25/04/2019
SAPI BETINA KURUS MAKAN SAPI BETINA GEMUK❓
Siapa pernah dengar cerita ini❓say i😄
Alkisahnye seorang Raja Mesir telah mimpi 7🐂 ekor sapi betina yang gemuk dimakan oleh sapi 🐃betina yang kurus-kurus...🤔🤔apa maknanya❓
Raja cuba mencari jawapan..puas dicarinya tapi semua jawapan yang diterima tidak memuaskan hati baginda.
Sehinggalah baginda dikhabarkan ada seorang yang pandai mentafsir mimpi..tapi dia ada dalam penjara..dia lah Yusuf...
Raja pun pergi berjumpa Yusuf..kata Nabi Yusuf: tafsir dari mimpi tersebut ialah akan datang 7 musim yang subur🌾 dan 7 musim kemarau🏜️..hendaklah menyimpan sedikit hasil dari musim subur🌾 kerana akan datang musim kemarau🏜️ yg susah sesudahnya...
Raja Mesir merasa yakin dan berpuas hati dengan apa yang dikatakan oleh Nabi Yusuf...maka dibebaskan Yusuf dan dilantik menjadi menteri kewangan..
Maka apa yang dikatakan Yusuf selama ini benar2 terjadi...tatkala datang musim kemarau yang berpanjangan, negeri- negeri disekelilingnya mengalami kesusahan kerana tiada simpanan dan persediaan untuk menghadapi waktu kesusahan tersebut..tidak seperti mesir mereka dapat menghadapinya dengan tenang..
💡Moral of the story
Ayat nilah yang menjadi rujukan kepada kami dalam berkongsi mengenai perancangan kewangan Islam..
Duit gaji💵 yang kite dapat mestilah disimpan sedikit🏦...kerana akan muncul waktu susah yang mana kita betul2 memerlukannya...
Ini cerita dalam alquran ye...Allah turunkan ayat2 Alquran sebagai panduan hidup kita..kepada orang2 yang mahu berfikir😉
Best ke👍❓best👍❓semestinya best👍👍
Yana & Edy
ZR Hijrah Consultancy