21/07/2026
๐๐ข๐ซ๐ข ๐ โ ๐๐ฌ๐๐ฌ ๐๐ซ๐๐ง๐๐ข๐ง๐ (๐๐จ๐ฌ๐ญ ๐/๐๐๐)
๐๐จ๐ ๐จ ๐ฏ๐ฌ ๐๐๐ง๐๐ฆ๐ ๐ฏ๐ฌ ๐๐๐ฉ๐ฎ๐ญ๐๐ฌ๐ข
Ramai usahawan masih keliru antara logo, jenama dan reputasi.
Ada yang sangka bila dah siap logo yang cantik, maksudnya branding pun dah selesai.
Sebenarnya, 3 perkara ini saling berkaitan, tetapi fungsinya berbeza.
Logo ialah identiti visual perniagaan anda.
Ia membantu pelanggan mengenali syarikat atau produk anda. Logo boleh berada pada papan tanda, kotak pembungkusan, kad bisnes atau media sosial. Ringkasnya, logo ialah wajah kepada perniagaan.
Jenama (Brand) p**a ialah apa yang pelanggan fikir dan rasa tentang perniagaan anda.
Adakah kek anda sedap?
Adakah tempahan mudah?
Adakah layanan pelanggan mesra?
Adakah pembungkusan nampak eksklusif?
Semua pengalaman itu akan membentuk jenama anda. Sebab itu branding bukan sekadar tentang reka bentuk, tetapi tentang pengalaman yang anda berikan kepada pelanggan.
Reputasi p**a ialah kepercayaan yang terbina hasil daripada pengalaman yang konsisten.
Reputasi tidak boleh dibeli dengan iklan.
Ia lahir apabila pelanggan sendiri berkata,
"Kalau tempah dengan kedai ini, memang saya yakin."
Jom kita lihat contoh yang mudah...
Bayangkan ada Kedai Kek A dan Kedai Kek B.
Kedua-duanya mempunyai logo yang cantik.
Tetapi pelanggan lebih gemar membeli di Kedai Kek B.
Kenapa?
Kerana keknya sentiasa sedap.
Hiasannya kemas.
Tempahan jarang lewat.
Staf p**a ramah melayan pelanggan.
Lama-kelamaan orang mula mencadangkan Kedai Kek B kepada keluarga dan rakan-rakan.
Apa yang berlaku?
Logo mereka mungkin sama cantik.
Tetapi jenama Kedai Kek B lebih kuat, dan akhirnya mereka memperoleh reputasi yang lebih baik.
Ringkasnya...
โ
Logo = Orang kenal siapa anda.
โ
Jenama = Orang tahu apa nilai anda.
โ
Reputasi = Orang percaya kepada anda.
Apabila tiga perkara ini bergerak seiring, pelanggan bukan sahaja membeli, malah mereka akan datang semula dan dengan s**arela mengesyorkan perniagaan anda kepada orang lain.
Soalan Renungan: Jika pelanggan diminta menerangkan perniagaan anda kepada orang lain, anda rasa adakah mereka hanya mampu menyebut logo anda, atau mereka juga boleh menceritakan pengalaman hebat yang mereka terima?
Saya ialah Baha : Brand Advisor yang membantu syarikat startup dan SME membina jenama yang diyakini pelanggan melalui strategi branding, pemasaran dan kempen jualan yang beretika supaya jualan meningkat, pelanggan bertambah dan perniagaan berkembang secara mampan.