang yang empunya di luar negeri.
Imam kita (mazhab Syafi’e) berpendapat bahawa orang yang halal sembelihannya boleh berwakil kepada orang lain untuk menyembelih korban. Dan boleh p**a berwasiat untuk membeli haiwan dan menyembelih korban. Sedangkan yang empunya korban itu sunat menyaksikan upacara penyembelihan korbannya.
Dalam hal ini hukumnya adalah sama dengan hukum untuk ibadah aqiqah.

Penentuan hukum ini bersandarkan sebuah riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah mengirim haiwan hadiah (korban) dari Madinah ke Mekah untuk disembelih di Mekah.
Walaupun begitu, tidak boleh seseorang melakukan korban bagi pihak orang lain kecuali dengan izin orang yang bersangkutan itu. Syarat ini tidak termasuk ibadah korban yang dilaksanakan untuk ahli keluarga sendiri .

Maka ayah boleh menyembelih korban untuk anaknya, dan begitu juga sebaliknya, anak boleh menyembelih korban ibu yang menjadi tanggungannya, meskipun yang bersangkutan tidak diberitahu.

Adapun orang yang sudah mati sedangkan pada masa hidupnya ada berwasiat untuk berkorban, maka ahli warisnya hendaklah melaksanakan korban untuknya. Wasiat itu dianggap sebagai izinnya.
Semoga bermanfaat!

BAGAIMANA KADAR BAGI BINATANG KORBAN?Seekor kambing atau biri-biri merupakan kadar minima ibadah korban yang cukup untuk...
23/06/2022

BAGAIMANA KADAR BAGI BINATANG KORBAN?
Seekor kambing atau biri-biri merupakan kadar minima ibadah korban yang cukup untuk satu keluarga. Pendapat ini sesuai dengan hadis yang diriwayatkan oleh At-Tarmidzi dan Ibnu Majah dari ‘Athaa ibn Yasar, ujarnya:

”Aku telah bertanya kepada Abu Ayub Al-Anshary: Berapakah korban yang tuan-tuan lakukan pada masa Rasulullah? Abu Aiyub menjawab: Ada seorang lelaki pada masa Nabi s.aw. berudhiyah seekor kambing untuk dirinya dan ahli keluarganya. Mereka makan sebahagian daging itu dan sebahagian diberikannya kepada orang lain, hingga manusia telah termengah-mengahan dengan udhiyah itu, dan terjadilah seperti engkau persaksikan sekarang ini.”
Seekor lembu atau unta boleh dikongsi 7 orang, kerana menurut hadis Muslim dari Jabir:

“Pada musim haji, Rasulullah s.a.w. telah menyuruh kami berkongsi 7 orang pada seekor unta dan seekor lembu.”

Hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Al-Barqani menyatakan:

“Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada kami: “Berkongsilah kamu dengan seekor unta dan lembu, untuk 7 orang seekor.”

Di samping itu, pernah para sahabat berkongsi 10 orang untuk satu unta yang dijadikan korban tanpa dilarang oleh Rasulullah s.a.w.
Bila waktu penyembelihan korban?
Waktu penyembelihan haiwan korban bermula apabila khatib turun dari atas mimbar selepas khutbah solat Eidul Adha pada 10 Zulhijjah sehingga terbenamnya matahari pada 13 Zulhijjah. Maka tempoh menyembelih haiwan korban hanya empat hari dalam setahun iaitu pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah.
Sesiapa yang menyembelih korban sebelum atau sesudah waktu itu, tidak sah korbannya, kerana maksud hadis riwayat Bukhari dan Muslim menyatakan:

“Yang mula-mula kami perbuat pada hari kami ini (hari raya haji) ialah kami solat kemudian p**ang, lalu kami meyembelih. Sesiapa berbuat begitu maka dia sesuai dengan sunah kami. Sebaliknya sesiapa yang menyembelih sebelum itu, maka sesungguhnya itulah daging yang disuguhkan kepada keluarganya tidak sedikitpun termasuk ibadat (korban).”
Semoga bermanfaat!

HAIWAN-HAIWAN YANG DIBOLEHKAN UNTUK BERKORBAN?Jenis haiwan yang sah untuk dijadikan haiwan untuk ibadah korban adalah:✅K...
23/06/2022

HAIWAN-HAIWAN YANG DIBOLEHKAN UNTUK BERKORBAN?
Jenis haiwan yang sah untuk dijadikan haiwan untuk ibadah korban adalah:
✅Kibas, biri-biri atau domba
✅Kambing
✅Lembu atau Kerbau
✅Unta
Haiwan-haiwan tersebut haruslah jinak, yang terdiri daripada haiwan ternak atau peliharaan. Haiwan liar seperti kambing hutan atau seladang yang hidup di dalam rimba, tidak sah dijadikan korban.
Umur minima bagi haiwan yang boleh dijadikan korban ialah:
✅Kambing, kibas, biri-biri atau domba, lebih satu tahun.
✅Lembu, lebih dua tahun.
✅Unta lebih lima tahun.
Rupa bentuk serta kesihatan haiwan korban telah ditentukan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabdanya yang bermaksud:

“Empat perkara yang tidak boleh pada haiwan korban ialah yang nyata benar buta matanya, yang nyata benar sakitnya, yang nyata benar pincang kakinya dan yang kurus kering tidak ada sum-sumnya (Riwayat Tarmizi)
Haiwan yang patah tanduknya tetapi tidak sampai mengurangi daging, sah dijadikan korban. Akan tetapi haiwan yang patah tanduknya, tercabut sampai ke pangkalnya sehingga mengurangi daging, tidak sah dijadikan korban. Haiwan yang putus telinga atau putus ekornya, jika masih melekat atau belum terpisah dari asalnya, sah dijadikan korban. Akan tetapi jika terpisah dari badannya, tidak sah dijadikan korban.
Jantina haiwan korban bukan merupakan syarat sah korban. Sah dijadikan korban haiwan jantan, betina ataupun kunsha. Haiwan yang sedang hamil tidak sah dijadikan korban. Akan tetapi haiwan yang dikebiri (dikasi), boleh dikorbankan, kerana hadis riwayat Abu Daud, Ahmad dan lain-lainnya ada menyatakan:

“Bahawa Rasulullah s.a.w. telah berkorban dengan dua ekor kibas yang telah dikebiri.”

Manakala dalam riwayat Imam Ahmad p**a, Abu Rafi’i berkata:

“Rasulullah s.a.w. berkorban dengan dua ekor kambing yang putih kehitaman dan buah zakarnya telah mengembang sehingga dagingnya lebih baik dan enak. Kemudian beliau meyerukan untuk berlumba-lumba memilih haiwan korban yang terbaik.”
Semoga bermanfaat!
!

SIAPAKAH GOLONGAN YANG DIANJURKAN UNTUK BERKORBAN?Golongan yang dianjurkan atau diperintahkan untuk melaksanakan ibadah ...
23/06/2022

SIAPAKAH GOLONGAN YANG DIANJURKAN UNTUK BERKORBAN?
Golongan yang dianjurkan atau diperintahkan untuk melaksanakan ibadah korban ialah:
✅Orang Islam
✅Merdeka
✅Baligh (Dewasa)
✅Berakal-berdasarkan ini, korban tidak diperintahkan kepada orang kafir, hamba sahaya, anak-anak dan orang gila.
✅Mampu – apa yang dimaksudkan dengan mampu ialah;
Orang yang mempunyai kelebihan belanja dan keperluan diri dan tanggungannya seisi keluarga pada hari Eidul Adha dan tiga hari sesudahnya, iaitu hari Tasyrik, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Orang yang mampu makruh meninggalkan ibadah korban, kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda, yang bermaksud:

“Sesiapa yang mempunyai kelapangan tetapi tidak berkorban, maka hendaklah dia mati dalam keadaan mati Yahudi atau mati Nasrani, jika dia mahu.”
Hadis lain p**a menyatakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:

“Sesiapa yang mempunyai kelapangan, tetapi tidak berkorban, janganlah ia mendekati tempat solat kami.”
Sunat hukumnya berniat untuk melaksanakan ibadah korban bagi orang yang berkorban pada tanggal 10 Zulhijjah, tidak membuang rambut atau bulu-bulu yang ada di tubuhnya, seperti berpangkas, mencukur misai atau janggut, memotong kuku dan sebagainya, hingga haiwan korbannya selesai disembelih.
Ummu Salamah menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

“Apabila kamu melihat awal bulan Zulhijjah, dan salah seorang di antara kamu bermaksud akan berkorban, maka hendaklah ia menahan rambut dan kuku-kukunya.”
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua..

APAKAH HUKUM IBADAH QURBAN?Allah berfirman‎فصل لربك و انحر"Maka solatlah kepada Tuhanmu dan lakukan korban."Sabda Rasulu...
23/06/2022

APAKAH HUKUM IBADAH QURBAN?
Allah berfirman
‎فصل لربك و انحر
"Maka solatlah kepada Tuhanmu dan lakukan korban."
Sabda Rasulullah
“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)
1) Hukum Korban?
Hukum korban eidul adha hukumnya sunnah muaakad. Manakala kepada orang Islam,baligh,berakal yang berkemampuan
dan menjadi sunnah kifayah (jika ada antara kita yang mahu buat dikalangan keluarga maka terjatuh tuntutan sunnah kepada ahli keluarga yang lain)
* Makruh: Bagi mereka yang mampu tetapi meninggalkan ibadah korban
Imam syafie berkata
‎لا ارخص في تركها على من قدر عليها
Aku tidak meringankan kepada orang yang mampu lakukan ibada korban untuk meninggalkannya.
Waktu tempoh korban:
Waktu mula raya eidul adha(raya haji) sehingga akhir hari tasyriq (3 hari).
Semoga bermanfaat!

Address

66, Jalan PELABUR A 23/A SEKSYEN 23
Shah Alam
40300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NAS Aqiqah Qurban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share