ThePost

ThePost Agensi Media Sosial

Dulu kini selamanya
12/05/2026

Dulu kini selamanya

TUNGGULAH DATANGNYA SI KITOLOrang kita berpolitik asal bergaduh sahaja buka parti baru, dari dahulu sahingga kini tiada ...
15/02/2026

TUNGGULAH DATANGNYA SI KITOL

Orang kita berpolitik asal bergaduh sahaja buka parti baru, dari dahulu sahingga kini tiada kemajuan pada bangsa Melayu yang kononnya mereka wakili.

Dahulunya UMNO, kemudian PKR dan terkini Bersatu dah bercelaru dah umat Melayu di Malaysia ini.

Dalam kita dok leka bergaduh puak lain dah mula melangkah kehadapan membeli Jiwa Melayu, yang Melayu p**a tak mengaku jiwa mereka Lemau almaklum mereka ini ada yang berlatar belakang Panglima dan Pahlawan.

Dahulu ketika Melayu menjadi kerajaan, mereka kaut segala apa sahaja yang sempat, tetapi bila puak mereka menjadi kerajaan dan memberi harga tapak Ramadan dengan nilai rm400.00 Melayu dah mula terpesona.

Malah ada Melayu parti lawan yang memperlekehkan tawaran tersebut kononnya nak beli jiwa, beli pop**ariti, beli undi yang pasti tetapi semasa mereka menjadi kerajaan mereka lebih menekan dan menzalimi penjaja dengan harga tak masuk akal malah sesama mereka berebut tapak berniaga walhal mereka sendiri pun tak berniaga apa pun ..cuma berniaga air liur dan jual kuasa.

Kita lalai kita tidak lakukan sesuatu walaupun bangsa kita adalah dominan. Seperti ditulisan awal orang kita Melayu asal bergaduh sahaja buka parti baru, lama kelamaan dari bersatu akhirnya tinggal lah satu Melayu atau Melayu yang kesaorangan.

Sedang kita tahu bahawa parti bukan Bangsa, jika kita berfikir pasal Parti sahaja maka Bangsa Melayu akan hanyut, kita bekerja untuk Bangsa Melayu melalui dalam Parti.

Tetapi asal bergaduh buka parti baru bersatukan bangsa kita?

Puak mereka dah mula membuka mata untuk teroka tanah seberang dan semenanjung Arab dengan produk Melayu @ Malaysia, Jika produk Indon boleh mengapa produk Melayu Malaysia tidak sedangkan disana memerlukan tahap kehalalan yang jitu.

Peluang yang pemimpin Melayu kita tak pernah pun mencadangkan, selain membenarkan kiosk pak arab berterabur di serata kompleks di Malaysia, jika ada minta maaf, tetapi selama saya berada di negara Arab tidak pernah saya melihat kiosk Melayu selain kiosk Indon, jika ada pun adalah sebuah gerai makan ala gerai Tomyam di luar Makkah dan kiosk FELDA di Zam Tower.

Kini puak mereka sudah mula mendapat perhatian dan diterima oleh orang Melayu, jika kita tak lakukan sesuatu , jangka masa panjang kita menjadi Tanah Melayu yang diperintah oleh puak mereka. Kita akan bertuankan Bangsa lain.

Kau mahu? tunggulah datangnya SI KITOL yang akan menjelma di kalangan kita.

Siapa?

Mungkin diri Kita.

ISU TADBIR URUS & PROSEDUR: SATU PERINGATAN UNTUK SEMUA PIHAKDalam sesebuah negara berbilang kaum dan kepercayaan, kebeb...
09/02/2026

ISU TADBIR URUS & PROSEDUR: SATU PERINGATAN UNTUK SEMUA PIHAK

Dalam sesebuah negara berbilang kaum dan kepercayaan, kebebasan beragama serta hak berpersatuan adalah dijamin oleh undang-undang. Namun, kebebasan tersebut perlu berjalan seiring dengan pematuhan prosedur dan undang-undang sedia ada.

Beberapa perkara asas wajar diberi perhatian:

Bagi Pendaftaran pertubuhan, pendaftaran sesebuah pertubuhan bertujuan mengiktiraf organisasi dan strukturnya, bukan secara automatik mengesahkan hak ke atas tanah atau bangunan yang digunakan.

Pembinaan bangunan, sebarang pembinaan, sama ada rumah ibadat, bangunan persatuan atau struktur lain, sepatutnya dibina atas tanah milik sendiri atau mendapat kebenaran bertulis pemilik tanah dan disertakan dokumen sah seperti geran atau perjanjian pajakan

Sementara pihak berkuasa tempatan (PBT), mempunyai tanggungjawab memastikan, status tanah diperiksa, kelulusan bangunan dibuat berdasarkan dokumen lengkap dan memastiakn tiada pencerobohan tanah berlaku, sama ada secara sengaja atau tidak

Perlu juga diberikan perhatian bahawa aduan yang dibuat oleh orang awam berkaitan penggunaan tanah atau pembinaan adalah tidak wajar dilabel sebagai hasutan, selagi ia disampaikan secara berfakta dan melalui saluran yang betul.

Ketelusan pendaftaran pertubuhan wajar memastikan, struktur organisasi adalah sah, keahlian benar-benar wujud, maklumat yang dikemukakan adalah tepat dan boleh disahkan, jangan nanti mereka angkut anak beranak dan mengkau sebagai ahlijawatankuasa mereka.

Menegaskan keperluan dokumen, prosedur dan pematuhan undang-undang bukan menolak kepelbagaian, sebaliknya memastikan keadilan untuk semua pihak ia ini pemilik tanah, masyarakat setempat dan pertubuhan itu sendiri.

Tadbir urus yang baik bermula dengan semakan yang teliti, bukan andaian.

Pada tahun 2017 *Perkasa* telah menganjurkan *Sidang Meja Bulat: KONTROVERSI ISU UEC.* Nampaknya setelah hampir 10 tahun...
23/01/2026

Pada tahun 2017 *Perkasa* telah menganjurkan *Sidang Meja Bulat: KONTROVERSI ISU UEC.* Nampaknya setelah hampir 10 tahun isu ini panas semula. Ada pihak putar belit *Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan*. Mereka berani putar belit kebenaran dalam *Dewan Rakyat* tempat yang meluluskan Perkara 152 ini. MP-MP Melayu sebahagian besarnya membisu. Yang cuba lawan, berhujah tanpa fakta jelas.

Dengan itu Perkasa merasakan perlu anjurkan *Sidang Meja Bulat: KONTROVERSI ISU UEC 2.0* dengan membawa Pakar Undang-Undang tidak asing lagi iaitu *YB Senator Dato’ Setia Salehuddin Saidin* yang juga Mantan Ahli Dewan Tertinggi Perkasa. Bersama beliau kita bawa sekali Tokoh Akademik Negara tidak asing lagi *Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong*. Dua tokoh ini akan sentuh hal pendidikan dalam Perlembagaan Negara dan Dasar Pendidikan Negara.

Kami alu-alukan Ketua NGO-NGI untuk sama-sama hadir memberi pandangan dan cadangan berkaitan isu UEC ini.

Sila hubungi 010-2283001(WhatsApp) untuk maklumat lanjut.

Terima kasih kerana mengikuti The Post.. ! Puan Yana, Wandi Multi
20/01/2026

Terima kasih kerana mengikuti The Post.. ! Puan Yana, Wandi Multi

Jeritan untuk pengikut terbaharu saya! Teruja untuk bersama anda! Haliza Abdullah Sani, Erlina Tanjung
18/11/2025

Jeritan untuk pengikut terbaharu saya! Teruja untuk bersama anda! Haliza Abdullah Sani, Erlina Tanjung

30/09/2025
Kemerdekaan bukan sekadar bebas dari jajahan.Kemerdekaan ialah mendapat hak memilih jalan sendiri, menjaga maruah bangsa...
30/08/2025

Kemerdekaan bukan sekadar bebas dari jajahan.
Kemerdekaan ialah mendapat hak memilih jalan sendiri, menjaga maruah bangsa, dan membina masa depan tanpa takut.

Hari ini kita merdeka kerana pejuang semalam yang berani.

Esok generasi kita akan merdeka jika hari ini kita terus pertahankannya.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-68!

23/05/2025

Ini Parti Derita !!!

12/05/2025

Address

Shah Alam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ThePost posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ThePost:

Share