20/11/2025
Program Social Networking Session (SNS): Kukuhkan Hubungan, Membina Peluang telah berjaya dianjurkan pada 19 November 2025 bertempat di Raia Hotel & Convention Centre Alor Setar, Kedah.
Program ini telah dirasmikan oleh Puan Roslina Harun, Ketua Seksyen Pemasaran, Jualan dan Pembangunan Perniagaan, Pusat Reka Bentuk Pembungkusan dan Keselamatan, SIRIM Berhad.
Program SNS kali ini melibatkan pihak-pihak berkepentingan dari oraganisasi dan syarikat bagi memberi pendedahan dan pengisian bermanfaat melalui perkongsian daripada barisan penceramah SIRIM:
🔹 Peranan dan Fungsi SIRIM
oleh Encik Mohd Nazif Shafie, Pemangku Pengarah SIRIM Wilayah Utara, SIRIM Pulau Pinang
🔹 Entrepreneurship & Technopreneurship: Mendorong Inovasi dan Pertumbuhan Ekonomi
oleh Encik Ts. Md. Yazid Miskom, Ketua Seksyen Pembangunan Technopreneur, SIRIM Berhad
🔹 Lindungi Jenama dan Organisasi Anda: Kuasa Reka Bentuk Keselamatan
oleh Encik Tajul Ariffin Abd. Karim, Ketua Seksyen Reka Bentuk Keselamatan, SIRIM Berhad
🔹 Geran Smart Tech Up
oleh Encik Suffian Saad, Pengarah Seksyen Perniagaan AMREC, Penyelidikan Industri SIRIM, SIRIM Berhad
Program ini bukan sekadar sesi perkongsian — ia adalah platform untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim, mewujudkan jaringan strategik untuk perkembangan terkini serta membuka peluang perbincangan dan saranan secara terus di antara SIRIM dan pihak-pihak berkepentingan.