Syah Network

Syah Network Bantu rakyat Malaysia jimat bil telefon & jana side income secara part-time πŸ“±

Tentang framework ini, dan tentang pendapat orang.Sebelum saya tutup siri ini, saya nak cakap satu benda dengan jujur.Ak...
08/05/2026

Tentang framework ini, dan tentang pendapat orang.

Sebelum saya tutup siri ini, saya nak cakap satu benda dengan jujur.

Akan ada yang bantah.
Akan ada yang tak setuju.
Akan ada yang kata saya tak tahu apa-apa tentang kewangan.

Dan saya okay dengan tu.

You'll have your own opinion. And so am I.

Tentang "ramai orang tak lalui fasa-fasa ni"

Saya setuju.

Ada yang lompat fasa dan berjaya. Ada yang tak ikut urutan langsung dan tetap kaya.

Tapi berapa ramai?

Kejayaan yang luar biasa selalu nampak mudah dari luar. Tapi orang yang cuba lompat tanpa tapak yang kukuh β€” ramai yang jatuh balik. Cuma tak ramai yang cerita pasal tu.

Framework ini bukan direka untuk yang luar biasa.

Ia direka untuk 90% daripada kita.

Yang kebanyakan. Yang biasa. Yang struggle sorang-sorang dalam fasa yang tak ada siapa cerita.

Satu kebenaran yang perlu kita semua terima

Kita boleh naik fasa.
Kita boleh jatuh fasa.
Kita boleh kekal dalam fasa yang sama sampai kita mati.

Itu bukan pesimis. Itu realistik.

Berapa lama kita berada dalam satu fasa bergantung kepada ilmu, disiplin, konsistensi, nasib, dan banyak lagi perkara yang kadang di luar kawalan kita.

Tapi sekurang-kurangnya

Kita tahu di mana kita berada.

Dan orang yang tahu di mana dia berada β€” lebih bersedia untuk melangkah ke hadapan berbanding orang yang hanya tengok destinasi orang lain.

Apa yang saya harap siri ini bagi kepada anda

Bukan formula ajaib.
Bukan jaminan kaya.

Tapi laluan yang jelas.

Fasa 1 β€” Stabilkan. Survive dulu.
Fasa 2 β€” Simpan. Bina perisai.
Fasa 3 β€” Growth. Tanam pokok.
Fasa 4 β€” Hutan. Biar ia membesar.
Fasa 5 β€” Legasi. Tinggalkan sesuatu yang kekal.

Kepada yang ikut siri ini dari awal
Kepada yang share dan simpan
Kepada yang baca dan rasa "ini tentang aku"

Terima kasih.

Semoga kita semua sampai ke fasa terakhir.

Sebelum kita jumpa Allah.

Pernah tak kita sanggup bangun awal pagi, redah jem, stress pergi kerja sebab takut lewat?Sebab kita tahu kalau tak disi...
08/05/2026

Pernah tak kita sanggup bangun awal pagi, redah jem, stress pergi kerja sebab takut lewat?

Sebab kita tahu kalau tak disiplin:

- Boss marah
- Prestasi jatuh
- Gaji terjejas

Tapi bila sampai bab nak majukan diri sendiri, kita selalu kata:
β€œNantilah…”
β€œEsoklah…”
β€œTunggu free dulu…”

Padahal masa itulah yang mungkin boleh ubah hidup kita sedikit demi sedikit.

Saya bukan cakap semua orang kena jadi usahawan besar.

Tapi sekurang-kurangnya cuba ada satu usaha tambahan.
Walaupun kecil.

1 jam sehari pun tak apa.
Asalkan konsisten.

Kadang-kadang masalah kita bukan tak mampu.
Masalah kita ialah lebih serius majukan syarikat orang berbanding masa depan sendiri.

Saya pun masih belajar untuk lebih disiplin 😊

Ini fasa yang ramai impikan. Tapi tak ramai yang sampai.Bukan sebab tak mampu.Tapi sebab ramai yang berhenti di tengah j...
06/05/2026

Ini fasa yang ramai impikan. Tapi tak ramai yang sampai.

Bukan sebab tak mampu.

Tapi sebab ramai yang berhenti di tengah jalan. Atau lompat fasa. Atau tergesa-gesa nak sampai sini tanpa bina tapak yang betul.

Tapi kalau kau sabar β€” kalau kau ikut perjalanan ini satu fasa demi satu fasa

Kau akan sampai ke Fasa Legasi.

Macam mana rupa fasa ni?

Hutan Kewangan kau dah lebat.

Kekayaan bertambah setiap tahun β€” walaupun kau hanya ambil sebahagian buah. Walaupun kau buat apa-apa pun atau tidak. Sistem dah berjalan sendiri.

Kau dah tak ada masalah kewangan.

Dan kau kerja β€” bila kau nak kerja. Bukan sebab terpaksa. Bukan sebab takut bulan depan tak cukup. Tapi sebab kau memilih. Sebab kau s**a. Sebab kau mahu.

Itulah kebebasan sebenar.

Tapi fasa ni bukan tentang kau lagi.

Ini fasa kau mula fikir tentang apa yang kau tinggalkan.

Hibah harta β€” aturkan sebelum terlambat.
Latih pewaris β€” supaya hutan yang kau bina tak musnah selepas kau pergi.
Beramal β€” bukan sekadar sedekah kecil-kecilan. Tapi bantu masyarakat secara lebih berkesan, lebih besar, lebih bermakna.

Kau dah tak kumpul untuk diri sendiri.

Kau kumpul untuk tinggalkan sesuatu yang kekal.

Untuk kebajikan. Untuk generasi yang datang selepas kau. Untuk masyarakat yang kau sayangi.

Bina legasi β€” sebelum bertemu Allah.

Renungkan perjalanan ini sebentar.

Ia bermula dengan seorang yang tak cukup duit untuk belanja basic.

Yang rasa tips kewangan viral tu bukan untuk dia.

Yang struggle sorang-sorang dalam fasa yang tak ada siapa cerita.

Dan ia tamat dengan seseorang yang duduk tenang β€” hutan di sekelilingnya β€” bertanya bukan "macam mana nak survive?"

Tapi "apa yang aku nak tinggalkan untuk dunia?"

Alangkah indahnya bila sampai ke sini.

Semoga kita semua sampai.

Ini fasa yang semua orang impikan. Tapi ramai yang lompat terus ke sini tanpa lepas fasa sebelumnya.Kalau kau dahβœ… Stabi...
06/05/2026

Ini fasa yang semua orang impikan. Tapi ramai yang lompat terus ke sini tanpa lepas fasa sebelumnya.

Kalau kau dah

βœ… Stabilkan perbelanjaan
βœ… Ada dana kecemasan
βœ… Income dah melebihi belanja

Tahniah. Kau dah layak masuk fasa growth.

Fasa bina aset. Fasa melabur. Fasa membesar.

Apa yang perlu dibuat dalam fasa ni?

Pertama β€” scale apa yang dah jalan.

Bisnes yang dah ada income? Besarkan. Sistematikkan. Jadikan ia mesin yang boleh bagi pendapatan tanpa kau kena pegang sepenuhnya setiap masa. Pendapatan pasif, atau sekurang-kurangnya semi pasif.

Lepas tu β€” labur dalam aset lain yang bagi hasil. Bukan simpan dalam bank semata. Bina sumber-sumber yang bekerja untuk kau.

Tentang reward β€” boleh ke?

Boleh. Kau dah berhak.

Tapi ada cara yang bijak.

Ambil buah β€” bukan tebang pokok. Nikmati sebahagian hasil, tapi jangan sentuh aset yang sedang membesar.

Yang lebih baik? Tanam balik buah tu jadi pokok baru.

Sebab matlamat fasa ni bukan sekadar ada pokok.

Matlamatnya bina hutan.

Tanam satu pokok. Pokok bagi buah. Buah jadi benih. Tanam lagi. Ulang. Sampai satu hari kau tengok sekeliling β€” dan kau ada Hutan Kewangan kau sendiri.

Tentang leverage β€” hutang untuk bina aset.

Ada yang tanya β€” patut ke guna hutang untuk melabur?

Jawapan jujur: bergantung.

Kalau interest hutang kau 4%, tapi investment kau consistently bagi 5% β€” secara logiknya, mungkin lebih masuk akal besarkan investment dulu berbanding kejar bayar hutang awal.

Tapi ini semua kena datang dengan ilmu.

Sebab leverage ni pisau mata dua.

Ia boleh percepatkan perjalanan kau secara luar biasa. Tapi kalau silap langkah, salah kira, atau terlalu yakin tanpa ilmu β€” ia boleh musnahkan semua yang dah kau bina dari bawah.

Belajar dulu. Faham dulu. Baru melangkah.

Tanah kau. Buruh kau. Peluh kau.Tapi untung... orang lain yang kutip.Ini bukan cerita rekaan motivasi pagi Isnin.Ini sej...
05/05/2026

Tanah kau. Buruh kau. Peluh kau.

Tapi untung... orang lain yang kutip.

Ini bukan cerita rekaan motivasi pagi Isnin.

Ini sejarah yang berlaku betul-betul β€” dan yang menakutkan, ia masih berlaku hari ini. Cuma kita tak sedar.

193 kilometer digali dengan tangan kosong. Bawah terik padang pasir Mesir. 120,000 nyawa terkorban dalam pembinaan Terusan Suez.

Bila siap β€” siapa yang duduk kutip hasil?

Perancis. British.

Mesir? Mesir dapat penat, dapat kubur, dapat sejarah yang orang lain tulis.

26 Julai 1956. Gamal Abdel Nasser naik pentas.

Dia tak bagi ceramah berjam-jam. Dia tak tunjuk carta. Dia tak buat persembahan canggih.

Dia cuma sebut satu ayat pendek yang menggegar dunia:

"Terusan ini milik kami. Kami ambil semula."

Tiga negara bersenjata terus bertindak balas. Perang. Tekanan. Ugutan.

Tapi Mesir tetap berdiri.

Ramai orang ingat Nasser menang sebab dia berani. Tapi keberanian bukan sebabnya.

Dia menang sebab dia faham satu rahsia yang ramai orang terlepas pandang sepanjang hidup mereka β€”

Memiliki sahaja tak cukup. Yang menentukan segalanya ialah siapa yang pegang kawalan.

Fikir balik. Berapa ramai kita yang "memiliki" kehidupan kita sendiri β€” tapi kawalan hakiki masih di tangan orang lain?

Izinkan saya tanya soalan yang mungkin sikit tak selesa.

Bulan lepas, berapa duit yang kau keluarkan untuk bil telefon? Internet? Streaming? Barang keperluan harian?

Kau yang bayar. Kau yang guna. Tapi untung dari perbelanjaan tu β€” ke mana perginya?

Terus masuk poket syarikat besar. Setiap bulan. Tanpa jeda. Tanpa kau nampak.

Kita bukan tak mampu berbelanja β€” kita sebenarnya dah lama berbelanja macam orang kaya. Cuma kita biarkan orang lain yang jadi kaya dari perbelanjaan tu.

Sebab itulah saya pilih untuk join Tonewow.

Bukan sebab ada orang janji saya akan kaya dalam masa 3 bulan. Bukan sebab tengok screenshot income besar kat WhatsApp group. Bukan sebab tekanan sesiapa.

Tapi sebab saya dah penat tengok duit saya keluar setiap bulan β€” dan tak balik apa-apa.

Saya nak perbelanjaan yang saya dah keluarkan tu, akhirnya bagi balik sesuatu untuk saya. Untuk keluarga saya.

Saya tahu apa yang ada dalam kepala sesetengah orang yang baca sampai sini.

"Eleh. MLM lagi. Kayakan upline je."

Saya tak nak defend diri. Tapi saya nak ajak kau fikir sekejap, dengan kepala sejuk.

Kau kerja untuk syarikat orang β€” bos kau untung dari hasil kerja kau. Itu kita dah terima sebagai "normal" sejak sekolah lagi. Tak ada siapa komplen pasal tu.

Bezanya di sini terletak pada jenis manusia yang kau pilih jadi dalam sesebuah sistem.

Dalam kisah Terusan Suez β€”
Ada yang jadi buruh yang gali. Berhenti gali, berhenti dapat.
Ada yang jadi pemegang konsesi. Terusan siap dibina, setiap kali kapal lalu β€” hasil masuk. Dia tidur pun hasil masuk.

Saya tak cari orang yang nak jadi buruh semata-mata.

Saya cari orang yang dah sedar bahawa duit yang dia habiskan selama ini β€” sepatutnya boleh jadi aset yang bekerja untuk dia. Bukan untuk syarikat lain.

Kalau kau salah seorang tu β€” kita kena bercakap.

Sejarah Terusan Suez bukan untuk kita hafal dalam bilik peperiksaan.

Ia untuk kita sedar satu perkara yang sangat mudah, tapi sangat ramai yang terlepas:

Jangan habiskan hidup jadi "terusan" supaya orang lain boleh kaya.

Mesir ambil masa hampir 90 tahun sebelum mereka sedar dan ambil balik kawalan.

Kita tak perlu tunggu selama tu.

Kalau kau dah rasa penat β€” penat kerja kuat tapi rasa macam tak ke mana, penat tengok duit habis tapi tak nampak hasil, penat tunggu "masa yang sesuai" yang tak pernah tiba β€”

Jom kita duduk sembang. Tanpa tekanan. Tanpa janji melambung.

Saya cerita apa yang saya buat, macam mana saya buat, dan biar kau nilai sendiri sama ada ia masuk akal untuk hidup kau atau tidak.

Drop "SUEZ"dalam komen, atau DM saya terus.

Kita bincang elok-elok. Macam orang dewasa yang tahu apa yang mereka nak dalam hidup.

Simpan bila ada lebih β€” tapi jangan tunggu. Dan jangan bagi peluang godaan datang.Lepas kau potong perbelanjaan, kau dah...
05/05/2026

Simpan bila ada lebih β€” tapi jangan tunggu. Dan jangan bagi peluang godaan datang.

Lepas kau potong perbelanjaan, kau dah ada satu benda yang ramai orang tak ada β€”

Angka yang jelas.

Berapa kau sebenarnya belanja sebulan. Katakanlah RM3,000. Itu angka kau. Tetapkan. Jangan ubah.

Sekarang bila ada lebih β€” apa buat?

Ramai akan cakap β€” "simpan awal bulan depan. Bayar diri sendiri dulu."

Betul. Kaedah tu ada asasnya.

Tapi ada satu masalah

Kaedah tu perlukan sesuatu yang ramai orang yang baru keluar dari fasa struggle belum ada lagi.

Disiplin yang sudah terbina.

Orang yang baru je bernafas selepas fasa tercekik β€” habit tu belum kukuh lagi. Dan kaedah yang bergantung kepada disiplin tinggi, untuk orang yang disiplinnya masih lemah β€” mudah gagal.

Dan ada lagi satu musuh yang ramai tak sedar.

Katakanlah kau berjaya simpan awal bulan. Belanja RM3,000. Sampai hujung bulan β€” ada lebih RM50.

Masa tu otak kau akan bisik β€”

"Aku dah kerja keras bulan ni. Aku dah berkorban. Aku dah simpan pun. Aku layak dapat sikit reward."

Dan RM50 tu pun hilang.

Bukan sebab kau boros. Bukan sebab kau lemah.

Sebab manusia memang begitu.

Reward psychology ni real. Dan ia akan selalu menang kalau kita tak faham cara kerjanya.

Jadi apa bezanya kaedah yang saya cadangkan?

Bila ada lebih β€” simpan terus. Masa tu juga.

Bukan tunggu bulan depan. Bukan biar duduk dulu dalam akaun semasa. Terus masuk simpanan sebelum otak sempat rationalize untuk belanjakan.

Kaedah biasa β€” lawan godaan.
Kaedah ni β€” jangan bagi peluang godaan datang.

Nampak sama dari luar. Tapi psikologi dia berbeza sepenuhnya.

Sebab duit yang tak ditetapkan tujuannya β€” akan jumpa tujuan sendiri. Dan tujuan yang ia jumpa tu, selalu bukan simpanan.

Bulan depan β€” ulang.

Belanja tetap RM3,000.
Ada lebih β€” simpan terus.
Ada lebih lagi β€” simpan lagi.

Konsisten. Bulan demi bulan. Sampai ada dana kecemasan.

Dana kecemasan β€” berapa banyak?

- Kerja kerajaan β†’ 3 hingga 6 bulan belanja
- Kerja swasta β†’ 6 hingga 12 bulan belanja
- Niaga sendiri β†’ 1 hingga 2 tahun belanja

Ini bukan simpanan untuk reward diri.
Ini bukan duit untuk celebrate bila rasa berjaya.

Ini perisai kau β€” supaya kalau sesuatu berlaku, kau tak terus jatuh.

Sambil bina dana kecemasan β€” mula bina income tambahan.

Satu income aktif tambahan.
Satu income pasif tambahan.
Serentak kalau boleh.

Target pertama: income tambahan cukup cover belanja bulanan.
Target akhir: income pasif dah cukup kuat sampai kau tak perlukan income aktif lagi.

Dan satu peringatan penting β€”

Jangan lompat ke labur dulu.

Fasa ni satu fokus je.

Bukan labur. Bukan reward. Bukan fikir jauh sangat lagi.

Stabil dulu.

Bila dah stabil β€” baru cerita seterusnya bermula.

RM5 bilion sebulan untuk subsidi payroll.Dan kerajaan sendiri dah mula memberi bayangan bahawa beban ini makin s**ar unt...
05/05/2026

RM5 bilion sebulan untuk subsidi payroll.

Dan kerajaan sendiri dah mula memberi bayangan bahawa beban ini makin s**ar untuk ditanggung dalam jangka panjang.

Bagi saya, ini bukan sekadar isu ekonomi.

Ini signal bahawa zaman bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja semakin berisiko.

Bukan sebab ekonomi nak hancur.
Bukan sebab kerajaan sengaja nak menyusahkan rakyat.

Tetapi realitinya:
Kos hidup meningkat.
Komitmen makin besar.
Persaingan kerja makin tinggi.
Dan dunia hari ini berubah terlalu cepat.

Sebab itu saya percaya, menambah pendapatan hari ini bukan lagi sesuatu yang β€œoptional”.

Ia sudah menjadi langkah penting untuk perlindungan kewangan keluarga kita sendiri.

Tak kisah anda mulakan dengan apa:
βœ… Bisnes kecil-kecilan
βœ… Freelance
βœ… Affiliate
βœ… Servis part time
βœ… Menjual produk
βœ… Content creator
βœ… Atau bina network marketing yang betul

Yang penting, mula bina income kedua.

Kerana bila tekanan ekonomi datang, orang yang ada lebih daripada satu sumber pendapatan biasanya lebih stabil dan lebih tenang berbanding mereka yang hanya bergantung kepada satu gaji.

Ramai orang fikir tambah income ini semata-mata untuk jadi kaya.

Kadang-kadang sebenarnya…
ia untuk mengelakkan kita dan keluarga jatuh ke fasa struggle kewangan.

Setuju atau tidak?

05/05/2026
05/05/2026

Tadi menyinggah kejap dengan lotus,

Beli la barang sikit sikit

Tapi bila bayar, rupanya harga dia tak macam jumlah barang dalam troli ni.

Macam ni pun dah RM50Β±

Dasyat gais..

Sebab tu kita tak boleh hidup dengan hanya berjimat saja

Kena cari jalan untuk tambah pendapatan.

Kalau selamanya mindset kita nak cari jalan berjimat, lama-lama inflasi akan memakan hidup kita.

Tambah pendapatan dari henfon kita

Modal tak sampai rm20, dah boleh start bisnes

Kerja kita mudah,

Guna --> kongsi --> duplikasi

Dengan duplikasi 5, dah dapat rm500 sebulan

Dengan duplikasi 10, dapat 4k sebulan

Duplikasi 20, dapat 31k sebulan

Dengan support system webinar dan kickstart training, makin mudah rangkaian nak berkembang.

Duit extra ni banyak benda kita boleh buat.

Upgrade diri kita, jangan cepat mengalah gais

Kalau belanja basic pun tak cukup β€” jangan mula dengan "simpan 20%."Ada orang tanya"Okay, aku faham tips kewangan viral ...
03/05/2026

Kalau belanja basic pun tak cukup β€” jangan mula dengan "simpan 20%."

Ada orang tanya

"Okay, aku faham tips kewangan viral tu bukan untuk aku sekarang. Tapi apa yang aku patut buat?"

Soalan yang betul. Jadi ini jawapan yang jujur.

Langkah 1: Potong perbelanjaan. Mana yang boleh.

Bukan semua boleh dipotong β€” sewa, utiliti, makan, tu semua kena jalan.

Tapi banyak benda lain yang boleh dikurangkan kalau kita jujur dengan diri sendiri.

Makan luar β€” boleh kurang.
Subscription streaming, app, gym β€” kalau tak bagi faedah sekarang, cancel.
Kehendak β€” lupakan dulu. Bukan selama-lamanya. Buat sementara.

Tujuannya satu: longgarkan sikit ruang dalam tu.

Masih tak cukup selepas potong?

Ini bahagian yang ramai tak mahu dengar, tapi ia kebenaran

Langkah 2: Kena tambah income.

Tak ada jalan lain.

Kalau dah potong semua yang boleh dipotong, tapi masih tak cukup β€” masalahnya bukan perbelanjaan lagi. Masalahnya jurang antara masuk dan keluar terlalu besar.

OT kalau tempat kerja bagi peluang.
Part time kalau ada masa dan tenaga.
Kerja yang bagi duit segera β€” bukan janji bulan depan, tapi minggu ni.

Dan perasan tak β€” belum sebut simpan lagi.

Sebab nak simpan apa, kalau belanja basic pun tak cukup?

Simpan tu bukan langkah pertama untuk semua orang.
Untuk sesetengah orang, simpan tu reward untuk fasa lepas ni.

Fasa ni namanya: survive dan stabilkan.

Kalau kau tengah dalam fasa ni

Buat dua benda tu dulu. Potong. Tambah.

Bila dah ada lebih sikit ruang, baru kita cakap pasal langkah seterusnya.

Satu fasa satu masa.

Address

Jalan Pulau Lumut
Shah Alam
40170

Website

https://bijakbuatduit.com/?twe=2340303

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syah Network posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Syah Network:

Share